expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Monday 6 May 2013

Memimpin

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Lihatlah
Allah menegur kita
Islam itu bukannya tertegak dengan mudah
bukannya dengan tarbiyah 1 atau 2 tahun cuma
tapi ia memerlukan masa
masa yang panjang. 
masa
lihat sahaja zaman penaklukan Konstantinopel
mengambil bertahun-tahun lamanya
memerlukan rakyat, tentera dan raja yg baik
barulah tertubuhnya kota Islam konstantinopel
begitulah juga kita.
sahabat 
janganlah bersedih
jangan mudah kalah
Allah berhak menguji hambaNya
menguji adakah kita betul-betul ikhlas
mahukan negara yg betul2 dipimpin oleh Islam
ataupun semata-mata mahu merasakan perubahan.
sedarlah
hidup ini masih panjang
masih banyak hati-hati yang perlu disentuh
masih banyak memerlukan kamu-kamu di luar sana
mengerah tenaga untuk Islam. 
kamu
tahukah lebih ramai hati-hati yang kering
lebih ramai meletakkan dunia di hati
mungkin kamu berada dalam kalangan
hati-hati yang dibasahi dengan tarbiyah
jadi kamu tidak ketahui
itulah target yang sebenarnya, yang perlu diubah
meleburkan hati mereka 
target
melahirkan lebih ramai individu muslim
supaya individu-individu itu
dapat bergabung tenaga dan usaha
membina masyarakat muslim 
yang akhirnya menuju ke ustiazatul alam
InsyaAllah, Amin..

*****

Kini? lihatlah sekeliling anda! Bukalah mata anda seluas-luasnya! Adakah kita punya masa untuk dibazirkan dengan perkara-perkara yang tidak mendatangkan faedah? Umat di luar sana sedang sakit tenat dan kita masih bergoyang kaki, bergembira di surau-surau mendengar ceramah, ke kelas mengaji, ke pusat-pusat tahfiz dan akhirnya memilih untuk menjadi baik seorang diri? Allah! (APG, 2013, Jom!, Isu 2)
**macam kena lempang dgn APG.. seriusli!!**

new chapter of my life

Setelah 6 bulan menyepi. So lets start with this. Assalamualaikum Segala kepujian dan kesyukuran ke hadhrat-Mu ya Allah di atas limpah rahma...