kali ni nak ceritakan sesuatu pengalaman. dan bila teringat balik, memang jahil la jugak aku ni...
mula-mula sekali akan aku ceritakan sejarah hidup aku.
aku berasal dari kampung pedalaman di kedah. diasuh oleh mak, tok dan wan aku sejak dari kecik. dihantar tadika naik gerek aka basikal. diberi didikan agama di sekolah dan diajar mengaji al-Quran oleh wan aku yang sememangnya guru mengaji kat kampung tu. kemudian bila dah masuk sekolah rendah, maju sikit lah. dah naik kereta dengan mak pi sekolah. aku ni memang pendiam dan aku rasa kebanyakan kawan-kawan sekolah rendah aku tak kenai aku pun.
bersekolah menengah di sungai petani. menyambung kependiaman. malas nak bercakap. mulut berat sungguh!!.
ok, sebenarnya intro tak dak kena mengena dengan apa yang aku nak cerita... heee.. tapi ada sikit. kutt
bermula tahun akhir aku di sungai petani...
so, bila dah jadi ahli biro yang agak penting tu, aku pun bermulalah untuk mengenali dengan lebih mendalam ilmu agama. memang nak mendidik junior-junior ikut landasan Islam tu memang lah sangat-sangat perit. tapi Alhamdulillah, aku dibantu sahabat baik aku, Nabilah Azira... heee... (kalau dia baca mesti kembangg tuuu!!!)... ila ni tegas sikit. nak harapkan aku yang lemah ni, memang lah tak terdidik sangat junior2 tu...
masa dulu-dulu belajar kalau pakaian ikut landasan Islam tu menutup semua anggota badan kecuali muka dan tangan. tapi dulu aku tak perasan pun bahawasanya aku pun tak tutup aurat pun. stokin kaki x pakai. kaki tak tutup punnn... tak pernah terlintas kat fikiran aku kaki tu adalah aurat walaupun belajar dalam agama. sampaikan aku pernah terjumpa senior form 6 yang pakai sock, boleh lagi aku cakap "alimnya dia!!" .. haha.. padahal itukan suruhan Allah....hailaaa....itu jahil yang pertama.
ok bila dah masuk matrik, aku ada join satu program MEMORI.. jadi ajk.. aku dapat banyak ilmu dari program tu... program yang banyak mengubah aku lain daripada zaman sekolah... dan sebenarnya suasana matrik tu jugak yang mengubah aku... bersyukur ditemukan dengan kawan2 praktikum yang beriman(bonus buat rakan-rakan praktikum)... heee.... pastu aku teringat lagi, waktu kelas agama, kumpulan aku ada buat forum agama... ada banyak2 kumpulan. dan setiap kumpulan kena cakap bab-bab agama.... dan kumpulan aku membicarakan tentang pemakaian zaman sekarang.... ada kawan aku bercakap zaman sekarang ni, baju macam membalut badan ja... yeahh, bagi aku memang betul pun.. pakai baju pun macam tak pakai baju ja... tapi kat situ ada sesuatu yang aku tak perasan, yang aku juga ada buat. jahil kedua...sila baca perenggan bawah jahil lagi satu tang mana..
masuk universiti, aku didedahkan pula dengan kumpulan usrah. aku suka sangat dengan kumpulan usrah ni.. aku tengok senior2 dia macam baik sangat... peramah pulak tu... one time tu aku ada join mega usrah.. dapat jumpa kump usrah dari kolej-kolej lain... masa tu kut kalau tak silap aku, adaa sebut pasal pemakaian membalut badan.. aku pun x sure betul tak... dah tak ingat... tapi isinya yang aku nak tekan kat sini... dulu aku ingat bila dah pakai pakaian longgar2 n pakai socks tu macam dah okey... well menutp lah kan. tapi aku pun tak perasan bila aku pakai baju lengan pendek(esp baju kolej) plus pakai inner... rasa macam habis menutup lah tu kononnya... padahal inner tu kan ketat jugak kat tangan?? bukan kah membalut badan jugak?? wahhh... baru aku sedar sebenarnya, banyak lagi yang aku tak tahu... dan sekarang ni bila kena pakai baju kolej or baju apa2 ja yang pendek, memang aku pakai satu lapis baju lengan panjang dengan luarnya baju lengan pendek... ada kawan-kawan tanya kenapa pakai dua lapis??.. aku memang tak pandai explain..... sebab tu aku cerita kat sini...
sekarang ni aku sedar, semakin besarnya aku, semakin aku kenal hidup ni... semakin aku kenal Islam.. banyak lagi yang perlu aku terokai rupanya.... luasnya ilmu di dunia yang luas!!!
-------------------------------------------
- panjang jugak kali ni punya cerita!!
- apa motif pamer gambar2 atas tu??.. heee saja, bagi cantik.. kutt :D
- junior medic dah masuk, kena cari buddy!!
- Alhamdulillah, lulus resit exam!!! (dah 3 paper pernah resit, tak kan sem depan nak resit lagi kut?? hahah)
- Syukur dapat naik 2nd year!! ^^
No comments:
Post a Comment