expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Saturday, 31 March 2012

syukuri peluang kedua :)

salam.

Alhamdulillah lulus reseat exam baru-baru ni! syukur alhamdulillah.
hal ini akan mengingatkan saya bahawasanya, setiap manusia tu takkan terlepas kebergantungannya kepada Allah. dan seperti itu la jugak saya. sentiasa mengharap dan berdoa kepada Allah agar diberikan result yang baik untuk exam lepas.


dan buat yang fail lagi tu, jangan bersedih. setiap yang terjadi, ada hikmahnya.
..dan boleh jadi kamu benci akan sesuatu, sedang ia lebih baik bagimu dan boleh jadi kamu kasihi sesuatu, sedang ia melarat kepadamu. Dan Allah mengetahui tetapi kamu tidak mengetahui. (Al-Baqarah : 216)
macam terjemahan ayat Al-Quran kat atas tu contohnya. mungkin kalau engkau lulus reseat exam kali ni, kau akan rasa best. tak ambil pengajaran masa fail 1st time tu. kalau fail yang sebenar, boleh reseat lagi.. menunjukkan tak ambil pengajaran. jadi mungkin Allah dah rancang, baik engkau fail reseat ni, sekurang-kurangnya engkau ambil pengajaran dan engkau sedar bahawa tu kelemahan engkau dan engkau akan improve day by day kelemahan kau tu. Wallahualam. dan sesungguhnya Allah tu mengetahui mana yang kita tak ketahui.


dan marilah kita sama sama memohon pertolongan dari Allah swt. jangan bersedih di atas ujian yang dah ditentukan Allah.

..dan ketahuilan Allah takkan membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.. ( Al-Baqarah : 286)

 tengok Allah jawab lagi, :) sesungguhnya apa yang Allah uji ke atas hambaNya tu sesuai dengan kesanggupan seseorang. maknanya Allah menguji orang-orang yang tabah, yang Allah tahu, dia dapat mengharungi pahit nya ujian dan cabaran :) jadi jangan bersedih ya sahabat-sahabat. Allah menyayangi sahabat-sahabat dan hambaNya. sebab tu kita sentiasa diuji. Ayuh kita perlu sentiasa berdoa, sebab kita ada Allah diwaktu senang dan susah.


ayuh senyum! senyum tu sedekah sebab senyum tu amalan Rasulullah.
mulakan sem 2 dengan senyuman dan semangat yang baru!!! 
baiki kelemahan lepas, tingkatkan prestasi untuk sem baru ni. 
dan jangan lupa, jaga hubungan kita dengan Allah :)

* tengah mengemas bilik . bagi ada mood  nak study 2nd sem ni!! hihii
* jangan lupa dengar lagu maher zain. number one for me. best!!! :D
 .salam.

No comments:

new chapter of my life

Setelah 6 bulan menyepi. So lets start with this. Assalamualaikum Segala kepujian dan kesyukuran ke hadhrat-Mu ya Allah di atas limpah rahma...