expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Wednesday, 14 November 2012

Hijrah 1434

Salam.

Satu Muharram Detik Permulaan
Perkiraan Tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi dan Umat Islam
Dari Kota Makkah ke Kota Madinah
Atas Keyakinan dan Iman Yang Teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar Bersatu
Rela Berkorban Harta dan Nyawa
Demi Menegakkan Islam Tercinta
 ------------------------------------------------------------------------------

Penghijrahan Ke Madinah
Tekanan daripada orang-orang kafir terhadap perjuangan Rasulullah semakin hebat selepas pemergian isteri dan bapa saudara baginda. Maka Rasulullah mengambil keputusan untuk berhijrah ke Madinah berikutan ancaman daripada kafir Quraisy untuk membunuh baginda.
Rasulullah disambut dengan meriahnya oleh para penduduk Madinah. Penduduk Mekah digelar kaum Muhajirin manakala penduduk-penduduk Madinah dipanggil golongan Ansar. Seruan baginda diterima baik oleh kebanyakan para penduduk Madinah dan sebuah negara Islam didirikan di bawah pimpinan Rasulullas s.a.w sendiri. [sumber]
------------------------------------------------------------------------------

Baru mendengar Ikim tadi.. DJ Rohani cakap satu benda yang jarang diceritakan kepada kita waktu penghijrahan Rasulullah ke Madinah..... kan bila sampainya Rasulullah ke Madinah, kita diceritakan penduduk Madinah menyambut kehadiran Rasulullah dengan sangat meriah... tapi bagaimanakah penduduk Madinah mengenali bahawa itu adalah Rasulullah???   -__-?  aiiyokkk tak tahu!!!

DJ Rohani cakap, waktu penghijrahan tu, Saidina Abu Bakar pun ikut sekali... masa dah sampai kat Madinah, masa tu suasana kat sana agak panas.. lalu Saidina Abu Bakar mengeluarkan serbannya, lalu memayungkan Rasulullah dengan serban tersebut... maka ketahuilah penduduk Madinah bahawa yang dipayung itu ialah Rasulullah... ooo... baru tahu... 

----------------------------------------------------------------------------------

Tajuk di IKIM:   TOPIK PAGI | Antara Tahun Baru Hijrah dan Tahun Baru Masihi: Apa perbezaan, iktibar dan hikmahnya?
(29 Zulhijjah / 14 November)


Pendamba Biskut kalau tahun baru masihi disambut dengan konsert...kalau tahun baru hijrah disambut dengan doa, ceramah dan zikir...kalau tahun baru masihi...azam baru banyak berkaitan dunia...tapi kalau tahun baru masihi...banyak azam baru berkaitan akhirat...(^_^)


Azizah Aling Oh... panjang skop soalan ini. Meskipun begitu, barangkali ini bezanya:

Tahun Masihi dikira berdasarkan perkiraan putaran matahari, manakala Tahun Hijri dikira berdasarkan kiraan putaran bulan. Kiraan berdasarkan matahari boleh menentukan tarikh berlakunya perbezaan musim, manakala peredaran bulan menentukan tarikh bermulanya ibadat bagi umat Islam.

Iktibar:

Tahun Hijrah ini besar maknanya buat umat Islam. Masakan tidak, ia permulaan kepada perkembangan syiar Islam sehingga kita juga bisa menikmatinya saat ini. Sayyidina Umar Al-Khattab adalah individu yang bertanggungjawab menetapkan tahun Hijrah ini ketika beliau memegang jawatan khalifah iaitu pada tahun ke-17 hijrah


Pendamba Biskut Dari Aisyah ra. Ia berkata: Nabi SAW bersabda: “Tidak ada
hijrah lagi setelah dibukanya kota Makkah, tetapi yang ada
adalah jihad (berjuang di jalan Allah) dan niat untuk selalu
berbuat baik. Oleh karena itu, jika kalian dipanggil untuk
berjuang, maka berangkatlah!” (HR. Bukhari dan Muslim)


Jinggo Al Kapoor Bravo org akan ingat umur berdasarkan tahun masihi tapi tak guna tahun hijrah..itulah perbezaannya..


-----------------------------------------------------------------------

Salam Maal Hijrah  :)




1 comment:

~aLyA aIsYah~ said...

salam.. kalau saudari berminat membeli shawl labuh boleh la kunjungi loveprettyhawa.blogspot.com
lets cover our chest ya.. spread the love of ISLAM

new chapter of my life

Setelah 6 bulan menyepi. So lets start with this. Assalamualaikum Segala kepujian dan kesyukuran ke hadhrat-Mu ya Allah di atas limpah rahma...