expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Saturday 30 June 2012

18:23-24





salam.

beberapa hari yang lepas, aku terpanggil untuk membaca surah Al-Kahfi.
adalah kisah 7 pemuda yang diberi taufik dan ilham oleh Allah s.w.t. sehingga mereka beriman dan mengenal tuhan mereka. Mereka mengingkari keyakinan yang dianuti oleh masyarakat mereka yang menyembah berhala. Oleh kerana itu mereka diancam untuk dibunuh. Kerana khuatir akan gangguan masyarakatnya, mereka membuat keputusan mengasingkan diri jauh daripada masyarakat mereka. Kahfi bermaksud gua. Ashababul bermaksud Pemuda tidur. Mereka tidur selama 3 abad.
kemudian terpandanglah aku maksud ayat ke 24.
A024
Melainkan (hendaklah disertakan dengan berkata): "Insya Allah". Dan ingatlah serta sebutlah akan Tuhanmu jika engkau lupa; dan katakanlah: "Mudah-mudahan Tuhanku memimpinku ke jalan petunjuk yang lebih dekat dan lebih terang dari ini". 
dan, disebabkan tak paham, aku tengok balik ayat ke 23.
A023
Dan janganlah engkau berkata mengenai sesuatu (yang hendak dikerjakan): "Bahawa aku akan lakukan yang demikian itu, kemudian nanti".
so, aku paham ayat ni macam suruh kita, selalu mengucapkan InsyaAllah kalau kita berniat nak buat sesuatu.
tapi sebenarnya aku tak berapa sure sangat pemahaman aku ni betul ka tak. jadi, aku pun google. dan terjumpa penerangan ayat atas tu:
Menurut riwayat (rujuk Quran terjemahan), ada beberapa orang Quraisy bertanya kepada Nabi Muhammad SAW tentang roh, kisah Ashabul Kahfi (penghuni gua) dan kisah Zulkarnain.


Nabi menjawab "datanglah esok pagi kepadaku agar aku ceritakan kepadamu." Baginda tidak mengucapkan InsyaAllah (jika Allah menghendaki).


Rupanya, sampai keesokan harinya, wahyu terlambat datang untuk menceritakan hal-hal tersebut dan Nabi tak dapat menjawabnya. Maka turunlah ayat 23-24 surah Al-Kahfi, sebagai pelajaran kepada Nabi. (juga pengajaran buat kita.)
di sini, apa yang aku ingin kongsikan bersama pembaca adalah, kalaulah kita berniat untuk membuat sesuatu, janganlah lupa ungkap InsyaAllah(jika Allah menghendaki). sudah diberi pengajaran dalam al-Quran, di mana Rasulullah sendiri terlupa mengungkap InsyaAllah, kemudian apa yang Rasulullah kehendaki itu, tak menjadi.

walaupun bila kita cakap InsyaAllah tu, kelihatan macam tak yakin, berbanding dengan orang yang cakap "okeh, aku buat esok!!".. jangan lupa kita berpegang kepada al-Quran dan hadis. apa ynag diceritakan dalam al-quran itu, hendaklah kita turuti dan ambil pengajaran. dan kalau boleh tukarkan percakapan kita kepada "InsyaAllah, aku akan buat esok!!" lebih cantik, sebab didahului dengan keizinan Allah.

so, ingatlah, kita merancang, Allah juga merancang. dan Allah lah sebaik-baik perancang.

----------------------------------------------

harini berpindah rumah sebab nak tempatkan budak medic dalam satu blok ja.. maka, banyak macam batu batalah barang-barang yang diangkut merentasi court,jalan, tangga berjela.. semata-mata untuk ke blok baru.. memang harini sangat memenatkan, boleh hypertrophy muscle aku dan kawan-kawan!! hehe..

tapi syukur Alhamdulillah, batchmate sangat lah baik hati,  pelajar laki turut turun padang membantu angkut barang(perempuan ja yang kena pindah). jadi kurangkah penat sangat. sampai rumah, kena bersihkan rumah. pukul 1 pagi barulah siap bersih bilik, toilet, ruang tamu bagai. syukur Alhamdulillah..

p/s: -jangan lupa ucap InsyaAllah
      -bersyukur di atas setiap perkara yang terjadi. :)

Friday 22 June 2012

semangat

Salam.

Dah nak penghujung Sem2. Problem based learning(PBL) pun dah nak mula minggu depan. Maka semakin kalutlah budak-budak first year medic UPM. Kalut dengan PBL, tutorial, habiskan notes bertimbun. Masa masih ada untuk membaca. Jangan dibazirkan. :)



salam.


Friday 15 June 2012

brain tumor

salam.

ainaa nadiah

sharil

pakya

FA

wai loon

pakya

achik

syire



azril



Tanggal 11 Jun 2012, semua orang memperkatakan benda yang sama... tak sangka!! perkataan pertama yang terkeluar dari mulut semua orang.. manakan ada yang dapat mengagak kawan yang banyak cakap, gembira ja boleh dpt brain tumor. ketentuan Allah.. siapa kita untuk menolak ketentuan Allah.. terima dengan sabar. sesungguhnya ada hikmah disebalik setiap ujian dariNya...  berdoa.
salam.


Saturday 9 June 2012

pening

salam.

rasa macam dah melelong study


nak jadi tak betol pun ada kemungkinan


macam dah tak nak study ja


tapi takut terjatuh macam sebelum ni


arrgghh!!! berlawan dengan diri sendiri!!!


demi capai kejayaan!!!!!

:(



Saturday 2 June 2012

exam

salam.

mungkin ni last update dari blog yg tak seberapa ni... lagi 50 hari nak study week.. lagi 57 hari nak exam.. hailaa...
sebenarnya tak tau nak tulis apa pun.. disebabkan blog ni dah saya anggap macam diari, jadi anggap ja la takda sapa sapa baca.. kalau ada tolong anggap saya kanak-kanak ja eh..
menjelang 50 hari nak study, ingin saya senaraikan langkah yang akan diambil untuk mangharungi peperiksaan yang mendatang.



1. kalau dulu, selalu ja bukak fb.. padahal tak dak buat apa pun.. lagha ja banyak... sedar la salwani oii!! SAYA AKAN ELAK BUKAK FB, SEKALI SEMNGGU JA.. KALAU BOLEH TAK NAK LANGSUNG!!
http://www.smileycodes.info
semangat!!!


2. kalau masa sem 1 dulu, lagi seminggu nak study week, baru start baca notes. BERMULA HARINI, SAYA DAH KENA MULA BUAT REVISION TAJUK-TAJUK LEPAS!!
http://www.smileycodes.info
macam dah terlambat ja
"Rasulullah berpesan, kalau kita tahu esok kiamat sekalipun, jika hari ini masih ada benih ditangan kita, tanamlah! Jangan kerana esok kiamat kita sudah berputus asa!"
ok tak terlambat lagi. JOM USAHA! 

3. kalau sebelum ni, tidur tak tetap waktu, kadang-kadang tu, kalau letih sangat , malam tidur ja lepas habis maghrib, bangun balik pkul 12 macam tu, study jap yang entahapahapa, pastu tidur balik.... teruk-teruk!! SAYA NAK TIDUR AWAL MACAM ZAMAN MATRIK DULU, PALING LEWAT PUKUL 11, BANGUN PUKUL 4:30-5:00( boleh kah??)
http://www.smileycodes.info
yeah2!! bangaun-bangun!!

4. dulu agak bermain-main dalam kuliah, sebab dah mengantuk sangatt-sangat. TAK NAK MAIN-MAIN DAH, NAK CUBA FOKUS!! doakan.
http://www.smileycodes.info
fokus!!

5. sebelum ni, kalau tak faham, anggap macam paham, malas nak tanya kawan, takut mengganggu kawan. SEKARANG, KALAU TAK PAHAM MEMANG KENA TANYA! BIAR JA KAWAN TERGANGGU.. hahaha
http://www.smileycodes.info
huehehe

6. dulu nak dekat exam tu lah baca komiknya, baca blog orang, baca novel... notes bertimbun tak sentuh-sentuh... SEKARANG KENA PANDAI BAHAGI MASA!! TAU MANA SATU YANG KENA DAHULUKAN!! dah besar, tolong sedar diri...
http://www.smileycodes.info
i dah besar.. huhuhu

7. sem 1, jarang buat dolat dhuha, jarang solat tahajjud, jarang baca yaasin tiap-tiap malam macam kat matrik dulu. SEKARANG CUBA BUAT BALIK MACAM KAT MATRIK DULU, BUANGKAN PERKARA YANG TAK SEPATUTNYA DIBUAT( species lagha), TAMBAHKAN AMALAN UNTUK AKHIRAT SEKALI.
"kita hidup untuk akhirat"
8. sem 1 tak pernah sentuh al-mathurat. SEKARANG, CUBA ISIKAN WAKTU FREE DENGAN AL-MATHURAT KEJAP.
Wirid, doa, zikir dan istighfar dalam Al- Ma'thurat ini akan memantapkan jiwa di samping memiliki keutamaan dalam segala aspek kehidupan. Mendidik hati agar sentiasa merindui kepada Ilahi dan memberi kelapangan hidup dan kesihatan jasmani...

9. sem 1, asyik kisah ja apa orng nak ckap.. takut buat salah. BERUBAH!! BUAT TAK TAU APA ORNG NAK CAKAP.. IKUT HATI!


10. BAYAKKAN BERDOA, MINTAK MAK DOA SEKALI, JANGAN LUPA TEPON MAK ADA MASA, JEMAAH KAT SURAU.

jom tengok video ni, MOTIVASI! best!! akak & abang perubatan dari mesir

* doakan saya lulus exam :)
* doakan saya dapat faham ilmu dengan baik
* doakan saya tak lupa akhirat dalam asyik kejar exam ja ni
* good luck untuk anda suma juga!! target mumtaz!! :D
salam.

new chapter of my life

Setelah 6 bulan menyepi. So lets start with this. Assalamualaikum Segala kepujian dan kesyukuran ke hadhrat-Mu ya Allah di atas limpah rahma...