Rasulullah telah menjelaskan bahawa hati yang baik, menyebabkan segala badan menjadi baik. Demikian pula sebaliknya. Hati yang baik ialah hati yang sentiasa ingat kebesaran Allah, mematuhi perintahNya, menjauhi laranganNya, menghindari dari perkara-perkara yang syubhat takut terjatuh kepada yang haram. Dengan demikian, turutlah baik sekelian badan, terhentilah anggota dari berbuat suatu yang ditegah.
Dan hati yang rosak ialah hati-hati yang telah dipengaruhi serta dikuasai sepenuhnya oleh hawa nafsu dan syahwat yang jahat, hingga tidak diendahkan lagi segala perintah, segala yang diharamkan atau yang syubhat, baginya yang baik adalah kerana kelazatannya, kesukaan dan kesenangan. Dengan demikian rosaklah pula sekelian badan dan anggota kerana menurut kehendak hati yang rosak dengan membuat segala larangan yang menyebabkan bencana diri aqal, kehormatan dan harta benda.
-Hadith 40, Mustafa 'Abdul Rahman-
No comments:
Post a Comment