expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Sunday 30 June 2013

#2


Wahai orang-orang yang beriman, rukuklah serta sujudlah (mengerjakan sembahyang), dan beribadatlah kepada Tuhan kamu (dengan mentauhidkanNya), serta kerjakanlah amal-amal kebajikan; supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat).
(Al-Hajj 22:77)


Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya Dia lah yang memilih kamu (untuk mengerjakan suruhan agamanya); dan Ia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan susah payah dalam perkara agama, agama bapa kamu Ibrahim. Ia menamakan kamu: "orang-orang Islam" semenjak dahulu dan di dalam (Al-Quran) ini, supaya Rasulullah (Muhammad) menjadi saksi yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu, dan supaya kamu pula layak menjadi orang-orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah). Oleh itu, dirikanlah sembahyang, dan berilah zakat, serta berpegang teguhlah kamu kepada Allah! Dia lah Pelindung kamu. Maka (Allah yang demikian sifatNya) Dia lah sahaja sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Pemberi pertolongan.
(Al-Hajj 22:78

penerangan ayat: syahadatul haq

Sunday 23 June 2013

Mati Itu Dekat

salam.



sejak akhir-akhir ni selalu ja dengar orng nuu meninggal, orng ni meninggal... hampir setiap hari rasanya... ataupun duluu ada jgk tiap2 hari orng mninggal keliling kita ni, tapi diri sndiri yg tak pernah perasaan... mungkin sebab sekarng dh kenal media sosial fb, tu yg selalu terupdate sikit tentang persekitaran..? entahla....

hampir setiap hari kita dengar ada orng meningga, tertanya pada diri, kita selalu ambik pengajaran tak untuk kematian-kematian tu?? pernah try nak improve diri sendiri tak?? mana tau kut2 tgh bukak internet ni malaikat maut cabut nyawa?!! rasanya ni tanda-tanda ingatan Allah kat kita kan... mungkin kita akhir-akhir ni dh mula lalai dgn dunia.... sebab tu kematian semakin banyak... tanda ingatan... "dunia nia sat jaa oiiii, sudah-sudah la tu berseronok"?? ataupun kita sebenarnya dh lali dengan kematian... "ala lumrah la mati, setiap yg hidup akan mati apa! apa heran"??!! ok tu lebih-lebih!!.

pernah tak kita rasa mcam tiba-tiba tak cukup nafas?? rasa macam nak mati ja.... slwani dulu pernah.. waktu kecik-kecik... sekolah rendah kut.. ataupun form1 ataupun form 2... masa tu rasa mcm mmg tak cukup nafas lah... waktu malam... pastu malam tu terfikir utk tak nak tidoq sbb takut esok-esok dh tak leh bangun... dah mati.... dua, tiga hari sblom ni pun rasa mcm tu jgk... siap rasa mcm kebas-kebas lgi kaki... pastu bangun dari katil try rasa kaki, sejuk tak... nasib temp kaki normal ja kut... tapi paksa diri utk tidoq jugak wlupun mcm sesak sikit nafas...  sebab sedaq diri sendiri ni mmg ada lelah... so tak kisah sgt lah kut... tp sebenarnya takut jgk.! tp bila pikir balik, tidoq ka tak tidoq ka, klu Allah dh kata nk kita mati time tu, mati jugak lah kan... kun fayakun!. cuma bersedia...

lagi satu salwani pernah jugak rasa mcm akan mati waktu dlm perjalanan dari upm nak ke kedah... time tu mmg kuat sgt perasaan tu sbb mcm ramai sgt orng sebut ttg kematian... jd, sbg persediaan, slwani pun tulis wasiat(HAHA) dlm blog ni.... tp x publish lg time tu sbb salwni ada set the date bila sepatutnya entry tu akan di publish.... disebabkan perjalanan Alhamdulillah selamat, slwani pun save sbg draft ja... klu pikir-pikir balik, mcm lawak pun ada... tp apa salahnya kan?? buat ja apa yg terlintas kat kepala otak tu, asalkan baik..

ni nak share sikit apa yg slwani dpt dripada sisters connencting circles semalam, ttg kematian jgk (lagi sekali)... ustazah tu ckp, "kalau lah kita betul-betul yakin mati tu bila-bila masa, dan di mana-mana... kita tak mungkin akan melewat-lewatkan sembahyang"... masa ni rasa mcm bukit jatuh atas kepala..terpenyet gedebuk gedebak... terasa!

satu lg perkongsian yg best (tp out of the topic kut): "cuba kita tengok matahari, bayangkan matahari tu dekat sejengkal dengn kita, confirm kita mati hangus, lebur... bayangkan pulak matahri tu jauh dari kita, mesti kita, dunia akan beku, sejuk.... apa yg nak ditekankan dekat sini, Allah tu dh ciptakan sesuatu dgn sangat tepat... dekat jadi hangus, jauh jadi beku.. sedap-sedap saja apa yg Allah kurniakan kat kita tu... jadinya, usahlah kita petikaikan kenapa Allah bagi kita kesusahan ni, kenapa kita tak dapat apa yg kita nak?? kenapa??kenapaa?? yakinlah setiap apa yg telah diberi oleh Allah kpd kita tu mesti ada satu kebaikan buat diri kita... sebabnya Dia Maha Mengetahui apa yg terbaik... InshaAllah...

itu saja perkongsian utk hari ini.... buat ingatan diri ini, ingtlah telinga yg mendengar itu lebih dekat dengan mulut yg berkata-kata, manakala tangan yang menulis itu, lebih dekat dengan mata yg melihat menjadi saksi. dan ingin dikongsikan "Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan." - Imam Hasan al-Basri

salam :)


Tuesday 18 June 2013

RESEPI AIR ASAM

AIR ASAM 
sesuai utk 4@5 org nak makan :)

BAHAN-BAHAN:
- 2 cabai melaka
- 1 cili merah
- 2 biji tomato
- 1 bawang besar(jgn pilih besar sgt)
- sedikit belacan
- sedikit kerisik
- 1/2 asam limau
- sedikit garam
- sedikit gula

LANGKAH-LANGKAH:
1. tomato ---> potong 4 ---> hiris halus/nipis
2. bawang besar ----> hiris halus-halus jgk!! ^^
3. ditumbuk/blend
     *cabai melaka, cili merah, belacan,garam
                            +
     *kerisik , gula
                            +
     *1/6 tomato yg dipotong halus tadi
     * sebelum keluarkan dari lesung batu/blender, rasa dulu kalau-kalau ada rasa yg x cukup
4. tomato + bwang besar bergabung dengan bahan yg ditumbuk.
5. perah 1/2 asam limau tu dalam hasil campuran tadi.
6. gaul rata
7. bagi berair sikit --> tambah air sikit. jangan banyak!!!


cabai melaka (mak kata ni cabai/cili pedas gila.. ni cabai original!! melaka mari!!original dari kampung!!)

cili merah. (tak sepedas cabai melaka)

tomato. (potong nipis2)

bawang besar(ni penting potong nipis-nipis... tebal nnt tak lalu nak makan! wahaha)

asam limau (klu x nak guna limau, boleh gak guna asam jawa. buat air asam jawa)

belacan (klu tak tau belacan mcm mana, parah laaa oiii!!) ambik sikit ja

kerisik (jgn ambik bnyk ni... kurngkan sikit)

TARAAA!!!! SIAP!!
|
|
|
|
\/

dah boleh makan!!! selalunya orng makan dengan daging rebus.... tapi sbb xda daging, makan dgn ikan rebus pun jadik laaa..... wehehe..

SELAMAT MENCUBA!! :D

****

* ada beberapa gambar bahan2 tu bukan saya yg punya... ambik dari google...  terima kasih. 
* klu nak buat sikit ja (utk 4@5) guna lesung batu ja la... nak buat banyak, gunalah blender.
* sebelum ni dh penah buat air asam kt umah najwa... tapi x menjadi... setakat boleh makan ja.... hahaha..   masa tu 1st time buat... tu punnn msej, tepon mak bnyk kali... padahai senang ja... kikiiki
* airr asam ni sedap oooo!! rugi sapa yg x penah makan! tp yg ada resdung tu awas sikit koott!! sbb letak belacan :D


Sunday 16 June 2013

cuti berkayan kayan.. rasa bersalah pun ada sbb rasa rilek sangat nii... tengok orng lain dh ada collect data utk research, ada join neurofair, ada join macam macam aktiviti ja... untung sapa yang duduk dkt upm.. ada xtvt boleh join... untung sapa duduk area selangor, weekenders group tu ada ja buat xtvt.... kt sini x tau nk join xtvt apa... kain felt yg beli nk dekat setahun pun x buat apa apa lg sbb x cukup bahan nk guna... adoiii.... masalah dgn diri sendiri ni.

tapi rasanya dapat duduk rumah ni ada sebab jgk kut.... sebelum ni jarang balik rumah.... haritu pi uni, 3 bulan lebih tak balik...skrng baru dpt balik... kalau balik pun waktu cuti sem, mesti sedih punya... mak pun susah hati tgk anak dia kena study... tp sekarng ni mak pun syok tgk anak dia selera sgt2 ni makan.... haha... x payah pikiaq resit exam... mak pun selalu ja ajak teman bila nak pi jalan.... so, hikmahnya kt sini mungkin Allah bagi peluang tu untuk dpt luangkan lebih bnyk masa dgn famili kut... ya ka? hahaha. entah.

tertanya tanya kwn kwn yg lain yg x involve dgn xtvt kt u, x smbung buat lagi research, depa buat apa cutiii?


Saturday 15 June 2013

sok sek mak anak


semalam tengok penutup tilawah al-quran.

pembukaan nasyid kumpulan inteam dgn penuh bergaya

***dialog***

saya: wahhh!! inteam inteam!!

mak: laaaa.... besaq dh noo depa ni... dulu nmpak kecik ja lg... terutama yg tengah tu (merujuk kpd shah inteam)

saya: hahah... a'ahhh... best kumpulan ni.... suka suka

mak: ala ada lg satu kumpulan.... 4U2C!!!

saya: APAKAHHH???


http://www.smileycodes.info

saya: makkk!!!! 4U2C tu ada AC Mizal laaaaa!!!! sejak bila dia masuk nasyid???

mak: ohhhhhhh! HAHAHAHA

saya: http://www.smileycodes.infoUNIC kuttt..

mak: haaaaa!!! yang nyanyi lagu IPTA tu!!!!!


http://www.smileycodes.info

saya: makkkkkk!!! bukan IPTA laaaaaa.... HAHAHA.... hadoii.... see you di ipt (CUDIPT) laaaa!!!



Friday 7 June 2013

Isra' wal Mi'raj 1434H



Salam.

Alhamdulillah dlm minggu cuti sekarang ni.... jeles tengok kawan-kawan yang dah abis buat data collection.... diri sendiri ni kena buat lepas abis cuti... sbb dr cakap nak buat time tu... ikut ja la.. tp, nasib baik pilot test dh buat... tenang cikit ja la... lps ni dh nak sibuk tahap tak cukup tanah pulak... hailaaa.... aiipp!!! jangan mengeluh... NO - NO!! Harini ada Malaysia Global March toJerusalem (MyGMJ)..hari last... seronoknya.... teringin nak join jugak!!!

Harini slwani nk berkongsi sikit-sikit tentang Isra' dan Mi'raj yang disambut semalam/kemarin @ 27 Rejab.... Sebenarnya mungkin tak banyak yang nak dikongsi sebab banyak yang salwani tak tau.... tp slwani nak jugak berkongsi!! hehe... harap-harap bila ada orang baca, boleh la tambah ilmu untuk dia dan moga-moga bertambah saham akhirat slwani... inshaAllah...

cintaiAllah

ok sekarang kita tengok dulu berdasarkan nama isra' - mikraj... berdasarkan pembacaan slwani:

isra' = perjalanan Nabi SAW manaiki bintang Buraq dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa, di Baitulmaqdis, Palestin.

Mi'raj = perjalanan dari Masjidil Aqsa ke Sidratul Muntaha di langit yang ketujuh(langit 1-7) kemudian ke Sidratul Muntaha(tangga ke 8) , bahkan ke Mustawa (tangga ke 9) dan sampai dibawah Arasy ALLAH.


peristiwa ni terjadi sebagai tanda Allah nak menggembirakan Nabi Muhammad S.A.W.... sebabnya tahun tu adalah tahun kesedihan bagi Rasululullah...banyak ujian yang menimpa baginda tahun tu... Ok kalau dalam Al-Quran pulak kita boleh tengok penceritaan Isra' wal Mikraj ni dalam ayat pertama Surah Al-Isra' yang bermaksud:

"Maha Suci Allah, yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al Masjidilharam ke Al Masjidilaqsa yang telah Kami berkahi sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebagian dari tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat."

kalau kita tengok maksud surah tu kan, " telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al Masjidilharam ke Al Masjidilaqsa" masanya sangat singkat... hanya satu malam.... masa ni la keimanan orang-orang Islam diuji... sebabnya kalau ikut lojik akal fikiran, perjalanan dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa tu ambik masa mungkin lebih dari sehari mengikut perjalanan biasa.... mana boleh dok pi satu malam ja!.... masa ni ada yang dah masuk Islam kemudian murtad balik sebab tak percaya... tapi ada seorang sahabat Rasulullah, Sayyida Abu Bakar dia tetap percaya!!!... apa yang beliau cakap:

"Benar! Aku menyaksikan bahawa engkau merupakan Rasulullah. Jika baginda S.A.W mengatakan bahawa baginda telah diperjalankan lebih jauh daripada itu maka aku tetap beriman kepadanya". Inilah ketegasan dan keyakinan yang tidak berbelah bahagi Sayyidina Abu Bakar dalam mempercayai Allah dan rasul-Nya sehingga beliau digelar as-Siddiq yang membawa maksud pembenar.
Wahhhh!!! kagum kan??? :D

Ok-ok... sebelum berlakunya "Isra' Mi'raj tu, kita diceritakan dengan Rasulullah dibedah dan dicuci hatinya oleh malaikat. Hati Rasulullah dicuci dengan air zam-zam dan ditambah hikmat, ilmu dan iman dalam dada Rasulullah S.A.W. Selepas selesai pembedahan tu, barulah Rasulullah ditunggangi Buraq dalam perjalanan Isra' tu...

Waktu tu mesti pelik kan, macam mana laa bedah hati guna cahaya(Malaikat).... tp sekarang ni, dah terbukti.... tengoklah Prof Muhaya... Oftalmologi terhebat... bedah mata guna laser ja... bukankah tu pun cahaya?? Inikan pula Malaikat yang sayapnya tersangatlah besar (waktu sekolah dulu Usatazah ada cerita, kalau Jibrail menebarkan hanya satu daripada beberapa sayap yang dimilikinya, maka ia sudah cukup untuk menutup dunia ini)... haaaa!!! lagilah power kan cahaya yg diguna utk bedah hati Rasulullah S.A.W!!!!

ISRA'( Masjidil Haram - Masjidil Aqsa )
Ok masa perjalanan Isra' tu, Ustaz Don ada cerita ada Jin Afrit kejar dari belakang.... nak halang Rasulullah... dan masa tu jgk Rasulullah dpat saksikan peristiwa-peristiwa simbolik yang ajaib... antaranya dpt dilihat:
  • ·         Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S.A.W diberitahu oleh Jibrail: Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.
  • ·         Tempat yang berbau harum.Rasulullah S.A.W diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Masitah (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anaknya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetapt teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai Tuhan).
  • ·         Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).



dan banyak lagi... boleh tgk kat sini ---->menarikkk ohhh!!!

MI'RAJ (Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah S.W.T )
Semasa Mi'raj pulak, menceritakan Rasulullah naik tangga untuk ke setiap langit.... di setiap lapisan langit tu Rasulullah bertemu dgn para Anbiya.... dan Ustaz Nabil Ahmad cerita, sebenarnya waktu tu hanya Nabi Musa yang betul-betul tunggu dan bercakap dgn Rasulullah... *yg ni nnt slwani cerita* .. lps sampai langit ke tujuh, Rasulullah sambung naik tangga ke 8, ke-9, ke 10....

di tangga ke-10:
Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah SWT dengan mata kepalanya, lantas sujud. (*berdasarkan ni Rasulullah dapt melihat Allah... tp ada dua pendapat sebenarnya*)
Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:
Allah SWT : Ya Muhammad.

Rasulullah : Labbaika.

Allah SWT : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan.

Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan.

Allah S.W.T : Aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari kiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah 'Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan Aku fardukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.

ok sedih kan... kasihnya Allah kepada Nabi Muhammad S.A.W...

*ok sambung yang slwani ckp pasai Nabi Musa tu*
lepas dapat kata kena solat 50 rakaat tu, Nabi Muhammad pun turun... kemudian  Nabi Musa dok tunggu Nabi Muhammad ni, sebabnya Nabi Musa nak tanya dapat tgk Allah tak?? *teruja kan Nabi Musa* heheh.... pastu Nabi Muhammad kata dapat hadiah!!, solat 50 waktu...*salwani tak sure Nabi Muhammad dapt tgk Allah tak.. sebab ada dua pendapat.. ada kata dapat, ada kata tak* 

dengaq-dengaq kata 50 rakaat, Nabi Musa memohon Rasulullah merayu supaya dikurangkan.... setiap kali naik merayu dapat kurang 5 waktu... Rasulullah naik turun sebanyak 9 kali!!! *bayangkan la, klu kita beli barang pastu nak tawar harga.. 3 kali ja kut kita boleh tahan malu nak tawar... pastu lebih-lebih mintak tawar penjual tu mesti akan ckp 'sudah, lebih-lebih pulak.. xpayah beli lah!' kan-kan... hahah" tapi Rasulullah boleh tahan sampai 9 kali... dengan naik turun tangga lagi... sayangnya Rasulullah kat kita kan... lps tu dapatla 5 waktu sehari.... Lepastu masa tgk TV tu tok slwani cakap "hmm... 5 waktu tu pun x tentu lagi...nasib bukan 50" hahaha...

SELEPAS MI'RAJ
Rasulullah S.A.W turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu'alam.



jadinya, dapatlah kita solat 5 waktu sehari!!!... bagi slwni la kan... dengan perintah bersolat ni lah kita dapat  ingat kt Allah.... sbb tu lah pada mulanya Allah peintahkan kita solat 50 waktu dalam sehari.... supaya kita akan sentiasa igtkan Allah... tak ka?? cuba bayangkan kalau kita tak diperintahkan solat, macam mana eh??? 

------------------------------------

  • waktu tengok Assalamualaikum kat TV AlHijrah tu kan... pengacara Amin ada cakap, "kat Malaysia ni bukannya kurang pun aktiviti @ sambutan agama-agama ni.... banyak ja.... tapi kenapa masih ramai wujud golongan2 yang masih kurang berilmu... setiap tahun kutt??.. adakah mungkin sebab penghayatan tu takdak.... intipati tu kurang...?" sambutan Isra' Mi'raj, MaulidurRasul, MaalHijrah adakah hanya sekadar dapat cuti?? duduk rumah oyeahhh! oyeahh!!?? *terkena batang hidung, selama ni kurang penghayatan kut... x berapa sedar diri ni tak lama kat dunia.. nnt masuk kubuq jugak.. bakal bertemu Allah jugak... dunia ni sekejap ja...*
  • waktu baca majalah JOM! baru terdetik kat hati pasai benda ni Kerana yang mengiringi jenazah hanya 3 perkara :-
    1. Harta yang diinfakkan [didermakan untuk kebajikan]
    2. Ilmu yang dimanfaatkan
    3. Doa anak yang soleh
    kat dunia ni bekalan pahala kita dari baca al-Quran, solat, puasa, senyum, tolong kawan selesai masalah, angkat benda bahaya kat jalan.... tapi lepas dah mati, semua benda-benda tu kita dah tak boleh buat dah... tak boleh nak sambung buat... dah terhenti! dengan 3 perkara di atas ja lah kita boleh pastikan saham pahala kita terkumpul dengan banyak bila dah mati kelak... jadi mari sama-sama banyakkan sedekah, berkongsi ilmu dan berusaha menjadikan diri ni peroleh banyak ilmu supaya dapat mendidik anak-anak menjadi soleh dan solehah*okeh mcm dh kahwin plak!hahha... tp kena pikir jgk pasal membentuk generasi akan dtg ni!!!* dan juga supaya kita turut menjadi anaak yg soleh dan solehah yang sentiasa mendoakan ibu bapa kita kelak.
---------------------------


cintaiAllah

mintak maaf lah terpanjang sikit pulak bercerita :D

ok lah... ok lah... smpai di sini sahaja bicara saya... hahha... kalau ada salah silap mintak tolong perbetul dengan comment di bawah... kalau nak tambah @ nak kongsi lagi.... gunung everest slwani tadahkan... sudi-sudilah menambah!! :D

kalau ada cadangan macamana nak manfaatkan cuti pun boleh jugak!!! 1st time dpt cuti ni, mmg suka bazir masa ja... huhuhu.... *tolong nasihat sikit!*

ok tu pun klu ada orng baca..

ok salam ^^
  

sumber rujukan:
terengganujordan
Assalamualaikum  TV AlHijrah
Forum Perdana

Saturday 1 June 2013

#1

Rezeki yang Allah bagi, bila-bila masa Dia boleh tarik. Bersyukur!

new chapter of my life

Setelah 6 bulan menyepi. So lets start with this. Assalamualaikum Segala kepujian dan kesyukuran ke hadhrat-Mu ya Allah di atas limpah rahma...