melihat diri masing-masing,
berbeza-beza.
Melihat masa depan masing-masing,
berlain-lain.
Adapun yang melihat,
sumbangannya kepada gerabak ini,
adalah melalui sumber kewangan.
Ada jua yang melihat,
sumbangannya kepada gerabak ini,
adalah melalui ilmunya yang melimpah-ruah.
Ada jua yang merasakan,
sumbangannya kepada gerabak ini,
adalah melalui kepimpinannya yang jitu.
Dan ada jua yang percaya,
sumbangannya kepada gerabak ini,
adalah melalui pembentukan fikrah para Du’at.
Dan ada jua yang yakin,
sumbangannya kepada gerabak ini,
adalah dengan menjadi Qudwah Hasanah,
dalam bidang yang diceburi.
Kerna itu,
manusia dikatakan seperti logam.
Pada asasnya, kita-kita adalah sama.
Kita adalah logam
“A solid material which is typically hard, shiny, malleable, fusible, and ductile, with good electrical and thermal conductivity”
***
“... which is typically hard...”
Kita kuat. Kita tabah. Kita teguh. Dan kita utuh.
“...malleable...”
Kita boleh dibentuk. Kita boleh ditarbiyyah.
“...fusible...”
Kita boleh bergabung. Kita boleh menjadi satu entiti.
“... and ductile
Kita boleh mengalami perubahan.
Kita boleh ditimpa musibah.
Dan kekal utuh.
“... with good electrical and thermal conductivity”
Dan kita mampu mengalirkan,
berbagai jenis aliran,
pada kadar yang pelbagai,
dan kepada penerima yang berbagai-bagai.
Itulah kita.
Logam.
Yang sama pada asasnya,
tetapi berbeza pada fungsinya.
Jika kita faham.
“Manusia seperti logam, terpilihnya mereka semasa jahiliyyah, terpilih juga mereka semasa Islam, sekiranya mereka faham.
°°°°°°
Ayat atas tu dalam buku Aku Hamasah As-Syabab.
Buku yang sgt lah best.
Membangkitkan semangat bila dah rasa diri sendiri sgt lah loser
And aku suka buku ni sbb
Bila baca ja, aku mesti akan berfikir
Mcm "a'ah kan" , "ya lahhh"
Bacalahh!!!!
:)
No comments:
Post a Comment