expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Saturday 31 March 2012

syukuri peluang kedua :)

salam.

Alhamdulillah lulus reseat exam baru-baru ni! syukur alhamdulillah.
hal ini akan mengingatkan saya bahawasanya, setiap manusia tu takkan terlepas kebergantungannya kepada Allah. dan seperti itu la jugak saya. sentiasa mengharap dan berdoa kepada Allah agar diberikan result yang baik untuk exam lepas.


dan buat yang fail lagi tu, jangan bersedih. setiap yang terjadi, ada hikmahnya.
..dan boleh jadi kamu benci akan sesuatu, sedang ia lebih baik bagimu dan boleh jadi kamu kasihi sesuatu, sedang ia melarat kepadamu. Dan Allah mengetahui tetapi kamu tidak mengetahui. (Al-Baqarah : 216)
macam terjemahan ayat Al-Quran kat atas tu contohnya. mungkin kalau engkau lulus reseat exam kali ni, kau akan rasa best. tak ambil pengajaran masa fail 1st time tu. kalau fail yang sebenar, boleh reseat lagi.. menunjukkan tak ambil pengajaran. jadi mungkin Allah dah rancang, baik engkau fail reseat ni, sekurang-kurangnya engkau ambil pengajaran dan engkau sedar bahawa tu kelemahan engkau dan engkau akan improve day by day kelemahan kau tu. Wallahualam. dan sesungguhnya Allah tu mengetahui mana yang kita tak ketahui.


dan marilah kita sama sama memohon pertolongan dari Allah swt. jangan bersedih di atas ujian yang dah ditentukan Allah.

..dan ketahuilan Allah takkan membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.. ( Al-Baqarah : 286)

 tengok Allah jawab lagi, :) sesungguhnya apa yang Allah uji ke atas hambaNya tu sesuai dengan kesanggupan seseorang. maknanya Allah menguji orang-orang yang tabah, yang Allah tahu, dia dapat mengharungi pahit nya ujian dan cabaran :) jadi jangan bersedih ya sahabat-sahabat. Allah menyayangi sahabat-sahabat dan hambaNya. sebab tu kita sentiasa diuji. Ayuh kita perlu sentiasa berdoa, sebab kita ada Allah diwaktu senang dan susah.


ayuh senyum! senyum tu sedekah sebab senyum tu amalan Rasulullah.
mulakan sem 2 dengan senyuman dan semangat yang baru!!! 
baiki kelemahan lepas, tingkatkan prestasi untuk sem baru ni. 
dan jangan lupa, jaga hubungan kita dengan Allah :)

* tengah mengemas bilik . bagi ada mood  nak study 2nd sem ni!! hihii
* jangan lupa dengar lagu maher zain. number one for me. best!!! :D
 .salam.

Sunday 25 March 2012

impian

salam.

I have a dream, a fantasy, to help me through reality
And my destination makes it worth the while
Pushing through the darkness still another mile 
 "i have a dream"

impian satu
untuk jadikan blog ni sesuatu yang berfaedah untuk diri sendiri dan buat sesapa yang terbaca.
tapi apakan daya. setiap kali nak buat entri yang baru mesti x tahu nak tulis apa.
padahal masa tengok tv, tengah study, ada ja angan-angan nak tulis macam-macam.
nak kongsikan ilmu yang baru belajar la, nak cerita apa yang dipelajari dlm tv la.
last last, habuk pun takdak kt blog ni.
yang ada benda yang tak berfaedah.
cuma luahan hati yang diselaputi lumpur (tak bermakna)
jahat sungguh syaitan ni, ganggu orang tengah study!! ceh =,='

impian dua
yang ni memang takkan terjadi dah.
masa mula-mula buat blog, ingatkan nak rahsiakan identiti sebenar.
macam hlovate tu.. heh
tapi memang tak pandai lah berkata kata macam dia tu.
dia tu hebat sangat.
hebat ciptaan Allah :)

impian tiga
nak sangat jumpa dengan hlovate
sapa la dia tu?
novel novel dia la yang menjadi sumber inspirasi untuk saya ni kejar cita cita yang lebih tinggi

impian empat
menamatkan ijazah dalam tempoh 5 tahun.
dan menjadi seorang doktor yang berjaya dan cool!
doktor yang dapat membuatkan pesakit gembira.
doktor yang sentiasa tersenyum walaupun kepenatan. :)

impian lima
sebagai mana usaha saya untuk dapat kejayaan di dunia.
macam tu jugak lah saya akan usaha untuk peroleh kejayaan di akhirat.
perlu seiringkan kejayaan di dunia dan akhirat.
baru lah boleh jadi doktor muslimah yang cool :D


*sebelum buat entri ni, saya baca acute leukaemia dan lymphoma
*saya ambik banyak masa untuk tulis satu satu entri. my bad :(
*sekian saja tulisan mereng mereng saya.

bertemu lagi di lain entri . salam
["dreams are like stars...you may never touch them, but if you follow them they will lead you to your destiny"]

Friday 23 March 2012

Friday 2 March 2012

jangan sedih ya :)

salam.

hari ni dah dapat result exam sem1 baru2 ni.. betullah tekaan saya tu.. fail!! tapi Alhamdulillah pakej 3 ja.. pakej 1 dan 2 lulus.. tapi x tau la cemerlang tak..

 4 orng fail pakej 1.. 18 fail pakej 2 dan 36 fail pakej 3.. Astaghfirullah.. ramai sangat fail!! tapi mungkin jugak boleh cakap soalan tu susah... bukannya setakat melayu ja fail, chinese, indian pun ada.. ada yang fail ketiga-tiga pakej.. kesian sangat.. tapi sebelum start sem 2 ni akan ada reseat.. InsyaAllah, harap-harap kami dapat buat yang terbaik!! Amin.

nak cerita sikit dalam ni tentang pakej yang saya fail. pakej 3 yg killer!! ada module haematology, pathology, dan immunology.. tajuk ja memang dah dapat agak memang sangat menikam sanubari.. chewahh!! kalau nak ikutkan boleh ja rasanya lulus.. tapi disebabkan study pun last minute yang ntahapahapa, fail la jawabnya.. lagipun untuk SAQ tu, banyak jugak notes yang tak sempat nak dibaca. atheroma, embolism, immunisation.. wahh.. banyak lagi.. ni kes fokus sangat untuk pakej 2 yang tebal ya amat tu la.. haiillaa....

nasib badan la.. sapa la suruh ambik course yang memang susah... oh, tp dentistry lagi susah orng cakap.. apa-apa pun saya terima ja dengan hati terbuka result ni dan course yang saya mintak dan dapat ni.. mungkin ni yang terbaik dan dah ditentukan Yang Maha Esa.. dan mungkin untuk saya sendiri sedar bahawasanya, medic life ni tak sama dengan matric life yang happy dongky lucky tuu.. huhuhu.. kena banyak usaha, tak boleh relax, tidur banyak(Nauzubillah)...

and apa yang saya dan roomate dah rancang, InsyaAllah akan revise balik apa yang diajar oleh lecturer lepas tamat kelas.. dan mungkin jugak akan study dulu pelajaran yang akan dipelajari sebelum start lecture.. ni nasihat Dr. Sarah jugak.. hmm.. InsyaAllah akan saya cuba!!!

ok lah.. setakat ni saja post kali ni... InsyaAllah doakan yang terbaik untuk reseat exam 28 dan 29 march ni.. moga-moga lulus.. Amin. :)

notes ^^

cactus :)




Mengenali Personaliti-Dr Fadzilah Kamsah

Salam.

ni kajian Dr Fadzilah Kamsah tentang personaliti .. walaupun sebenarnya tak boleh percaya sangat, tapi disebabkan tengah tension sangat tadi tak dapat viva( and mungkin kena repeat paper, Ya Allah, harap-harap tak la) layan ja la benda alah nii...



MAC 

* Berpesonaliti menarik dan menawan. ( haha.. ya ka?? mungkin tak.)
* Mudah didampingi. (kadang2 ya, kadang2 tak jugak :P)
* Sangat pemalu dan pemendam rasa. (sangat betul!)
* Sangat baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati.(betul kut!*perasan jap*)
* Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran.(1mark!! :D) 
* Suka pada kedamaian. (tepat!! suka alam!! ^^)
* Sangat peka pada orang lain. (kadang2 terlebih peka pun ada jugak! hoho)
* Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain. (mungkin! sebab tu la kena study benda2 yang kait mait dengan badan ni :D hailaa)
* Tidak cepat marah dan sangat amanah. (salah! cepat marah sbnarnya. tapi dah belajar control sejak masuk matrik :D)
* Tahu membalas dan mengenang budi. (betul!!!) 
* Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam. (adakalanya ya, adakalanya x.. hihi)
* Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal. ( tak pandai berdendam sgt, tp rasanya mgkin ada kecenderungan... huuu*okeh lebih baik kawal*)
* Suka berangan-angan. (no 1!! harap-harap, angan-angan mnjadi cita2 :))
* Suka melancong. (suka!! tp jarang :()
* Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi. (ya kut.. hahah)
* Kelam kabut dalam memilih pasangan. (ntah, x merancang pun lagi.. JPA x bagi kawin lagi, so malas cari pasangan.. hahaha)
* Suka dengan hiasan rumahtangga. (wahh?? mcm mna ni?? tp suka craft tangan!!)
* Punya bakat seni dalalm bidang muzik. ( okeh, tunggu, tgk cikit masa main cak lempong sem2 nnt.. ada bakat x.. =))
* Kecenderungan pada benda yang istimewa dan baik. (saya suka benda yang pelik2!! *kata si adik*)
* Jangan terlalu mengikut selera atau perasaan (baik lah!!)




okeh! tamat sudah merepek!! tggu ja la kol dari pejabat.. harap2 tak kena reseat..Amin.. kalau kena reseat, cuti sem1 ni baca notes yg bertimbun mcm pasir kat padang pasir la jawabnya..... muntah hijau lagi la gamaknya... huhuhu

new chapter of my life

Setelah 6 bulan menyepi. So lets start with this. Assalamualaikum Segala kepujian dan kesyukuran ke hadhrat-Mu ya Allah di atas limpah rahma...