expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Sunday 23 September 2012

Tahun 1

Salam.



Kali ni aku akan ceritakan kisah-kisah hidup sepanjang Tahun1. pahit manisnya pengalaman, sakit dan peritnya menghadap exam, indahnya hidup bersama kawan-kawan.. cheewaahhh ayattt!!! :D 365 hari mengharungi hidup sebagai pelajar tahun 1 banyak pengalaman, bertimbun kisah. ^^

apabila tengkorak menjadi bahan gurauan

mengantuk dalam kelas, ponteng scl bila smpai bab pharmaco(keh3, diam!), main futsal, bola tampaq, badminton, bola keranjang... aktif gilakkk!!(padahal semua tu main sekali ja.. hak3),

  outing sorang-sorang bila sampai boring tahap tak boleh cakap, menangis SIKIT bila dah banyak kali fail assessment, bagi ikan makan roti basi(tapi kat sini xdak kura-kura macam kat kmpp), masak untuk sahur, bergosip(hak3.. tapi jarang yak!! tambah dosa gitu!!:D),

sembang-sembang dengan kawan nak kawin dengan sapa(hak2.. xleh blah.. bab agama pun tunggang langgang lagi, berangan ja la kau joyah!!) dann banyakk lagii!!!..

hohoho.. itulah hidup aku kat UPM tu setahun... bila smpai nak final sem pulak, konon macam rajin study, maka berlambak lah nota-nota atas meja, sekeliling katil... tidoq pun bersama nota tau!! kalau tidoq atas katil dengan badan  lurus, maka nota-nota ku itu akan berada dari kepala sampailah ke kaki ku... betapa rajinnya aku membaca.... haha... itulah akibatnya bila waktu assessment malas sangat nak sentuh nota, maka tak terbaca lah ia...


jadi, jangan lah jadi macam daku ini... setiap hari bukak fb tengok orang update status merapu!!, bukak blog orang konon nak cari ilmu( heh simpan waktu hujung mggu ja lah), tidoq memanjang(kononya nak fokus dalam DK, boleh blah!!).. ayatku sangat menikam kalbu diri sendiri nampaknya.... berdarah hati (heh memg hati ada darah la)...

pbl sem2 dengan frof zarida

ngok ngek jugak hidup aku kat uni ni... ting tong ja x terurus masa!! aku perlu berubah!!! yeah!! (ayat belasah sebab tak tau nak ending macam mana utk post ni.. huahuahua)


--------------------------------------------------

mari berkongsi hadis:)

    Hadis 1 Imam Nawawi:
     Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.
selamat berfikir-fikir ^^






Monday 17 September 2012

membongkar diari pink kecik


Salam.



Terbelek balik diari pink kecik waktu zaman matrik.. terjumpa ayat ni:


"Ketahuilah, berubah itu payah, susah.
Perlunya istiqamah...
Tapi ingatlah di sebalik kesusahan ada kemanisannya.."

*aku ni puitis jgk kan.. haha

----------------------------------------------------



terbaru dalam diari pink kecik:

Aku rasa hidup sebagai seorang Muslim ni, perkara utama yang perlu aku titikberatkan adalah
keimanan. Iman aku berubah-ubah.. Aku sedar dan aku sangat sedih :(
Aku perlukan sahabat-sahabat matrik aku... Ketinggian akhlak & ilmu agama mereka membuatkan
aku selalu rasa kecik dan rendah diri.. Aku suka!!! Aku kena cari diri aku balik. Doakan aku..

Sunday 9 September 2012

Semester 3

Salam.

Pakej untuk semester 3:


PAKEJ 7 : SISTEM ENDOKRIN DAN REPRODUKTIF
SPP3561SISTEM ENDOKRIN42 JAM
SPP3571SISTEM REPRODUKTIF50 JAM
PAKEJ 8 : SISTEM SARAF PUSAT DAN MUSKULOSKETEL
SPP3511SISTEM MUSKULOSKELETAL82 JAM
SPP3581SISTEM SARAF PUSAT82 JAM
PAKEJ 9 : KESIHATAN AWAM, EPIDEMIOLOGI DAN STATISTIK
SPP3411KESIHATAN KELUARGA14 JAM
SPP3421KESIHATAN AWAM DAN EPIDEMIOLOGI PENGENALAN20 JAM
SPP3422EPIDEMIOLOGI - MENGENAL PASTI PENYEBAB31 JAM
SPP3423MEMAHAMI EPIDEMIOLOGI PENYAKIT14 JAM
SPP3431PERKHIDMATAN, PELANGGAN DAN MASYARAKAT23 JAM
SPP3611STATISTIK PERUBATAN52 JAM
wahhh!!! *pengsan jap tengok jam kredit tu!!! hahaha.

InsyaAllah, moga Allah permudahkan.. Amin... :)

Friday 7 September 2012

kesilapan lalu

salam.

kali ni nak ceritakan sesuatu pengalaman. dan bila teringat balik, memang jahil la jugak aku ni...

mula-mula sekali akan aku ceritakan sejarah hidup aku.

aku berasal dari kampung pedalaman di kedah. diasuh oleh mak, tok dan wan aku sejak dari kecik. dihantar tadika naik gerek aka basikal. diberi didikan agama di sekolah dan diajar mengaji al-Quran oleh wan aku yang sememangnya guru mengaji kat kampung tu. kemudian bila dah masuk sekolah rendah, maju sikit lah. dah naik kereta dengan mak pi sekolah. aku ni memang pendiam dan aku rasa kebanyakan kawan-kawan sekolah rendah aku tak kenai aku pun.



bersekolah menengah di sungai petani. menyambung kependiaman. malas nak bercakap. mulut berat sungguh!!.

ok, sebenarnya intro tak dak kena mengena dengan apa yang aku nak cerita... heee.. tapi ada sikit. kutt

bermula tahun akhir aku di sungai petani...
disebabkan kependiaman aku ni, aku pun dilantik menjadi salah seorang ahli biro agama dalam asrama. padahal aku bukan arif sangat pun bab bab agama. serius cakap!! mungkin disebabkan kependiaman dan ketidakpergaulan aku dengan budak laki...



so, bila dah jadi ahli biro yang agak penting tu, aku pun bermulalah untuk mengenali dengan lebih mendalam ilmu agama. memang nak mendidik junior-junior ikut landasan Islam tu memang lah sangat-sangat perit. tapi Alhamdulillah, aku dibantu sahabat baik aku, Nabilah Azira... heee... (kalau dia baca mesti kembangg tuuu!!!)... ila ni tegas sikit. nak harapkan aku yang lemah ni, memang lah tak terdidik sangat junior2 tu...

masa dulu-dulu belajar kalau pakaian ikut landasan Islam tu menutup semua anggota badan kecuali muka dan tangan. tapi dulu aku tak perasan pun bahawasanya aku pun tak tutup aurat pun. stokin kaki x pakai. kaki tak tutup punnn... tak pernah terlintas kat fikiran aku kaki tu adalah aurat walaupun belajar dalam agama. sampaikan aku pernah terjumpa senior form 6 yang pakai sock, boleh lagi aku cakap "alimnya dia!!" .. haha.. padahal itukan suruhan Allah....hailaaa....itu jahil yang pertama.

ok bila dah masuk matrik, aku ada join satu program MEMORI.. jadi ajk.. aku dapat banyak ilmu dari program tu... program yang banyak mengubah aku lain daripada zaman sekolah... dan sebenarnya suasana matrik tu jugak yang mengubah aku... bersyukur ditemukan dengan kawan2 praktikum yang beriman(bonus buat rakan-rakan praktikum)... heee.... pastu  aku teringat lagi, waktu kelas agama, kumpulan aku ada buat forum agama... ada banyak2 kumpulan. dan setiap kumpulan kena cakap bab-bab agama.... dan kumpulan aku membicarakan tentang pemakaian zaman sekarang.... ada kawan aku bercakap zaman sekarang ni, baju macam membalut badan ja... yeahh, bagi aku memang betul pun.. pakai baju pun macam tak pakai baju ja... tapi kat situ ada sesuatu yang aku tak perasan, yang aku juga ada buat. jahil kedua...sila baca perenggan bawah jahil lagi satu tang mana..



masuk universiti, aku didedahkan pula dengan kumpulan usrah. aku suka sangat dengan kumpulan usrah ni.. aku tengok senior2 dia macam baik sangat... peramah pulak tu... one time tu aku ada join mega usrah.. dapat jumpa kump usrah dari kolej-kolej lain... masa tu kut kalau tak silap aku, adaa sebut pasal pemakaian membalut badan.. aku pun x sure betul tak... dah tak ingat... tapi isinya yang aku nak tekan kat sini... dulu aku ingat bila dah pakai pakaian longgar2 n pakai socks tu macam dah okey... well menutp lah kan. tapi aku pun tak perasan bila aku pakai baju lengan pendek(esp baju kolej) plus pakai inner... rasa macam habis menutup lah tu kononnya... padahal inner tu kan ketat jugak kat tangan?? bukan kah membalut badan jugak?? wahhh... baru aku sedar sebenarnya, banyak lagi yang aku tak tahu... dan sekarang ni bila kena pakai baju kolej or baju apa2 ja yang pendek, memang aku pakai satu lapis baju lengan panjang dengan luarnya baju lengan pendek... ada kawan-kawan tanya kenapa pakai dua lapis??.. aku memang tak pandai explain..... sebab tu aku cerita kat sini...



sekarang ni aku sedar, semakin besarnya aku, semakin aku kenal hidup ni... semakin aku kenal Islam.. banyak lagi yang perlu aku terokai rupanya.... luasnya ilmu di dunia yang luas!!!

-------------------------------------------

- panjang jugak kali ni punya cerita!!
- apa motif pamer gambar2 atas tu??.. heee saja, bagi cantik.. kutt :D
- junior medic dah masuk, kena cari buddy!! 
- Alhamdulillah, lulus resit exam!!! (dah 3 paper pernah resit, tak kan sem depan nak resit lagi kut?? hahah)
- Syukur dapat naik 2nd year!! ^^



new chapter of my life

Setelah 6 bulan menyepi. So lets start with this. Assalamualaikum Segala kepujian dan kesyukuran ke hadhrat-Mu ya Allah di atas limpah rahma...