expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Sunday, 13 November 2016

Hakikat hidup mati kejayaan usaha

Dalam hidup ni, untuk kita capai sesuatu kejayaan mesti kena usaha. Ada manusia yang usaha sikit pun dah boleh berjaya, Ada yang perlu berusaha dengan sangat gigih dan bersungguh-sungguh baru boleh berjaya. Takda manusia yang tak berusaha dan berjaya. Semuanya kena usaha untuk dapatkan sesebuah kejayaan tu. Ditambah lagi dengan keadaan sekarang yang semuanya berlumba-lumba mahukan kejayaan dan ada sesetengah kejayaan tu hanya yang betul-betul berjaya saja boleh dapat, makanya orang yang merebutkan sesebuah kejayaan tu perlu dengan gigih lagi bersaing dengan orang-orang yang lain. Keadaan ekonomi dan harga barang yang tak menentu, harga minyak yang tinggi menyebabkan manusia berlumba-lumba mencari pekerjaan yang bagus supaya gaji yang ditawarkan mencukupi untuk membeli barang-barang keperluan harian dan barang-barang kehendak. Kalau gaji yang ditawarkan bukanlah lumayan, manalah mungkin kita akan survive dalam dunia yang penuh dengan pancaroba ni, manalah kita akan dilihat oleh manusia lain seperti berjaya dalam dunia ni. Akhirnya kita hanya akan dipandang sebelah mata oleh manusia-manusia yang berjaya dan kita akan ditinggalkan. Itu hakikat sebuah dunia sekarang. Penuh ujian dan cabaran.

Manakala hakikatnya sebuah kehidupan ini pula adalah di akhirnya kita akan mati, Dan mati dan hidup itu biasa bagi sesebuah kehidupan. Sama seperti haiwan dan tumbuhan. Contohnya tumbuhan, sesudah tumbuhan itu berjasa kepada manusia dengan memberikan oksigen contohnya, ataupun sebagai sayur-sayuran contohnya, maka ia akan mati. Sama ada tamat riwayat ketika dipetik ataupun kekal layu apabila pertumbuhanya telah capai ke maksimum ataupun layu kerana kekurangan sumber air. Haiwan pula jika dilihat akan mati bila dimakan manusia, berlaku persaingan sesama haiwan sendiri dan juga mati bila ajal telah tiba. Kedua-dua kehidupan ini jika dilihat melaksanakan tugas sebagai tumbuhan dan haiwan dengan sebaiknya. Walaupun tidaklah mempunyai akal seperti manusia tetapi mereka masih dan tetap melaksanakan tugas mengikut hukum alam. 

Begitulah juga manusia hakikatnya. Seperti mana tumbuhan dan haiwan melaksanakan tugas mereka mengikut hukum alam, begitu juga kita sewajibnya. Dan istimewanya kita berbanding haiwan dan tumbuhan adalah kita punyai akal. Akal ini yang akan membantu kita untuk berfikir arah tujuan hidup kita, baik atau buruk dalam  kehidupan. Dan disebabkan kita punyai akal inilah kita mahukan kejayaan dalam kehidupan kita. Contohnya, bila kita meletakkan kita didunia ini, sudah tentu kita mahukan segala kejayaan tu menjadi milik kita. Namun, kehidupan kita sebenarnya bukanlah hanya berakhir di dunia, dan kalau mengikut dasar Islam itu sendiri, akhirat itu masih digelar 'kehidupan akhirat', 'kehidupan di alam barzakh'. Maka nya, hidup kita ini bukan lah hanya terhenti di dunia, tapi kehidupan kita itu berterusan hingga ke alam akhirat. Jadinya sebagai seorang manusia yang berakal dan inginkan kejayaaan dalam sesebuah kehidupan, perlulah kita berjaya di dunia dan juga di akhirat.

Dan kalau kita lihat balik, Islam itu dikatakan akan menang di akhir zaman nanti. Tapinya pernah tak kita fikir di mana usaha kita untuk mendapat kemenangan tu. Adakah cukup dengan hanya melaksanakan urusan keperluan kerja, balik kerja tido, buat baik sendiri-sendiri itu sudah dapat memenangkan Islam. Tidak dan sudah semestinya tidak. Seperti yang dikatakan tadi, setiap kejayaan tu mesti diiringi usaha, begitu juga atas kemenangan Islam itu sendiri. Ingin dipetik ayat dari surah an-nisaa';165:

Rasul-rasul (yang Kami telah utuskan itu semuanya) pembawa khabar gembira (kepada orang-orang yang beriman), dan pembawa amaran (kepada orang-orang yang kafir dan yang berbuat maksiat), supaya tidak ada bagi manusia sesuatu hujah (atau sebarang alasan untuk berdalih pada hari kiamat kelak) terhadap Allah sesudah mengutuskan Rasul-rasul itu. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
 Dan ingin dipetik tulisan Hlovate berkenaan ayat ni
Maknanya penyebaran itu boleh berlaku dengan amal soleh orang yang mengamalkan syahadah tu, agar orang nampak. Termasuk juga akhlak yang terpuji. Dan penting juga untuk ada kuasa besar. So that penyebaran penyebaran tu boleh berlaku dengan pesat macam masa zaman khalifah
dan juga pentingnya untuk kita kenalkan Islam yang kita bawa ni kepada bukan Islam dan juga Islam itu sendiri, supaya "tidak ada bagi manusia sesuatu hujah (atau sebarang alasan untuk berdalih pada hari kiamat kelak) terhadap Allah sesudah mengutuskan Rasul-rasul itu". Makanya untuk elakkan sebarang alasan tu, perlulah kita bantu menyebarkan Islam ini. Kita tak boleh hanya mengharapkan bukan Islam itu sendiri atau Muslim itu membaca buku-buku agama Islam, kenal sendiri siapa rasul-rasul kita, kenal sendiri sifat Allah. Kalau dibiarkan macamtu makanya Islam itu sendiri tak akan tersebar. Ia hanya akan berada di takuk zaman Rasulullah dan zaman para sahabat. Jadinya perlu ada usaha dari kita berkongsi dan mengajak mereka untuk kenal hakikat Islam tu macam mana. Dan disebabkan orang-orang yang menyebarkan Islam ini dululah kita mengenal Islam sekarang. Disebabkan usaha mereka dululah kita punya kejayaan mengenal Islam.

Usaha untuk sebarkan Islam tu bukanlah hanya terletak dibahu orang-orang yang belajar agama di mesir, jordan atau pak-pak ustaz atau mak ustazah. Tapi usaha itu perlu dibantu oleh kita juga yang tahu serba sedikit tentang Islam walaupun hanya secebis ilmu. Sebabnya jika diharapkan hanya kepada ustaz dan ustazah, kemampuan mereka tidak tertampung di zaman sekarang ni. Keadaan sekarang yang penuh dengan masalah sosial, membuatkan kita perlu usaha lebih lagi untuk memenangi kebaikan berbanding kejahatan. 
Malah tugas kita juga kan 'amar makruf nahi mungkar'.




No comments:

new chapter of my life

Setelah 6 bulan menyepi. So lets start with this. Assalamualaikum Segala kepujian dan kesyukuran ke hadhrat-Mu ya Allah di atas limpah rahma...