AIR ASAM
sesuai utk 4@5 org nak makan :)
BAHAN-BAHAN:
- 2 cabai melaka
- 1 cili merah
- 2 biji tomato
- 1 bawang besar(jgn pilih besar sgt)
- sedikit belacan
- sedikit kerisik
- 1/2 asam limau
- sedikit garam
- sedikit gula
LANGKAH-LANGKAH:
1. tomato ---> potong 4 ---> hiris halus/nipis
2. bawang besar ----> hiris halus-halus jgk!! ^^
3. ditumbuk/blend
*cabai melaka, cili merah, belacan,garam
+
*kerisik , gula
+
*1/6 tomato yg dipotong halus tadi
* sebelum keluarkan dari lesung batu/blender, rasa dulu kalau-kalau ada rasa yg x cukup
4. tomato + bwang besar bergabung dengan bahan yg ditumbuk.
5. perah 1/2 asam limau tu dalam hasil campuran tadi.
6. gaul rata
7. bagi berair sikit --> tambah air sikit. jangan banyak!!!
cabai melaka (mak kata ni cabai/cili pedas gila.. ni cabai original!! melaka mari!!original dari kampung!!)
cili merah. (tak sepedas cabai melaka)
tomato. (potong nipis2)
bawang besar(ni penting potong nipis-nipis... tebal nnt tak lalu nak makan! wahaha)
asam limau (klu x nak guna limau, boleh gak guna asam jawa. buat air asam jawa)
belacan (klu tak tau belacan mcm mana, parah laaa oiii!!) ambik sikit ja
kerisik (jgn ambik bnyk ni... kurngkan sikit)
TARAAA!!!! SIAP!!
|
|
|
|
\/
dah boleh makan!!! selalunya orng makan dengan daging rebus.... tapi sbb xda daging, makan dgn ikan rebus pun jadik laaa..... wehehe..
SELAMAT MENCUBA!! :D
****
* ada beberapa gambar bahan2 tu bukan saya yg punya... ambik dari google... terima kasih.
* klu nak buat sikit ja (utk 4@5) guna lesung batu ja la... nak buat banyak, gunalah blender.
* sebelum ni dh penah buat air asam kt umah najwa... tapi x menjadi... setakat boleh makan ja.... hahaha.. masa tu 1st time buat... tu punnn msej, tepon mak bnyk kali... padahai senang ja... kikiiki
* airr asam ni sedap oooo!! rugi sapa yg x penah makan! tp yg ada resdung tu awas sikit koott!! sbb letak belacan :D
No comments:
Post a Comment