salam.
beberapa hari yang lepas, aku terpanggil untuk membaca surah Al-Kahfi.
adalah kisah 7 pemuda yang diberi taufik dan ilham oleh Allah s.w.t. sehingga mereka beriman dan mengenal tuhan mereka. Mereka mengingkari keyakinan yang dianuti oleh masyarakat mereka yang menyembah berhala. Oleh kerana itu mereka diancam untuk dibunuh. Kerana khuatir akan gangguan masyarakatnya, mereka membuat keputusan mengasingkan diri jauh daripada masyarakat mereka. Kahfi bermaksud gua. Ashababul bermaksud Pemuda tidur. Mereka tidur selama 3 abad.kemudian terpandanglah aku maksud ayat ke 24.
Melainkan (hendaklah disertakan dengan berkata): "Insya Allah". Dan ingatlah serta sebutlah akan Tuhanmu jika engkau lupa; dan katakanlah: "Mudah-mudahan Tuhanku memimpinku ke jalan petunjuk yang lebih dekat dan lebih terang dari ini".dan, disebabkan tak paham, aku tengok balik ayat ke 23.
Dan janganlah engkau berkata mengenai sesuatu (yang hendak dikerjakan): "Bahawa aku akan lakukan yang demikian itu, kemudian nanti".so, aku paham ayat ni macam suruh kita, selalu mengucapkan InsyaAllah kalau kita berniat nak buat sesuatu.
tapi sebenarnya aku tak berapa sure sangat pemahaman aku ni betul ka tak. jadi, aku pun google. dan terjumpa penerangan ayat atas tu:
Menurut riwayat (rujuk Quran terjemahan), ada beberapa orang Quraisy bertanya kepada Nabi Muhammad SAW tentang roh, kisah Ashabul Kahfi (penghuni gua) dan kisah Zulkarnain.di sini, apa yang aku ingin kongsikan bersama pembaca adalah, kalaulah kita berniat untuk membuat sesuatu, janganlah lupa ungkap InsyaAllah(jika Allah menghendaki). sudah diberi pengajaran dalam al-Quran, di mana Rasulullah sendiri terlupa mengungkap InsyaAllah, kemudian apa yang Rasulullah kehendaki itu, tak menjadi.
Nabi menjawab "datanglah esok pagi kepadaku agar aku ceritakan kepadamu." Baginda tidak mengucapkan InsyaAllah (jika Allah menghendaki).
Rupanya, sampai keesokan harinya, wahyu terlambat datang untuk menceritakan hal-hal tersebut dan Nabi tak dapat menjawabnya. Maka turunlah ayat 23-24 surah Al-Kahfi, sebagai pelajaran kepada Nabi. (juga pengajaran buat kita.)
walaupun bila kita cakap InsyaAllah tu, kelihatan macam tak yakin, berbanding dengan orang yang cakap "okeh, aku buat esok!!".. jangan lupa kita berpegang kepada al-Quran dan hadis. apa ynag diceritakan dalam al-quran itu, hendaklah kita turuti dan ambil pengajaran. dan kalau boleh tukarkan percakapan kita kepada "InsyaAllah, aku akan buat esok!!" lebih cantik, sebab didahului dengan keizinan Allah.
so, ingatlah, kita merancang, Allah juga merancang. dan Allah lah sebaik-baik perancang.
----------------------------------------------
harini berpindah rumah sebab nak tempatkan budak medic dalam satu blok ja.. maka, banyak macam batu batalah barang-barang yang diangkut merentasi court,jalan, tangga berjela.. semata-mata untuk ke blok baru.. memang harini sangat memenatkan, boleh hypertrophy muscle aku dan kawan-kawan!! hehe..
tapi syukur Alhamdulillah, batchmate sangat lah baik hati, pelajar laki turut turun padang membantu angkut barang(perempuan ja yang kena pindah). jadi kurangkah penat sangat. sampai rumah, kena bersihkan rumah. pukul 1 pagi barulah siap bersih bilik, toilet, ruang tamu bagai. syukur Alhamdulillah..
p/s: -jangan lupa ucap InsyaAllah
-bersyukur di atas setiap perkara yang terjadi. :)
2 comments:
thanks for the sharing....
sharing is caring.. :D
Post a Comment