Ehsan |
"Akhi, saya tahu it's easier said than done. Dan berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Saya faham sangat tu. Tapi... Apa-apa pon keputusannya nanti, saya harap anda dapat redha dan bersabar dengannya. Keputusan baik pon satu ujian, keputusan yang tak berapa nak baik pon satu ujian juga. Dan samalah, keputusan yang baik tu satu nikmat, keputusan yang tak berapa nak baik tu satu nikmat juga; kalau kita ni hambaNya yang bersyukur dan melihat setiap sesuatu tu adalah tarbiyah dari Dia.
Saya harap sangat anda dapat jadi manusia yang Nabi SAW sebut dalam sebuah hadith:
"Hairan sungguh urusan orang mukmin itu, semua urusannya baik belaka; perkara ini tidak akan didapati dalam diri seseorang kecuali pada orang mukmin. Iaitu apabila dia mendapat kebahagiaan dia bersyukur dan bersyukur itu baik baginya. Apabila ia ditimpa musibah dia bersabar, dan bersabar itu adalah hal yang baik baginya."
[Riwayat Imam Ahmad]
Senyum.
Dan akhi, Allah berfirman dalam al-Quran:
"Diperintahkan kamu berperang, sedangkan ianya sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi sesuatu yang kamu benci itu sangat baik bagi kamu (sementara) yang kamu sukai mungkin tidak baik bagi kamu. Dan Allah mengetahui tetapi kamu tidak mengetahui."
[al-Baqarah, 2:216]
Senyum lagi.
Insha-Allah, apa-apa keputusannya, saya yakin itulah yang terbaik untuk anda. Dan ia juga terbaik untuk Islam, dakwah dan tarbiyah ini. Saya harap anda juga punya keyakinan dan perasaan yang sama.
_copy paste from angelwearsgucci_
-----------------------------------------------------
"Beruntunglah jiwa yang tetap gagah mensyukuri Allah SWT walau apa jua ujian menimpa, sebagaimana Anas r.a meriwayatkan sebuah hadis berbunyi :
'Sesungguhnya besarnya pahala tergantung pada besarnya ujian. Jika Allah mencintai suatu kaum maka Allah akan mengujinya dengan cubaan. Barang siapa yang redha atas cubaan tersebut maka dia mendapat keredhaan Allah dan barang siapa yang berkeluh-resah (marah) maka ia mendapat murka Allah SWT'"
'Sesungguhnya besarnya pahala tergantung pada besarnya ujian. Jika Allah mencintai suatu kaum maka Allah akan mengujinya dengan cubaan. Barang siapa yang redha atas cubaan tersebut maka dia mendapat keredhaan Allah dan barang siapa yang berkeluh-resah (marah) maka ia mendapat murka Allah SWT'"
-post yang menggambarkan situasi aku skrng ni.
-congratz to my 1st year buddies, Muhammad.. to Nurul Adha pulak, goodluck nnt... buat yg terbaik!
-congratz to my 1st year buddies, Muhammad.. to Nurul Adha pulak, goodluck nnt... buat yg terbaik!
-thanks to mak, ila, najwa, miza, yana, kak qila, kak su sbb banyak bgi kata2 semngat :)
No comments:
Post a Comment