Salam.
Alhamdulillah
dlm minggu cuti sekarang ni.... jeles tengok kawan-kawan yang dah abis buat
data collection.... diri sendiri ni kena buat lepas abis cuti... sbb dr cakap
nak buat time tu... ikut ja la.. tp, nasib baik pilot test dh buat... tenang
cikit ja la... lps ni dh nak sibuk tahap tak cukup tanah pulak... hailaaa....
aiipp!!! jangan mengeluh... NO - NO!! Harini ada Malaysia Global March toJerusalem (MyGMJ)..hari last... seronoknya.... teringin nak join
jugak!!!
Harini slwani nk berkongsi sikit-sikit tentang Isra' dan
Mi'raj yang disambut semalam/kemarin @ 27 Rejab.... Sebenarnya mungkin tak
banyak yang nak dikongsi sebab banyak yang salwani tak tau.... tp slwani nak
jugak berkongsi!! hehe... harap-harap bila ada orang baca, boleh la tambah ilmu
untuk dia dan moga-moga bertambah saham akhirat slwani... inshaAllah...
ok sekarang kita tengok dulu berdasarkan nama isra' -
mikraj... berdasarkan pembacaan slwani:
isra' = perjalanan Nabi SAW manaiki bintang Buraq dari Masjidil Haram ke
Masjidil Aqsa, di Baitulmaqdis, Palestin.
Mi'raj = perjalanan dari Masjidil Aqsa ke Sidratul Muntaha di langit yang
ketujuh(langit 1-7) kemudian ke Sidratul Muntaha(tangga ke 8) , bahkan ke Mustawa (tangga ke 9) dan sampai dibawah Arasy ALLAH.
peristiwa ni terjadi sebagai tanda Allah nak
menggembirakan Nabi Muhammad S.A.W.... sebabnya tahun tu adalah tahun kesedihan
bagi Rasululullah...banyak ujian yang menimpa baginda tahun tu... Ok kalau dalam
Al-Quran pulak kita boleh tengok penceritaan Isra' wal Mikraj ni dalam ayat
pertama Surah Al-Isra' yang bermaksud:
"Maha Suci Allah, yang telah memperjalankan hamba-Nya
pada suatu malam dari Al Masjidilharam ke Al Masjidilaqsa yang telah Kami
berkahi sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebagian dari tanda-tanda
(kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat."
kalau kita tengok maksud surah tu kan,
" telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al
Masjidilharam ke Al Masjidilaqsa" masanya sangat singkat... hanya satu malam.... masa ni la keimanan
orang-orang Islam diuji... sebabnya kalau ikut lojik akal fikiran, perjalanan dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa tu ambik masa mungkin lebih dari sehari
mengikut perjalanan biasa.... mana boleh dok pi satu malam ja!.... masa ni ada yang dah masuk Islam kemudian murtad
balik sebab tak percaya... tapi ada seorang sahabat Rasulullah, Sayyida Abu
Bakar dia tetap percaya!!!... apa yang beliau cakap:
"Benar! Aku menyaksikan bahawa engkau merupakan
Rasulullah. Jika baginda S.A.W mengatakan bahawa baginda telah diperjalankan
lebih jauh daripada itu maka aku tetap beriman kepadanya". Inilah
ketegasan dan keyakinan yang tidak berbelah bahagi Sayyidina Abu Bakar dalam
mempercayai Allah dan rasul-Nya sehingga beliau digelar as-Siddiq yang membawa
maksud pembenar.
Wahhhh!!! kagum kan??? :D
Ok-ok... sebelum berlakunya "Isra'
Mi'raj tu, kita diceritakan dengan Rasulullah dibedah dan dicuci hatinya oleh malaikat. Hati Rasulullah dicuci dengan air zam-zam dan ditambah hikmat, ilmu dan iman dalam dada
Rasulullah S.A.W. Selepas selesai pembedahan tu, barulah Rasulullah ditunggangi
Buraq dalam perjalanan Isra' tu...
Waktu tu mesti pelik kan, macam mana laa
bedah hati guna cahaya(Malaikat).... tp sekarang ni, dah terbukti.... tengoklah
Prof Muhaya... Oftalmologi terhebat... bedah mata guna laser ja... bukankah tu
pun cahaya?? Inikan pula Malaikat yang sayapnya tersangatlah besar (waktu
sekolah dulu Usatazah ada cerita, kalau Jibrail menebarkan hanya satu daripada beberapa sayap
yang dimilikinya, maka ia sudah cukup untuk menutup dunia ini)... haaaa!!!
lagilah power kan cahaya yg diguna utk bedah hati Rasulullah S.A.W!!!!
ISRA'( Masjidil Haram - Masjidil Aqsa )
Ok
masa perjalanan Isra' tu, Ustaz Don ada cerita ada Jin Afrit kejar dari
belakang.... nak halang Rasulullah... dan masa tu jgk Rasulullah dpat saksikan
peristiwa-peristiwa simbolik yang ajaib... antaranya dpt dilihat:
- ·
Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil
tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula
seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S.A.W
diberitahu oleh Jibrail: Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah"
yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga
gandaan yang lebih banyak.
- ·
Tempat yang berbau harum.Rasulullah S.A.W
diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Masitah (tukang sisir rambut anak
Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anaknya (termasuk bayi yang dapat bercakap
untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetapt teguh
beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai Tuhan).
- ·
Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala
mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan
pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah
orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).
MI'RAJ (Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah S.W.T )
Semasa Mi'raj pulak, menceritakan Rasulullah naik
tangga untuk ke setiap langit.... di setiap lapisan langit tu Rasulullah bertemu
dgn para Anbiya.... dan Ustaz Nabil Ahmad cerita, sebenarnya waktu tu hanya
Nabi Musa yang betul-betul tunggu dan bercakap dgn Rasulullah... *yg ni nnt
slwani cerita* .. lps sampai langit ke tujuh, Rasulullah sambung naik tangga ke
8, ke-9, ke 10....
di tangga ke-10:
Baginda Rasulullah sampai di
Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah SWT
dengan mata kepalanya, lantas sujud. (*berdasarkan ni Rasulullah dapt melihat Allah... tp ada dua pendapat sebenarnya*)
Kemudian berlakulah dialog antara Allah
dan Muhammad, Rasul-Nya:
Allah SWT : Ya Muhammad.
Rasulullah : Labbaika.
Allah SWT : Angkatlah kepalamu
dan bermohonlah, Kami perkenankan.
Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau
telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar.
Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan
dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak
Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin,
manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan Isa Taurat dan Injil. Dengan
izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang
mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan.
Allah S.W.T : Aku ambilmu
sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran
kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu
sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari
kiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan
kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah
sebagai suatu perbendaharaan di bawah 'Arasy. Aku berikan habuan daripada
kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku
kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah
panji-panjimu. Dan Aku fardukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu)
sembahyang.
ok sedih kan... kasihnya Allah kepada Nabi Muhammad S.A.W...
*ok
sambung yang slwani ckp pasai Nabi Musa tu*
lepas dapat kata kena solat
50 rakaat tu, Nabi Muhammad pun turun... kemudian Nabi Musa dok tunggu Nabi Muhammad ni, sebabnya Nabi Musa nak
tanya dapat tgk Allah tak?? *teruja kan Nabi Musa* heheh.... pastu Nabi
Muhammad kata dapat hadiah!!, solat 50 waktu...*salwani tak sure Nabi Muhammad dapt tgk Allah tak.. sebab ada dua pendapat.. ada kata dapat, ada kata tak*
dengaq-dengaq kata 50 rakaat, Nabi Musa
memohon Rasulullah merayu supaya dikurangkan.... setiap kali naik merayu dapat
kurang 5 waktu... Rasulullah naik turun sebanyak 9 kali!!! *bayangkan la, klu
kita beli barang pastu nak tawar harga.. 3 kali ja kut kita boleh tahan malu
nak tawar... pastu lebih-lebih mintak tawar penjual tu mesti akan ckp 'sudah,
lebih-lebih pulak.. xpayah beli lah!' kan-kan... hahah" tapi Rasulullah
boleh tahan sampai 9 kali... dengan naik turun tangga lagi... sayangnya
Rasulullah kat kita kan... lps tu dapatla 5 waktu sehari.... Lepastu masa tgk
TV tu tok slwani cakap "hmm... 5 waktu tu pun x tentu lagi...nasib bukan
50" hahaha...
SELEPAS MI'RAJ
Rasulullah S.A.W turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu'alam.
jadinya, dapatlah kita solat
5 waktu sehari!!!... bagi slwni la kan... dengan perintah bersolat ni lah kita
dapat ingat kt Allah.... sbb tu lah pada
mulanya Allah peintahkan kita solat 50 waktu dalam sehari.... supaya kita akan sentiasa
igtkan Allah... tak ka?? cuba bayangkan kalau kita tak diperintahkan solat,
macam mana eh???
------------------------------------
- waktu tengok Assalamualaikum kat TV AlHijrah tu kan... pengacara Amin ada cakap, "kat Malaysia ni bukannya kurang pun aktiviti @ sambutan agama-agama ni.... banyak ja.... tapi kenapa masih ramai wujud golongan2 yang masih kurang berilmu... setiap tahun kutt??.. adakah mungkin sebab penghayatan tu takdak.... intipati tu kurang...?" sambutan Isra' Mi'raj, MaulidurRasul, MaalHijrah adakah hanya sekadar dapat cuti?? duduk rumah oyeahhh! oyeahh!!?? *terkena batang hidung, selama ni kurang penghayatan kut... x berapa sedar diri ni tak lama kat dunia.. nnt masuk kubuq jugak.. bakal bertemu Allah jugak... dunia ni sekejap ja...*
- waktu baca majalah JOM! baru terdetik kat hati pasai benda ni Kerana yang mengiringi jenazah hanya 3 perkara :-
1. Harta yang diinfakkan [didermakan untuk kebajikan]
2. Ilmu yang dimanfaatkan
3. Doa anak yang soleh
kat dunia ni bekalan pahala kita dari baca al-Quran, solat, puasa, senyum, tolong kawan selesai masalah, angkat benda bahaya kat jalan.... tapi lepas dah mati, semua benda-benda tu kita dah tak boleh buat dah... tak boleh nak sambung buat... dah terhenti! dengan 3 perkara di atas ja lah kita boleh pastikan saham pahala kita terkumpul dengan banyak bila dah mati kelak... jadi mari sama-sama banyakkan sedekah, berkongsi ilmu dan berusaha menjadikan diri ni peroleh banyak ilmu supaya dapat mendidik anak-anak menjadi soleh dan solehah*okeh mcm dh kahwin plak!hahha... tp kena pikir jgk pasal membentuk generasi akan dtg ni!!!* dan juga supaya kita turut menjadi anaak yg soleh dan solehah yang sentiasa mendoakan ibu bapa kita kelak.
---------------------------
mintak maaf lah terpanjang sikit pulak bercerita :D
ok lah... ok lah... smpai di sini sahaja bicara saya... hahha... kalau ada salah silap mintak tolong perbetul dengan comment di bawah... kalau nak tambah @ nak kongsi lagi.... gunung everest slwani tadahkan... sudi-sudilah menambah!! :D
kalau ada cadangan macamana nak manfaatkan cuti pun boleh jugak!!! 1st time dpt cuti ni, mmg suka bazir masa ja... huhuhu.... *tolong nasihat sikit!*
ok tu pun klu ada orng baca..
ok salam ^^
sumber rujukan: