expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Monday, 3 October 2016

Amal



Untuk segala kekosongan dalam diri
Adalah kerana kosongnya amal yang tidak terisi

***

Di awal penglibatan aku dalam usrah
Ada naqibah yang sangat tegas mendidik dan memantau
Tegas terhadap amalan
Namun sangat lembut dalam penyampaian dan interaksi

Katanya mutabaah amal tu sebagai amanah dalam usrah
Amanah yang sangat perlu dijaga
Seakan berdosa andai tidak terlaksana

Awalnya aku merasakan terbeban
Aku mau buat kerana ikhlas
Tak mahu dipaksa!

Atas kerana beban yang dirasa
Aku cuba laksanakan setiap amal yang diamanahkan kepada setiap ahli usrah
Ikhlas atau terpaksa itu belakang kira
Kerana lama kelamaan hati itu tahu
Bahawa ia terisi dan rasa itu dekat dengan pemilik hati

***

Kerana aku pernah
Berada di bawah naqibah yang lembut wataknya
Mutabaah amal tidaklah ditegaskan seperti sebelumnya
Kerana iman itu ada turun dan naiknya
Membuatkan aku mengambil mudah dengan amal sunat
Hingga lama-kelamaan walaupun ilmu baru itu sentiasa diperoleh
Pengisian itu tidak membasahkan hati

Hati waktu itu tercari apa salah diri
Adakah usrah itu membuatkan diri ini jauh 
Adakah usrah itu tak perlu
Kerana ramai yang bukan dalam jalan DnT juga baik
Membuatkan aku tertanya pada diri
Is it worth for me to be here 
dalam usrah

Hingga beberapa kali ditukar naqibah
Dan kali ni aku ditemukan lagi dengan naqibah 
Yang tegas menjaga mutabaah amal anak usrahnya

***

Terkadang baru sedar
Bukan usrah membuatkan diri ini dekat dengan Mu
Amal-amal itu yang membuatkan diri ini dekat
Usrah itu hanya wasilah

Yang mana wasilah itu juga penting buat aku
Untuk aku terus kekal berada dalam kalangan mereka
Kerana aku perlukan mereka ini 
Yang tak pernah berhenti saling mengingatkan
Fastabiqul khairat

***


Adakalanya keringnya sesebuah usrah kerana kering hati ahlinya. Hati bukan saja perlu disirami amalan wajib, tetapi tetap perlu dibajai dengan amalan sunat. 
Bertegaslah dengan mutabaah amal, kerana itu mendekatkan dengan Ilahi




No comments:

new chapter of my life

Setelah 6 bulan menyepi. So lets start with this. Assalamualaikum Segala kepujian dan kesyukuran ke hadhrat-Mu ya Allah di atas limpah rahma...