Al-Quran telah menegaskan bahawa mendirikan sembahyang menurut tata tertib yang sempurna sebagai suatu bisikan dan munajat kepada tuhan, akan dapat mendidik fikiran, hati dan jiwa ke arah kesucian dan kemuliaan, juga akan berupaya membimbing akhlak dan gerak geri hidup ke jalan yang sejahtera terpelihara dari segala anasir yang menyebabkan kerosakan derta terhindar dari melakukan sebarang perbuatan dan tindakan di luar batas-batas kesopanan. Firman Allah:
Dan dirikanlah sembahyang, kerana sesungguhnya sembahyang (dapat) melarang dari segala kejahatan dan kemungkaran." (Surah al-'Ankabut:45)
sumber: Hadith 40; Mustafa 'Abdul Rahman
No comments:
Post a Comment