salam.
sejak akhir-akhir ni selalu ja dengar orng nuu meninggal, orng ni meninggal... hampir setiap hari rasanya... ataupun duluu ada jgk tiap2 hari orng mninggal keliling kita ni, tapi diri sndiri yg tak pernah perasaan... mungkin sebab sekarng dh kenal media sosial fb, tu yg selalu terupdate sikit tentang persekitaran..? entahla....
hampir setiap hari kita dengar ada orng meningga, tertanya pada diri, kita selalu ambik pengajaran tak untuk kematian-kematian tu?? pernah try nak improve diri sendiri tak?? mana tau kut2 tgh bukak internet ni malaikat maut cabut nyawa?!! rasanya ni tanda-tanda ingatan Allah kat kita kan... mungkin kita akhir-akhir ni dh mula lalai dgn dunia.... sebab tu kematian semakin banyak... tanda ingatan... "dunia nia sat jaa oiiii, sudah-sudah la tu berseronok"?? ataupun kita sebenarnya dh lali dengan kematian... "ala lumrah la mati, setiap yg hidup akan mati apa! apa heran"??!! ok tu lebih-lebih!!.
pernah tak kita rasa mcam tiba-tiba tak cukup nafas?? rasa macam nak mati ja.... slwani dulu pernah.. waktu kecik-kecik... sekolah rendah kut.. ataupun form1 ataupun form 2... masa tu rasa mcm mmg tak cukup nafas lah... waktu malam... pastu malam tu terfikir utk tak nak tidoq sbb takut esok-esok dh tak leh bangun... dah mati.... dua, tiga hari sblom ni pun rasa mcm tu jgk... siap rasa mcm kebas-kebas lgi kaki... pastu bangun dari katil try rasa kaki, sejuk tak... nasib temp kaki normal ja kut... tapi paksa diri utk tidoq jugak wlupun mcm sesak sikit nafas... sebab sedaq diri sendiri ni mmg ada lelah... so tak kisah sgt lah kut... tp sebenarnya takut jgk.! tp bila pikir balik, tidoq ka tak tidoq ka, klu Allah dh kata nk kita mati time tu, mati jugak lah kan... kun fayakun!. cuma bersedia...
lagi satu salwani pernah jugak rasa mcm akan mati waktu dlm perjalanan dari upm nak ke kedah... time tu mmg kuat sgt perasaan tu sbb mcm ramai sgt orng sebut ttg kematian... jd, sbg persediaan, slwani pun tulis wasiat(HAHA) dlm blog ni.... tp x publish lg time tu sbb salwni ada set the date bila sepatutnya entry tu akan di publish.... disebabkan perjalanan Alhamdulillah selamat, slwani pun save sbg draft ja... klu pikir-pikir balik, mcm lawak pun ada... tp apa salahnya kan?? buat ja apa yg terlintas kat kepala otak tu, asalkan baik..
ni nak share sikit apa yg slwani dpt dripada sisters connencting circles semalam, ttg kematian jgk (lagi sekali)... ustazah tu ckp, "kalau lah kita betul-betul yakin mati tu bila-bila masa, dan di mana-mana... kita tak mungkin akan melewat-lewatkan sembahyang"... masa ni rasa mcm bukit jatuh atas kepala..terpenyet gedebuk gedebak... terasa!
satu lg perkongsian yg best (tp out of the topic kut): "cuba kita tengok matahari, bayangkan matahari tu dekat sejengkal dengn kita, confirm kita mati hangus, lebur... bayangkan pulak matahri tu jauh dari kita, mesti kita, dunia akan beku, sejuk.... apa yg nak ditekankan dekat sini, Allah tu dh ciptakan sesuatu dgn sangat tepat... dekat jadi hangus, jauh jadi beku.. sedap-sedap saja apa yg Allah kurniakan kat kita tu... jadinya, usahlah kita petikaikan kenapa Allah bagi kita kesusahan ni, kenapa kita tak dapat apa yg kita nak?? kenapa??kenapaa?? yakinlah setiap apa yg telah diberi oleh Allah kpd kita tu mesti ada satu kebaikan buat diri kita... sebabnya Dia Maha Mengetahui apa yg terbaik... InshaAllah...
itu saja perkongsian utk hari ini.... buat ingatan diri ini, ingtlah telinga yg mendengar itu lebih dekat dengan mulut yg berkata-kata, manakala tangan yang menulis itu, lebih dekat dengan mata yg melihat menjadi saksi. dan ingin dikongsikan "Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan." - Imam Hasan al-Basri
salam :)
Sunday, 23 June 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
new chapter of my life
Setelah 6 bulan menyepi. So lets start with this. Assalamualaikum Segala kepujian dan kesyukuran ke hadhrat-Mu ya Allah di atas limpah rahma...
-
Habis present case, habis buat examination depan dr, aku dibawa masuk ke bilik untuk teruskan discussion. Dengan slumber badak, senang ja k...
-
Minta maaf enty ni mungkin agak panjang. Mohon bersabar :) Lama aku fikir perlu atau tidak post tajuk ni. Tapi bila memikirkan aku perl...
-
"A few things must present for women to get pregnant. Okay, first?"-dr sharil "Ovulation" "Next" "...
No comments:
Post a Comment