expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Sunday 24 March 2013

Di mana hati?

Salam.

satu soalan untuk diri sendiri...

Dimana hatimu ketika solat??




Firman Allah :

“Maka celakalah orang yang solat. (iaitu) orang-orang yang lalai terhadap solatnya “

Surah Al-Maa’uun ayat 4 dan 5.

Yang dimaksudkan celaka adalah apabila seseorang telah melakukan solat, tetapi solat itu tidak membawa manfaat dan kebaikan sama sekali. Ini kerana tidak dikerjakannya dengan bersungguh-sungguh; masih setengah-setengah dalam menjalankannya.

Tidak peduli apakah solatnya sudah betul atau tidak, dan solat hanya sebagai menjalankan kewajipan sahaja.

Dan termasuk orang yang celaka adalah orang yang solatnya tidak pernah khusyuk.

Peliharalah kamu (kerjakanlah dengan tetap dan sempurna pada waktunya) segala sembahyang fardu, khasnya sembahyang Wusta (sembahyang Asar), dan berdirilah kerana Allah (dalam sembahyang kamu) dengan taat dan khusyuk.
(Al-Baqarah 2:238)
Solat yang khusyuk adalah solat yang dikerjakan dalam keadaan berharap, cemas dan cinta serta dengan takbir yang sempurna, lantunan ayat yang tartil, rukuk dengan tawadhuk, sujud dengan diliputi kerendahan hati serta keikhlasan.

Tips agar solat kita lebih khusyuk: 
#“Solatlah seperti solat orang yang hendak berpisah , seakan-akan ini adalah solat yang terakhir dalam hidup kita dan seakan-akan kita melihat-Nya, walaupun kita tidak melihatNya, maka sesungguhnya Dia melihat kita, seperti yang disabdakan oleh Rasulullah saw, “Jika kamu berdiri untuk melaksanakan solat, maka solatlah seperti solatnya orang-orang yang akan berpisah (meninggal).” (HR. Ibnu Majah)
#Dan solat itu juga dilakukan pada waktu yang telah di tentukan, Allah Taala berfirman “Sungguh, solat itu adalah kewajiban yang ditentukan waktunya atas orang-orang yang beriman” (QS. an-Nisa : 103) tidak megakhirkan waktu solat atau juga tidak solat di luar waktunya. 

saya terpanggil untuk menulis khusyuk dalam solat ni sebab sejak akhir-akhir ni, selalu ja rasa macam nakk ja cepat habis solat... lepastu kadang-kadang hati rasa tak tenang ja lepas solat... jadi saya fikir mungkin ni sebab tak khusyuk solat ataupun saya kena tengok balik diri saya ni... apa salah saya kan.. huuu :(

jadi mari kita berusaha utuk khusyuk dalam solat... sebabnya saya pernah terbaca, orang yang lalai dalam solatnya adalah orang yang tak pernah berusaha untuk khusyuk dalam solat. :)

* ayuh, dah pukul berapa ni?? Dhuha memanggil kan... !!!
* ada salah tolong perbetul
* ada yang tak cukup, tolong tambah.... berkongsi ilmu.. semua dapat manfaat^^

insyaAllah... Mari Menjadi Hamba *pinjam tagline Langit Ilahi) >.<

salam kawan-kwan :D

No comments:

new chapter of my life

Setelah 6 bulan menyepi. So lets start with this. Assalamualaikum Segala kepujian dan kesyukuran ke hadhrat-Mu ya Allah di atas limpah rahma...