- 1 ikan siakap dibersihkan
- 2 batang serai (hiris nipis-nipis)
- 4@5 ulas bawang putih (terus hiris nipis tanpa perlu potong dua bahagian)
- 2 inci halia (dihiris halus dan memanjang- mcm lidi)
- 1@ 2 biji limau nipis - ambik jus- buang biji
- 8 biji cili melaka- diketuk-tapi jangan ketuk sampai lumat
- 2 biji tomato- potong 4 @ 2-buang bahagian tengah (sebahgian)
- 1+1/2 sudu makan sos tiram
- sedikit garam dan gula
- sedikit air
- sedikit daun sup-dihiris
Cara-cara:
1. sediakan pengukus. panaskan airnya dengan api sederhana. sediakan bahan taham panas/ loyang untuk letak ikan
2. Sementara tunggu pengukus panas, lumurkan ikan dengan garam(1+3/4). Loyang panas, letakkan ikan dalam bekas,
3. Kemudian taburkan hirisan bawang putih, halia, serai di atas ikan.
4. kukus selama 20 minit. Sementara tu, sediakan sedikit air(1+1/2 mangkuk kecik) bersama sos tiram dan gula(1 sudu). bancuhkan guna air masak
5. Selepas 20 minit, masukkan tomato atas ikan dan jirus air bancuhan sos tiram tadi ke atas ikan. kukus lagi 5 minit
6. akhir sekali, taburkan cili melaka dan jirus air jus limau nipis di atas ikan. jika kurang masin boleh tambah garam. kukus lagi 2-3 minit
7. setelah masak, taburkan hirisan daun sup
8. SIAP dan sedia dihidangkan.
*ajaibnya masakn ni tak perlu kacau. tp kalau nak kacau pun takpa sbb resepi kata boleh kacau kuah dia last2 tu.
* paling tak best sbb kuah dia sikit, kalau nak buat banyak kuah, maybe boleh add sendiribahan-bahan mcm bawang, halia, serai, sos tiram. tapi maybe rasa dia still kurang sbb air lelehan ikan tu sikit ja, sebb ikan seekor.
ni la hasilnya, tanpa daun sup sebab terlupa beli. tapi rasa dia memang perfect! |
2 comments:
Baru tahu ada turutan... saya main masuk je semua sekali...
hahaha.. ni mak yg ajar.. tgk dari resepi mana ntah
Post a Comment