expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Monday 31 December 2012

sahabat sekolah

mereka itu
tak ku jangka mereka berdaya
tak ku jangka mereka tabah
tak ku jangka mereka hebat.
hebat lebih dari yang disangka

mereka itu
dahulunya lainn
dahulunya penuh dengan noda
kini 270 darjah lain, meski bukan 360
mereka tetap lain bagi aku

mereka itu
cukup membanggakan aku
cukup mengharukan aku
cukup memberi semangat buat aku
untuk turut mengikut jejak langkah mereka

kini,
aku tahu
sejarah banyak mengajar mereka
sejarah banyak membimbing mereka
menjadi insan berguna.

sahabat sekolah  aku.

ehsan



*walaupun tak pandai meletak puisi mengikut aksara yang betul, aku nak try jugak berpuisi!!! hahaha

Sunday 30 December 2012

Tuesday 18 December 2012

UDE

salam.

ok seriously boleh muntah cari evidence untuk mortality rate of diabetes in malaysia!!! dah berpuluh2 journal download, tak jumpak jugak... pffttt...

symptoms of diabetes... cantikkan??

Wednesday 12 December 2012

keliru

salam.

‎-* It's in al-Baqarah 208. Maksudnya kalau nak ditafsirkan secara kasar, Allah kata 'masuklah kamu ke dalam Islam secara sepenuhnya dan jangan ikut syaitan kerana dia musuh yang nyata.' Maknanya tak boleh la nak practice Islam tu secara juz'ie. Secara berjuzuk-juzuk. mana yang kita nak buat kita buat. Mana yang rasa tak nak buat kita redah langgar je. Tak jadi la kalau macam tu. Selagi tak embrace Islam tu penuh, tak cukup baik la kiranya".

-* Sungguh...untuk berubah itu bukan mudah. Nak cuba meletakkan gerabak hidup di atas landasan al-Quran dan sunah tu memang payah. Tapi perlu yakin yang Allah tengok usaha, bukan natijah.

-HLOVATE-

tu kata-kata hlovate... penulis yang sangat saya kagumi, sayangi... banyak ajar hidup...

-----------------------------------------


tak pasti keputusan yang saya buat ni betul tak, tapi bila tanya sahabat matrik dia ckp mcm ni:

      muslim boleh join event2 tu, tp jngn sampai malukan muslim tu sendiri. lagi satu, klu ada kaum adam, its    depend pda muslimah tu sndiri, klu dia mmg jenis mnjaga, for sure dia tak kan join perkara2 tu... tapi klu dia mmg ada matlamat yang jelas & cara pelaksanaan ikut syariat. just go on. tp x boleh take for granted je.. 

and aku membayangkan kalau kita hidup di zaman Rasulullah, ada berani tak kita nak join bnda2 tu...

*** kita semua masih belajar, salah dan silap tu perkara biasa.... tp kita kena usaha untuk tak ulangi lagi kesalahan yang sama....***  :)

Tuesday 4 December 2012

Jauh

salam.

ehsan

kadang-kadang bila kita jauh sikit dariNya
Dia akan hantar orang-orang yang baik-baik 
bersama kita, berdekatan kita
supaya adanya orang yang boleh nasihat
dan bawak kita kembali kepadaNya.
hargailah....

Thursday 29 November 2012

kasih padamu


Kasih PadaMu

Rasulullah dalam sirahmu..
ku temu tulus dan cinta
demi ummahMu berkorban jiwa
sehingga hujung nyawa...

kau di utus atas nama kebenaran
dengan fasih lidah beri pnjelasan
sabar dalam apa jua keadaan
tak goyah dengan ranjau tegangan

walau diri bisa menakluki tahta
tetap rendah hati penuh dgn sederhana
segalanya demi Lillahi Taala
azimat yg berharga

Rasulullah dgn hikmahmu
terpancar syiar agama
mengubah gelap menjadi terang
menghapus jahiliyah...

Rasulullah Engkau tinggalkan
semangat juang tertinggi
membina satu aqidah
membangun hikmah....

masa tgh study td, tiba2 trdengar lagu ni kat ikim.. hati yang time tu tgh gundah gulana terus rasa tersentuh, tenang ja dengar lagu ni... lagu tentang Rasulullah.... lagu Hafiz Hamidun.. tp lagu ni baru ada kt ikim ja... 

Sunday 25 November 2012

orang hebat

salam.



tiba tiba teringat ustaz cakap,
kita hidup untuk ke syurga, target kita syurga
orang-orang orang yang masuk syurga tu adalah orang-orang yang hebat!!
macam khalifah abu bakar, khalifah uthman, muhammad al fateh, salahuddin al-ayubi,
siti khadijah, siti fatimah etc.

aku pun nak jgk masuk syurga T_T

------------------------------------

ohh.. esok assessment... epid!! go! go! go!


Saturday 24 November 2012

Friday 16 November 2012

Palestine


aku nak lihat warna ceria pada wajah mereka.
tetapi gagal.
lagi sekali mereka diseksa.
begitu kejam.

tiadakah secebis rasa hati wahai zionis??? tiadakah???!!!
setiap kali itu juga air mata menitis
melihat saudara seIslam memperjuang agama
anak yang masih kecil dilumuri darah.
bermati-matian.

tetapi apa yang kita buat??
tidur diulit mimpi! gembira menonton tv bersama famili!!
mereka di sana?
tiada tidur buat mereka..
bila-bila masa ajal menimpa, famili entah ke mana.

sedarlah diri!!!!! bangun!!!
A Palestinian father carrying his 11 month martyr old baby, who was murdered by the Israeli airstrikes last night.

Kayseri -Turkey



Xnak RepeatTGK israel, membangga-bangga dgn tindakan mereka membunuh seorg perjuang islam n membunuh rkyt palestin, siap post dlm fb n youtube dgn tndakn mereka... bersempena maal hjrh thn nie cube kte pakat2 buat perubahan , selain drpd doa for gaza , kte set tnggi2 ckit cthnya drma wang kt NGO2, sedarkn msyrkt,mmbr, oranisasi kt kolej mahupun kt universiti akn kepentngn isu nie atau set lg tnggi trgt slps dh abis kt universiti nk k palestin tlng org kt sne n mati syhid..... Ayuh rakan2 let hjrh ke arah kebaikan moga2 kte berjaya dlm usah kte utk berubah.... Salam n tqLike ·  ·  · 3 hours ago
Seen by 52
Farhana Mu'mininHariz ZudAyu Abdullah and 2 otherslike this.Xnak Repeat tmbhn utk bdk 15th batch muslim n non muslim... lps graduate , jngn mimpi nk penuh kn cite2 nk kaya je.. cube tulis dlm hty nie , "lps grd klau ad rezeki aq nk brhkmt d palestin, x mmpu menangkt senjata pun xpa , tp aq mampu merawat org yg cedera n menguruskn jenzh para syuhada"
3 hours ago · Edited · Like · 1


post seorang rakan di page 15th batch of UPM med doc

aku mengharapkan makin ramai yang sedar... dan sedar-sedar aku ini harapnya bukan hangat-hangat tahi ayam.


---------------------------------------------------------------

apa yang boleh kita lakukan?
  • boikot barangan Israel!! sedikit demi sedikit..
  • doa untuk mereka!!! beri keselamatan buat rakyat Palestine, laknat Zionis!!!!

------------------------------------------------------------------


aku mahu lihat mereka senyum kembali :)






























Wednesday 14 November 2012

Hijrah 1434

Salam.

Satu Muharram Detik Permulaan
Perkiraan Tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi dan Umat Islam
Dari Kota Makkah ke Kota Madinah
Atas Keyakinan dan Iman Yang Teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar Bersatu
Rela Berkorban Harta dan Nyawa
Demi Menegakkan Islam Tercinta
 ------------------------------------------------------------------------------

Penghijrahan Ke Madinah
Tekanan daripada orang-orang kafir terhadap perjuangan Rasulullah semakin hebat selepas pemergian isteri dan bapa saudara baginda. Maka Rasulullah mengambil keputusan untuk berhijrah ke Madinah berikutan ancaman daripada kafir Quraisy untuk membunuh baginda.
Rasulullah disambut dengan meriahnya oleh para penduduk Madinah. Penduduk Mekah digelar kaum Muhajirin manakala penduduk-penduduk Madinah dipanggil golongan Ansar. Seruan baginda diterima baik oleh kebanyakan para penduduk Madinah dan sebuah negara Islam didirikan di bawah pimpinan Rasulullas s.a.w sendiri. [sumber]
------------------------------------------------------------------------------

Baru mendengar Ikim tadi.. DJ Rohani cakap satu benda yang jarang diceritakan kepada kita waktu penghijrahan Rasulullah ke Madinah..... kan bila sampainya Rasulullah ke Madinah, kita diceritakan penduduk Madinah menyambut kehadiran Rasulullah dengan sangat meriah... tapi bagaimanakah penduduk Madinah mengenali bahawa itu adalah Rasulullah???   -__-?  aiiyokkk tak tahu!!!

DJ Rohani cakap, waktu penghijrahan tu, Saidina Abu Bakar pun ikut sekali... masa dah sampai kat Madinah, masa tu suasana kat sana agak panas.. lalu Saidina Abu Bakar mengeluarkan serbannya, lalu memayungkan Rasulullah dengan serban tersebut... maka ketahuilah penduduk Madinah bahawa yang dipayung itu ialah Rasulullah... ooo... baru tahu... 

----------------------------------------------------------------------------------

Tajuk di IKIM:   TOPIK PAGI | Antara Tahun Baru Hijrah dan Tahun Baru Masihi: Apa perbezaan, iktibar dan hikmahnya?
(29 Zulhijjah / 14 November)


Pendamba Biskut kalau tahun baru masihi disambut dengan konsert...kalau tahun baru hijrah disambut dengan doa, ceramah dan zikir...kalau tahun baru masihi...azam baru banyak berkaitan dunia...tapi kalau tahun baru masihi...banyak azam baru berkaitan akhirat...(^_^)


Azizah Aling Oh... panjang skop soalan ini. Meskipun begitu, barangkali ini bezanya:

Tahun Masihi dikira berdasarkan perkiraan putaran matahari, manakala Tahun Hijri dikira berdasarkan kiraan putaran bulan. Kiraan berdasarkan matahari boleh menentukan tarikh berlakunya perbezaan musim, manakala peredaran bulan menentukan tarikh bermulanya ibadat bagi umat Islam.

Iktibar:

Tahun Hijrah ini besar maknanya buat umat Islam. Masakan tidak, ia permulaan kepada perkembangan syiar Islam sehingga kita juga bisa menikmatinya saat ini. Sayyidina Umar Al-Khattab adalah individu yang bertanggungjawab menetapkan tahun Hijrah ini ketika beliau memegang jawatan khalifah iaitu pada tahun ke-17 hijrah


Pendamba Biskut Dari Aisyah ra. Ia berkata: Nabi SAW bersabda: “Tidak ada
hijrah lagi setelah dibukanya kota Makkah, tetapi yang ada
adalah jihad (berjuang di jalan Allah) dan niat untuk selalu
berbuat baik. Oleh karena itu, jika kalian dipanggil untuk
berjuang, maka berangkatlah!” (HR. Bukhari dan Muslim)


Jinggo Al Kapoor Bravo org akan ingat umur berdasarkan tahun masihi tapi tak guna tahun hijrah..itulah perbezaannya..


-----------------------------------------------------------------------

Salam Maal Hijrah  :)




Sunday 4 November 2012

Layakkah?

salam.

kadang-kadang saya terfikir:

kita panggil seseorang tu chef jika dia memang pandai bab-bab masak memasak, bagilah segala bagai rempah ratus, rumpai laut.... dia akan tau jugak nak masak jadi makanan yang sedap. Itulah CHEF!

kita gelar seseorang tu cikgu bila dia menggunakan pengetahuan yang ada untuk mengajar, murid-murid yang belajar cikgu mengajar. itulah GURU!

kita gelar sesorang tu computer programmer bila dia memang tau segala bagai cara nak programkan komputer.. tahu segala bagai tentang komputer.. hack orang pun hebat. itulah COMP PROGRAMMER!

kita panggil seseorang tu doktor bila dia memang tau tentang anatomi , patologi segala bagai dalam badan.. tak kira lah badan manusia ataupun haiwan. itulah DOKTOR!

kita kenal seseorang tu dengan sahabat baik apabila dia memang rapat dengan kita, selalu ambil tahu susah senang kita. nasihat menasihati.. itulah SAHABAT DUNIA AKHIRAT!

kita gelar seseorang tu dengan panggilan ibu bila dia mempunyai dan melahirkan anak dan punyai tanggungjawab mendidik anak. itulah IBU!

kita gelar seseorang tu dengan berbagai-bagai panggilan bila kita memang tahu dia arif bab tu, dia praktik apa yang dia tahu....

TETAPI, apa yang saya sedang fikirkan, layakkah seseorang tu digelar Islam apabila perkara yang disuruh oleh Allah ditinggalkan, yang dilarang oleh Allah disukai???




Sunday 28 October 2012

Masih Belajar

Salam.

Selamat akhirnya meraikan sambutan Hari Raya Aidiladha.. banyak sangat makan daging, sampai pening kepala... tu pun tak habis lagi..

kali ni saya nak cerita saya belajar sesuatu.. hek3.. sebagai pelajar perubatan yg baru 2 tahun jagung ni, belajar memang sangat banyak, macam-macam penyakit.. communicable disease, non-communicable disease.. nerve tu nerve ni.. blood vessel bagai... nerve tu injured jadi apa, bone fracture lagi...nutrition lagi... jem otak!! kakaka...

tapi kan, baru la saya sedar kan, kita main ingat, hafal ja untuk pass the exam... bila nak apply dlm kehidupan adakah segala bagai2 tu masih dalam kotak fikiran??? juling sat kut! benda  ni betul-betul jadi kat saya...

pengembaraan bermula pabila mak mesej tanya anaknya yang comel " dik ah, kalau darah tinggi nak elak makan apa?" saya yang masa tu tengah makan tersedak jap.. huhu.. terus cari kat internet... minta tolong doktot google... hahaha... padahal benda semua tu dah belajaq kut... kurang ingat sebentar!! hehee... cepat-cepat cari, takut nanti mak dok pikiaq anak dia ni buat medic belajar betul-betul dak... hoho.. masa tu baru la sedar, selama ni aku hafal aci redah ja... asal lulus exam, keluar berjoli.. hahaha...

risk factors

DASH DIET untuk mak!!!

pengembaraan bersambung bila terjumpa kak su kat kafe fakulti.. kak su jalan menuju kat saya masa tu dalam keadaan yang sangat letih tak bermaya... muka pucat.. pastu saya tanya kak su tak sehat ka?? jawab kak su "ya3.. mintak keluaq awai kelas ni.. kak su darah rendah dengan low blood pressure"... pulak?? mak high, kak su low... masa tu dah dok pening-pening dah, apa benda nak bagi naik balik blood pressure? kalau low blood glucose, bagi glucose.. klau low blood pressure?? pengsan!! menyembang-nyembang dengan kawan macam mana, kawan pun blur... saya pun mengeluarkan pendapat.. "mungkin kena makan garam banyak-banyak, naik lah balik blood pressure"... ok! lawak yang tak lawak dan tak logik!!

sampai rumah, dapat tau pulak mak ngah anak tok cik ada gout... terkejut-terkujat jgk lah!! selalunya gout jarang serang pompuan, laki ja... tapi bila pikiaq2 balik mungkin genetic, sebab tok lang pon meniggal sebab gout... pastu saya pun memeriksa patient pertama saya ( hak2, perasantan!!)..  gout ni diisebabkan high uric acid dalam badan... jadi kena elakkan makan protein... supaya uric acid yang tak boleh di keluarkan oleh badan tu tak berkumpul... saya tengok-tengok telinga mak ngah saya, sebab saya ada pernah terbaca, kalau gout, akan ada macam bintik-bintik kat atas telinga.. tu uric acid la tu.... tapi, cek2 tak dak pon.. tapi boleh nampak la bengkak-benakak dekat joint(tangan dan buku lali).. mak ngah cakap mula-mula tu sakit sangat, pastu pi cek dekat klinik... dr klinik cakap mungkin sakit urat(ya lah sangat!!).. lama-lama lepas tu baru ada tunjuk symptom... bengkak beb dekat joint!!


elak gout ya.....

tengok urate crystal berkumpul kat joint..
nampak tak merah-merah tu... takutt
haaa.... ni kat telinga.... alert yaa!!

last message... jaga pemakanan... makan makanan berkhasiat!! jangan makan daging dan garam banyak sangat!! hehehe... kalau rasa macam sakit apa2, terus pi cek kat klinik... jangan tangguh-tangguh..

ok.. salam ^^.



Sunday 21 October 2012

1st doodle

saya budak baru belajar :D

esok ada assessment sempat lagi belajaq buat doodle -.-'

Sunday 14 October 2012

Sentiasa bersamaMu

Kini kita terlalu jauh
Kerana dosa yang mencengkam jiwa
Apa yang dulu dijanji hanya tinggal kata
Kau berpaling dari kebenaran yang hakiki


Walau jauh jaraknya antara kita dan Dia
Walau seberat dosa setinggi langit
Mohonlah pengampunanNya yang tiada bertepi
Kerana Dia sentiasa bersamamu selamanya



SENTIASA BERSAMAMU-MENHAJJ




Monday 8 October 2012

Itulah lukisan alam.


Hidup tidak selalunya indah 

Langit tak selalu cerah 

Suram malam tak berbintang 
Itulah lukisan alam 
Begitulah aturan Tuhan 
Jadilah rumput nan lemah lembut 
tak luruh dipukul ribut 
Bagai karang didasar lautan 
Tak terusik dilanda badai 
Dalam sukar... hitunglah kesyukuranmu 
Dalam senang... awasi kealpaanmu 
Setitis derita melanda 
Segunung KurniaanNya 
Usah mengaharpkan kesenangan 
Dalam perjuangan perlu pengorbanan 
Usah dendam berpanjangan 
Maafkan kesalahan insan 
Dalam diam... taburkanlah baktimu 
Dalam tenang... buangkanlah amarahmu 
Suburkanlah sifat sabar 
Dalam jiwamu itu 
Di dalam jiwamu itu


Salam..

DALAM SUKAR... HITUNGLAH KESYUKURANMU
DALAM SENANG... AWASI KEALPAANMU

kita selalu rasakan kita ni malang ja...
padahal tanpa kita sedari sebenarnya, 
Allah dah bagi banyak nikmat kepada kita..

bak kata Ustaz Pahrol, kalau kita perkecilkan skop nikmat tu,
kita memang akan rasa nikmat yang kita dapat tu sikit..

nikmat tu bukan setakat dapat duit, pangkat, result elok bagai tu ja..
kalau kita asyik anggap yang tu ja nikmat, sbb tu la kita rasa nikmat kita dpt tu sikit ja..

besarkan skop nikmat..
bangun pagi awal+solat tahajud, dapat solat jemaah, dapat sahabat yang baik, juga nikmat yang kita tak pernah sedar... 

sedangkan boleh juga saya cakap tak kena panggil jawab soalan dalam kuliah depan semua orang tu pun nikmat juga... hahha(yaka??)... hoho.. betulktttt...

bila kita ditimpa malang ataupun kesukaran,
cuba kita hitung balik nikmat yang Allah kurnia kpd kita..

MasyaAllah, sesungguhnya nikmat Allah tu tak dapat kita hitung..
terlalu banyak...

Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?[55:77]
terlalu banyaknya nikmat yang Allah kurnia..kita ja yang tak sedar... terlalu leka dengan kesenangan mungkin... sesungguhnya Allah Maha Pemurah kan.. :)




jadi janganlah kita ni asyik mengeluh bila ditimpa kesusahan kan...

"Usah mengaharapkan kesenangan 

Dalam perjuangan perlu pengorbanan"


bila kita timpa kesusahan tu, mungkin Allah nak ajar nilai kesabaran... tanpa kita sedar sebenarnya Allah nak ajar nikmat sabar.. 

di sini saya ingin melahirkan kesyukuran sebab dapat satu kumpulan dengan ila,najwa,mira dan munirah waktu ujian bahasa melayu semalam.. walaupun cakap pun entahapahapa ja, tapi bersyukur dapat kumpulan yang tak penting diri^^ .... bincang sama-sama isi apa yang nak cakap sebelum mula perbincangan... habis ujian semua berpuas hati, kira Alhamdulillah.. :) tambah-tambah bila puan tu cakap "kumpulan ni agak bagus".. harap-harap kelima-lima dapat band 4 dan ke atas.. InsyaAllah.. moga dipermudahkan.. Amin...

-------------------------------------------

* ayuh bersyukur...
* nikmat yang tak terhitung... banyaknya
* masih bernafas ----> boleh perbaiki diri sebelum bertemu pencipta.. syukur-syukur :D

salam.


Sunday 23 September 2012

Tahun 1

Salam.



Kali ni aku akan ceritakan kisah-kisah hidup sepanjang Tahun1. pahit manisnya pengalaman, sakit dan peritnya menghadap exam, indahnya hidup bersama kawan-kawan.. cheewaahhh ayattt!!! :D 365 hari mengharungi hidup sebagai pelajar tahun 1 banyak pengalaman, bertimbun kisah. ^^

apabila tengkorak menjadi bahan gurauan

mengantuk dalam kelas, ponteng scl bila smpai bab pharmaco(keh3, diam!), main futsal, bola tampaq, badminton, bola keranjang... aktif gilakkk!!(padahal semua tu main sekali ja.. hak3),

  outing sorang-sorang bila sampai boring tahap tak boleh cakap, menangis SIKIT bila dah banyak kali fail assessment, bagi ikan makan roti basi(tapi kat sini xdak kura-kura macam kat kmpp), masak untuk sahur, bergosip(hak3.. tapi jarang yak!! tambah dosa gitu!!:D),

sembang-sembang dengan kawan nak kawin dengan sapa(hak2.. xleh blah.. bab agama pun tunggang langgang lagi, berangan ja la kau joyah!!) dann banyakk lagii!!!..

hohoho.. itulah hidup aku kat UPM tu setahun... bila smpai nak final sem pulak, konon macam rajin study, maka berlambak lah nota-nota atas meja, sekeliling katil... tidoq pun bersama nota tau!! kalau tidoq atas katil dengan badan  lurus, maka nota-nota ku itu akan berada dari kepala sampailah ke kaki ku... betapa rajinnya aku membaca.... haha... itulah akibatnya bila waktu assessment malas sangat nak sentuh nota, maka tak terbaca lah ia...


jadi, jangan lah jadi macam daku ini... setiap hari bukak fb tengok orang update status merapu!!, bukak blog orang konon nak cari ilmu( heh simpan waktu hujung mggu ja lah), tidoq memanjang(kononya nak fokus dalam DK, boleh blah!!).. ayatku sangat menikam kalbu diri sendiri nampaknya.... berdarah hati (heh memg hati ada darah la)...

pbl sem2 dengan frof zarida

ngok ngek jugak hidup aku kat uni ni... ting tong ja x terurus masa!! aku perlu berubah!!! yeah!! (ayat belasah sebab tak tau nak ending macam mana utk post ni.. huahuahua)


--------------------------------------------------

mari berkongsi hadis:)

    Hadis 1 Imam Nawawi:
     Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.
selamat berfikir-fikir ^^






Monday 17 September 2012

membongkar diari pink kecik


Salam.



Terbelek balik diari pink kecik waktu zaman matrik.. terjumpa ayat ni:


"Ketahuilah, berubah itu payah, susah.
Perlunya istiqamah...
Tapi ingatlah di sebalik kesusahan ada kemanisannya.."

*aku ni puitis jgk kan.. haha

----------------------------------------------------



terbaru dalam diari pink kecik:

Aku rasa hidup sebagai seorang Muslim ni, perkara utama yang perlu aku titikberatkan adalah
keimanan. Iman aku berubah-ubah.. Aku sedar dan aku sangat sedih :(
Aku perlukan sahabat-sahabat matrik aku... Ketinggian akhlak & ilmu agama mereka membuatkan
aku selalu rasa kecik dan rendah diri.. Aku suka!!! Aku kena cari diri aku balik. Doakan aku..

Sunday 9 September 2012

Semester 3

Salam.

Pakej untuk semester 3:


PAKEJ 7 : SISTEM ENDOKRIN DAN REPRODUKTIF
SPP3561SISTEM ENDOKRIN42 JAM
SPP3571SISTEM REPRODUKTIF50 JAM
PAKEJ 8 : SISTEM SARAF PUSAT DAN MUSKULOSKETEL
SPP3511SISTEM MUSKULOSKELETAL82 JAM
SPP3581SISTEM SARAF PUSAT82 JAM
PAKEJ 9 : KESIHATAN AWAM, EPIDEMIOLOGI DAN STATISTIK
SPP3411KESIHATAN KELUARGA14 JAM
SPP3421KESIHATAN AWAM DAN EPIDEMIOLOGI PENGENALAN20 JAM
SPP3422EPIDEMIOLOGI - MENGENAL PASTI PENYEBAB31 JAM
SPP3423MEMAHAMI EPIDEMIOLOGI PENYAKIT14 JAM
SPP3431PERKHIDMATAN, PELANGGAN DAN MASYARAKAT23 JAM
SPP3611STATISTIK PERUBATAN52 JAM
wahhh!!! *pengsan jap tengok jam kredit tu!!! hahaha.

InsyaAllah, moga Allah permudahkan.. Amin... :)

new chapter of my life

Setelah 6 bulan menyepi. So lets start with this. Assalamualaikum Segala kepujian dan kesyukuran ke hadhrat-Mu ya Allah di atas limpah rahma...