Seringkali bila terpaksa naik bangunan yang tinggi, tak punyai lift dan kita terpaksa naik tangga yang maha tinggi nya, mesti akan rasa lelah dan penat. Mulanya saja bila sudah tahu setinggi alam tu dah akan mula mengeluh. Tapi kalau tingkat atas sekali itulah rumah kita, makanya tiada jalan yang lain lagi dan terpaksalah kita naik jugak tangga tu walaupun penat. Kalau tak memang takkan sampailah kita di bilik, dan tak boleh la kita berehat.
Dalam perjalanan menaiki tangga, ada masa kita betul-betul dah tak mampu sebab dah terlalu sakit kaki dan lelah. Pada masa itu kita punyai tiga pilihan dalam perjalanan. Samada mahu berhenti, mahu berhenti sekejap kemudian sambung, ataupun teruskan perjalanan tapi perlahankan langkah. Kalau kita memilih untuk berhenti, makanya kita takkan pernah sampai ke destinasi kita. Kalau kita memilih untuk berhenti sekejap, kemudian sambung kembali memanjat tangga ia mungkin akan menghilangkan penat kita, tetapi utk memulakan kembali memanjat tangga ia seakan lagi memenatkan dan akan tiba lewat berbanding rakan yang lain (atau mungkin saya ja yang rasa macam tu?). Dan kalau kita memilih untuk tetap teruskan perjalanan tetapi memperlahankan langkah kerana penat, kita akan tiba ke destinasi bersama kawan-kawan yang punyai tahap kekuatan fizikal yang sama, dan penat itu hanya di perjalanan dan akhirnya kita akan dapat hilangkan penat tu lebih awal berbanding kawan-kawan yang berhenti sekejap di pertengahan jalan. Kita tak akan rasa lelah untuk memulakan kembali perjalanan sebab kita sentiasa penuh kekuatan dalam tempoh perjalanan tu.
Macam tu juga lah jugak kut dengan menuntut ilmu. Kalau kita terus berhenti di pertengahan jalan, kita tak akan dapat kecapi ijazah yang kita inginkan. Kalau kita berhenti di pertengahan jalan sekejap, kemudiannya sambung kembali, mungkin kita akan merasa letih bila mana kita nak memulakan kembali tu. Tetapi kalau kita masih terus bergerak, walaupun perlahan kita akan kecapi ijazah/tahap pendidikan tertinggi yang kita inginkan. Dan mungkin kerana itu ramai yang menasihati belajar tu perlu konsisten/berterusan dan jangan banyak berehat. Sebab yang konsisten itu punya kekuatan dan akhirnya dia akan berjaya dengan izinNya.
Doakan aku tak pernah letih dalam belajar.
Dan dalam belajar itu juga perlunya doa.
No comments:
Post a Comment