expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Saturday, 19 December 2015

Emergency Posting

Merasakan kehidupan kita di dunia ini akan kekal abadi bukanlah tanggapan yang betul. Malangnya dari apa yang kita lakukan sepanjang hari, seolah-olah merasakan hidup kita di dunia ini akan selamanya di sini. tidak akan mati.
Dia (Allah) berfirman, "Kamu tinggal (di bumi) hanya sebentar saja, jika kamu benar-benar mengetahui." [Al-mu'minun:114]
Dan kadang-kadang, kita menghias dunia ni dengan perkara-perkara yang membuatkan mata kita sedap memandang, contohnya menghias cantiknya sesuatu tempat, lantas adakalanya membuatkan kita susah untuk menerima kehilangan sesuatu disebabkan seolah-olah kita telah membina syurga di dunia dan kita hampir terlupa wujudnya syurga di akhirat yang sesungguhnya akan kekal abadi dan lebih indah dari dunia.
Wahai kaumku! Sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah kesenangan (sementara) dan sesungguhnya akhirat itulah negeri yang kekal. [Ghafir:39]
Dan kehidupan dunia ini hanya senda gurau dan permainan. Dan sesungguhnya negeri akhirat itulah kehidupan yang sebenarnya, sekiranya mereka mengetahui. [Ar-Rum:64]
Dan walaupun sekejap sahaja aku berada di emergency posting, cukup untuk aku merasakan tiada kepastian bahawasanya aku masih hidup keesokan harinya. Andai kata harini aku bergembira di Thailand, mungkin esoknya dengan sekelip mata Allah boleh mematikan aku. Betapa sekejap dan ketidakpastian keesokan hari itu wujud bagi kita.
Sesungguhnya perumpamaan kehidupan duniawi itu hanya seperti air (hujan) yang Kami turunkan dari langit, lalu tumbuhlah tanaman-tanaman bumi dengan subur (karena air itu), di antaranya ada yang dimakan manusia dan haiwan ternak. Hingga apabila bumi itu telah sempurna keindahannya, dan berhias, dan pemiliknya mengira bahwa mereka pasti menguasainya (memetik hasilnya), datanglah kepadanya azab Kami pada waktu malam atau siang, lalu Kami jadikan (tanamannya) seperti tanaman yang sudah disabit, seakan-akan belum pernah tumbuh kemarin. Demikianlah Kami menjelaskan tanda-tanda (kekuasaan Kami) kepada orang yang berpikir.[Yunus:24]
Empat hari di emergency posting, cukup untuk aku bermuhasabah, lihat balik di setiap sisi kehidupan aku setiap hari, andaikata Allah tarik nyawa aku, sudah cukupkah amalan untuk aku tempah syurga. Dan benar, masuk syurga Allah tu, dengan rahmat Allah, tapi seperti kata Dr Suhailan, amalan-amalan yang baik itu akan membentuk pahala, dan sudah semestinya juga Allah turut melihat pahala kita sebelum meletakkan kita yang terbaik di sisi-Nya. 

Hiduplah di dunia ini seperti pengembara wahai diri. pengembara itu tak membawa benda-benda yang melambatkan/meyusahkan perjalanannya. Dia meninggalkan. Andaikata kau memungut kehidupan dunia yang tiada faedah, belum pasti kemenangan itu dapat dikecapi di destinasi.

"Sesungguhnya, mulut orang yang bercakap itu lebih dekat dengan dua telinganya yang mendengar."




Friday, 11 December 2015

Hiburan

Sedikit nota Ustaz Khairul Amri tentang hiburan.

Hiburan tu asalnya adalah harus

Kalau hiburan tu melalaikan --> makruh


If hiburan tu membuatkan kita positif di pagi hari, happy, bersemangat --> wajib
but this one, x sure betul tak. dengar macam ustaz kata wajib.

Ustaz kata ni mcm ustaz, ustaz sangat sukakan muzik. so setiap pagi ustaz perlu dengar muzik untuk bersemangat. Ustaz kepada Ustaz Khairul Amri(UKA) jgk kata, UKA perlukan hiburan utk kekalkan happy bersemangat.

Kalau hiburan tu, ada unsur-unsur maksiat --> haram

ustaz cerita, Rasulullah sukakan hiburan, sebab tu Rasulullah sangat suka kalau bacaan al-quran tu dilagukan.


Hendaklah kamu menghiasi bacaan al-Quran dengan suara yang indah. Hadis lain yang bermaksud: Barang siapa yang tidak melagukan bacaan al-Quran dia bukanlah dari kalangan kami. (Riwayat al-Bukhari )


konklusinya, hiburan tu diharuskan, tapi depends on macam mana kita nak bawa hiburan tu, ke arah melalaikan, ke arah berfaedah or haram


Wallahua'lam

Wednesday, 9 December 2015

adik tb

Salam.

Now i'm in new posting, Anaes! a very hectic week, gabung all the lectures, tutorial and case discussion within 4 days, which actually should be in 5 days. okay tadak la beza sgt pun. tp ada beza la jgk even 1 hari. i'm quite dissapointed actually because our group not able to present a case that we clerked as the patient already went to op. rasa mcm hisshh bazir masa clerk, balik lewat. letih lagi. but, Allah tak pernah kan nak jadikan sesuatu benda tu sia-sia. on that day, i manage to meet the tb spine patient, adik yang dari mesir tu. betapa diri sendiri yang rasa sedih sebab tgk adik tu sagt lah positif. tak nampak riak sedih kat wajah dia even she know the doctor diagnosed her with TB spine. dia just follow apa ja treatment and investigation yang perlu dibuat. tak pernah menyerah kalah. very compliance to treatment and follow up and dia percaya setiap sesuatu tu mesti ada jalannya. dia x pernah berputus asa dari rahmat Allah. selagi ada treatment, selagi tu dia akan ikut. adik, u deserve a respect!

Monday, 9 November 2015

Life

There are time when you really have no mood to do good things
Rasa macam nak laju ja baca quran, terjemahan, laju macam bullet train utk solat, malas nak baca doa 
Time tu mesti iman low tahap bawah tanah la kut    

I'm experienced those things... for many times... sampailah tadi tersentak sebab ayat first baca depan mata:

'Beribadahlah dengan ikhlas kepada Allah, tanpa mempersekutukanNya. Barang siapa mempersekutukan Allah, maka seakan-akan dia jatuh dari langit lalu disambar oleh burung, atau diterbangkan angin ke tempat yang jauh' [al-Hajj:31]

Friday, 30 October 2015

Me

Sometime i hate being my self... anxiety tu melebih lebih..

Tuesday, 6 October 2015

Ilmu ciput

"A few things must present for women to get pregnant. Okay, first?"-dr sharil

"Ovulation"

"Next"

"Sperm"

"Next"

"Patentcy of a tube"

"Last one is?"

"Uterus"

"Every single thing that you all mention above can be investigated if there is history of subfertility.... For example, if there is a problem with sperm, we can do sperm analysis. 

If with the ovulation, we can check the hormonal level. 

If with the tube, can do laparoscopy dye test or 

if the problem with the uterus, for example uterine fibroid,  maybe we can do hysteroscopy."

"But there is another one more reason related to the infertility.... 

which is cillia movement in the fallopian tube. The one who help/facillitate the movement of ovum and the sperm. 

Until now, we still dont have a useful investigation that help to diagnose infertility due to cillia dysfunction. Its really beyond our knowledge. Allah je tahu"

Nak katanya, sehebat mana pun kita rasa diri kita ni.. tapi ada juga benda-benda lain yang di luar pengetahuan kita.. yang tak dapat kita jangka. Yang tak tercapai dek akal. Yang kita still tertanya-tanya how, why, where ...

"...dan tidaklah kamu diberi pengetahuan melainkan sedikit" [al-isra':85]

Dan disebabkan itulah, how much knowledge we have pun.. please do remember that ilmu kita nak dibandingkan dengan ilmu Allah tu, cuma ibarat setitis air di lautan je pun.. betapa sedikitnya dan ceteknya ilmu kita..

So, ingat salwani... jangan rasa dh masuk 5th year ni, kau hebat gila ah.. Jalan pun pandang 1st year mcm pandang semut.. sebelah mata ja tengok.. bajet banyak knowledge...

padahal ilmu x sampai setitis air di lautan pun sebenarnya ..

T.T

Saturday, 3 October 2015

Bertasbih

After a long time cuti dari usrah disebabkan kesibukan semua orang, harini usrah bersama naqibah baru. Kak jannah nak satukan medic punya usrah.. And i am totally happy meeting my new naqibah n new usrahmate which include our juniors 2nd year medic.. jemputan sarah yang tetiba tgh study kt surau fac time tu.. so join skali.. hahaha..

We tadabbur surah as-saff from ayat 1-14... terlalu banyak points yang dapat dari surah tu.. a lot.. antaranya 2&3, 9,10,11, 14...

Tapi kak najihah, ending our tadabbur with ayat 1 surah as-saff..

Apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi bertasbih kepada Allah: dan Dialah Yang Mahaperkasa, Mahabijaksana [61:1]

Kata kak najihah:
"segala yang ada di langit dan yang ada di bumi tu bertasbih kepada Allah, jadinya kalau kita ni tak pernah ataupun malas nak bertasbih kepada Allah, sebenarnya kita ni dimana? Adakah kita ni x layak pun nak berada di bumi ni...? "

Simple. Tapi bagi aku ia tersangat menikam. Sombong sangat kah kita, nak bertasbih pun malas. Layak kah kita tggal kt bumi ni, bila Allah dah kata segala yang ada di langit dan di bumi tu bertasbih kpdNya, tp kita malas..

T.T

Thursday, 1 October 2015

Reminder from kak olie

Everything we had here is a gift.. none of them belong to us.. our hand,our eyes..

So if we dont get what we want always tell ourselves nothing is mine anyway.. everything is a gift from Allah..❤

So whatever problem u have.. whatever diffulties u are facing right now just remember its not permanent.. because even we are not permanent..
N after all,we all will come back to him.
So,if anything bad happen.. when we feel sad, train our heart n our lips to say innalillahiwainnailaihirajiun.

Congratulation to those who are patience.
Allah congratulate to those who are patience in this life.. we cn do it ❤

Saturday, 5 September 2015

Strangers

Setiap hari yang berlalu penuh makna... Chewwah.. Huk2.. Semalam kak jannah ajak keluar makan2 and teman dia kejap untuk beli barang2 keperluan untuk program.. So me, wan n kakjannah pegi giant bangi naik keta kakjannah nama thoriq.. Kak jannah kata maksud thoriq tu jalan.. So tugas dia memang kena jalan.. Hihi..

Bila dah smpai sana dah beli segala bagai barang yang diperlukan, kitorng balik ke kereta... Start kereta, x boleh.. X bejaya.. After 5-10 min start balik pun x bejaya... Kak jannah janji nak bawak kitorng makan2 kat satu tempat lps balik dari giant, tapi nampaknya janji tak jadi... Huhuh sebab keta mmg x dapek nak start pun... Lama jugak la tggu kat car park tu sambil cari2 orang yg ada jumper and sudi bahayakan kereta sikit... Kak jannah ckp keta Thoriq ni dah lama, dah berbelas tahun dah. So logik la dia jadi mcm ni. Selalu ada problem bila nak start keta.. Kena guna jumper n salwani pun first time dengar perkataan jumper tu semalam... Rasanya dh berbelas orang kak jannah tanya semalam sapa ada jumper tp xda yang ada n kalau ada pun maybe tak ramai yang nak bantu sebab guna jumper tu, akan bg bad effect sikit kat kereta dia jugak..

Hampir sejam berjalan2, ada sorng laki bernti keta, dia tanya ada apa2 masalah keta ka sbb dari tadi nmpak mcam ada masalah, dia kata dia dh nak keluar dh tadi tp rasa bersalah sebab tak mbantu o,o... So bgtau la masalah n dia ckp dia ada jumper tu tp ada kt umah.. Suruh tggu 15 min ja nk g balik ambik... Berbelah bhgi jgk tp dh dia mcm rela ja nk tolong so okay la... Sementara tggu tu, kak jannah bjaya jumpa lelaki indon yang sudi bantu... Dari luaran nampak gangster ja... Tp mashaAllah budi bahasa, adab sangat lah bagus... Dalam masa yg sama aku dh cancel kan dgn laki yg nak balik ambik jumper tu sbb nnt kesian plak smpai2 keta kak jannah dh okay... Dh cuba berkali-kali dh untuk jump tu tp still tak bejaya.. Ada lagi tambah orang yang dtg bantu, indon, bangla, melayu.. Sangat terharu.. Anak2 orng yg bantu tu ckp, "akak-akak ni berat sgt ni" hahaha... Ya la dik oii...

Semua orng bertungkus lumus nk hidupkan kereta, cara ni x bejaya, guna cara lain plak.. Tp still x bejaya n lastly diorng conclude yang starter dh rosak after habiskan 30-40 min selamatkan thoriq... Uncle indon tu siap tanya ada sapa2 boleh ambik ke hantar balik umah... Baiknya.. Siap cakp sorry lagi sebab tak dpt tolong... Huuaaaa.. Patut kitorng ckp terima kasih bnyk2  tak terhingga sebab s di bantu... Si thoriq yang pada mulanya start enjin ada bunyi, smpai la aku concludekan thoriq tu dh mcm severe threatening asthma... Silent chest... Start enjin pun dh x bunyi... Perlu macuk icu...

Rancangan kak jannah nak bwk kitorng mkn yg sedap tu tak jadi... Kak jannah call adik usrah kak jannah yanglain n nasib baik dia pun tgh ada atas jalan raya... So dia yang datang ambik kitorng dan walaupun belakang tu terpaksa berhimpit jadi 4 orng..tapi takpa sbb semua yang dalam keta tu rupanya aku penah jumpa time daurah...

Paling mengharukan, aku jumpa kak siti... Akak yang mana waktu mabit sebelum ni berjaya menyentuh hati aku dgn sedikit nasihat yang sgt bersemnagat... Tak sangka aturan Allah tu yang terbaik... Allah batalkan rancangan kami, tapi Allah beri kami jumpa dgn orang yang sgt hebat dan sangat baik....

Kata kak siti, its ok kalau kita tahajjud tu tak rasa apa2... Tak rasa nikmat, bahgia mcm orng lain... Tp pernah tak kita dengar cerita yang mana si ayah menyuruh anaknya ambil air guna baldi dari sungai bawak balik air ke rumah... Tapi malangnya baldi tu bocor, setiap kali bawak balik air smpai ke rumah, mesti kosong ja baldi tu.. Sampai la si anak tanya ayah apa function buat benda yang sia2 ni... Si ayah minta anak pegi balik jalan yang dilalui selalu tu... Baru si anak perasan, jalan yang dia lalui tu kontang kanting. Kering. Tapi betul2 di tepi setiap jalan yng dia lalu tu, tumbuh rumput2 yang menghijau... Sama macam kita yang solat tahajud tak rasa apa2 tu, its okay tak rasa apa2.. Sebab dalam masa yang sama mungkin dalam diam kita telah menyemai baja2 iman, yang mana baja2 iman itu yang dapat mengahalang kita dari terus menguning kering kontang kanting kekurangan iman.... Huuuu.. Betul2... Kak siti ni tak habis2 dgn cerita2 semngat... Thank you Allah... Indeed, Your plan is much better than our plan.

Monday, 31 August 2015

Usrah

I am still new in usrah... baru 1 tahun lebih... setahun jagung.. kenal usrah melaui pmi upm waktu first year after medik camp. Waktu tu kena paksa masuk usrah.. hahah.. boleh la ckp kena paksa sbb time tu mcm tetiba ja.. dh la mcm x tau usrah tu mcm mana tetiba ada kakak utk setiap group pastu kena kenalkan diri... time tu.. ohh camniii... first time dgr perkataan taaruf.. time tu cuba utk gembira kan diri.. cuba utk gembira dgn usrah... cuba utk jadi contoh yang baik utk miza n aina yg juga sekali join usrah dlm satu group.. zaman tu, usrah xdala mcm detail sgt sbb akak naqibah ckp kitorng masih baru.. so, xnak lagi bincang mendalam... selalunya akak naqibah time tu akan kupas topik2 yg diambil dari majalah2 islam.. and sometimes kitorng tadarus betulkan bacaan masing2... lama kelmaan aku dh mula jatuh cinta dgn usrah.. tp usrah kitorng jarang2 buat sbb akak naqibah sorng medical student n agak busy n sorng lagi mtm yg mmg busy... smpai la lama kelamaan usrah dh x berjalan.. kadang2 rasa sedih sbb bila dh jatuh hati dgn usrah, usrah plak x bjalan.. akak naqibah pun msej minta maaf sbb dh lama x buat usrah n bgtau sbb busy... time tu aku faham busy n x mudah bahagi masa.. dan masuk petengahan 3rd year aku diajak wan utk join usrah sekali.. time tu rasa sgt seronok.. sbb dh lama nak join... diperkenalkan dgn kak adlin.. HO kt hosp serdang.. graduate dari uk... sgt suka usrah dgn kak adlin.. tarbiyah dari oversea tu lain... setiap kali usrah mesti ada tadarus n ceritakan apa ibrah yg boleh dpt dari ayat2 yg dibaca.. ada bincang tentang hadis n rujukannya dari buku2 bukan tafsir sendiri... kadang2 ada cerita tentang zaman para sahabat.. everyweek mesti rotate utk ceritakan kisah para sahabat.. sangat bersemnagat selalunya dengar kisah para sahabt sbb mereka sgt hebat dan boleh jadikan pencetus semangat... everyweek ada usrah mesti kena update ttg diri sendiri.. apa yg jadi mggu tu.. klu cerita ttg stress ja mesti kak adlin akan bg kata2 semanagt... and yang paling menarik, after habis usrah mesti rasa mcm semangat sgt2.. nak study la, nak jadi baik la.. mesti termotivasi.. dan kitorng sgt kagum dgn kak adlin, even kalau haritu baru habis oncall, kakk adlin tetap dtg utk buat usrah n mmg boleh nmpk muka kak adlin yang sgt letih.. tp pengisian tetap mantap! Skrng ni kitorng diambil alih kak jannah sbb ada satu masa kak adlin x mampu nak bahagi masa utk usrah time tu kak adlin posting medicine.. tp smpai skrng kak adlin x pernah lupakan kitorng... still contact kitorng... mugkin tu maksud ukhuwwah.. kak jannah pula x kurang hebatnya.. sentiasa cari masa utk kitorng walaupun kak jannah tu sibuk sgt... bak kata kak yah, kak jannah tu time meeting kadang2 smpai tertidur... haahha... dgn kak jannah, pendekatan lain sikit, mugkin sbb kak jannah tau ktorng masih baru n malas2.. kuikuikui... so kak jannah lebih bnyk nak mengenali kitorng skrng ni... tp apa yang aku nak ckp adalah aku sentiasa sukakan usrah... mugkin sebab firahnya manusia tu sukakan kebaikan.. dan usrah tu satu hiburan utk aku... sbb hakikatnya iman kita tu turun dan naik... dan selalunya turunnya iman tu bila kita tidak dikelilingi oleh orng2 yg yg bnyk mengingatkan kita ttg Allah.. jadinya perkumpulan usrah tu sedikit sebanyak membantu aku utk elakkan iman tu jatuh terus menjunam ke dalam kerak bumi... sini aku terasa syukur sgt2 kepada pmi upm sebab memaksa aku join usrah time first year.. hhuuuh.. dan wan mazuan sbb ajak join usrah sekali time 3rd year.. dan suhaila sbb ajak wan n ina masuk usrah... <3 thanks for everything.. i hope i am still joining usrah util the end of my life.. 
Celebrate kejayaan kak ida berjaya habiskan fyp..
Kt umah kak adlin.. 
Last jumpa kak olie yg sgt baik dan hebat

Bidadari Syurga

https://youtu.be/299xmsLqwx4

Thursday, 20 August 2015

Randomize control trial

Aku pernah ada satu perasaan yang aku sangat suka n happy bila mana aku sentiasa rasa apa2 pun yang terjadi Allah sentiasa ada.. itu semua aturan Allah... campur tangan Allah itu sentiasa yang terbaik.. dulu bila ingat balik time matrik, aku tak penah kisah pun apa orng nak ckp kat aku.. yang penting aku buat benda betul.. klu kena marah pun, takda la sampai rasa malu.. time third year klu kena marah pun aku try paksa utk buat selamba, sebab aku cuba letakkan dalam hati , alaaa manusia ja pun yang marah tu... Aku ada Allah yang lagi berkuasa... rasa sangt happy bila ingat Allah tu sentiasa ada dgn kita... tapi sekarng ni bila kena marah rasa mcm nak tanam muka bawah tanah.. mungkin sebab letakkan pandangan manusia itu yg teratas... dh lupa, pandangan Allah itu yang lagi hebat... sekarang ni aku cuba letakkan balik apa2 pun Allah itu no 1... lupkan apa orng nak ckp supaya hidup dapat happy dan tenang <3


*tajuk yang takda kena mengena pun dgn isi. just a random tajuk

Tuesday, 11 August 2015

Sabar

Bersembang dengan seorang ibu, yang sangat sabar, sangat tabah

anak admit hospital sebab sawan. umur 7 tahun sekarang tapi semalam admit sebab dah kali ke-21 sawan. juga seorang pesakit G6PD, asthma, obstructive sleep apnea, allergic rhinitis... pesakit yang punya banyak underlying disease... memang strong family history of seizure... both paternal n maternal side ada history of seizure.. adik kepada pesakit ada seizure... abang kepada adik 7 tahun tu ada G6PD... malah si ibu ada rheumatic heart disease.

jauh di lubuk hati, aku tertanya... maca mana peroleh kesabaran 

Allah, kurniakan aku juga sifat sabar. Doktor perlu ada sifat sabar yang kuat.

Sunday, 12 July 2015

membaca



aku tersedar sesuatu
kau tak akan dan akan terus tak dapat
nak tulis sesuatu yang berilmu pun
kalau diri kau sendiri tiada ilmu
even nak tulis satu ayat pun kau tak mampu
ilmu tu datang dari pembacaan
didik diri membaca
jangan malas

dulu aku sangat rimas
kenapa cikgu-cikgu
nak sangat anak-anak murid amalkan
tabiat membaca buku
tambahan, ada kempen membaca setiap bulan

now, i realize one thing
'terasa jahil
tanpa ilmu'.





Saturday, 4 July 2015

Resepi Siakap Stim Limau

Bahan-bahan:
- 1 ikan siakap dibersihkan
- 2 batang serai (hiris nipis-nipis)
- 4@5 ulas bawang putih (terus hiris nipis tanpa perlu potong dua bahagian)
- 2 inci halia (dihiris halus dan memanjang- mcm lidi)
- 1@ 2 biji limau nipis - ambik jus- buang biji
- 8 biji cili melaka- diketuk-tapi jangan ketuk sampai lumat
- 2 biji tomato- potong 4 @ 2-buang bahagian tengah (sebahgian)
- 1+1/2 sudu makan sos tiram
- sedikit garam dan gula
- sedikit air
- sedikit daun sup-dihiris

Cara-cara:
1. sediakan pengukus. panaskan airnya dengan api sederhana. sediakan bahan taham panas/ loyang untuk letak ikan
2. Sementara tunggu pengukus panas, lumurkan ikan dengan garam(1+3/4). Loyang panas, letakkan ikan dalam bekas,
3. Kemudian taburkan hirisan bawang putih, halia, serai di atas ikan.
4. kukus selama 20 minit. Sementara tu, sediakan sedikit air(1+1/2 mangkuk kecik) bersama sos tiram dan gula(1 sudu). bancuhkan guna air masak
5. Selepas 20 minit, masukkan tomato atas ikan dan jirus air bancuhan sos tiram tadi ke atas ikan. kukus lagi 5 minit
6. akhir sekali, taburkan cili melaka dan jirus air jus limau nipis di atas ikan. jika kurang masin boleh tambah garam. kukus lagi 2-3 minit
7. setelah masak, taburkan hirisan daun sup
8. SIAP dan sedia dihidangkan.

*ajaibnya masakn ni tak perlu kacau. tp kalau nak kacau pun takpa sbb resepi kata boleh kacau kuah dia last2 tu.
* paling tak best sbb kuah dia sikit, kalau nak buat banyak kuah, maybe boleh add sendiribahan-bahan mcm bawang, halia, serai, sos tiram. tapi maybe rasa dia still kurang sbb air lelehan ikan tu sikit ja, sebb ikan seekor.

ni la hasilnya, tanpa daun sup sebab terlupa beli. tapi rasa dia memang perfect!

Monday, 22 June 2015

Nasihat

Advice from Pengarah Hospital Yan

- don't underestimate nurses/sister, learn from them
- you must have responsibility towards your patients
- be humble
- smile to your patient eventhough they scold you
- brilliant is nothing if your attitude is zero
- as a medical doctor, punctuality is important. don't be late
- niat lillahita'ala 

Sunday, 7 June 2015

BP

Sejak 3rd year monitor bp sendiri... tp bp sentiasa pelik.. kadang2 okay, kadang2 tak okay... apakah konspirasi di sebalik bp ni.. semalam dkt health screening try check bp guna automatik pnya, 98/56 mmHg.. duduk kejap pikir awat tak mcm kawan2 pnya bp... lama pastu pegi minta dr check guna manual pnya plak mana nak tau okay.. 96/60mmHg.. hmmm.. tp dr cakap mungkin range tu normal bg slwni sbb dr pun bp mcm tu... okay lega! *ok dah pi baca buku farah salwani*

Saturday, 23 May 2015

Ajak Islam

Minggu ni rasa sangat letih. sebab lambat cari case untuk case write up. macam group sebelum ni, kalau 4th cwu dr amilia memang akan bagi nak case apa, tapi kali ni bila mesej dr, dr tak reply apa-apa2 pun kena hantar bila cwu and nak kena pilih case macam mana. so dengan selambanya salwani tak pegi clerk mana-mana patient pun sebab enjoy dekat labour room.. haha.. hari khamis tu baru sedar yang groupmate dah nak hantar cwu dan salwani satu case pun tadak.. dengan terkedek-kedeknya, pegi cari case cepat-cepat and doa supaya patient tak tidur and takda pelawat sebab time tu waktu melawat... rezekinya ada patient! yayy! 

-----------------

bla..bla..bla..bla...

Madam x: mak dengan ayah dah lama bercerai.
                  sejak 1990.
                 lepastu ayah masuk Islam.

Me: Oh yaaa? woow? *teruja!*  

Madam x: saya sayang sama ayah. dia selalu datang melawat . 
                 dia sangat baik
                 emak tak selalu.

Me: akak nak tengok gambar ayah akak yang akak kata bawak tadi.
        *dengan kekuatan*
        akak tak nak masuk Islam ke? hehehe

Madam x: heheh.. susah la saya nak masuk itu Islam. 
                 saya dah kahwin. suami kuat hindu

Me: ooo... alaaaaa... 

Madam x: ada anak lagi. susah la nak tukar

Me: huhuu... tapi kan, mana tau kalau akak masuk, anak-anak pun ikut masuk Islam
       *hahah.. time ni tak fikir apa dah, cuma terfikir kisah-kisah keislaman sesebuah negara               waktu dulu-dulu ja yang mana, kalau pemerintah peluk Islam, rakyat bawahan pun turut          terikut*

Madam x: *sambil senyum-senyum*

Me: ayah meninggal sebab apa akak?

Madam x: sakit jantung orang kata. tu laaa.. 
                  kalau la ayah tak merokok, mesti hidup lagi..
                 *sambil belek-belek gambar ayah dengan penuh kasih sayang*

Me: *dalam hati time ni, nak ja cakap, kalau akak masuk Islam, mesti nanti akak akan jumpa             ayah kat syurga. huaaa.. tp terpaksa tak teruskan sebab takut pateint rasa tak selesa.*

ni first time sembang macam ni dengan patient. sebab rasa macam ni adalah satu peluang..... mungkin ada hikmah kenapa salwani baru nk clerk patient lambat.....

patient ni tersangatlah baik... dalam raut wajah dia, nampak la mesti dia berminat dengan Islam, tambah-tambah ayah dia sendiri Islam dan dia memang sangat sayang ayah dia... tapi disebabkan keluarga, terasa macam benda tu satu pengahalang dan berbelah bahagi... saya doakan akak dan famili akak sangat-sangat untuk terbuka hati memeluk Islam ^^.... 

even terasa macam terseksa sangat buat cwu lambat-lambat, tapi terasa sangatlah puas! 

Maka karena itu serulah (mereka kepada agama ini) dan tetaplah sebagai mana diperintahkan kepadamu dan janganlah mengikuti hawa nafsu mereka dan katakanlah : "Aku beriman kepada semua Kitab yang diturunkan Allah dan aku diperintahkan supaya berlaku adil di antara kamu. Allah-lah Tuhan kami dan Tuhan kamu. Bagi kami amal-amal kami dan bagi kamu amal-amal kamu. Tidak ada pertengkaran antara kami dan kamu, Allah mengumpulkan antara kita dan kepada-Nyalah kembali (kita) " [Asy-Syura:15]
sesungguhnya, sunnah yang paling agung yang Rasulullah s.a.w. lakukan adalah berdakwah kepada manusia kepada Allah. dan benda ni juga merupakan apa yang sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w. lakukan setelah masuk Islam. 


sunnah teragung. sunnah yang simple pun tak terikut inikan lagi yang teragung, terhebat ni kan.. haha.. tapi, why not kita cuba kann.... oh yeahh





Sunday, 10 May 2015

Usia

"Manusia yang hidupnya untuk dirinya sendiri, usianya amatlah pendek.

Bermula dari hari kelahirannya dan tamat ketika maut.

Akan tetapi, bagi mereka yang hidupnya untuk perjuangan,
usianya panjang, sepanjang perjuangan itu.

Bermula dari hari diciptakan Adam,
dan berakhirnya ketika Dia memusnahkan alam."
-Sayyid Qutb-

Sunday, 3 May 2015

Hilang respect

salwani sangat respect sesiapa ja yang sangat suka membaca buku.

tadi terjumpa seorang lelaki berkopiah baca buku kat kedai kopitiam amendantah. 

sangat kagum, orang ramai kat dalam pasaraya tu bising-bising, dia relax ja baca buku. 

dalam bebrapa minit, ternampak seakan-akan asap kat arah lelaki tu

angkat kepala dari makan, tengok dia

okay betul, rokok! pegang rokok!

habis satu, satu lagi.

hilang respect!

sorry.

Friday, 17 April 2015

WANITA DAN PENGARUHNYA TERHADAP LELAKI

Umat Islam atau lelaki muslim tidak akan menganggap bahawa punca kejatuhan lelaki kesemuanya bermula dari wanita. Walaupun wanita itu memang mempunyai pengaruhi yang kuat ke atas lelaki, seperti mana pengaruh lelaki terhadap wanita, namun kejatuhan lelaki atau wanita dari kelemahan diri sendiri yang kadang-kala dieksploitasi oleh pasangannya.

Muslihat Wanita

Namun masa yang sama, al-Quran juga menyatakan kehebatan ‘usikan’ wanita atau lebih jelas ‘muslihat’ mereka jika mereka bermaksud ingin melakukan ‘perancangan halus’. Wanita jika kena gaya memang boleh menjadikan lelaki ‘mengidaminya’ angau dan terpengaruh atas segala kehendaknya.

Perancangan atau ‘plot’ wanita begitu hebat sehingga al-Quran merakamkan ungkapan yang ditujukan kepada isteri Menteri Mesir (riwayat Israiliyyat konon menamakannya Zulaikha) dalam kisah Yusuf: “Ini adalah perancangan kamu (kaum wanita), dan sesungguhnya perancangan kamu (kaum wanita) itu hebat”. (Surah Yusuf: 28).

Perkataan Arab yang al-Quran gunakan dalam dalam ayat berkenaan ialah Kaid yang bermaksud perancangan yang mempunyai unsur licik dan muslihat. Sebab itu Louay Fatoohi dalam bukunya The Prophet Joseph menterjemahkan perkataan Kaid sebagai scheme yang bermaksud tindakan yang licik dan perancangan sulit yang kadang-kala membabitkan tipu daya. Kata beliau: “..this word, which I have translated as scheme means guile and plotting that could involve lies, as in this case”. (ms 86. Kuala Lumpur: Islamic Book Trust).

Maka, atas kelicikan itu, ramai lelaki yang tewas. Wanita ada kuasa ‘licin’ dan licik. Walaupun Nabi Yusuf tidak tewas, tetapi ramai lelaki selain nabi yang tewas dengan ‘kaid’ atau perancangan halus dan ‘sulit’ wanita. Senjata rahsia wanita pada tubuh, bahasanya dan jelingannya. Walaupun bukan semua mereka ada kelebihan itu, namun bagi yang berkelebihan jika perangkapnya mengena, sukar untuk lelaki terlepas daripadanya, kecuali mereka yang memenangkan takwanya atau godaan atau kaid tersebut.

Nabi s.a.w pernah bersabda: “Aku tidak tinggal cubaan yang lebih hebat ke atas lelaki lebih dari wanita” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Sabda baginda juga: “Sesungguhnya dunia itu manis lagi hijau dan Allah menjadikan kalian berketurunan di atasnya. Allah melihat apa yang kalian perbuat. Takutlah kamu kepada (fitnah) dunia dan takutlah kamu kepada (fitnah) wanita, karena sesungguhnya awal fitnah yang menimpa Bani Israil dari wanitanya” (Riwayat Muslim).

Maka, tidak hairan berapa ramai pemimpin yang gagah, tetapi ditewaskan oleh wanita idamannya, atau isteri kesayangannya. Betapa banyak reputasi pemimpin dirosakkan disebabkan isteri mereka, sehingga rakyat membenci seseorang pemimpin kerana gelagat isterinya.

Dalam negara tertentu, kerenah wanita yang memakai gelaran ‘first lady’ boleh menghancurkan kerjaya dan masa depan politik seorang pemimpin negara. Demikian kerenah isteri pemimpin di pelbagai peringkat. Maka, tidak hairanlah jika Elena Ceausescu, isteri bekas diktator Romania Nocolae Ceausescu dihukum mati mati bersama suaminya oleh rakyat Romania disebabkan peranannya dalam pemborosan harta negara dan kezaliman kuasa. Maka, jika suami tidak berperanan sebagai pembimbing dan pengawal yang soleh terhadap isteri mereka maka pelbagai kemungkinan boleh berlaku atas kemahiran wanita dalam perancangan atau kaid mereka.

Perhiasan Terindah

Namun wanita itu apabila solehah, mereka kadang-kala lebih baik daripada lelaki. Kehidupan yang buruk seseorang lelaki boleh diubah dengan kehalusan budi dan nilai yang ada pada seorang wanita. Nama baik seorang lelaki bertambah indah dengan kebaikan isterinya. Wanita benar-benar hiasan kehidupan lelaki.

Lelaki tanpa wanita adalah lelaki yang cacat tabiatnya. Allah menjadikan wanita pasangan lelaki. Mereka tempat lelaki bermanja dan mendambakan perasaan kelakian. Nabi s.a.w bersabda: “Dunia perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan dunia ialah wanita yang solehah” (Riwayat Muslim).

Ada harta tiada wanita dalam kehidupan tiada ertinya. Ada rupa, tiada wanita tiada maknanya. Namun, wanita bagaimana yang lelaki perlukan dalam hidupnya dalam mengharungi bahtera kehidupan? Ya, wanita solehah yang membahagiakan suami, menjaga nama baik dirinya dan suaminya.

Sabda Nabi s.a.w: “Sebaik-baik wanita dia mengembirakan suami apabila engkau melihat kepadanya, mentaatinya apabila menyuruhnya, tidak menyanggahi suami dalam diri dan hartanya” (Riwayat al-Nasai, Ahmad dan al-Hakim, dinilai hasan).

Sabda Nabi s.a.w juga: “Tiga dari kebahagiaan: “Wanita yang apabila engkau melihatnya, ia mengkagumkan engkau, apabila engkau tiada bersamanya dia menjaga dirinya dan harta engkau” (Riwayat al-Hakim dalam al-Mustadrak, dinilai hasan).

Untuk menjadikan wanita itu berfungsi dengan baik, suaminya juga hendaklah baik. Jika tidak, kebaikan wanita akan hilang pada padangan suami yang songsang, seperti mana hilangnya kebaikan Asiah di mata firaun yang zalim. Suami yang baik juga, tidak akan dapat dilihat kemuliaannya di mata isteri yang jahat seperti isteri Nabi Nuh dan isteri Nabi Lut a.s.

PETIKAN DARI FACEBOOK DR MAZA.COM

hati-hati duhai diri. jangan dirimu menjadi fitnah.

Monday, 23 February 2015

Solat

Periksa solatmu
Betulkan solatmu
Jaga tertib
Usaha khusyuk
Rendahkan dirimu

Sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan keji dan mungkar [al-ankabut:45]

sepatutnya...

Saturday, 31 January 2015

Tarbiyah

Umar ibn Khattab RA knew what was most worthy and most valuable. And he wanted to give the sahabah a lesson. So they were sitting in a room, and he said:

"Taman-nau! Make a wish!"

One of the sahabah said: "I wish that this room would be filled with gold..so I can spend it in the path of Allah."

And Umar said: "Taman-nau! Make a wish!"

Another sahabah said that, "I wish that this room would be filled with jewels and gems..so that I can spend it in the path of Allah."

He said, "Make a wish!"

"O amirul mu'minin, we don't know what to say. You want to fill this room with what?"

Umar ibn Khattab said: "MY wish, is that Allah 'azza wa jall fills this room, with the likes of Abu 'Ubaidah Amr ibn Al-Jarrah (in another narration Abu 'Ubaidah and Muaz ibn Jabal), so that I can send them in the path of Allah." Umar (radiyaAllahu 'anhu) is telling us and telling them that your human resources are more important than your financial resources. Theyre more important than your brick and moor. They are more important than everything you have. It is your human resources that counts.

Rasulullah SAW when he passed away, he didn't leave behind any glamourous buildings. The masjid of Madina was mud and clay. The floor was merely sand. The roof were palm leaves, and it would drip water on them when it rained. Rasulullah SAW did not pave any roads. He did not establish a financial network or business. He did not leave behind even books!

All that Rasulullah SAW left behind was alQuran. And he left it behind, not in mushafs, not in books, but he left it behind engraved in the hearts of the sahabah radiyallahu 'anhum. That was the product that Rasulullah SAW left behind. That was the effort of the da'wah of Rasulullah SAW. He left behind, the Sahabah. And every blessings that we enjoy today is because of that.

The religion did not spread much in the time of Rasulullah SAW, no. It spreads in the time of Abu Bakr and Umar (radiyaAllahu 'anhuma). In the time of Khilafah Bani Umayyah and Banu 'Abbas. Rasulullah has the Sahabah that were with him. In Madina, or Makkah, their number were not many; a hundred plusplus. These are the ones who started off with him in Makkah. But every one of these men, you could just throw them anywhere in the world and leave them. Alone! And they'd take care of the religion.

Umar ibn Khattab RA is saying, "I want such men; like Abu 'Ubaydah and Muaz ibn Jabal RA so that i can send them out, fi sabiliLLAH"

So tarbiyah is the most important thing. It is more important than your buildings, more important than the institutions. The most important thing, is the Tarbiyyah! And that, is how Islam will carry on.

[Lecture from Imam Anwar al-Awlaki on the life and times of Ummar ibn al-Khattab radiyallahu 'anhu.]

Wednesday, 21 January 2015

Burung

Geli hati melihat sang burung
Hilang sedih fikir nasib posting psychiatry

Untung sang burung
Diberi makanan oleh si chinese
Meminta berulang kali tak pernah tak diberi
Bertambah untung si niqab turut memberi kek
Heh. Untung kan

Hebatnya sang burung
Menggunakan dua kakinya sepenuhnya
Itulah juga kaki menampung badan
Itu juga lah tangan untuk makan
Heyy hebat kau burung

Terima kasih sang burung.
Disebabkan kau, aku terhibur
Disebabkan kau aku perlu belajar bersyukur
Terima kasih sang burung!

Monday, 19 January 2015

Asas

Berhenti bersedih salwani. Bukannya apa. Cuma takut. Nanti bila nyawa ditarik tiba-tiba, aku mati dalam keadaan sedih hanya kerana tak mendapat nikmat dunia.

Sunday, 11 January 2015

Hati 2

Obat hati ada lima perkaranya
Yang pertama baca Qur’an dan maknanya
Yang kedua sholat malam dirikanlah
Yang ketiga berkumpullah dengan orang sholeh
Yang keempat perbanyaklah berpuasa
Yang kelima dzikir malam perpanjanglah
Salah satunya siapa bisa menjalani
Moga-moga Gusti Allah mencukupi

Tombo Ati - Opick

Hati 1

Rasulullah telah menjelaskan bahawa hati yang baik, menyebabkan segala badan menjadi baik. Demikian pula sebaliknya. Hati yang baik ialah hati yang sentiasa ingat kebesaran Allah, mematuhi perintahNya, menjauhi laranganNya, menghindari dari perkara-perkara yang syubhat takut terjatuh kepada yang haram. Dengan demikian, turutlah baik sekelian badan, terhentilah anggota dari berbuat suatu yang ditegah.
Dan hati yang rosak ialah hati-hati yang telah dipengaruhi serta dikuasai sepenuhnya oleh hawa nafsu dan syahwat yang jahat, hingga tidak diendahkan lagi segala perintah, segala yang diharamkan atau yang syubhat, baginya yang baik adalah kerana kelazatannya, kesukaan dan kesenangan. Dengan demikian rosaklah pula sekelian badan dan anggota kerana menurut kehendak hati yang rosak dengan membuat segala larangan yang menyebabkan bencana diri aqal, kehormatan dan harta benda.
-Hadith 40, Mustafa 'Abdul Rahman-

Friday, 2 January 2015

Akhirat

Salam.

Sejak akhir-akhir ni rasa macam terlalu banyak benda yang difikir, rasa macam terlalu banyak benda yang kena buat, tapi tak berjaya buat lagi, sebab tak dak keberkatan masa mungkin... Kadang-kadang rasa sangat letih, malas, sedih, rasa nak hempas barang(ekekek), rasa macam tak mau senyum kat semua orang, nak buat muka monyok ja... Hahaha...

Okay itu intro yang takdak kena mengena pun. Semalam salwani jumpa kawan sekolah rendah yang dah hampir 5 tahun tak jumpa... Pi borak-borak dekat taman warisan... She change a lot. Seronok ja tengok... Jelous2... Macam-macam yang dicerita, dakwah, tarbiyah, sahabat-sahabat nabi, ikhwanul muslimin.... Banyak lagi benda yang salwani tak tau bila sembang2 macam ni... Sampai dia cakap okay ni ni ni homework, pi baca buku2 tulisan hassal al banna, fathi yakan etc... Hahahaha.... Terguling salwani dengaq... Lepas ni kena ada azam yang kuat kurang facebook, tidoq. Baik pi baca buku fikrah n buku medic. Amin.. Aminn..

Oaky tu pun intro... Tadi salwani tiba2 terfikir pasal perkataan IMAN. Kalau daripada apa yang kita selalu dengar kan iman tu meyakini dengan hati, diakui dengan lidah n diamalkan dengan perbuatan kan...



Pastu salwani pun terfikir beriman kepada hari akhirat... So kalau ikut maksud dia macam kita mengakui dengan hati dan lisan kita adanya akhirat which is ada juga syurga dan neraka, dan kita juga kena beramal sebaik mungkin la kan sebab kita yakin adanya akhirat.

So persoalannya kat sini, memang kita yakin n akui adanya akhirat.. Tapi sebenarnya tu tak mencukupi sebab apa al-Hassan al-basri kata:

"Bukanlah iman itu dengan perhiasan dan cita-cita akan tetapi iman itu apa yang teguh dalam hati dan dibenarkan dia oleh amal. Barangsiapa berkata (iqrar) baik padahal ia mengerjakan amal yang tidak baik, nescaya Allah tolak perkataannya. Dan barangsiapa berkata dan berbuat baik, nescaya mengangkat akan dia oleh amalnya."

Okay tengok ayat ni pulak:

Tempat yang tertinggi (Al-'A`rāf):51 - (yaitu) orang-orang yang menjadikan agama mereka sebagai main-main dan senda gurau, dan kehidupan dunia telah menipu mereka". Maka pada hari (kiamat) ini, Kami melupakan mereka sebagaimana mereka melupakan pertemuan mereka dengan hari ini, dan (sebagaimana) mereka selalu mengingkari ayat-ayat Kami.
Scary tak... Allah akan melupakan orang yang melupakan hari akhirat!!

So jom reflect diri kita selama 22 tahun hidup atas muka bumi kepunyaan Allah ni, adakah segala perbuatan kita kat dunia ni membuktikan diri kita meyakini adanya akhirat, syurga dan neraka?.. Tanya diri... Adakah perbuatan kita selama ni seperti apa yang Allah nak?... Adakah perbuatan kita selama ini seperti penghuni syurga atau neraka?

Time to reflect ourself buddies... Sempena maulidur rasul ni salwani sangat berharap, salwani dpt change diri salwani... Menjadi seseorang yang bila Rasulullah tengok, Rasulullah akan cakap salwani ni umatnya.... Itu sudah membahagiakan.

Salam maulidul rasul 😊

new chapter of my life

Setelah 6 bulan menyepi. So lets start with this. Assalamualaikum Segala kepujian dan kesyukuran ke hadhrat-Mu ya Allah di atas limpah rahma...