expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Sunday 31 August 2014

Lelaki Itu



Lelaki itu
dulunya,
seorang yang peramah
mudah menyapa dan disapa
menggembirakan sesiapa bersamanya
kini,
mudah mendiam
hanya selesa melihat gelagat
entah apa yang difikir
mindanya seakan kosong
hanya memandang jauh

Lelaki itu,
dulunya
selalu menyambut kepulanganku dengan gembira
pelbagai soalan yang ditanya
kininya
aku yang terpaksa berpura-pura gembira
untuk menggembirakannya
aku yang bertanya hanya mau dia berbicara

Lelaki itu,
dulunya, cergas menaiki basikal
berjalan melawat rakan-rakan
kininya,
hanya mampu terlantar di katil
dan hanya kadang-kadang duduk
menanti saudara yang datang melawat menceriakannya

Lelaki itu,
dulunya selalu gembira
menceritakan kejayaan anak cucunya
pernah kami adik beradik melarang 
janganlah dicerita selalu
demi melarikan diri dari riak
kininya 
bila lelaki itu selalu mendiam
barulah aku sedar
raikanlah keluargamu
jagalah hatimu
kerna masa itu takkan berulang

Lelaki itu
adalah guruku
tok wan ku
keluargaku

***

"aduh! aduh!" rungut wan pabila sakit menikam lutut.

"sabarlah, kita tu dah lama Dia bagi sihat" nasihat si isteri 

<3





Tuesday 26 August 2014

Cemburu

salam

kadang-kadang terdetik dalam diri perasaan cemburu bila tengok orang lain dapat itu, dapat ini tapi kita tak dapat apa-apa pun... perasaan tu bukan kita yang nakkan, tapi ia hadir... dan kadang-kadang bila terjadi mungkin perlu lebih banyak istighfar... sebab perlu ingat siapa yang beri rezeki, Allah... adakah kita merasakan rezeki yang Allah beri kepada seseorang itu tidak adil.... ingatla Allah itu selamanya adil... siapa kita untuk tentukan dia tak patut dapat itu, dia tak patut dapat ini...

dan bilamana kita kata kita sayang sahabat, jangan cemburu atas apa yang dia dapat... sebab tu rezeki dia... dan bila bercerita tentang cemburu, teringat akan hadis 13-persaudaraan, iman & islam.

Daripada Abu Hamzah Anas ibn Malik r.a., khadam Rasulullah SAW, daripada Nabi SAW, Bagindabersabda: Seseorang kamu tidak benar-benar beriman sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri. Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.
Kasihnya kita buat sahabat tu sehinggalah kita sendiri merasakan apa yang terbaik kita dapat tu, kita nak juga kawan kita dapat. jadinya kalau kita cemburu tengok kawan kita dapat yang terbaik walaupun time tu kita tak dapat benda tu, kiranya belum cukup kasih la kan. heh. 

dan menurut apa yang diceritakan kak lin, bukanlah tak kasih sahabat tu tandanya kita tak beriman, tapinya iman tu masih belum cukup sempurna. so, sekarang ni belajarlah berkasih-kasihan... hahaaa

dan nak cerita kat sini jugak, ni antara tanda-tanda hilang rasa cinta sesama saudara:

 1. kita nak nikmat yang saudara kita dapat tu hilang darinya dan berpindah kepada kita

 2. kita nak nikmat yang saudara kita ada tu hilang

 3. kita tak nak nikmat tu hilang darinya, tapi kita cemburu lihat dia ada nikmat tu.

*nanti kena re-check balik sebab buku rujukan tak bawak balik, tapi gedik nak menulis*

jadinya perlu reflect balik diri sendiri, ada tak tanda-tanda tu kat kita... huhuh.. susahkan.. takpa. takpa. practice sayang sahabat. saudara... cuba untuk suka apa yang saudara kita dapat, walaupun waktu tu mungkin belum cukup ikhlas untuk suka. tapi kuasa yang Maha Esa kan, mana tau lama-lama tanpa sedar paksaan tu menjadi ikhlas :) 

dari saya,
hamba yang mencuba memandang saudara
dengan penuh kasih dan sayang.


*****

akhirnya dah berkarat blog ni, sebab dah lama tak menulis. hati karat mungkin. fuhhh



new chapter of my life

Setelah 6 bulan menyepi. So lets start with this. Assalamualaikum Segala kepujian dan kesyukuran ke hadhrat-Mu ya Allah di atas limpah rahma...