expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Tuesday, 31 December 2013

fb status

bukak fb sendiri.
scroll down.
tengok balik apa yang dah dipost.
berguna untuk ummah tak
atau hanya sia-sia.

Sunday, 22 December 2013

Kita tak pernah susah kan?

huh, betul orang cakap. medic ni memang takda life.
sikit-sikit baca buku
sikit-sikit present
sikit-sikit clerk case.
sikit-sikit cuti sikit
=,='

***

baru-baru ni
waktu nak balik ke tempat belajar
aku naik bas ke putrajaya
sebab bas tu lalu kolej 17
ditegur konduktor bas

"eh nak g mana?"
"naik bas ni.." balas aku endah tak endah.
dia angguk sebab tu bas dia kerja.
"pergi kolej 17 ka?"
"a'ah" sambung aku. kagum sebab dia tau. mesti ramai yang selalu naik bas tu ke k17

waktu dia kutip duit tiket...

"sekolah lagi ka?" tanya dia
"a'ah"
"asal mana?"
"kedah."
"oh, ingatkan sabah.. kalau sabah sama lah"

terkejut aku.
sabah?
jauhnya kerja.

***

kadang-kadang kita selalu pandang kita ja banyak susah
tak pandang orang lain
hari tu, mungkin Allah nak tunjuk
banyak lagi yang susah
cari makan di semenanjung, sedangkan famili di sabah

padahal kerja konduktor bas, gajinya bukanlah banyak
sedikit cuma
mereka pun kena hadapi benda yang sama
setiap hari, setiap masa menghadap ragam manusia.
"nak pergi mana? duit syiling ada? harini sikit orang la!"
mereka lagi susah.

sedih

mereka kuat.

***

kadang-kadang perlu aku untuk duduk sejenak
fikir dan berfikir
lihat persekitaran
hadam.

sebab aku yakin
setiap apa yang berlaku depan mata
ada sebabnya
untuk kita berfikir.


.....sesungguhnya (pada semuanya itu) ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan Allah kekuasaanNya, kebijaksanaanNya dan keluasan rahmatNya) bagi kaum yang (mahu) menggunakan akal fikiran. (Al- Baqarah:164)


Wallahu a'lam







Friday, 13 December 2013

Tulang



tulang yang hancur luluh dapat dicipta kembali. oleh Allah. yang Maha Berkuasa, Maha Pencipta, Maha Mengetahui. jangan kita ragu-ragu. sama macam ayat 36:78-79

dan tiba-tiba ayat seterusnya "Tuhan yang menjadikan untukmu api dari kayu yang hijau, maka tiba-tiba kamu nyalakan (api) dari kayu itu"



dan secara jujurnya aku pun tertanya-tanya, apa kaitan ayat tulang dengan ayat pasal api dari kayu tu.

mula-mula kata tulang yang hancur boleh dibuat kembali.

lepastu pasal kayu? api?

******

baru-baru ni secara tak sengaja dengar radio. tadabbur al-quran kalau tak silap.

ustaz dalam radio tu ada cerita. beberapa scientist di Itali jumpa penemuan baru. pembuatan tulang melalui pemanasan kayu.. which is ustaz tu kata menerangkan kenapa ayat 80 tu boleh ada bawah ayat tulang tu.

******

sedangkan manusia pun boleh buat tulang. inikan Allah yang Maha Berkuasa. yang telah berulang-ulang kali mencipta manusia.

****
news.2010

oh ya, lepas tu aku pun cek balik la.. betul tak ustaz tu cakap. memang ada pun. tapi kajian tu dah lama dibuat. waktu 2010. aku ja yang tak tau.

Scientists in Italy have developed a way of turning rattan wood into bone that is almost identical to the human tissue.

The wood is then further heated under intense pressure in another oven-like machine and a phosphate solution is introduced.

That is where orthopaedic surgeons like Maurillo Marcacci are monitoring the sheep tests.

Particles from the sheep's own bones are migrating to the bone made from wood.

But with no signs of rejection or infection in the sheep, there is real hope here that a natural, cheap and effective replacement for bones is now possible.

*****
Wallahu a'lam

Saturday, 30 November 2013

Salah

kadang kadang kita menyalahkan orang lain
sebab tak faham masalah kita
tapi, pernahkah kita ceritakan masalah kita dekat orang?

dan kadang kadang
jangan terlalu pandang kesalahan orang
lihat salah diri terlebih dulu

dan ini, aku
belajar untuk cari salah diri
sebelum menuding jari
menyalahkan yang lain.


Saturday, 23 November 2013

#6

Jika harapan diletakkan selain pada Allah, percayalah, kita akan kecewa. Jika dilakukan sesuatu masih mengharap manusia lain melihat dan memuji, percayalah, kita takkan dapat istiqamah. Jika ditimpa satu musibah, kita mengharap simpati manusia, percayalah, kita akan putus asa. Jika pengorbanan kita tidak dinilai, malah masih dipandang serong oleh teman-teman rapat kita sendiri, muhasabahlah diri, bersihkan hati, dan kosongkan ia dari kebergantungan pada makhluk. Ketika itu, percayalah, jiwamu akan beroleh ketenangan. Redha lagi diredhai

                          Syed Abdul Kadir Aljoofre

Friday, 15 November 2013

i'm happy!!

salam.

yayyyy!!!! berjayaa!! hahah (berjayala sangat!!)
seronok sbb dh berjaya present case ja punnn!! Alhamdulillah.. baru ada keyakinan nk present..
sebelum ni takut, sbb intro medcine dulu dah kena tegur dgn dr sbb salah present. trauma!

and seriously dh rasa mcm buat ward round..
ramai gila orng follow, sbb supvisor suka explain macam2....
dapt tgk prof guna doppler ultrasound!!!<<---- best part!!

thanks to pakcik abdullah.... he helps us a lot!! a lot!
rasanya mggu ni ramai orng akan present case pak cik tu!!
klu g mnyembang ngan pakcik tu mesti dia akan buat game math!!!
moga Allah mengampunkan kesalahn pak cik dan kita kita juga
May Alah bless u pak cik
:)

klu dulu preclinical, buku dan lecturer tu sumber ilmu,
start clinical, dh bertambah..... buku, lecturer n patient tu sumber ilmu...

Sunday, 10 November 2013

caseeeee


case write uppp!! case write up!!! am I lateeee??? orng lain mcm rilekkk, kool cool jaaa..... stay strongg wanii!! u can do it!!! yeeahh!! chaiyokkkk!!!! (*okeh bg smangat kt diri sndirriii)

Tuesday, 5 November 2013

Hijrah

Teringat satu kata-kata, kalau kita belum mampu hidup ikut cara nabi, cuba dulu cara hidup para sahabat.
- kak raihan musa -

Salam Maal Hijrah :)

Friday, 11 October 2013

White coat

Hari ni cuci white coat,
Dah lama tak cuci,
Waktu nk cuci tu baru perasan
Kotornya white coat denn
Warna koko-koko,
kesan-kesan pen penuh berconteng,
Kat aatas, kat bawah....

****

White coat tu sama la jgk mcm hati kita kan.
Senang kotor bila tak dijaga
Kadang2 bila dh cuci pun,
Boleh kotor lagi....
Sbb tu white coat kena selalu cuci bg nmpak bersih
Hati pun kena selalu cuci, bg nmpak cantik

Kita ni selalu alpa,
Kena selalu diperingatkan..
Tak diingtkan terlupa tujuan hidup
Hilang arah tuju

****

Aku tau kita sendiri dpt rasa mcm mana hati kita
Dkt dengan Tuhan ataupun tak
Bila dah rasa jauh dari Dia tu
Banyakkan dengar ceramah agama
Takdak kat surau
Bukak youtube

Aku sendiri suka dengar ceramah Ust Syed Kadir Al-Joefry
Roomate pulak, ustaz azhar
Setiap orng ada rasa yang berbeza
Setiap dari kita berbeza
Tapi inshaAllah tujuan yang sama.

Dan tak lupa
Solat taubat
:)




Roomate

Hari ni perangai roomate menghiburkan hati aku..

***

Aku: mana baldi lg eh?? Slwani nk rendam white coat dgn clorox niii... X leh campoq dgn baju lain...

Atin: eh, baldi kite td kite rendam ape eh?? Ahhh!! Telekungg!!! Wani!!! Nnt kite pinjam telekung wani eh zohor nnt??

Aku: TAK BOLEH!!!!

Atin: okkkk!! Klu cmtuu kite takkkk solattt!!!!!.. Haaa haaaa

Aku: amboihhhhh melampauuuuu!!!! Hahahahaa

****

Hahaha....
Aku rasa ada hikmahnya aku dgan atin posting yg sama..
Ikatan prsaudaraan tu rasa mcm lg kuat..

May Allah bless
:)

Aku Hamasah As-Syabab

Masing-masing daripada kita-kita,
melihat diri masing-masing,
berbeza-beza.

Melihat masa depan masing-masing,
berlain-lain.

Adapun yang melihat,
sumbangannya kepada gerabak ini,
adalah melalui sumber kewangan.

Ada jua yang melihat,
sumbangannya kepada gerabak ini,
adalah melalui ilmunya yang melimpah-ruah.

Ada jua yang merasakan,
sumbangannya kepada gerabak ini,
adalah melalui kepimpinannya yang jitu.

Dan ada jua yang percaya,
sumbangannya kepada gerabak ini,
adalah melalui pembentukan fikrah para Du’at.

Dan ada jua yang yakin,
sumbangannya kepada gerabak ini,
adalah dengan menjadi Qudwah Hasanah,
dalam bidang yang diceburi.

Kerna itu,
manusia dikatakan seperti logam.
Pada asasnya, kita-kita adalah sama.
Kita adalah logam

“A solid material which is typically hard, shiny, malleable, fusible, and ductile, with good electrical and thermal conductivity” 

***

“... which is typically hard...”

Kita kuat. Kita tabah. Kita teguh. Dan kita utuh.

“...malleable...”

Kita boleh dibentuk. Kita boleh ditarbiyyah.

“...fusible...”

Kita boleh bergabung. Kita boleh menjadi satu entiti.

“... and ductile

Kita boleh mengalami perubahan.
Kita boleh ditimpa musibah.
Dan kekal utuh.

“... with good electrical and thermal conductivity”

Dan kita mampu mengalirkan,
berbagai jenis aliran,
pada kadar yang pelbagai,
dan kepada penerima yang berbagai-bagai.
Itulah kita.
Logam.
Yang sama pada asasnya,
tetapi berbeza pada fungsinya.
Jika kita faham.

“Manusia seperti logam, terpilihnya mereka semasa jahiliyyah, terpilih juga mereka semasa Islam, sekiranya mereka faham.

°°°°°°

Ayat atas tu dalam buku Aku Hamasah As-Syabab.
Buku yang sgt lah best.
Membangkitkan semangat bila dah rasa diri sendiri sgt lah loser

And aku suka buku ni sbb
Bila baca ja, aku mesti akan berfikir
Mcm "a'ah kan" , "ya lahhh"

Bacalahh!!!!
:)

Sunday, 29 September 2013

Teringat #1


huhhhh

habis solat tiba-tiba teringat kenangan matrik….. 

*senyum*

****

"assalamualaikummmmmmm !!!!*ketuk2 pintu* " 

"ehhhh aiinnnnnnn…… ya knapaaaa??"

"jom2 qiamullaill esokkk kat surau…..  jom wani, tyrahh, atin, ummi!!!" ajak ain dgn semngatt.

"pukul brapa nak pi tu??"

"430pg"

"ok, tgk ah klu slwani trjaga… ataupun ain ketuk pintuuu esok ok??"

"ok! inshaAllah!!"

****
(surau)

"wah ramai jugak orng join qiamullail pagi ni" kata aku dlm hati sambil rasa segan..

"diana2!!! sini!!! tgk la aku bawak sapa!!" kata ain sambil senyummm
*diana tu kwn baik aku zaman matrik dulu*

"ehhhh!! waniiiiiiiiiii!!!!!" dianaaa dh excited gilaa..

*ok, time tu hati aku tersentuhhhhhh!! sangat terharu*

aku tak tau kenapa kawan aku gembira… tapi mungkin aku paham. ianya mungkin gembira yang sama spt aku sendiri melihat kawan dan diri sendiri kembali mencari Tuhan. aku rindu perasaan aku di surau tika tu....

Friday, 13 September 2013

Buddy day :)


Alhamdulillah dah seminggu start sem baru.. cepat masa berlalu.... dan dah ada pun buddy baru... dua orang gegirl!! dan saya sendri pun dah masuk clinical year... dah start rasa ada tanggungjawab bila masuk hospital.. walaupun awal-awal ni still rasa takut nak approach patient, tapi saya tau, kena jugak cuba.. kalau tak, den tak kan belajar apa-apa pun...  huhuhu...

dan semalam lepas-lepas balik dari hkl, terus masuk dewan kuliah utama sebab adaa buddyyy dayy!! dapat jumpa semua buddy dari 1st year sampai la 5th yearr... 




banyakkknya kan buddy... haha.. ni la akibatnya kalau dah bergabung-gabung... sepuluh orang!! hehee... banyakk la buddy den ni menyembang, bagi tips kat 1st year dan x lupa jugak tips buat saya & anis yang baru ja masuk 3rd year... 


dalam menyembang-nyembang tu, terkejut badak bila kak yana cakap, dia dah ulang baca buku browse tu dah sampai 3 kali... hahhaa... hebat gila!! patut la waktu gi hkl tu dr aina cakap, sepatutnya dah 4 hari masuk 3rd year ni, chapter 1 buku browse tu dah sepatutnya khatam... haduhh... terbeliak mata semua orang. terus harini den belek buku browse tu nak paksa habiskan jugak....

den rasa buku ni laahhh buku kesayangan surgeon
buddy jgk cakap, masuk clinical ni, yang penting HARDWORKING! ya lah... dua minggu ni ja la ada kelas tiap-tiap hari pun.. lepas tu hari rabu ja yang akan ada lecture... jadinya memang depends on diri sendiri and group ja nak gi clerk patient bila and nak jumpa dr bila... huhu...

senior jugak pesan, clinical life ni banyak luck ja... walau kau baca bertimbun buku pun, tapi Allah tak kasi kau lulus, tak lulus jugak... kata kak yana banyakkan buat solat hajat mohon pertolongan dan dipermudahkan segala urusan... wafi pulak nasihat supaya spend time jugak untuk urusan akhirat... wake up early and do tahajjud... dia cakap berdasarkan pengalaman la... sbb dia cakap, walaupun waktu exam tu ada ja dia perasan dia buat salah, tapi kuasa Allah, dr luluskan exam dia.... sebab kuasa doa tu muslim ja ada, non-muslim takda... jadi gunakan...


kata kak yana, medical life ni macam sebuah perjalanan yang panjang, memang susah.. banyak halangan.. sykiron sambung, tapi dalam berjalan tu, jangan terus berhenti.. perlu terus melangkah... 

:)

gambar yang menarik hati den hari ni 

Sunday, 8 September 2013

Minda kelas manusia

1) Minda Kelas Pertama - orangnya tak suka buang masa, sentiasa bercakap perkara yang manfaat, berilmu dan kalau buat lawak pun, tahap lawak kalah maharaja lawak (tak terjangkal dek akal orang lain);

2) Minda Kelas Kedua - orangnya suka bercakap tentang keadaan (jalan jem, hari hujan, ofis sejuk etc);

3) Minda Kelas Ketiga - orangnya suka bercakap tentang orang, suka bergosip etc (yang ni paling ramai wujud);

4) Minda Kelas Keempat - orangnya suka bercakap sorang-sorang, bercakap dengan pokok, dinding (pendek kata, mereka yang menghidap psikozofrenia aka gila).

dikopipasta dari belog ni>> :)

penah jgk dgr ustaz azyyadi ckp menda ni...

jdnya boleh la den nilai den ni kat tahap mana...

Saturday, 7 September 2013

#5


  • Friend: Are you okay?
  • Me:
  • Me:
  • Me:
  • Me: Okay.
  • Me: I just miss the feelings when Allah knocks my heart for the first time.



ehsan

Wednesday, 4 September 2013

Adakah kita hamba yang sebenar

walau kuat pun aku mengatakan
dunia ni hanya mainan semataa
ataupun hanya sementara
kesusahan tetap memberhentikan aku
untuk terus berlari

walau tetap pun aku usaha
untuk terus tersenyum
dalam hati tersimpan berjuta awan mendung
yang mengganggu fikiran

apakah ini tanda kita merasakan
kita hamba kepada manusia?
bukan kepada pencipta, yang satu?
entah.

Tuesday, 27 August 2013

final presentation-research


salam :)


 oh! esok final presentation untuk research. inshaAllah
doakan semua 2nd year ni lulus
dan sama-sama dapat naik 3rd year!
Ameen 
:)

Monday, 26 August 2013

#4



tadi, on the way balik ke serdang... kagum dengan seseorang.
dalam kesibukan chinese kiri depan tangah menyembang
ada seorng hamba Allah membaca al-Quran dengan penuh khusyuk
sejuk hati tengok
:)


mereka ini ohsem :D

bukan gmbar ni... ni google bagi ^^
oh tapi gambar atas ni tersangatlah ohsem!
mak bapak anak sekali
superb!!!
:D

Thursday, 22 August 2013

Pesan buat pemuda. Jangan hangat-hangat tahi ayam !

 

Jujur !
Air mata mana yang tidak tumpah !
Darah pemuda mana yang tidak bergelora !
Saat melihat, satu demi satu gambar rakyat Mesir yang syahid.
Dengan otak yang terburai, dengan darah merata-rata, dengan badan yang hangus terbakar !
Arghhh !!!! Rasa diri ini harus juga pergi ke Mesir saat ini dan berjihad !
Angkat senjata dan ? ? ? ?
Dan apa ?
Dan … syahid, terkorban ?
Lalu kita berazam dengan sepenuh hati sambil melaungkan kata-kata ini
” Aku mesti pergi berjuang dan mati syahid ! “
Takbir ! ! !
Dua tiga hari kemudian..
“Woii… kata nak main DOTA.. Cepatlah, aku tunggu ni … “
Ha ? Mana pergi semangat kita yang berkobar-kobar dulu.
Ini namanya semangat hangat-hangat tahi ayam
Realiti
Seringkali, semangat kita sebagai orang muda ini selalunya hanya hangat-hangat tahi ayam. Maaf kata. Tetapi itulah realitinya. Usah ditunding jari lebih jauh, lihatlah sendiri ke dalam diri kita. Sebagai seorang anak muda , saya akui, pernah sampai tidak tidur malam hanya untuk menghabiskan dokumentari tentang nasib rakyat Syria yang dibunuh oleh rejim Basyar Al Assad. Habis basah lecture note saya buat lap air mata.
Tapi, tak sampai dua tiga hari lepas tu, semangat saya mulai mereda. Pelik bukan ? Itu belum lagi masuk isu Palestin, rata-ratanya akan berakhir dengan tragedi yang sama. Semangat hangat-hangat tahi ayam ! Sekejap semangat sekejap tidak. Terasa sangat kecewa di situ.
Lalu, apakah solusi yang sebenar-sebenarnya kepada permasalahan ini ?
10 Nasihat Dr Raghib Sirjani (Ahli Ikhwan di dalam bukunya Pemuda peka zaman)
10 Nasihat ini, saya kira paling sentap buat renungan kita bersama. InsyaAllah ianya adalah solusi terbaik buat kita yang menghidap penyakit hangat-hangat tahi ayam ;
1)  Tinggalkan perbuatan dosa dan maksiat sekarang juga !
Wahai anakku, (kata Dr Raghib Sirjani)
Orang yang melakukan maksiat tidak akan mampu untuk memberikan komitmen dalam perjuangan di jalan Allah ini.
Seperti mana pesan Saidina Umar Al Khattab kepada angkatan tentera Islam, ketika mana mereka mahu berangkat ke medan perang.
“Jangan sesekali kalian berbuat maksiat, sedangkan kalian berjuang di jalan Allah”
Juga kisah yang diceritakan oleh Dr Amr Khaled di dalam bukunya mengenai  seorang pemuda yang datang kepada Saidina Ali lalu berkata ;
“Aku khuatir bencana yang terjadi di seluruh negeri Muslim adalah kerana dosaku, sebab aku mengetahui betul dosa-dosaku “
Aku terkejut ! Aku merenung ! Benar apa yang dikatakan oleh pemuda itu. Tidak ramai yang mengerti akan hakikat ini. Sesungguhnya bencana turun kerana maksiat dan lenyap kerana taubat (Saidina Ali r.a).
2) Kenalilah Agamamu
Wahai anakku, (Pesan Dr Raghib) bagaimana mungkin anda ingin menunjukkan komitmen terhadap Islam sedangkan anda sendiri tidak mengenalinya ? Bagaimana  anda akan berpegang teguh kepada sunnah, ajaran dan manhaj hidup Islam sedangkan anda tidak mengetahui asal usulnya ? 
Justeru, jangan pernah berhenti belajar agama !
Analogi mudah,
Belajar agama ini macam ambil nutrisi untuk hidup.
Cukupkah sekadar makan nestum dari kecil sampai besar ? Cukupkah zat untuk terus hidup ?
Begitu juga dengan belajar agama. Agak-agaknya, cukup ke ilmu agama yang kita belajar setakat kafa 1-6 itu buat bekalan kita sampai akhir hayat ?
Dengan cabaran yang semakin dasyat. Ianya pasti tidak akan cukup.
Sama-sama renungkan.
3)Tambatkanlah hatimu dengan masjid
Wahai anakku, sesungguhnya orang yang hatinya terpaut dan cinta akan masjid, sebenarnya ia telah berhasil membina stamina keimanannya kepada Allah.
Seperti firman Allah swt di dalam Surah At Taubah ayat 18 :
“Hanyalah orang yang memakmurkan masjid-masjid Allah ialah orang yang beriman kepada Allah dan hari kemudian “
4) Jadilah pemuda yang berprestasi
Dr Amr Khaled pernah berkata ;
‘Musibah terbesar umat ini, adalah bilamana pemuda hanya menganggap agama hanya ada di masjid”
Mereka sebenarnya lupa, bahawa, keputusan cemerlang dalam pelajaran sebagai contoh adalah kayu ukur untuk menilai betapa tingginya darjat sesuatu ummat itu ? Selain kepakaran di dalam beberapa bidang yang lain.
Katanya lagi ;
Sanggupkah engkau melihat, prestasi akademik mahasiswa nasrani (bukan Islam), mahasiswa yang menganut fahaman sekularisme, plurasime, liberalisme lebih baik daripada dirimu ?
Allah.. Ampunkan dosaku ini..
5) Sambungkan tali silaturahim
Wahai anakku, eratkanlah kembali hubungannmu dengan ibu bapa, kaum keluarga, serta sanak saudara. Perpaduan ummat pada masa kini tidak dapat dicapai melainkan dengan bermula daripada yang asas. Iaitu institusi keluarga.
6) Berhati-hatilah dalam memilih teman
Wahai anakku, meskipun stamina keimananmu terasa sudah mantap, tetapi jika engkau bergaul dengan orang-orang yang tidak baik, hal tersebut akan mengembalikan kondisimu ke titik permulaan atau atau bisa terjerumus ke titik yang paling rendah. 
Jangan sesekali engkau berkata ;
“Saya akan menjaga diri dan saya tidak akan terpengaruh dengan mereka “
Sesekali jangan engkau katakan begitu. Kerana, sesungguhnya akhlak, agama dan tabiat seseorang serupa/ diukur dengan akhlak, agama dan tabiat temannya.
Adapun ada satu pesan daripada Syed Qutb, jika kita still mahu bergaul dengan mereka (dengan tujuan untuk berdakwah), kita haruslah beruzlah.
Istilah ini dinamakan sebagai  “uzlah Syu’uriyah” -
Pengertian uzlah yg dimaksudkan ialah, pengasingan jiwa dpd turut dikotori atau dijangkiti noda-noda masyarakat jahiliyah dengan ;
a) Menjadi seorang yang punya qudwah.
b) Menunjukkan akhlak yg baik
c) Terus merasai ketinggian iman
Uzlah yg dimaksudkan juga adalah perbezaan.
a)Perbezaan antara golongan yg beriman dan kufur.
b)Perbezaan dari sudut pemikiran dan pandangan
c)Perbezaan dari sudut akhlak dan perlakuan.
7) Peduli terhadap realiti yang menimpa umat Islam
Wahai anakku, amatlah mustahil untuk anda mengubah nasib ummat ini, melainkan anda mengetahui dengan sebenar-benarnya masalah yang berlaku terhadap umat ini.
Maka, disiplinkan dirimu pada setiap hari untuk ;
-Membaca berita-berita dunia. (Subscribe, Al Jazeera, Preess tv, CNN, BBC, di phone atau gadget canggih masing-masing)
-Membaca situasi politik, terutamanya di negara timur tengah dan negara umat Islam keseluruhannya (melazimi untuk membaca majalah times, atau melayari web-web seperti Al Jazeera dan membaca journal-journal antarabangsa)
-Mengambil tahu perkembangan ekonomi dunia.
Ingatlah, tarbiyah kita adalah tarbiyah pejuang ! Bukan tarbiyah manja-manja ! Apatah lagi, tarbiyah buih sabun ! Justeru, hanya dengan mengetahui dengan benar kondisi sebenar umat Islam, barulah kepribadian muslim yang sempurna akan terbentuk agar umat ini dapat berdiri dengan kukuh dan kuat !
8) Jadilah seorang Olahragawan
Wahai anakku, badanmu harus sihat, cergas dan kuat !
Pukulan keras yang dilakukan oleh Muadz Bin Amr r.a kepada Abu Jahal hanya mampu dilakukan oleh olahragawan sejati !
Maka, pilihlah aktiviti sukan yang bermanfaat. Yang benar-benar memberi manfaat buat dirimu dan ummat mu ! Seperti (Karate, silat, taekwando,  dan sebagainya). Sukan yang menguji kekuatan seperti angkat berat dan menunggang kuda. Sukan yang menguji stamina seperti futsal dan bola sepak. Badminton serta sebagainya.
Tetapi ingat ! jangan sampai dirimu leka dan lalai dengannya, sehingga mengahabiskan waktumu untuk ummat !
9) Ajaklah orang lain !
“Siapakah yang lebih baik perkataannya, daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal saleh dan berkata, ‘Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri?” (Fushilat :33)
Maaf ikhwah, maaf sekali lagi ikhwah !
Anda berbulatan gembira, bermain belon sabun air, berukhuwah manis-manis, namun apa guna andai itu semua tidak dapat kita aplikasikan dalam dunia sebenar !
Dunia realiti ! Usrah itu bukan hanya dalam lingkungan kita sahaja.Lingkungan orang baik-baik, tetapi usrah itu menuntut supaya kita berfikir untuk ummat, pergi lebih jauh, perhalusi setiap isu lebih dalam ! Pergi pada dunia luar, buka mata, buka telinga.
Jangan jadi orang yang syiok sendiri dengan tarbiyah. Sibuk hadam segala bagai buku fikrah dan dakwah, tapi bila sebut, isu umat Islam ?ha … terlopong .. isu Rohingya ? kaum gasar apa tu bro ? Isu kristianisasi ? kau biar betul ? Sekularisme ? Liberalisme ? Ha ? Lagi aku tak tau ?
Usrah macam ni, namanya usrah di bawah tempurung !
10) Uruskanlah waktumu dengan baik !
Akhir sekali, renungi dua pesan Imam Ghazali ini yang ditujukan khas buat pemuda
“Kehidupan ini cuma tiga detik ; sesaat yang berlalu tidak dapat kita ubah lagi, sesaat yang sedang dilalui ini manfaatkan sebaiknya dan sesaat yang akan tiba pasti kita temui”
dan
Wahai pemuda,
Gunakanlah waktu lapangmu dengan sebaiknya kerana,
Pengangguran adalah penyakit dan kesibukan itulah ubatnya. Seperti air yang diam menghanyutkan, menenggelamkan, mematikan, menjadi sarang nyamuk, membusuk, memburuk dan menimbulkan penyakit.
Siapa pun orangnya, selama dia menganggur di rumahnya, dia tidak akan pernah terlepas dari kemungkaran.
Kesimpulan
Inilah serba sedikit nasihat yang saya dapat kutip mengenai pemuda melalui pembacaan yang sedikit ini. Semoga kita dijauhkan daripada menjadi golongan pemuda yang leka dan lalai dalam hidup. Seperti mana yang disebutkan oleh Imam Hassan Al Banna di dalam risalah pemuda ;

”Ada pemuda yang lahir serta membesar di tengah-tengah umat yang keadaannya tenang lenang kerana kekuasaannya sudah kukuh dan kemakmuran hidupnya cukup mewah. Maka ia pun lebih banyak menumpukan tenaga untuk dirinya sendiri dari kepentingan umatnya, malah mungkin dia bermain-main dan berfoya dengan senang hati dan tidak berfikir apa-apa. “
Tetapi menjadi golongan pemuda yang membesar di tengah-tengah umat yang berjuang dan dirinya turut berjuang. Berjuang bersama untuk mengembalikan kedaulatan Islam agar kembali kepada posisinya yang sebenar. Posisi yang lebih agung dan mulia.
Maka sahabat sekalian, mulai saat ini, ayuh kita berubah ! Jangan kita menunda-nunda lagi ! Jangan kita bertangguh-tangguh lagi ! Jangan kita bermalas-malasan lagi !
Kerana kita tidak tahu apa yang bakal menunggu kita dihadapan nanti ! Boleh jadi cabaran yang lebih besar bakal menghalang kita untuk berubah.
Dengan lafaz Bismillah..
Mulailah dari sekarang !
Mari kita sama-sama berubah !
Henshin !
p/s :
Rujukan ;
Pemuda Peka Zaman – Dr Raghib Sirjani
Buku Pintar Akhlak – Dr Amr Khaled
Risalah Pemuda –  Imam Hassan Al Banna
Syed Qutb

new chapter of my life

Setelah 6 bulan menyepi. So lets start with this. Assalamualaikum Segala kepujian dan kesyukuran ke hadhrat-Mu ya Allah di atas limpah rahma...