expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Saturday 15 October 2016

Kenapa Aku Join Usrah ~


Minta maaf enty ni mungkin agak panjang. Mohon bersabar :)

Lama aku fikir perlu atau tidak post tajuk ni. Tapi bila memikirkan aku perlukan sejarah aku sendiri dalam blog ni untuk kenapa terdamparnya aku dalam usrah ni, makanya here i am tengah gigih menekan kekunci laptop. The story is very long dan selalunya bila orang tanya, kisah aku tu kejap lain, kejap lain. sebab banyak co-factor kenapa aku memilih berada dalam gerabak yang penuh liku-liku ni. dan mungkin jugak apa yang akan aku catatkan ini juga lain dari yang penah aku cerita. I'm always feel bad about myself sebab tak pandai nak bercakap dan menulis T_T

The story begin during my first year or 2nd year aku pun tak ingat dah. Aku dah penah cerita kat post ni, yang mana, mulanya secara tetiba nama diambil oleh Persatuan Islam universiti untuk join usrah. Mungkin nama dan no fon diperoleh tika mana aku penah join program persatuan tersebut. Mulanya terkejut tapi disebabkan ramai yang pegi, jadi aku pun tidak terkecuali. Ia seakan wajib pada waktu tu. Awal penglibatan aku waktu tu hanyalah ikutan dan kadang rela hati hinggalah aku ditinggalkan disebabkan naqibah tak dapat nak luangkan masa dek kerana sibuk urusan pelajaran dan sebagainya. Hanya orang yang sudah hatinya sudah melekat dengan manisnya usrah saja tau perasaan kosong bila tidak dapat pengisian. Ketika hati kosong, ceramah-ceramah di surau selalu menjadi pilihan dan kebanyakannya aku tak pergi sebab kekangan masa dan  tiada teman.

Hari berganti hari, bulan berganti bulan dan tahun berganti tahun. Bermula dengan aku suka baca post-post Angel Pakai Gucci pabila dinasihatkan oleh someone untuk terus follow baca post-post APG. Kemudian kepada zaman aku suka tengok video-video islamik MrTheAllShared. Dan pada mulanya hanya suka tengok video-video MTAS yang entahapaapa ja ganya, tapi punyai mesej Islam tersendiri yang ingin diorang sampaikan. Hinggalah dari video tu aku kenal video-video dari student drop out Intec, Afiq Sazlan dan Haziq. Video student Intec pun menerapkan Islam tapi more to harmoni dan lembut entah susah betul aku nak describe tapi sesuai dengan hati aku. Dan aku mula follow Afiq Sazlan sebab aku sangat kagum dengan plan jangka panjang dia hinggalah dia punyai syarikat sendiri walaupun time tu masih muda malah dia lebih muda dari aku.

Kisah bila follow facebook Afiq Sazlan ni, aku merasakan ada semangat dalam setiap apa yang dia tuliskan. Hinggalah tak lama kemudian, berlaku pergolakan kat Mesir dan pada waktu tu cuti yang panjang lepas habis Professional Exam 1. Jadi aku punyai banyak masa untuk go through semua post kat facebook dan baca blog tentang pergolakan kat Mesir, hinggakan kawan yang dah tak contact lama study kat Mesir pun aku sanggup contact sebab nak tahu keadaan kat sana macam mana.

Manakala post-post Afiq Sazlan ni pulak ketika tu penuh dengan update di Mesir dan semangat-semangat bahawa Islam tu pernah menang suatu ketika dulu. I can still remember betapa sedihnya aku waktu tu sebab mesir bergolak dan betapa semangat membuak-buaknya aku nak Islam tu naik kembali.
Bawah ni adalah post Afiq yang aku penah share kat facebook waktu jadi pergolakan kt Mesir.

8/7/2013
Kejadian di Mesir ni banyak mengubah pandangan aku kenapa aku perlu memilih untuk join usrah. Aku tak dapat nak recall dari post siapa ataupun mungkin dari post Afiq sendiri, ada katakan Islam tu akan kembali tertegak bila kita amalkan apa yang sebenarnya Islam gariskan. Dan tertegaknya Islam itu perlu dimulakan dengan pembinaan individu muslim tu sendiri.

Kemudian keluarlah post mengenai tugas kita sebagai abid dan khalifah, yang mana pada masa tu aku begitu tertarik dengan peranan kita sebagai khalifah. Jujur aku katakan waktu tu aku cuma faham khalifah tu tugasnya memakmurkan alam yang pada kiraan aku seperti menjaga alam, pokok, haiwan (lol. please jangan gelak!). Tapi apa yang mereka bahaskan mengenai khalifah tu sendiri adalah tugas kita manusia ni, adalah menegakkan Islam, betulkan kembali apa salah orang Islam tu, buat amal makruf nahi mungkar, kenalkan balik suruhan Islam tu macam mana.

Waktu tu, rasa sangat bersemangat 'tolongla, nak Islam menang!'. So, macam mana nak menangkan/tegakkan balik Islam tu adalah dengan binanya kembali kefahaman Islam dalam setiap diri kita. Salah satunya dengan usrah, yakni kelompok-kelompok kecil yang menerapkan muwasofat tarbiyah dengan membincangkan tentang rules and regulation in Islam, mentadabbur ayat-ayat al-Quran, membincangkan tafsir ayat al-quran, discuss tentang hadis-hadis, menulusuri kisah-kisah Rasulullah dan sahabat-sahabat Rasulullah dan juga adanya murabbiah yang akan follow up amal seharian kita etc. It is not only about gaining knowledge, but its also about how we practice what we had learned. Dan makanya daripada knowledge yang kita dapat tu kita boleh guide orang lain pulak.

Kemudiannya mereka membincangkan bila semuanya telah mencapai individu muslim, maka akan terbinanya baitul muslim, kemudian masyarakat muslim sehingga akhirnya ustaziyatul alam.

aku merasakan, walaupun setelah berjayanya meningkat ke baitul muslim, masyarakat muslim etc., pembinaan individu muslim tu tetap perlu diteruskan hingga ke ustaziyatul alam.

Aku yakin pada teori tu sebab zaman Rasulullah dulu pun bermula dari kelompok-kelompok kecil (dakwah) dan lama-kelamaan Islam tu mekar di bawah Tamadun Umayyah, Abbasiyah hingga menakluk 2/3 bumi. Dan beradanya aku/ memilihnya aku untuk dalam usrah ni pun di atas sebab yang sama yang aku pernah baca dari post-post orang waktu tengah cuti dulu.

Okay. itu sebab aku join usrah. Yang membawanya aku join usrah tanggal 14/1/2014 adalah Wan Mazuan , murabbiah waktu tu Kak Adlin Shuhaimi dan kemudiannya aku diketemukan dengan ramai lagi akhawat yang berada dalam jalan yang sumpah sangat panjang dan berliku ni.

Perjalanan aku masih awal. Tak seperti orang lain. Aku cuma merasakan sedikit saja penat. Tapi begitu kagum dengan akhawat lain yang boleh bahagi masa memastikan tarbiyah di UPM ni kekal.

Nota kaki:
1. Aku tak bermaksud yang tidak join usrah, yang hanya pergi ke masjid-masjid dengar ceramah itu salah... tapi aku memilih untuk pembinaan individu muslim itu, kedua-keduanya perlu berjalan seiring (iaitu usrah + ceramah-ceramah di masjid, surau etc.)
2. Post ni sengaja untuk dipahatkan dalam blog sebagai kenangan dan juga sebagai ingatan kenapa aku pilih untuk join usrah at first place.
3. Malah mungkin juga sebagai ingatan tika mana aku sudah lelah dan tidak mampu meneruskan apa yang aku yakini.





Wednesday 12 October 2016

Random

Adakala bila merasa perlukan kekuatan
Perlukan sesuatu untuk hati
Akan diputar lagu-lagu yang mendekatkan diri dengan pencipta
Lagu yang sekarang menjadi pilihan adalah open your eyes-maher zain
Sangat perfect, sangat harmoni dihayati
Sambil scroll facebook
Dengan mudah hati tersentuh bila melihat keadaan di syria
Tiadanya keriuhan di sebalik runtuhan
Menandakan telah hilangnya nyawa
Hari demi hari kanak2 meninggal
Scroll lagi fb di bawah
Keadaan di malaysia
Ceritakan ttg muzik, hanger tersangkut, bercanda di pantai
Huhh lain betul suasana
Betapa meriahnya kita dan betapa sayunya mereka.

Okayyy nak buat apaaa ni

Wednesday 5 October 2016

Kisah Psychiatry III



Benda yang paling aku tak dapat nak hadam adalah bila mana subjek yang aku paling tak suka, psychiatry telah menyebabkan banyak menyentuh perasaan dan banyak reflect diri sendiri. Adakah sebab psycho=mind banyak berhubung dengan hati? Hahaha

****

Tadi aku terjumpa sorang patient lelaki umur 16 tahun. Terlalu banyak masalah yang ditanggungnya. Mak ayah berpisah, ayah terlibat dengan ambil benda-benda haram, mak terpaksa meminjam duit dari along sebab nak menyara anak-anak seramai 5 orang..  kadangkala ponteng sekolah sebab menggalas tanggungjawab sebagai ayah untuk bekerja cari duit… rutin hidup kena pukul dengan ayah guna batang paip sejak umur 12 tahun… sedangkan anak kena pukul, inikan ibu aku rasa mesti dah banyak kali kena dera.

Dari seorang anak yang sangat bijak  dan tersangatlah pandai tapi kini menghidap major depressive disorder..

Disebabkan dia ada MDD, jadi aku kena tanya penah tak dia rasa tersangat happy dalam tempoh sedih tu ataupun sebelum tempoh sedih tu. dalam hati time tu, "aku perlu rule out bipolar disorder".

Jawapan dia buatkan aku tergelak sebab dia kata pernah baru-baru ni, sebab dapat jejak Time Square.. jadi aku pun tanya apa yang happynya? Dia cakap seumur hidup dia, dia nak sangat jejak time square sebab nak tgk roller coaster dalam tu… tapi dia cakap tak mampu naik pulak sebab harga sangat mahal RM41.00 … so dapat tengok pun dah kira sangat happy

Terdiam kitorang time tu… sebab bila banding dengan diri sendiri, nak pegi masuk IOI tu pun seminggu sekali pun boleh… setakat 41 ringgit tu, tak penah rasa banyak kalau dah memang teringin sangat nak naik roller coaster… kalau bab makanan tu kadang-kadang berbelanja mengalahkan orang yang dah keja.. adik ni, mak tak datang melawat kat asrama berbulan-bulan sebab takda duit nak pegi sana... bila dah balik rumah, selalu kena fikir pulak nak dapat duit dari mana untuk naik bas balik ke asrama semula...

****

Tu la kita ni, tak pernah rasa, lihat macam mana orang susah.. kadang-kadang kita rasa macam kita ni dah cukup susah… sehari makan sekali pun dah sedih, tak dapat beli fon yang kita nak pun sedih, takdak keta pun sedih.. semua benda nak sedih… semua benda nak rasa macam Allah tak nak bagi kat kita… sebab kita tak penah nampak orang yang susah mungkin.. bila jumpa adik ni baru rasa insaf, baru rasa bila makan tak abis tu, rasa sedih sebab teringat adik tadi, teringat orang yang lagi susah… so, paksa habiskan jugak makan..

****

Terkadang, aku pun tak faham aturan Allah ni.. tapi aturan Allah tu tak pernah tak baik.. semua baik… walaupun posting psychiatry paling aku tak suka, dapat dr yang strict lagi, tp at the end, aku rasa banyak sangat belajar ilmu, banyak sangat mendidik hati.. sungguh la Dia tu Maha Mengetahui <3

Monday 3 October 2016

Amal



Untuk segala kekosongan dalam diri
Adalah kerana kosongnya amal yang tidak terisi

***

Di awal penglibatan aku dalam usrah
Ada naqibah yang sangat tegas mendidik dan memantau
Tegas terhadap amalan
Namun sangat lembut dalam penyampaian dan interaksi

Katanya mutabaah amal tu sebagai amanah dalam usrah
Amanah yang sangat perlu dijaga
Seakan berdosa andai tidak terlaksana

Awalnya aku merasakan terbeban
Aku mau buat kerana ikhlas
Tak mahu dipaksa!

Atas kerana beban yang dirasa
Aku cuba laksanakan setiap amal yang diamanahkan kepada setiap ahli usrah
Ikhlas atau terpaksa itu belakang kira
Kerana lama kelamaan hati itu tahu
Bahawa ia terisi dan rasa itu dekat dengan pemilik hati

***

Kerana aku pernah
Berada di bawah naqibah yang lembut wataknya
Mutabaah amal tidaklah ditegaskan seperti sebelumnya
Kerana iman itu ada turun dan naiknya
Membuatkan aku mengambil mudah dengan amal sunat
Hingga lama-kelamaan walaupun ilmu baru itu sentiasa diperoleh
Pengisian itu tidak membasahkan hati

Hati waktu itu tercari apa salah diri
Adakah usrah itu membuatkan diri ini jauh 
Adakah usrah itu tak perlu
Kerana ramai yang bukan dalam jalan DnT juga baik
Membuatkan aku tertanya pada diri
Is it worth for me to be here 
dalam usrah

Hingga beberapa kali ditukar naqibah
Dan kali ni aku ditemukan lagi dengan naqibah 
Yang tegas menjaga mutabaah amal anak usrahnya

***

Terkadang baru sedar
Bukan usrah membuatkan diri ini dekat dengan Mu
Amal-amal itu yang membuatkan diri ini dekat
Usrah itu hanya wasilah

Yang mana wasilah itu juga penting buat aku
Untuk aku terus kekal berada dalam kalangan mereka
Kerana aku perlukan mereka ini 
Yang tak pernah berhenti saling mengingatkan
Fastabiqul khairat

***


Adakalanya keringnya sesebuah usrah kerana kering hati ahlinya. Hati bukan saja perlu disirami amalan wajib, tetapi tetap perlu dibajai dengan amalan sunat. 
Bertegaslah dengan mutabaah amal, kerana itu mendekatkan dengan Ilahi




new chapter of my life

Setelah 6 bulan menyepi. So lets start with this. Assalamualaikum Segala kepujian dan kesyukuran ke hadhrat-Mu ya Allah di atas limpah rahma...