Benda yang paling aku tak dapat nak hadam adalah bila mana
subjek yang aku paling tak suka, psychiatry telah menyebabkan banyak menyentuh
perasaan dan banyak reflect diri sendiri. Adakah sebab psycho=mind banyak
berhubung dengan hati? Hahaha
****
Tadi aku terjumpa sorang patient lelaki umur 16 tahun. Terlalu
banyak masalah yang ditanggungnya. Mak ayah berpisah, ayah terlibat dengan
ambil benda-benda haram, mak terpaksa meminjam duit dari along sebab nak
menyara anak-anak seramai 5 orang.. kadangkala ponteng sekolah sebab menggalas
tanggungjawab sebagai ayah untuk bekerja cari duit… rutin hidup kena pukul
dengan ayah guna batang paip sejak umur 12 tahun… sedangkan anak kena pukul,
inikan ibu aku rasa mesti dah banyak kali kena dera.
Dari seorang anak yang sangat bijak dan tersangatlah pandai tapi kini menghidap
major depressive disorder..
Disebabkan dia ada MDD, jadi aku kena tanya penah tak dia
rasa tersangat happy dalam tempoh sedih tu ataupun sebelum tempoh sedih tu. dalam hati time tu, "aku perlu rule out bipolar disorder".
Jawapan dia buatkan aku tergelak sebab dia kata pernah
baru-baru ni, sebab dapat jejak Time Square.. jadi aku pun tanya apa yang
happynya? Dia cakap seumur hidup dia, dia nak sangat jejak time square sebab
nak tgk roller coaster dalam tu… tapi dia cakap tak mampu naik pulak sebab harga
sangat mahal RM41.00 … so dapat tengok pun dah kira sangat happy
Terdiam kitorang time tu… sebab bila banding dengan diri
sendiri, nak pegi masuk IOI tu pun seminggu sekali pun boleh… setakat 41
ringgit tu, tak penah rasa banyak kalau dah memang teringin sangat nak naik
roller coaster… kalau bab makanan tu kadang-kadang berbelanja mengalahkan orang
yang dah keja.. adik ni, mak tak datang melawat kat asrama berbulan-bulan sebab takda duit nak pegi sana... bila dah balik rumah, selalu kena fikir pulak nak dapat duit dari mana untuk naik bas balik ke asrama semula...
****
****
Tu la kita ni, tak pernah rasa, lihat macam mana orang
susah.. kadang-kadang kita rasa macam kita ni dah cukup susah… sehari makan
sekali pun dah sedih, tak dapat beli fon yang kita nak pun sedih, takdak keta
pun sedih.. semua benda nak sedih… semua benda nak rasa macam Allah tak nak
bagi kat kita… sebab kita tak penah nampak orang yang susah mungkin.. bila
jumpa adik ni baru rasa insaf, baru rasa bila makan tak abis tu, rasa sedih
sebab teringat adik tadi, teringat orang yang lagi susah… so, paksa habiskan
jugak makan..
****
Terkadang, aku pun tak faham aturan Allah ni.. tapi aturan
Allah tu tak pernah tak baik.. semua baik… walaupun posting psychiatry paling aku tak suka, dapat dr yang strict lagi, tp at the end, aku rasa banyak
sangat belajar ilmu, banyak sangat mendidik hati.. sungguh la Dia tu Maha Mengetahui
<3
No comments:
Post a Comment