expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Friday, 17 January 2014

[Reblog] amal soleh mesti melalui 8 tapisan

Reblog from http://peribadirasulullah.wordpress.com/2010/07/13/amal-soleh-mesti-melalui-8-tapisan/

Ringkasan dari Hadis Muaz dengan Rasulullah SAW tentang Isra’ dan Mikraj:

1-Apabila amal soleh melalui langit pertama, Malaikat akan menilai agar amal soleh tersebut suci dari nilai-nilai Ghibah, atau mengumpat.

2-Apabila amal soleh tersebut berjaya melalui langit pertama, maka  Malaikat dilangit kedua telah ditugaskan agar amalan tersebut suci dari nilai-nilai Matlamat dunia, jika amalan terebut suci dan selamat dari sifat-sifat matlamat dunia , maka dibenarkan  meneruskan perjalanan dan akan naik ke langit ke tiga.

3-Semasa amal soleh tersebut melalui langit ketiga, Malaikat akan menilai dan menapis amalan tersebut agar suci dari sifat bangga diri.

4-Apabila amalan tersebut tidak memilki unsur-unsur bangga diri, maka amalan tersebut akan dibenarkan melangkah ke langit kelima, semasa amalan soleh melalui langit kelima, Allah SWT mengarahkan agar amalan tersebut dinilai agar  suci daripada nilai-nilai hasad.

5-Apabila amalan tersebut berjaya melepasi langit keempat, amalan soleh akan melalui langit kelima, semasa dilangit ke lima , amal soleh akan dinilai agar suci daripada sifat Ujub atau berbangga dengan kelebihan diri sendiri.

6-Apabila amal soleh telah berjaya melepasi langit ke  lima, amal tersebut akan melalui langit keenam, semasa amal soleh melalui langit keenam, Malaikat yang bertugas dilangit keenam akan menilai agar amal soleh tersebut  mengandungi sifat kasihan belas kepada orang lain, tidak menzalimi orang lain dalam semua perkara.

7-Apabila amal soleh telah berjaya melepasi langit keenam, maka amal soleh tersebut akan diarak oleh ribuan para malaikat sehingga mengeluarkan bunyi seperti lebah dan apabila sampai dilangit ketujuh, Malaikat yang menjaga langit ketujuh akan menilai agar amal soleh tersebut suci daripada sifat Riya’, iaitu amal soleh yang tidak disertakan dengan harapan agar amalannya diiktiraf oleh manusia serta disanjung dan diagung-agungkan.

8-Apabila amal soleh telah berjaya melepasi langit ketujuh, amal soleh tersebut akan diiringi oleh ribuan para Malikat. Apabila amal soleh tersebut telah berada dihadapan Allah SWT. Malaikat berkata kepada Allah SWT dengan kata mereka : Ya Allah inilah amal yang terbaik yang telah melepasi segala tapisan, tetapi Allah SWT berfirman : Sesungguhnya masih ada lagi tapisan yang perlu dilakukan kerana Aku lebih mengetahui sesuatu amalan yang terbaik ” Maka Allah SWT akan  menilai agar amal soleh tersebut dilakukan adalah benar-benar Ikhlas demi Allah SWT”, setelah amal soleh tersebut benar-benar dilakukan kerana Ikhlas kepada Allah SWT, Maka Allah SWT bersetuju memberi pahala dan dimasukkan kedalam Syurga.

Nota: Setiap amal soleh yang tidak melepasi tapisan-tapisan para Malaikat, amal soleh tersebut akan dihumban ke muka pemilik amal soleh tersebut.

Sumber Rujukan:
Imam Abdullah bin Al Mubarak lah.a telah meriwayatkan di dalam kitab Al Zuhd dengan sanad beliau daripada seorang lelaki (iaitu Khalid bin Maadan) yang pernah berkata kepada Muaz bin Jabal


Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Sesungguhnya Allah S.W.T tidak memandang kepada rupa paras dan harta benda kamu tetapi Allah hanya memandang kepada niat hati dan amalan-amalan kamu.” (Riwayat Muslim)

Katakanlah: “Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Surah Az-Zumar: 53)

“Wahai umat manusia! Sesungguhnya sudah datang kepada kamu al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran daripada Tuhan kamu, dan yang menjadi penawar bagi penyakit batin (hati) yang ada dalam dada kamu dan menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan serta membawa rahmat bagi orang beriman.” (Surah Yunus: ayat 57).



No comments:

new chapter of my life

Setelah 6 bulan menyepi. So lets start with this. Assalamualaikum Segala kepujian dan kesyukuran ke hadhrat-Mu ya Allah di atas limpah rahma...