expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Saturday 19 December 2015

Emergency Posting

Merasakan kehidupan kita di dunia ini akan kekal abadi bukanlah tanggapan yang betul. Malangnya dari apa yang kita lakukan sepanjang hari, seolah-olah merasakan hidup kita di dunia ini akan selamanya di sini. tidak akan mati.
Dia (Allah) berfirman, "Kamu tinggal (di bumi) hanya sebentar saja, jika kamu benar-benar mengetahui." [Al-mu'minun:114]
Dan kadang-kadang, kita menghias dunia ni dengan perkara-perkara yang membuatkan mata kita sedap memandang, contohnya menghias cantiknya sesuatu tempat, lantas adakalanya membuatkan kita susah untuk menerima kehilangan sesuatu disebabkan seolah-olah kita telah membina syurga di dunia dan kita hampir terlupa wujudnya syurga di akhirat yang sesungguhnya akan kekal abadi dan lebih indah dari dunia.
Wahai kaumku! Sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah kesenangan (sementara) dan sesungguhnya akhirat itulah negeri yang kekal. [Ghafir:39]
Dan kehidupan dunia ini hanya senda gurau dan permainan. Dan sesungguhnya negeri akhirat itulah kehidupan yang sebenarnya, sekiranya mereka mengetahui. [Ar-Rum:64]
Dan walaupun sekejap sahaja aku berada di emergency posting, cukup untuk aku merasakan tiada kepastian bahawasanya aku masih hidup keesokan harinya. Andai kata harini aku bergembira di Thailand, mungkin esoknya dengan sekelip mata Allah boleh mematikan aku. Betapa sekejap dan ketidakpastian keesokan hari itu wujud bagi kita.
Sesungguhnya perumpamaan kehidupan duniawi itu hanya seperti air (hujan) yang Kami turunkan dari langit, lalu tumbuhlah tanaman-tanaman bumi dengan subur (karena air itu), di antaranya ada yang dimakan manusia dan haiwan ternak. Hingga apabila bumi itu telah sempurna keindahannya, dan berhias, dan pemiliknya mengira bahwa mereka pasti menguasainya (memetik hasilnya), datanglah kepadanya azab Kami pada waktu malam atau siang, lalu Kami jadikan (tanamannya) seperti tanaman yang sudah disabit, seakan-akan belum pernah tumbuh kemarin. Demikianlah Kami menjelaskan tanda-tanda (kekuasaan Kami) kepada orang yang berpikir.[Yunus:24]
Empat hari di emergency posting, cukup untuk aku bermuhasabah, lihat balik di setiap sisi kehidupan aku setiap hari, andaikata Allah tarik nyawa aku, sudah cukupkah amalan untuk aku tempah syurga. Dan benar, masuk syurga Allah tu, dengan rahmat Allah, tapi seperti kata Dr Suhailan, amalan-amalan yang baik itu akan membentuk pahala, dan sudah semestinya juga Allah turut melihat pahala kita sebelum meletakkan kita yang terbaik di sisi-Nya. 

Hiduplah di dunia ini seperti pengembara wahai diri. pengembara itu tak membawa benda-benda yang melambatkan/meyusahkan perjalanannya. Dia meninggalkan. Andaikata kau memungut kehidupan dunia yang tiada faedah, belum pasti kemenangan itu dapat dikecapi di destinasi.

"Sesungguhnya, mulut orang yang bercakap itu lebih dekat dengan dua telinganya yang mendengar."




Friday 11 December 2015

Hiburan

Sedikit nota Ustaz Khairul Amri tentang hiburan.

Hiburan tu asalnya adalah harus

Kalau hiburan tu melalaikan --> makruh


If hiburan tu membuatkan kita positif di pagi hari, happy, bersemangat --> wajib
but this one, x sure betul tak. dengar macam ustaz kata wajib.

Ustaz kata ni mcm ustaz, ustaz sangat sukakan muzik. so setiap pagi ustaz perlu dengar muzik untuk bersemangat. Ustaz kepada Ustaz Khairul Amri(UKA) jgk kata, UKA perlukan hiburan utk kekalkan happy bersemangat.

Kalau hiburan tu, ada unsur-unsur maksiat --> haram

ustaz cerita, Rasulullah sukakan hiburan, sebab tu Rasulullah sangat suka kalau bacaan al-quran tu dilagukan.


Hendaklah kamu menghiasi bacaan al-Quran dengan suara yang indah. Hadis lain yang bermaksud: Barang siapa yang tidak melagukan bacaan al-Quran dia bukanlah dari kalangan kami. (Riwayat al-Bukhari )


konklusinya, hiburan tu diharuskan, tapi depends on macam mana kita nak bawa hiburan tu, ke arah melalaikan, ke arah berfaedah or haram


Wallahua'lam

Wednesday 9 December 2015

adik tb

Salam.

Now i'm in new posting, Anaes! a very hectic week, gabung all the lectures, tutorial and case discussion within 4 days, which actually should be in 5 days. okay tadak la beza sgt pun. tp ada beza la jgk even 1 hari. i'm quite dissapointed actually because our group not able to present a case that we clerked as the patient already went to op. rasa mcm hisshh bazir masa clerk, balik lewat. letih lagi. but, Allah tak pernah kan nak jadikan sesuatu benda tu sia-sia. on that day, i manage to meet the tb spine patient, adik yang dari mesir tu. betapa diri sendiri yang rasa sedih sebab tgk adik tu sagt lah positif. tak nampak riak sedih kat wajah dia even she know the doctor diagnosed her with TB spine. dia just follow apa ja treatment and investigation yang perlu dibuat. tak pernah menyerah kalah. very compliance to treatment and follow up and dia percaya setiap sesuatu tu mesti ada jalannya. dia x pernah berputus asa dari rahmat Allah. selagi ada treatment, selagi tu dia akan ikut. adik, u deserve a respect!

new chapter of my life

Setelah 6 bulan menyepi. So lets start with this. Assalamualaikum Segala kepujian dan kesyukuran ke hadhrat-Mu ya Allah di atas limpah rahma...