expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Saturday 10 December 2016

DrZ

Habis present case, habis buat examination depan dr, aku dibawa masuk ke bilik untuk teruskan discussion.

Dengan slumber badak, senang ja kaki kiri ni angkat nak mulakan bersila. Dengan harapan dr tak nampak sebab dilindung meja.

DrZ : eh, farah. Kaki angkat ke mana tu?

Me: eh, minta maaf dr. Saya dah nervous sangat ni memang dah tak perasan gerak langkah sendiri. Saya nervous la dr. *dengan malunya, turunkan kaki secara sopan*

DrZ: mana boleh macam tu. Nanti waktu exam jangan buat macam ni. Selawat banyak- banyak.

Habis discuss pasal case. Terus buat luahan perasaan.

Me: dr nampak saya nervous tak? Saya memang ada masalah nervous la dr. Time pro haritu pun saya ada panick attack yang teruk.

DrZ: takdelah *dengan yakin*. Betul ni saya jujur tak nampak farah nervous.

Me: hmm hmm.. *sambil conteng-conteng kertas*

DrZ: selawat banyak-banyak farah. Dalam sehari, cuba selawat 10 kali. Sekali kita selawat, 10 kali Rasulullah selawat kat kita. Jadi dalam satu hari dah dapat 100 kali selawat. Ni kurang selawat la ni.

Me: (angguk-angguk tanda faham). .

DrZ: *hati-hati atur bicara bila lihat aku belum-belum yakin* okay farah. Macam ni. Siapa yang bagi anxiety tu? Allah kan? Dan siapa yang berkuasa letak anxiety tu pada waktu atau pada tempat tu? Allah kan? Siapa yang benarkan anxiety tu ada pada Farah dan pada pro exam lepas? Allah kan? Jadi doa banyak-banyak supaya Dia tak bagi kita rasa anxiety waktu hari exam nanti. Okay eh farah?

Me: (angguk lagi tanda setuju, faham dan betul-betul yakin)

Kadang-kadang perlu diingatkan banyak kali, Dia tu berkuasa atas segala sesuatu. Terkadang kita hanya nampak satu cara untuk selesaikan masalah, tapi bila kita ingat Allah tu berkuasa, Dia bukakkan keyakinan untuk kita nampak pelbagai lagi cara untuk selesaikan masalah. Dan bila kita rasa kekuasaan Allah itulah segalanya, pergantungan kepada Dia tu dirasakan semakin kuat. Dan itu yang membuatkan kita semakin dekat padaNya. InshaAllah.

Thursday 17 November 2016

Tangga dan ceritanya

Seringkali bila terpaksa naik bangunan yang tinggi, tak punyai lift dan kita terpaksa naik tangga yang maha tinggi nya, mesti akan rasa lelah dan penat. Mulanya saja bila sudah tahu setinggi alam tu dah akan mula mengeluh. Tapi kalau tingkat atas sekali itulah rumah kita, makanya tiada jalan yang lain lagi dan terpaksalah kita naik jugak tangga tu walaupun penat. Kalau tak memang takkan sampailah kita di bilik, dan tak boleh la kita berehat.

Dalam perjalanan menaiki tangga, ada masa kita betul-betul dah tak mampu sebab dah terlalu sakit kaki dan lelah. Pada masa itu kita punyai tiga pilihan dalam perjalanan. Samada mahu berhenti, mahu berhenti sekejap kemudian sambung, ataupun teruskan perjalanan tapi perlahankan langkah. Kalau kita memilih untuk berhenti, makanya kita takkan pernah sampai ke destinasi kita. Kalau kita memilih untuk berhenti sekejap, kemudian sambung kembali memanjat tangga ia mungkin akan menghilangkan penat kita, tetapi utk memulakan kembali memanjat tangga ia seakan lagi memenatkan dan akan tiba lewat berbanding rakan yang lain (atau mungkin saya ja yang rasa macam tu?). Dan kalau kita memilih untuk tetap teruskan perjalanan tetapi memperlahankan langkah kerana penat, kita akan tiba ke destinasi bersama kawan-kawan yang punyai tahap kekuatan fizikal yang sama, dan penat itu hanya di perjalanan dan akhirnya kita akan dapat hilangkan penat tu lebih awal berbanding kawan-kawan yang berhenti sekejap di pertengahan jalan. Kita tak akan rasa lelah untuk memulakan kembali perjalanan sebab kita sentiasa penuh kekuatan dalam tempoh perjalanan tu.

Macam tu juga lah jugak kut dengan menuntut ilmu. Kalau kita terus berhenti di pertengahan jalan, kita tak akan dapat kecapi ijazah yang kita inginkan. Kalau kita berhenti di pertengahan jalan sekejap, kemudiannya sambung kembali, mungkin kita akan merasa letih bila mana kita nak memulakan kembali tu. Tetapi kalau kita masih terus bergerak, walaupun perlahan kita akan kecapi ijazah/tahap pendidikan tertinggi yang kita inginkan. Dan mungkin kerana itu ramai yang menasihati belajar tu perlu konsisten/berterusan dan jangan banyak berehat. Sebab yang konsisten itu punya kekuatan dan akhirnya dia akan berjaya dengan izinNya.

Doakan aku tak pernah letih dalam belajar. 
Dan dalam belajar itu juga perlunya doa.



Sunday 13 November 2016

Hakikat hidup mati kejayaan usaha

Dalam hidup ni, untuk kita capai sesuatu kejayaan mesti kena usaha. Ada manusia yang usaha sikit pun dah boleh berjaya, Ada yang perlu berusaha dengan sangat gigih dan bersungguh-sungguh baru boleh berjaya. Takda manusia yang tak berusaha dan berjaya. Semuanya kena usaha untuk dapatkan sesebuah kejayaan tu. Ditambah lagi dengan keadaan sekarang yang semuanya berlumba-lumba mahukan kejayaan dan ada sesetengah kejayaan tu hanya yang betul-betul berjaya saja boleh dapat, makanya orang yang merebutkan sesebuah kejayaan tu perlu dengan gigih lagi bersaing dengan orang-orang yang lain. Keadaan ekonomi dan harga barang yang tak menentu, harga minyak yang tinggi menyebabkan manusia berlumba-lumba mencari pekerjaan yang bagus supaya gaji yang ditawarkan mencukupi untuk membeli barang-barang keperluan harian dan barang-barang kehendak. Kalau gaji yang ditawarkan bukanlah lumayan, manalah mungkin kita akan survive dalam dunia yang penuh dengan pancaroba ni, manalah kita akan dilihat oleh manusia lain seperti berjaya dalam dunia ni. Akhirnya kita hanya akan dipandang sebelah mata oleh manusia-manusia yang berjaya dan kita akan ditinggalkan. Itu hakikat sebuah dunia sekarang. Penuh ujian dan cabaran.

Manakala hakikatnya sebuah kehidupan ini pula adalah di akhirnya kita akan mati, Dan mati dan hidup itu biasa bagi sesebuah kehidupan. Sama seperti haiwan dan tumbuhan. Contohnya tumbuhan, sesudah tumbuhan itu berjasa kepada manusia dengan memberikan oksigen contohnya, ataupun sebagai sayur-sayuran contohnya, maka ia akan mati. Sama ada tamat riwayat ketika dipetik ataupun kekal layu apabila pertumbuhanya telah capai ke maksimum ataupun layu kerana kekurangan sumber air. Haiwan pula jika dilihat akan mati bila dimakan manusia, berlaku persaingan sesama haiwan sendiri dan juga mati bila ajal telah tiba. Kedua-dua kehidupan ini jika dilihat melaksanakan tugas sebagai tumbuhan dan haiwan dengan sebaiknya. Walaupun tidaklah mempunyai akal seperti manusia tetapi mereka masih dan tetap melaksanakan tugas mengikut hukum alam. 

Begitulah juga manusia hakikatnya. Seperti mana tumbuhan dan haiwan melaksanakan tugas mereka mengikut hukum alam, begitu juga kita sewajibnya. Dan istimewanya kita berbanding haiwan dan tumbuhan adalah kita punyai akal. Akal ini yang akan membantu kita untuk berfikir arah tujuan hidup kita, baik atau buruk dalam  kehidupan. Dan disebabkan kita punyai akal inilah kita mahukan kejayaan dalam kehidupan kita. Contohnya, bila kita meletakkan kita didunia ini, sudah tentu kita mahukan segala kejayaan tu menjadi milik kita. Namun, kehidupan kita sebenarnya bukanlah hanya berakhir di dunia, dan kalau mengikut dasar Islam itu sendiri, akhirat itu masih digelar 'kehidupan akhirat', 'kehidupan di alam barzakh'. Maka nya, hidup kita ini bukan lah hanya terhenti di dunia, tapi kehidupan kita itu berterusan hingga ke alam akhirat. Jadinya sebagai seorang manusia yang berakal dan inginkan kejayaaan dalam sesebuah kehidupan, perlulah kita berjaya di dunia dan juga di akhirat.

Dan kalau kita lihat balik, Islam itu dikatakan akan menang di akhir zaman nanti. Tapinya pernah tak kita fikir di mana usaha kita untuk mendapat kemenangan tu. Adakah cukup dengan hanya melaksanakan urusan keperluan kerja, balik kerja tido, buat baik sendiri-sendiri itu sudah dapat memenangkan Islam. Tidak dan sudah semestinya tidak. Seperti yang dikatakan tadi, setiap kejayaan tu mesti diiringi usaha, begitu juga atas kemenangan Islam itu sendiri. Ingin dipetik ayat dari surah an-nisaa';165:

Rasul-rasul (yang Kami telah utuskan itu semuanya) pembawa khabar gembira (kepada orang-orang yang beriman), dan pembawa amaran (kepada orang-orang yang kafir dan yang berbuat maksiat), supaya tidak ada bagi manusia sesuatu hujah (atau sebarang alasan untuk berdalih pada hari kiamat kelak) terhadap Allah sesudah mengutuskan Rasul-rasul itu. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
 Dan ingin dipetik tulisan Hlovate berkenaan ayat ni
Maknanya penyebaran itu boleh berlaku dengan amal soleh orang yang mengamalkan syahadah tu, agar orang nampak. Termasuk juga akhlak yang terpuji. Dan penting juga untuk ada kuasa besar. So that penyebaran penyebaran tu boleh berlaku dengan pesat macam masa zaman khalifah
dan juga pentingnya untuk kita kenalkan Islam yang kita bawa ni kepada bukan Islam dan juga Islam itu sendiri, supaya "tidak ada bagi manusia sesuatu hujah (atau sebarang alasan untuk berdalih pada hari kiamat kelak) terhadap Allah sesudah mengutuskan Rasul-rasul itu". Makanya untuk elakkan sebarang alasan tu, perlulah kita bantu menyebarkan Islam ini. Kita tak boleh hanya mengharapkan bukan Islam itu sendiri atau Muslim itu membaca buku-buku agama Islam, kenal sendiri siapa rasul-rasul kita, kenal sendiri sifat Allah. Kalau dibiarkan macamtu makanya Islam itu sendiri tak akan tersebar. Ia hanya akan berada di takuk zaman Rasulullah dan zaman para sahabat. Jadinya perlu ada usaha dari kita berkongsi dan mengajak mereka untuk kenal hakikat Islam tu macam mana. Dan disebabkan orang-orang yang menyebarkan Islam ini dululah kita mengenal Islam sekarang. Disebabkan usaha mereka dululah kita punya kejayaan mengenal Islam.

Usaha untuk sebarkan Islam tu bukanlah hanya terletak dibahu orang-orang yang belajar agama di mesir, jordan atau pak-pak ustaz atau mak ustazah. Tapi usaha itu perlu dibantu oleh kita juga yang tahu serba sedikit tentang Islam walaupun hanya secebis ilmu. Sebabnya jika diharapkan hanya kepada ustaz dan ustazah, kemampuan mereka tidak tertampung di zaman sekarang ni. Keadaan sekarang yang penuh dengan masalah sosial, membuatkan kita perlu usaha lebih lagi untuk memenangi kebaikan berbanding kejahatan. 
Malah tugas kita juga kan 'amar makruf nahi mungkar'.




Wednesday 2 November 2016

just nothing

Apa jua bala bencana singgah menerpa
Menguji jauh mananya sabar kita
Mungkin selama ini kita terlupa

ada masa kita rasa down dengan kehidupan dan segala takdir yang ditentukan.
hingga kita persoalkan keputusan yang kita sendiri lakukan.
kerana yang dirancang tidak seperti yang ditakdirkan
dan sudah tentu, terujinya sebuah kesabaran
Kita terlalu leka dengan nikmat kurniaanNya
Maka diberi sedikit ujian
Menguji tahap keimanan dijiwa
yaa, mungkin terlalu asyik dengan kesenangan yang diberi
adanya ujian sebgai pengukur tahap keimanan
Bila kesusahan
Terasa hidup terlalu payah
Berbagai persoalan menerjah
Baru minta petunjuk hidayah
hei, dont be like this
hanya minta pada Allah bila susah
please, minta pada Allah itu perlu sentiasa
kan? ;]
Usah berputus asa
Kerana ada rahmat disebaliknya
Yang tidak kita ketahui
Dalam hidup ini
Teruslah berdoa
Chillex la
dont give up
Allah always here
dekat dari jugular vein an
always believe Allah always has a better plan
better compare to our plan
keep your dua'
always
Pada Allah
Pengasih Pemurah dan Penyayang
Sebab Allah tu Maha Pengasih
Maha Pemurah
Maha Penyayang
He own everything

.iman.


Saturday 15 October 2016

Kenapa Aku Join Usrah ~


Minta maaf enty ni mungkin agak panjang. Mohon bersabar :)

Lama aku fikir perlu atau tidak post tajuk ni. Tapi bila memikirkan aku perlukan sejarah aku sendiri dalam blog ni untuk kenapa terdamparnya aku dalam usrah ni, makanya here i am tengah gigih menekan kekunci laptop. The story is very long dan selalunya bila orang tanya, kisah aku tu kejap lain, kejap lain. sebab banyak co-factor kenapa aku memilih berada dalam gerabak yang penuh liku-liku ni. dan mungkin jugak apa yang akan aku catatkan ini juga lain dari yang penah aku cerita. I'm always feel bad about myself sebab tak pandai nak bercakap dan menulis T_T

The story begin during my first year or 2nd year aku pun tak ingat dah. Aku dah penah cerita kat post ni, yang mana, mulanya secara tetiba nama diambil oleh Persatuan Islam universiti untuk join usrah. Mungkin nama dan no fon diperoleh tika mana aku penah join program persatuan tersebut. Mulanya terkejut tapi disebabkan ramai yang pegi, jadi aku pun tidak terkecuali. Ia seakan wajib pada waktu tu. Awal penglibatan aku waktu tu hanyalah ikutan dan kadang rela hati hinggalah aku ditinggalkan disebabkan naqibah tak dapat nak luangkan masa dek kerana sibuk urusan pelajaran dan sebagainya. Hanya orang yang sudah hatinya sudah melekat dengan manisnya usrah saja tau perasaan kosong bila tidak dapat pengisian. Ketika hati kosong, ceramah-ceramah di surau selalu menjadi pilihan dan kebanyakannya aku tak pergi sebab kekangan masa dan  tiada teman.

Hari berganti hari, bulan berganti bulan dan tahun berganti tahun. Bermula dengan aku suka baca post-post Angel Pakai Gucci pabila dinasihatkan oleh someone untuk terus follow baca post-post APG. Kemudian kepada zaman aku suka tengok video-video islamik MrTheAllShared. Dan pada mulanya hanya suka tengok video-video MTAS yang entahapaapa ja ganya, tapi punyai mesej Islam tersendiri yang ingin diorang sampaikan. Hinggalah dari video tu aku kenal video-video dari student drop out Intec, Afiq Sazlan dan Haziq. Video student Intec pun menerapkan Islam tapi more to harmoni dan lembut entah susah betul aku nak describe tapi sesuai dengan hati aku. Dan aku mula follow Afiq Sazlan sebab aku sangat kagum dengan plan jangka panjang dia hinggalah dia punyai syarikat sendiri walaupun time tu masih muda malah dia lebih muda dari aku.

Kisah bila follow facebook Afiq Sazlan ni, aku merasakan ada semangat dalam setiap apa yang dia tuliskan. Hinggalah tak lama kemudian, berlaku pergolakan kat Mesir dan pada waktu tu cuti yang panjang lepas habis Professional Exam 1. Jadi aku punyai banyak masa untuk go through semua post kat facebook dan baca blog tentang pergolakan kat Mesir, hinggakan kawan yang dah tak contact lama study kat Mesir pun aku sanggup contact sebab nak tahu keadaan kat sana macam mana.

Manakala post-post Afiq Sazlan ni pulak ketika tu penuh dengan update di Mesir dan semangat-semangat bahawa Islam tu pernah menang suatu ketika dulu. I can still remember betapa sedihnya aku waktu tu sebab mesir bergolak dan betapa semangat membuak-buaknya aku nak Islam tu naik kembali.
Bawah ni adalah post Afiq yang aku penah share kat facebook waktu jadi pergolakan kt Mesir.

8/7/2013
Kejadian di Mesir ni banyak mengubah pandangan aku kenapa aku perlu memilih untuk join usrah. Aku tak dapat nak recall dari post siapa ataupun mungkin dari post Afiq sendiri, ada katakan Islam tu akan kembali tertegak bila kita amalkan apa yang sebenarnya Islam gariskan. Dan tertegaknya Islam itu perlu dimulakan dengan pembinaan individu muslim tu sendiri.

Kemudian keluarlah post mengenai tugas kita sebagai abid dan khalifah, yang mana pada masa tu aku begitu tertarik dengan peranan kita sebagai khalifah. Jujur aku katakan waktu tu aku cuma faham khalifah tu tugasnya memakmurkan alam yang pada kiraan aku seperti menjaga alam, pokok, haiwan (lol. please jangan gelak!). Tapi apa yang mereka bahaskan mengenai khalifah tu sendiri adalah tugas kita manusia ni, adalah menegakkan Islam, betulkan kembali apa salah orang Islam tu, buat amal makruf nahi mungkar, kenalkan balik suruhan Islam tu macam mana.

Waktu tu, rasa sangat bersemangat 'tolongla, nak Islam menang!'. So, macam mana nak menangkan/tegakkan balik Islam tu adalah dengan binanya kembali kefahaman Islam dalam setiap diri kita. Salah satunya dengan usrah, yakni kelompok-kelompok kecil yang menerapkan muwasofat tarbiyah dengan membincangkan tentang rules and regulation in Islam, mentadabbur ayat-ayat al-Quran, membincangkan tafsir ayat al-quran, discuss tentang hadis-hadis, menulusuri kisah-kisah Rasulullah dan sahabat-sahabat Rasulullah dan juga adanya murabbiah yang akan follow up amal seharian kita etc. It is not only about gaining knowledge, but its also about how we practice what we had learned. Dan makanya daripada knowledge yang kita dapat tu kita boleh guide orang lain pulak.

Kemudiannya mereka membincangkan bila semuanya telah mencapai individu muslim, maka akan terbinanya baitul muslim, kemudian masyarakat muslim sehingga akhirnya ustaziyatul alam.

aku merasakan, walaupun setelah berjayanya meningkat ke baitul muslim, masyarakat muslim etc., pembinaan individu muslim tu tetap perlu diteruskan hingga ke ustaziyatul alam.

Aku yakin pada teori tu sebab zaman Rasulullah dulu pun bermula dari kelompok-kelompok kecil (dakwah) dan lama-kelamaan Islam tu mekar di bawah Tamadun Umayyah, Abbasiyah hingga menakluk 2/3 bumi. Dan beradanya aku/ memilihnya aku untuk dalam usrah ni pun di atas sebab yang sama yang aku pernah baca dari post-post orang waktu tengah cuti dulu.

Okay. itu sebab aku join usrah. Yang membawanya aku join usrah tanggal 14/1/2014 adalah Wan Mazuan , murabbiah waktu tu Kak Adlin Shuhaimi dan kemudiannya aku diketemukan dengan ramai lagi akhawat yang berada dalam jalan yang sumpah sangat panjang dan berliku ni.

Perjalanan aku masih awal. Tak seperti orang lain. Aku cuma merasakan sedikit saja penat. Tapi begitu kagum dengan akhawat lain yang boleh bahagi masa memastikan tarbiyah di UPM ni kekal.

Nota kaki:
1. Aku tak bermaksud yang tidak join usrah, yang hanya pergi ke masjid-masjid dengar ceramah itu salah... tapi aku memilih untuk pembinaan individu muslim itu, kedua-keduanya perlu berjalan seiring (iaitu usrah + ceramah-ceramah di masjid, surau etc.)
2. Post ni sengaja untuk dipahatkan dalam blog sebagai kenangan dan juga sebagai ingatan kenapa aku pilih untuk join usrah at first place.
3. Malah mungkin juga sebagai ingatan tika mana aku sudah lelah dan tidak mampu meneruskan apa yang aku yakini.





Wednesday 12 October 2016

Random

Adakala bila merasa perlukan kekuatan
Perlukan sesuatu untuk hati
Akan diputar lagu-lagu yang mendekatkan diri dengan pencipta
Lagu yang sekarang menjadi pilihan adalah open your eyes-maher zain
Sangat perfect, sangat harmoni dihayati
Sambil scroll facebook
Dengan mudah hati tersentuh bila melihat keadaan di syria
Tiadanya keriuhan di sebalik runtuhan
Menandakan telah hilangnya nyawa
Hari demi hari kanak2 meninggal
Scroll lagi fb di bawah
Keadaan di malaysia
Ceritakan ttg muzik, hanger tersangkut, bercanda di pantai
Huhh lain betul suasana
Betapa meriahnya kita dan betapa sayunya mereka.

Okayyy nak buat apaaa ni

Wednesday 5 October 2016

Kisah Psychiatry III



Benda yang paling aku tak dapat nak hadam adalah bila mana subjek yang aku paling tak suka, psychiatry telah menyebabkan banyak menyentuh perasaan dan banyak reflect diri sendiri. Adakah sebab psycho=mind banyak berhubung dengan hati? Hahaha

****

Tadi aku terjumpa sorang patient lelaki umur 16 tahun. Terlalu banyak masalah yang ditanggungnya. Mak ayah berpisah, ayah terlibat dengan ambil benda-benda haram, mak terpaksa meminjam duit dari along sebab nak menyara anak-anak seramai 5 orang..  kadangkala ponteng sekolah sebab menggalas tanggungjawab sebagai ayah untuk bekerja cari duit… rutin hidup kena pukul dengan ayah guna batang paip sejak umur 12 tahun… sedangkan anak kena pukul, inikan ibu aku rasa mesti dah banyak kali kena dera.

Dari seorang anak yang sangat bijak  dan tersangatlah pandai tapi kini menghidap major depressive disorder..

Disebabkan dia ada MDD, jadi aku kena tanya penah tak dia rasa tersangat happy dalam tempoh sedih tu ataupun sebelum tempoh sedih tu. dalam hati time tu, "aku perlu rule out bipolar disorder".

Jawapan dia buatkan aku tergelak sebab dia kata pernah baru-baru ni, sebab dapat jejak Time Square.. jadi aku pun tanya apa yang happynya? Dia cakap seumur hidup dia, dia nak sangat jejak time square sebab nak tgk roller coaster dalam tu… tapi dia cakap tak mampu naik pulak sebab harga sangat mahal RM41.00 … so dapat tengok pun dah kira sangat happy

Terdiam kitorang time tu… sebab bila banding dengan diri sendiri, nak pegi masuk IOI tu pun seminggu sekali pun boleh… setakat 41 ringgit tu, tak penah rasa banyak kalau dah memang teringin sangat nak naik roller coaster… kalau bab makanan tu kadang-kadang berbelanja mengalahkan orang yang dah keja.. adik ni, mak tak datang melawat kat asrama berbulan-bulan sebab takda duit nak pegi sana... bila dah balik rumah, selalu kena fikir pulak nak dapat duit dari mana untuk naik bas balik ke asrama semula...

****

Tu la kita ni, tak pernah rasa, lihat macam mana orang susah.. kadang-kadang kita rasa macam kita ni dah cukup susah… sehari makan sekali pun dah sedih, tak dapat beli fon yang kita nak pun sedih, takdak keta pun sedih.. semua benda nak sedih… semua benda nak rasa macam Allah tak nak bagi kat kita… sebab kita tak penah nampak orang yang susah mungkin.. bila jumpa adik ni baru rasa insaf, baru rasa bila makan tak abis tu, rasa sedih sebab teringat adik tadi, teringat orang yang lagi susah… so, paksa habiskan jugak makan..

****

Terkadang, aku pun tak faham aturan Allah ni.. tapi aturan Allah tu tak pernah tak baik.. semua baik… walaupun posting psychiatry paling aku tak suka, dapat dr yang strict lagi, tp at the end, aku rasa banyak sangat belajar ilmu, banyak sangat mendidik hati.. sungguh la Dia tu Maha Mengetahui <3

Monday 3 October 2016

Amal



Untuk segala kekosongan dalam diri
Adalah kerana kosongnya amal yang tidak terisi

***

Di awal penglibatan aku dalam usrah
Ada naqibah yang sangat tegas mendidik dan memantau
Tegas terhadap amalan
Namun sangat lembut dalam penyampaian dan interaksi

Katanya mutabaah amal tu sebagai amanah dalam usrah
Amanah yang sangat perlu dijaga
Seakan berdosa andai tidak terlaksana

Awalnya aku merasakan terbeban
Aku mau buat kerana ikhlas
Tak mahu dipaksa!

Atas kerana beban yang dirasa
Aku cuba laksanakan setiap amal yang diamanahkan kepada setiap ahli usrah
Ikhlas atau terpaksa itu belakang kira
Kerana lama kelamaan hati itu tahu
Bahawa ia terisi dan rasa itu dekat dengan pemilik hati

***

Kerana aku pernah
Berada di bawah naqibah yang lembut wataknya
Mutabaah amal tidaklah ditegaskan seperti sebelumnya
Kerana iman itu ada turun dan naiknya
Membuatkan aku mengambil mudah dengan amal sunat
Hingga lama-kelamaan walaupun ilmu baru itu sentiasa diperoleh
Pengisian itu tidak membasahkan hati

Hati waktu itu tercari apa salah diri
Adakah usrah itu membuatkan diri ini jauh 
Adakah usrah itu tak perlu
Kerana ramai yang bukan dalam jalan DnT juga baik
Membuatkan aku tertanya pada diri
Is it worth for me to be here 
dalam usrah

Hingga beberapa kali ditukar naqibah
Dan kali ni aku ditemukan lagi dengan naqibah 
Yang tegas menjaga mutabaah amal anak usrahnya

***

Terkadang baru sedar
Bukan usrah membuatkan diri ini dekat dengan Mu
Amal-amal itu yang membuatkan diri ini dekat
Usrah itu hanya wasilah

Yang mana wasilah itu juga penting buat aku
Untuk aku terus kekal berada dalam kalangan mereka
Kerana aku perlukan mereka ini 
Yang tak pernah berhenti saling mengingatkan
Fastabiqul khairat

***


Adakalanya keringnya sesebuah usrah kerana kering hati ahlinya. Hati bukan saja perlu disirami amalan wajib, tetapi tetap perlu dibajai dengan amalan sunat. 
Bertegaslah dengan mutabaah amal, kerana itu mendekatkan dengan Ilahi




Sunday 25 September 2016

Rasa

Bila tahu sesuatu yg tak terjangka
Tiba-tiba semangat yang datang tu hilang
Dan kadang-kadang boleh jugak la kut nak kata semangat tu berkobar-kobar. LOL
Tapi malangnya berkobarnya tidak berisi lagi
Sebab hilang keikhlasan
And I hate this feeling
Sebab berharap tak akan tahu
Supaya rasa itu tak pernah dicampur aduk
Dan supaya semangat itu kekal ikhlas.

Saturday 24 September 2016

Psychiatry. Kisah. Pengajaran II

Hampir sebulan otak ni berhenti berfikir untuk menulis. Sedangkan diri sendiri tau perlunya untuk menulis supaya otak ni bergerak sikit untuk berfikir. Sebab diri sendiri memang sejenis diam malas nak bercakap maka sudah la diam, kalau malas menulis jugak mati la neuron sbb tak berfikir (eh, ya ka? Kui3). Dan supaya memori ni kekal di sini sbb frontal lobe diri tak mampu nak ingat lama2 segala pengalaman.

***

Tadi bergenang air mata depan patient. Susahnyaa lahaii nak mengawal emosi. Walaupun diri sendiri tak tau apa yang diceritakan tu betul atau tidak, tapi seperti dapat merasa keikhlasannya dalam percakapan.

seorang pesakit psychiatry. brought by ambulans to hospital as the public saw him fainted on the road. no aggressive behaviour tapi complaint of auditory and visual hallucination, somatic passivity, was an alcoholic drinker and taking heroin since teenagers, currently 50 years old. 

he is a chinese muslim. fail to stop taking alcohol and heroin even after convert to Muslim 29 years ago. pernah bergaduh dengan isteri, kawan-kawan, majikan disebabkan alcohol. 

5 years back, after his wife died, he consumed alcohol too much (also heroin) because of depression/sad. then develop dependence towards alcohol and start having psychotic symptoms.

***

he knows he developed all those hallucinations, the relationship problems, mood changes because of alcohol, heroin. he knows all his faults and tried to stop, but fail.

admit to ward multiple times and also tried to change again and again to become better person but still alcohol was his favourite

***

berkali-kali pakcik tu katakan yang menyesal minum arak,

dan berkali-kali pakcik persoalkan kenaaapa sebenarnya Allah uji sebegitu berat. 

sedih.  

sebab kenal alcohol dan dadah sebelum islam.

***


terdiam berfikir, sebab diri sendiri pun tidak punya jawapan yang betul kenapa pkcik diuji sebegitu. but i still believe ada something yang Allah nak kita berfikir

yang mungkin kaitannya dengan diri kita sendiri yang namanya Islam. 

tugas kita di muka bumi. 

as a Khalifah. 

***

they said abid tu maksudnya kita menyembah Allah. yakni hamba Allah. 

khalifah adalah pemimpin dan pentadbir alam. makanya pemimpin tu mungkin jugak boleh disamakan tugas menegakkan Islam di muka bumi. memimpin dari yang tak benar kepada yang benar. beritahu kepada yang tak tahu kepada apa yang kita tahu.

supaya Islam itu dapat ditegakkan, supaya Islam itu dapat diamalkn bersama-sama. 

kerna hakikatnya alam ini datang dari Allah. dan sudah semestinya ia bergerak harmoni mengikut rules Allah.

Thats why perlunya kita jalankan tugas kita as a khalifah, dan bukan hanya sebagai abid 

***

"apabila tidak dirasakan kita diciptakan untuk memimpin, maka manusia akan mula menjadi self centric, iaitu mementingkan keadaan diri sendiri semata-mata" -HilalAsyraf



Saturday 27 August 2016

This is random post about death


Mungkin semua pernah rasa
Seakan hari terakhir Dia bagi nikmat oksigen
Sayu, sedih ja rasa
Saat itu dapat nilai diri
Dunia di hati 
Atau akhirat di hati
Rasa sedih nak tinggal dunia
Atau gembira nak kembali ke akhirat

Berat hati
Berat hati bila mana kita fikirkan 
Amal diterima atau ditolak
Berat hati bila mana
Kita fikirkan Allah terima kita di syurga 
Atau sebaliknya
Berat hati bila mana kita fikirkan
Selama ni Allah pandang kita atau tidak

"Setiap yang bernyawa akan merasakan mati" [21:35]
Seram sejuk bila giliran ayat ni untuk dibaca harini.
Seakan rasa itu membenarkan
Atau ianya peringatan yang membekas

**

aku mungkin terlalu bermain
terlalu leka
hanya sedar mati tu bila Dia hadirkan rasa
Sebab lupa, mati tu bila-bila masa
dan tanpa kenal usia
dan selalunya aku lupa kata Dia:

Telah semakin dekat kepada manusia perhitungan amal mereka,
sedang mereka dalam keadaan lalai (dengan dunia)
berpaling (dari akhirat)[21:1]

Setiap diturunkan kepada mereka ayat-ayat
yang baru dari Tuhan,
mereka mendengarkannya
sambil bermain-main [21:2]

Sunday 14 August 2016

Kagum

Dalam banyak-banyak manusia sekarang ni yang aku penah tahu kisah hidup dia, kisah hidup mizz nina yang aku kagum, amazed, sanjung, hormat etc. Macam mana la dia boleh kekal istiqamah dlm kebaikan. Sedangkan sebelum ni dia 360 degree beza. Ya Allah kagumnnyaaaaaaa T.T

Saturday 16 July 2016

Hidup berpaksi budaya

hidup dengan budaya tu bagus
hidup berpaksikan budaya tu hancus.

bila mana teras agama diletakkan di belakang
budaya diagung-agungkan, adat resam diutamakan
jadilah kita hamba hanya pada nama
bukan pada kata kerja

****

dan setiap kali ramadhan dan aidilfitri
setiap kali tu lah akan aku ingat
peristiwa perubahan yang aku lakukan

yang mana 2 tahun lepas
aku nekad no more salam dengan pak sedara (adik perempuan mak kawin ngan pak sedara)
no more free hair dengan pak sedara

there was no one to remind us(me and adik) about hijab in between paksedara and anak sedara
there was no one to remind us about salam-bersalaman in between paksedara and anak sedara
even in our family, hormat orang tua tu bagus
jumpa orang lebih tua dalam family mesti salam
jumpa orang muda 20an, 30an tak payah gedik la salam
that was bread and butter in our family before this

until there was a time
Ila came to my my aunty house
and suddenly it come across my mind, regarding hijab, mahram etc
i google and learn who are my mahram,  with whom i need to wear tudung and don't salam

dan bila dah tau
seriously, it damnly difficult to make a change
daripada free hair depan pak cik kepada tetiba nak bertudung
semakin susah bila budaya tu dah jadi batu dan bata dalam kehidupan sendiri
which is batu dan bata tu sangatlah kukuh
sangatlah susah untuk dipecahkan

daripada pelbagai method ke method yang lain
daripada pakai sweater with hoodie
kepada pakai towel time makan (lol)
bila ditanya tak berani luah kebenaran
takut judgement manusiawi
hingga lupa bagaimana judgement sang penguasa langit

and yes
dah 2 tahun perubahan
the most effective way is to explain
ask and explain
so that everyone will understand
because not everyone aware about this
and up until now still masih ada koyak dan lubang
but much more improvement can be seen

****

thank you to MrTheAllShared for those video yang memang lawak on how to elak salam
even aku tak practice pun cara korng,
tapi benda tu mmg akan mengingatkan kisah diri sendiri
and ofcourse panduan kepada yang masih mencari dan yang masih dalam keadaan kabur

thank you usrah
because of usrah i'm trying very hard
to be better

thank you kepada hati
yang masih kuat mahu berubah

dan syukur alhamdulillah kepada pemegang hati
kerana memilih hati ini untuk berubah
kerana memilih hati ini untuk terus cekal
terima kasih.






Thursday 7 July 2016

Pro.

lama betul tak tulis fail exam. ya, kali ni aku fail lagi T.T .. fail untuk exam yang sangat-sangat bermakna dalam medical programme. fail pro 3 exam, final year exam. siapa la tak sedih kan bila diri sendiri tak dapat rasa happy jugak macam kawan-kawan lain yang lulus exam. tapi Allah tu betul2 berkuasa atas segala sesuatu. even kita try sekuat mana pun study, try sehebat mana pun untuk ingat apa yang kita baca, kalau Dia kata tak, maka tak la.. sapa la aku nak menidakkan takdir sendiri…

teringat lagi bila dapat tau aku exam untuk first day, padahal time tu bergunung lagi tak baca.. terdetik tak nak amik exam, give up.. time tu 50-50, nak teruskan exam or nak minta terus failkan n amik exam
untuk next 6 month… rasa sangat berat untuk aku yang memang student yang sangat biasa untuk exam  day1.. sangat berat.. hinggakan xda perasaan time tu.. tp tetap teruskan sebab rasa better try daripada terus give up… malam exam tu tetiba terjaga 230am, palpitation sangat2 and x boleh tidur langsung… dan pagi tu, telefon mak, and nangis.. perasaan memang sangat lain… rasa sangat2 tak yakin.. and the rest is history and I failed the exam.

dan nak kata betapa Allah tu maha mengetahui,… dalam hati dan perasaan aku lepas exam, aku katakan  kalaulah aku lulus exam, aku betul2 tak yakin aku akan survive housemanship sebab banyak lagi tak tau... dan aku sangat takut nyawa manusia tu aku sia2kan… sedangkan nyawa tu sangat2 berharga untuk setiap orng.. sebab kita tak pernah tau, maybe nyawa yang kita sia-siakan itu yang akan membawa dia kembali kepada Allah.. dan bila result keluar, of course sedih and at the same time ada rasa bersyukur, masih diberi peluang belajar sebelum aku banyak buat salah… and up until now, perkara yang membuatkan aku redha dgn ketentuan adalah bila aku fikir, klau aku lulus sekarang, ada probability I might killed anyone dan sangat sedih if that person ada niat utk berubah to be a better person...

Thank you for those yg try utk tenangkan slwni, bagi support etc.. tp yang lawaknya semakin orng try utk tenangkn semakin teruk pulak nangisnya.. hahaha..
Yg x pernah putus bg kata2 smngat sejak aku penah putus asa sem3 dulu.


Fatin. Usrahmate
Amalia jr. 
Habib. Buddy y2... selalu support buddy dia.. sanggup call pkul 12 pagi nak pastikan kakak dia x nangis ;)
Prof ya, batchmate
K.jiha <3
Kwn matrik, mbbs usm.. yang selalu bg support
Kak farahin <3
Buddy y3, tinie.. selalu bg semangat hampir setiap mggu before exam, treat me as kakak sbb dia kata dia xda kakak <3
thank you hawa, hana, sal yang always beside me <3
to ila, jgn rasa bsalah. slwni tau ila always support slwni. syg ila jgk (isshh... slwni nangis ni!!)

Doakan.

Yes. Allah takkan menguji di luar kemampuan.

.
.
.









Friday 10 June 2016

Diari migraine

Lagi 9 hari nak exam, kesihatan buat perangai... mula dengan urti bebrapa hari lepas and pagi td first time dpt migraine pain score 9/10... sakit yang amat.. sblom ni trtanya2 mcm mana sakit sebelah kepala ja, n pagi td Allah bg rasa... rasa mcm kena tarik segala nerves bagai dari dpn smpai blakang smpai rasa nausea..lol... alarm kawan bunyi pun x dpt tahan dengar sbb kawan x bngun2... hahaha... muka pun tetiba rasa kebas, tp still boleh ckp n tgn boleh gerak... muka kebas x tau la plak sx of migraine ka tak ka smalam aku dpt stroke sbnrnya... kui3... i really need to rest sbb skrng ni still sakit sikit... tak sangka, decide nak bngun pkul 4 nak study psychiatry sbb nk p klas revision harini, tp pkul 4 pg tu dpt hadiah sakit plak... sedih... klas revision pun tak pi.. sedih lagi... apa pun tak dapat... tp ada hadiah lain yg aku rasa Allah nak bagi, Allah nak bagi aku rasa nikmat kesihatan tu sndiri...

Tuesday 17 May 2016

Dakwah



"mak cik harap awak faham" sambil selak buku bacaan doa.

"hmm.. okay-okay.. tp kalau anak mak cik bagi saya clerk, kira boleh eh makcik?" tak nak mengalah

"okay,, yang tu nanti kena tanya dia la.. tapi mak cik rasa macam tak kot.. dia segan"

hati ibu mana tak luluh, tak sedih... anak yang dikendong 9 bulan dalam perut, kemudian didukung waktu kecil, dijaga penuh kasih dan sayang hingga dewasa, kini menghidap HIV, syphilis...

hati ibu mana tak terguris, setelah didikan yang diberi sejak kecil, si anak akui sudah terlanjur... homosexual... hati ibu mana tak menangis..

muka sedih si ibu, penuh pengharapan, doakan si anak.. tak henti-henti melihat si ibu pegang buku, tunduk berdoa dengan penuh pengharapan... seusai azan, jumpa lagi si ibu di surau.. sejujurnya, hanya senyum yang mampu diukir si ibu...


*****

teringat waktu posting surgery lepas, datang klinik lelaki sebaya aku bersama si ayah, single, masih belajar, complain of inflammation of testis... beriya-iya si ayah cerita pada doktor kisah sakit anaknya, tanya si anak kemudian confirmkan betul tak apa yang ayahnya ceritakan...

mungkin seakan dapat merasakan ada sesuatu yang si anak mahu rahsiakan, ayahnya undur diri keluar terlebih dahulu.. biarkan anaknya bercakap dengan doktor...

aku yang pada waktu tu sudah tahu kisah si anak, sexually active, single partner... hanya mampu melihat si ayah... jujurnya, letakkan aku di tempat si ayah, aku sangat sedih.. 

*****

bila difikirkan balik, ni la situasi yang akan aku hadapi nanti... entah berapa banyak kali aku tak tau akan jumpa kes-kes macam ni.. mungkin sebanyak kali tu jugak air mata tu boleh menitis bila lihat parents yang bawa anak jumpa doktor... apatah lagi bila parents tu meletakkan 100% kepercayaan pada si anak...

ini generasi aku. ini generasi aku. 

betul, Allah Maha Pengampun. Allah lihat pengakhiran. betul. 

tapi, andai kata pengakhiran kita tak sempat bertaubat? makanya di mana pengakhiran tersebut.

*****

andai Islam, meresap masuk dalam diri, andai letakkan akhirat itu di hati, andai tahu Allah itu memerhati mungkin tak terjadi sebegini

bukan nak menyalahkan seratus peratus kepada pesakit

tapi salahnya juga kita yang tahu tapi tidak menegur

*****

last week aku hadiri daurah dakwah ilallah, dakwah fardiyah... at the end of daurah, murobbi and murobbiyah (this is my first time joining daurah gabungan) bersungguh-sungguh planning nak kumpulkan adik-adik yang akan masuk asper minggu depan so that kitorng dapat tarik diorang ni masuk usrah...

aku yang time tu baru lepas habis daurah sepatutnya bersemangat membara-bara la kan nak ajak adik-adik asper join usrah, tapi sebaliknya merasakan apalaa kakak-kakak ni semangat sangat dah knapa.. LOL... frankly speak, diorang sangat bersemangat...
(p/s: usrah tu memang bestt!!)

Kejahatan yang tersusun rapi akan mampu mengalahkan kebaikan yang tidak tersusun rapi.” -Ali bin Abi Talib ra
*****

now, baru aku sedar, if tak start dari awal ajak diorang ni kepada kebaikan, maka akan berlambak-lambaklah generasi akan datang yang tak terbimbing.. sebabnya tak semua mahu mencari sendiri kuliah-kuliah agama, dekatkan diri dengan sahabat-sahabat yang baik... so, perlunya kita yang menarik diorang..

as long as diorng ni ada usrah/terikat dengan masjid contohnya, hopefully berkurang kes-kes macam ni... sebab adanya orang yang saling ingat mengingatkan setiap minggu... inshaAllah

*****

teringat kata-kata kitorng time daurah haritu, muwajih tanya why kbnyakan dari kita tak nak buat dakwah, mostly ckp diri sendiri tak baik, diri sendiri tak cukup ilmu, rasa berat, nanti kawan dh tak suka kita, tak pandai.... lol... banyak la kitorng bagi alasan

note: dakwah merupakan satu usaha seseorang atau berkumpulan untuk menyeru manusia dengan menggunakan beberapa pendekatan tertentu untuk membawa manusia kepada keredhaan Allah

then kitorng ditegur, bayangkan andai Rasulullah pun rasa berat nak buat dakwah, rasa malas, agak-agak Islam tu sampai tak kat kita sekarang. agak-agak la kita ni agama apa la kan... so andai kata kita ni malas nak buat dakwah sekarang ni, menunggu orang lain buat dakwah, agak-agak apa la akan jadi generasi akan datang...apa akan jadi kat waris-waris kita nanti... mungkin Islam tu hanya sekadar nama... huhuhu



*****

note to myself: kalau kita malas buat dakwah, orang lain tetap akan buat. at last, kita akan tertanya-tanya adakah kita turut menyumbang atau hanya sekadar menurut.


well, i know that maybe i'm not the right person to talk about dakwah.. usrah pun baru 2 tahun, sekolah pulak sekolah budak2 sosial tahap hebat benau. lol.. tapi u know what, aku Islam dah 24 tahun.. fullstop.

Sunday 15 May 2016

Solat --> hindari kejahtan dan kemungkaran




Al-Quran telah menegaskan bahawa mendirikan sembahyang menurut tata tertib yang sempurna sebagai suatu bisikan dan munajat kepada tuhan, akan dapat mendidik fikiran, hati dan jiwa ke arah kesucian dan kemuliaan, juga akan berupaya membimbing akhlak dan gerak geri hidup ke jalan yang sejahtera terpelihara dari segala anasir yang menyebabkan kerosakan derta terhindar dari melakukan sebarang perbuatan dan tindakan di luar batas-batas kesopanan. Firman Allah:
Dan dirikanlah sembahyang, kerana sesungguhnya sembahyang (dapat) melarang dari segala kejahatan dan kemungkaran." (Surah al-'Ankabut:45)

sumber: Hadith 40; Mustafa 'Abdul Rahman

Saturday 30 April 2016

Reminder For Me

(Itu) sangatlah dibenci di sisi Allah jika kamu mengatakan apa yang tidak kamu kerjakan. [61:3]

Sunday 24 April 2016

belajar la

Kian hampir dengan exam, hati terlalu resah. adakalanya mudah putus asa. putus asa memikirkan singkatnya waktu dan banyaknya yang belum dibaca. berkali-kali Allah kirimkan insan-insan yang sudi mengingatkan. satu post di facebook yang membuatkan aku tersentuh.

seringkali mengharapkan keajaiban berlaku tanpa usaha adalah tidak bermakna. post ni sangat menyentap dan bertambah menarik disebabkan ia adalah ibrah dari kisah dalam al-quran. dan bila takdirnya aku terbaca post tersebut, ia seakan satu nasihat yang ingin Allah beri.

ditakdirkan lagi, post aku setahun yang lalu

meneladani sang air. terus mengalir. seakan begitu dalam menuntut ilmu. perlu consistent. jangan stagnant. erti kata lain jangan berterus-terusan berada dalam kemalasan. umpama urine yang terlalu berada lama dalam pundi kencing, bladder akan lebih terdedah kepada carcinogen. jadinya lebih terdedah kepada bladder cancer. (eh!) . malas yang dididik dan diberi makan dengan kemalasan, akan bertambah binasa. move wani.

dan bilamana belajar itu perlu lama dan consistent. aku perlu meneladani kisah Nabi Musa dan Nabi Khidr. perlunya sabar untuk memperoleh ilmu atau mengetahui sesuatu. tanpa sabar mungkin sikit yang diperoleh. 

dan sebagai seorang manusia atas muka bumi. nasihat ini bukan hanya untuk aku sebagai student. tapi untuk aku bila sudah bekerja hinggalah kehujung nyawa. 

jangan pernah putus asa dear salwani <3


Sunday 10 April 2016

Bumi tua

Memerhatikan bumi seakan hidup segan, mati tak mau...
sangat menakutkan.
kepanasan yang terlampau, 
hingga boleh katakan setiap hari akan sakit berdenyut kepala
merata-rata manusia terkena heat stroke.
tasik dan sungai yang semakin mengering. 
tumbuhan menguning

Sik, Kedah


Malaysia yang bukanlah dalam lingkaran api pasifik, 
tetiba terengganu boleh dapat gempa bumi, 
sabah hingga sekarang gegaran kecil masih terjadi..
dan sedarlah, hampir setiap minggu berlaku gempa bumi 
di negara jiran/sekeliling Malaysia

untuk katakan ianya fenomena alam yang biasa 
mungkin tidak
ini fenomena bumi yang semakin tua
seumpama tubuh badan manusia
semakin ia menghampiri ajal
semakin banyak serangan penyakit

sedarlah
terlalu banyak musibah yang Allah beri 
sama ada kita terkesan atau tidak
itu peringatan Allah terhadap hambaNya
untuk kembali sujud kepadaNya
sedar kembali tujuan Allah memilih kita sebagai Muslim di atas muka bumi
jalankan tugas hamba dan khalifah


Dan sungguh, akan Kami isi neraka Jahanam banyak dari kalangan jin dan manusia. Mereka memiliki hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka memiliki mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka memiliki telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengarkan (ayat-ayat Allah). Mereka seperti haiwan ternak, bahkan lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lengah. [7:179]

Dan apakah mereka tidak memerhatikan kerajaan langit dan bumi dan segala apa yang diciptakan Allah, dan kemungkinan telah dekatnya waktu (kebinasaan) mereka? Lalu berita mana lagi setelah ini yang akan mereka percayai? [7:185] 
its so hard nowadays 
i need a lot of reminders from my friends
this dunya is temporary
its not permanent 

*i dont know what i'm writing, i write because of i feel i want to write. i write because its my way of expressing my feeling. huh i dont know* blablabla merepek

Saturday 26 March 2016

Pengetahuan Allah tu luas


Dan kunci-kunci semua yang gaib ada padaNya; tidak ada yang mengetahui selain Dia. Dia mengetahui apa yang ada di darat dan di laut. Tidak ada sehelai daun pun yang gugur yang tidak diketahuiNya. Tidak ada sebutir biji pun dalam kegelapan bumi dan tidak pula sesuatu yang basah atau yang kering, yang tidak tertulis dalam kitab yang nyata (Lauh Mahfuz). [6:59]
Betapa detailnya pengetahuan/ilmu Allah swt. nak dibandingkan dengan kita. Bila mana setiap apa yang terjadi, even sehelai daun yang gugur pun berada dalam pengetahuan Allah, pabila dibandingkan dengan kita, semut lalu atas muka pun kadang-kadang tak perasan.

Kadang-kadang macam tu lah kehidupan ni, kita terlalu risaukan segala benda yang belum pasti. Sedangkan segala yang belum pasti tu semuanya ada pada pengetahuan Allah. Kadang-kadang kita lebihkan study hingga lambatkan solat. The thing that always happened to me this few weeks, i stayed up late at night with my friends to study, dan kadang-kadang tu lambat bangun subuh. Merasakan sangat berkira-kira bila Allah jagakan kita pkul 5pagi tapi kita masih berfikir-fikir nak bangun tahajjud or tak sebab risau time kelas mengantuk. Sedangkan Allah tu pengetahuanNya infiniti. Boleh jadi tidur sekejap dari biasa tu buatkan kita segar. Wallahua'lam. sebab pengetahuan kita ni sangatlah limit.

Dear future salwani, i hope for you to improve in everything.
Study hard and smart but never put Allah 2nd place.
Sesibuk mana 86 hari nak PRO exam,
Sesibuk mana zaman housemanship kau nanti,
Please bermujahadah.
Try your very best.

Saturday 19 March 2016

Ilmu

Ilmu adalah ujian yang besar bagi orang yang berilmu
Ilmu mampu mengheret kita masuk ke syurga dan ke neraka
Bila kita berilmu, kita tend utk cakap 'apalah orang ni, yang tu pun tak tahu'
Thats why kita kena jaga dan sentiasa perlu berdoa
Sebabnya riak ini adalah seantara semut hitam dan bukit hitam yang tak pernah kita nampak.

-Nur Azma Amin-
HadithOpenMic

Friday 18 March 2016

Sedekah derma

Salam

Setiap kali ada orang datang minta sedekah or derma, mesti rasa was-was apa yang dia tengah tunjukkan tu. Sebab tak sure betul ataupun tak dia tu dari persatuan sekian-sekian. Tapi orang cakap, yang penting niat kita menderma tu.. yang selebihnya klu dia nak tipu, itu hak dia dgn Allah.

Tapi benda tu selalunya aku apply kt muslim organisation ja.. hahaa.. sebab maybe tak penah jmpa non-muslim dtg time orang tgh mkn minta derma.

So td, time tgh makan kt tbs, datang sorng chinese gentleman ni. Daripada kertas derma tu tertulis orang kurang upaya and memang dia tak bercakap dgn aku. Just letak kertas dlm tray. At first rasa mcm dipaksa n mcm ditipu sbb lambg organisasi dia mcm pelik, dia elak pandang mata, kasut dia cntik tak macam orng miskin.. hahah.. *i cannot imagine how my brain work so fast during this time. Pikir mcm2.. time dr tanya soalan, beku ja otak ni*

*time aku tulis ni dia dtg lg skali. Maybe dia kenal aku yang dia dh minta derma td.. haha.. pastu dia senyum n pegi ke meja lain*

Dan kadang2 tu klu aku nak bagi derma kat siapa2 yng minta derma, aku agak berkira2 sbb ada yg guna duit utk beli rokok.. time duduk kt tepi jejantas, ada yang merokok..  and aku cukup tak suka bila duit tu digunakan utk bnda yang tak sepatutnya..

Okay berbalik kpd non muslim minta derma. Lepas lama aku fikir, rasa mcm tak patut derma tu diberikan utk muslim ja.
Sebab, aku sangat sangat kagum dgn syed azmi, weekenders club n club2 yg lain.. setiap kali tgk apa yg diorng semua sumbangkan rasa sgt jeles. Rasa mcm nak join jgk. Tp sebenarnya, semua bnda2 baik bknnya nak kena tggu event apa2 dulu pun klu nak derma everything kan.. even kalau kau sorng pun boleh kan.. 

Kadang2 tu perlu otak yang sikit berfungsi nak pikir mana baik, mana tak perlu, mana yang perlu.

Thursday 17 March 2016

Pergi

Hari ni terkenang balik nama-nama yang penah buatkan aku terasa pemergian mereka.

Al-fatihah buat Wan Saadiah, kak Mumtazah Maridi, Akh Iman.

Moga ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman.

"Ada ketikanya kenyataan itu harus diterima"

Sunday 6 March 2016

Perbuatan baik tak disiakan

Kebaikan apa saja yang kamu perbuat untuk dirimu niscaya kamu memperoleh (balas)nya di sisi Allah sebagai balasan yang paling baik dan yang paling besar pahalanya. [Al-Muddassir:20]

Tuesday 16 February 2016

You are good actually. But need to improve okay. Work hard

Its time to start study salwani.. no more laziness, no more over slept... start thinking about your patient, how to manage them, how to treat them well. Dont compare yourself with anyone else. They maybe good in studying, but remember you maybe good in other things too.. be grateful. Be sincere when you talk with your friend.. some of your friend maybe like to lie when you ask whether are you study or not during holiday and they may said no, im not study... so for you, be sincere, if you study a bit, just say it you study only a bit... afraid of Allah for lying.. its okay if you study but still did't manage to do well compare to your friend who do not study.. as time goes on, you will understand... pray to Allah that one day, you will understand all those things...

Thursday 11 February 2016

Balas budi

Orang yang aku tak patut lupa untuk balas budi:
- parents (of course. Speechless sbb a lots)
- cik ciklee sepupu (penjaga sejak di upm,  penasihat jerawat hahah, selalu dok mai melawat kt upm bawak p jalan2, etc)
- tok wan (dok kayuh gerek hantaq aku time tadika, dok masak makanan, ajaq ngaji, ajaq masak, jaga kami adik bradik bila mak kena p kursus time kecik2, backup aku klu kena marah ngan mak etc.)
- cikgu2 lecturers (ajaq aku jadi budak mau belajaq)
- tok ayah ( selalu jd driver famili aku kalau nak p jalan jauh2 sbb wan x bg mak bawak keta jauh2, even p loqstaq panggil tok ayah. Now tok ayah dh kena potong kaki-below knee amputation sbb dm)

Monday 8 February 2016

Saadiah

First time slwni kehilangan orang terdekat... tak tau mcm ni punya sedih kehilangan seorang sahabat.. malam semalam nangis smpai mata bengkak.. pagi ni bngun subuh ambik wuduk nangis, time solat nangis, fayer solat nangis... mgkin lps ni klu main futsal ja, msti ingt caad.. kita praktis gila2 tahun lps utk futsal n Alhmadulliah dpt no 1... tahun ni kita main lg basket... walaupun x menang, tak tau plak that will be our last time main sport together... tq caad penah hantar slwni ke ktm serdang time nak balik... tq caad ajar slwni jadi pemurah klu bab belanja kawan2... seriusly, slwni mmg ikut jejak caad klu bab belanja kawan2.. mmg akan teringat caad... tak tau lps ni mcm mana...mungkin time nak belanja kawan2 tu kena sedih dulu sbb teringat caad... k lah.. slwni x nak sedih lagi... slwni tau caad mesti x suka orang nangis kannn... sayang caad..

Monday 1 February 2016

Group D

I think i am too in love with my groupmate... they are all very2 nice to each other... suka menyakat orang, bullying each other, helping each other... i dont know why when it comes to relationship, i will become too emotional... but i think it maybe because of my parent dah divorced, so i tend to appreciate every relationship(friendship) .. maybe.. hoping for this friendship will last longer .. inshaAllah

Sunday 31 January 2016

Ending

Medic night... supposedly should be a happy moment .... tapi di sebaliknya, menandakan dekatnya nak final exam, and paling sedih tanda semakin hampir perpisahan. walaupun mulanya tahun 1, rasa macam tak selesa sangat dengan batchmate, especially lelaki batch sendiri... bising entahapahapa... tapi lama-lama boleh sesuaikan diri... perempuan pula, mulanya rasa mcm susah jugak nak masuk, tapi lama-lama kenal setiap orang sangatlah baik semua... T.T.. oh nooo.. i think i am too emotional... (*sedih)... betul la orang cakap, tak kenal maka tak cinta.. haihh... dah kenal semua, rasa sedih la lagi pulak fikirkan nanti dah semua orang bawa haluan masing-masing... apa nak buat.. hakikat hidup tu memang macam tu.. tak akan kita akan kekal dengan orang yang sama-sama... mesti akan berjumpa dengan orang yang jenisnya berlain-lainan kan...

actually takda apa pun nak tulis, cumanya saja nak catatkan sesuatu sebab haiihh rasa sedih tetiba... okayyy choww! salam.

~stay calm salwani.. the journey is still long.. 

Sunday 24 January 2016

Lalai

Dan barang siapa berpaling dari pengajaran Allah Yang Maha Pengasih (Al-Quran), Kami biarkan setan (menyesatkannya) dan menjadi teman karibnya. [Az-Zukhruf:36]

Wednesday 20 January 2016

Rintihan

Biar berlinangan air mata
Ku takkan hentikannya
Biarkan ia menyembuh luka
Hilanglah rasa duka
Tidak ku termampu merentasi liku-liku
Oh sungguh ku tak mampu menghadapi semua itu
Oh sungguh ku tak upaya
Jangan dibiarkan jerih perih kehidupan
Bisa meleraikan iman...
Kan hancur semuanya
Walaupun menitis air mata darah
Tak bisa merubah segalanya
Melainkan taubat nasuha
Moga kan diterima...
Namun ku percaya
Masih ada kesudahannya
Kerana allah itu
Maha kaya maha mendengar
Rintihan hamba-hambanya
Kerana sesiapa bertaqwa kepadanya
Pasti akan ada
Jalan keluarnya
Rezeki yang tidak disangka-sangka
Cukup allah baginya berkuasa segala-galanya
Terima seadanya
-Hijjaz-

Friday 8 January 2016

Ikhlas

"We improve ourselves in the eyes of people, thinking that we have changed much over the past years.

Little did we know, our heart sickens and sickens more."

-someone'

Saturday 2 January 2016

Al-Quran

Baca quran kemain laju
Tajwid lintang pukang
Maksud kadang-kadang tak baca
Kalau baca maksud pun rasa macam tak dak kena mengena dengan diri
Tepuk dada
Tanya hatimu
Al-quran yang kau baca itu untuk apa
Adakah untuk cukupkan rutin harianmu semata
Atau apa?
Tepuk dada
Tanya hatimu
"Kitab (Al-Quran) yang Kami turunkan kepadamu penuh berkah agar mereka menghayati ayat-ayatnya dan agar orang-orang yang berakal sehat mendapat pelajaran" [Sād:29]

new chapter of my life

Setelah 6 bulan menyepi. So lets start with this. Assalamualaikum Segala kepujian dan kesyukuran ke hadhrat-Mu ya Allah di atas limpah rahma...