sikit-sikit baca buku
sikit-sikit present
sikit-sikit clerk case.
sikit-sikit cuti sikit
=,='
***
baru-baru ni
waktu nak balik ke tempat belajar
aku naik bas ke putrajaya
sebab bas tu lalu kolej 17
ditegur konduktor bas
"eh nak g mana?"
"naik bas ni.." balas aku endah tak endah.
dia angguk sebab tu bas dia kerja.
"pergi kolej 17 ka?"
"a'ah" sambung aku. kagum sebab dia tau. mesti ramai yang selalu naik bas tu ke k17
waktu dia kutip duit tiket...
"sekolah lagi ka?" tanya dia
"a'ah"
"asal mana?"
"kedah."
"oh, ingatkan sabah.. kalau sabah sama lah"
terkejut aku.
sabah?
jauhnya kerja.
***
kadang-kadang kita selalu pandang kita ja banyak susah
tak pandang orang lain
hari tu, mungkin Allah nak tunjuk
banyak lagi yang susah
cari makan di semenanjung, sedangkan famili di sabah
padahal kerja konduktor bas, gajinya bukanlah banyak
sedikit cuma
mereka pun kena hadapi benda yang sama
setiap hari, setiap masa menghadap ragam manusia.
"nak pergi mana? duit syiling ada? harini sikit orang la!"
mereka lagi susah.
sedih
mereka kuat.
***
kadang-kadang perlu aku untuk duduk sejenak
fikir dan berfikir
lihat persekitaran
hadam.
sebab aku yakin
setiap apa yang berlaku depan mata
ada sebabnya
untuk kita berfikir.
.....sesungguhnya (pada semuanya itu) ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan Allah kekuasaanNya, kebijaksanaanNya dan keluasan rahmatNya) bagi kaum yang (mahu) menggunakan akal fikiran. (Al- Baqarah:164)
Wallahu a'lam
No comments:
Post a Comment