expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Sunday, 31 August 2014

Lelaki Itu



Lelaki itu
dulunya,
seorang yang peramah
mudah menyapa dan disapa
menggembirakan sesiapa bersamanya
kini,
mudah mendiam
hanya selesa melihat gelagat
entah apa yang difikir
mindanya seakan kosong
hanya memandang jauh

Lelaki itu,
dulunya
selalu menyambut kepulanganku dengan gembira
pelbagai soalan yang ditanya
kininya
aku yang terpaksa berpura-pura gembira
untuk menggembirakannya
aku yang bertanya hanya mau dia berbicara

Lelaki itu,
dulunya, cergas menaiki basikal
berjalan melawat rakan-rakan
kininya,
hanya mampu terlantar di katil
dan hanya kadang-kadang duduk
menanti saudara yang datang melawat menceriakannya

Lelaki itu,
dulunya selalu gembira
menceritakan kejayaan anak cucunya
pernah kami adik beradik melarang 
janganlah dicerita selalu
demi melarikan diri dari riak
kininya 
bila lelaki itu selalu mendiam
barulah aku sedar
raikanlah keluargamu
jagalah hatimu
kerna masa itu takkan berulang

Lelaki itu
adalah guruku
tok wan ku
keluargaku

***

"aduh! aduh!" rungut wan pabila sakit menikam lutut.

"sabarlah, kita tu dah lama Dia bagi sihat" nasihat si isteri 

<3





No comments:

new chapter of my life

Setelah 6 bulan menyepi. So lets start with this. Assalamualaikum Segala kepujian dan kesyukuran ke hadhrat-Mu ya Allah di atas limpah rahma...