Minta maaf enty ni mungkin agak panjang. Mohon bersabar :)
Lama aku fikir perlu atau tidak post tajuk ni. Tapi bila memikirkan aku perlukan sejarah aku sendiri dalam blog ni untuk kenapa terdamparnya aku dalam usrah ni, makanya here i am tengah gigih menekan kekunci laptop. The story is very long dan selalunya bila orang tanya, kisah aku tu kejap lain, kejap lain. sebab banyak co-factor kenapa aku memilih berada dalam gerabak yang penuh liku-liku ni. dan mungkin jugak apa yang akan aku catatkan ini juga lain dari yang penah aku cerita. I'm always feel bad about myself sebab tak pandai nak bercakap dan menulis T_T
The story begin during my first year
Hari berganti hari, bulan berganti bulan dan tahun berganti tahun. Bermula dengan aku suka baca post-post Angel Pakai Gucci pabila dinasihatkan oleh someone untuk terus follow baca post-post APG. Kemudian kepada zaman aku suka tengok video-video islamik MrTheAllShared. Dan pada mulanya hanya suka tengok video-video MTAS yang entahapaapa ja ganya, tapi punyai mesej Islam tersendiri yang ingin diorang sampaikan. Hinggalah dari video tu aku kenal video-video dari student drop out Intec, Afiq Sazlan dan Haziq. Video student Intec pun menerapkan Islam tapi more to harmoni dan lembut
Kisah bila follow facebook Afiq Sazlan ni, aku merasakan ada semangat dalam setiap apa yang dia tuliskan. Hinggalah tak lama kemudian, berlaku pergolakan kat Mesir dan pada waktu tu cuti yang panjang lepas habis Professional Exam 1. Jadi aku punyai banyak masa untuk go through semua post kat facebook dan baca blog tentang pergolakan kat Mesir, hinggakan kawan yang dah tak contact lama study kat Mesir pun aku sanggup contact sebab nak tahu keadaan kat sana macam mana.
Manakala post-post Afiq Sazlan ni pulak ketika tu penuh dengan update di Mesir dan semangat-semangat bahawa Islam tu pernah menang suatu ketika dulu. I can still remember betapa sedihnya aku waktu tu sebab mesir bergolak dan betapa semangat membuak-buaknya aku nak Islam tu naik kembali.
Bawah ni adalah post Afiq yang aku penah share kat facebook waktu jadi pergolakan kt Mesir.
8/7/2013 |
Kemudian keluarlah post mengenai tugas kita sebagai abid dan khalifah, yang mana pada masa tu aku begitu tertarik dengan peranan kita sebagai khalifah. Jujur aku katakan waktu tu aku cuma faham khalifah tu tugasnya memakmurkan alam yang pada kiraan aku seperti menjaga alam, pokok, haiwan (l
Waktu tu, rasa sangat bersemangat 'tolongla, nak Islam menang!'. So, macam mana nak menangkan/tegakkan balik Islam tu adalah dengan binanya kembali kefahaman Islam dalam setiap diri kita. Salah satunya dengan usrah, yakni kelompok-kelompok kecil yang menerapkan muwasofat tarbiyah dengan membincangkan tentang rules and regulation in Islam, mentadabbur ayat-ayat al-Quran, membincangkan tafsir ayat al-quran, discuss tentang hadis-hadis, menulusuri kisah-kisah Rasulullah dan sahabat-sahabat Rasulullah dan juga adanya murabbiah yang akan follow up amal seharian kita etc. It is not only about gaining knowledge, but its also about how we practice what we had learned. Dan makanya daripada knowledge yang kita dapat tu kita boleh guide orang lain pulak.
Kemudiannya mereka membincangkan bila semuanya telah mencapai individu muslim, maka akan terbinanya baitul muslim, kemudian masyarakat muslim sehingga akhirnya ustaziyatul alam.
aku merasakan, walaupun setelah berjayanya meningkat ke baitul muslim, masyarakat muslim etc., pembinaan individu muslim tu tetap perlu diteruskan hingga ke ustaziyatul alam. |
Aku yakin pada teori tu sebab zaman Rasulullah dulu pun bermula dari kelompok-kelompok kecil (dakwah) dan lama-kelamaan Islam tu mekar di bawah Tamadun Umayyah, Abbasiyah hingga menakluk 2/3 bumi. Dan beradanya aku/ memilihnya aku untuk dalam usrah ni pun di atas sebab yang sama yang aku pernah baca dari post-post orang waktu tengah cuti dulu.
Okay. itu sebab aku join usrah. Yang membawanya aku join usrah tanggal 14/1/2014 adalah Wan Mazuan , murabbiah waktu tu Kak Adlin Shuhaimi dan kemudiannya aku diketemukan dengan ramai lagi akhawat yang berada dalam jalan yang sumpah sangat panjang dan berliku ni.
Perjalanan aku masih awal. Tak seperti orang lain. Aku cuma merasakan sedikit saja penat. Tapi begitu kagum dengan akhawat lain yang boleh bahagi masa memastikan tarbiyah di UPM ni kekal.
Nota kaki:
1. Aku tak bermaksud yang tidak join usrah, yang hanya pergi ke masjid-masjid dengar ceramah itu salah... tapi aku memilih untuk pembinaan individu muslim itu, kedua-keduanya perlu berjalan seiring (iaitu usrah + ceramah-ceramah di masjid, surau etc.)
2. Post ni sengaja untuk dipahatkan dalam blog sebagai kenangan dan juga sebagai ingatan kenapa aku pilih untuk join usrah at first place.
3. Malah mungkin juga sebagai ingatan tika mana aku sudah lelah dan tidak mampu meneruskan apa yang aku yakini.