expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Thursday, 28 March 2013

research ooo researchh

salam..

selamat menonton :D

awal sem!!

semangat research!!!!



http://www.smileycodes.info
yeahhh!! aku tau aku boleh buat :P


http://www.smileycodes.info
cool laaa!!! senang puihhhhh2
********************
literature review

aarrghhhhh!!! apakebendaaa niiiiiii....... I can't stop thinkingggg!!!!



http://www.smileycodes.info
argghhhh.... pa benda ni... lit review susahnyaaaa 


http://www.smileycodes.info
yeahh2!!! hahaha... *lepaskan tension kt orng*


http://www.smileycodes.info

huhuhu...  kwn pukul aku balik :(

http://www.smileycodes.info
arrgggghhhh!!!!! takboleh jadik2..... aku kna buat jugak!

walaupun bakal botak sbb pening pikir! =='

Sunday, 24 March 2013

Di mana hati?

Salam.

satu soalan untuk diri sendiri...

Dimana hatimu ketika solat??




Firman Allah :

“Maka celakalah orang yang solat. (iaitu) orang-orang yang lalai terhadap solatnya “

Surah Al-Maa’uun ayat 4 dan 5.

Yang dimaksudkan celaka adalah apabila seseorang telah melakukan solat, tetapi solat itu tidak membawa manfaat dan kebaikan sama sekali. Ini kerana tidak dikerjakannya dengan bersungguh-sungguh; masih setengah-setengah dalam menjalankannya.

Tidak peduli apakah solatnya sudah betul atau tidak, dan solat hanya sebagai menjalankan kewajipan sahaja.

Dan termasuk orang yang celaka adalah orang yang solatnya tidak pernah khusyuk.

Peliharalah kamu (kerjakanlah dengan tetap dan sempurna pada waktunya) segala sembahyang fardu, khasnya sembahyang Wusta (sembahyang Asar), dan berdirilah kerana Allah (dalam sembahyang kamu) dengan taat dan khusyuk.
(Al-Baqarah 2:238)
Solat yang khusyuk adalah solat yang dikerjakan dalam keadaan berharap, cemas dan cinta serta dengan takbir yang sempurna, lantunan ayat yang tartil, rukuk dengan tawadhuk, sujud dengan diliputi kerendahan hati serta keikhlasan.

Tips agar solat kita lebih khusyuk: 
#“Solatlah seperti solat orang yang hendak berpisah , seakan-akan ini adalah solat yang terakhir dalam hidup kita dan seakan-akan kita melihat-Nya, walaupun kita tidak melihatNya, maka sesungguhnya Dia melihat kita, seperti yang disabdakan oleh Rasulullah saw, “Jika kamu berdiri untuk melaksanakan solat, maka solatlah seperti solatnya orang-orang yang akan berpisah (meninggal).” (HR. Ibnu Majah)
#Dan solat itu juga dilakukan pada waktu yang telah di tentukan, Allah Taala berfirman “Sungguh, solat itu adalah kewajiban yang ditentukan waktunya atas orang-orang yang beriman” (QS. an-Nisa : 103) tidak megakhirkan waktu solat atau juga tidak solat di luar waktunya. 

saya terpanggil untuk menulis khusyuk dalam solat ni sebab sejak akhir-akhir ni, selalu ja rasa macam nakk ja cepat habis solat... lepastu kadang-kadang hati rasa tak tenang ja lepas solat... jadi saya fikir mungkin ni sebab tak khusyuk solat ataupun saya kena tengok balik diri saya ni... apa salah saya kan.. huuu :(

jadi mari kita berusaha utuk khusyuk dalam solat... sebabnya saya pernah terbaca, orang yang lalai dalam solatnya adalah orang yang tak pernah berusaha untuk khusyuk dalam solat. :)

* ayuh, dah pukul berapa ni?? Dhuha memanggil kan... !!!
* ada salah tolong perbetul
* ada yang tak cukup, tolong tambah.... berkongsi ilmu.. semua dapat manfaat^^

insyaAllah... Mari Menjadi Hamba *pinjam tagline Langit Ilahi) >.<

salam kawan-kwan :D

Wednesday, 20 March 2013

HIDUP SAYA KETIKA SEMUA BERCUTI


salam.

macam tajuk kanak-kanak buat karangan keperihalan -.-'

habis sudah resit exam.... apa-apa pun syukur Alhamdulillah.. result insyaAllah jumaat ni keluar... aku hanya mengharapkan yang terbaik untuk aku, rakan2 dan junior2.

belajar medik ni memang susah(kut)... setiap kali hujung sem, mesti rasa macam nak sakit jantung! setiap sem!!
apa tak nya, keluar result exam... 

kalau macam zaman matrik dulu tu rasanya ok la jgk, ada pointer, bernombor2... tapi sekarang ni jauh bedanya...
samada fail atau lulus ja.... kalau tiba2 ada nombor matrik ditampal kat board tu, memang confirm lah kena resit...

dan setiap kali sem, nombor matrik aku mesti ada... huhuhu... sedih kan.... dan sem 3 yang dah lepas ni, kali ketiga aku kena resit...

kalau nak diingat balik masa nak keluar result tu, masa tu aku dalam bas menuju ke upm... dpt tau dari kawan kata aku kena viva pakej 7... dan malam tu, aku study dengan budak-budak rumah najwa... najwa bantu aku, zira bantu aku.... tapi najwa pulak yang over study macam dia ja yang kena viva.... sampai fiqah2 kena marah!!! HAHAH

sedihnya, aku fail viva.... dan aku juga fail pakej 8 rupanya.... rezekinya, aku bersyukur sebab aku dapat study lagi apa yang aku baca gitu-gitu ja masa study week.... tapi, masa malam dapat tau result tu (kat rumah najwa), aku tak nampak lagi ni salah satu ujian Allah ke atas hamba yang dia sayang... lps solat maghrib, aku nangis banyak-banyak....banyak sgt..... tutup muka... air mata banyak sangat lekat kat baju.... dan time tu memang aku sangat-sangat sedih.... sebabnya, berbanding sem-sem sebelum ni, aku rasa sem 3 lah aku rajin study lagi.... macam-macam nota aku buat untuk aku ingt... aku mmg dah letak banyak effort aku untuk sudy betul2 sem3 ni.. aku dah taknak resit.... tapi, apakan daya.. aku merancang, Allah turut merancang.. dan Allah lah sebaik2 perancang.....

ceyhh, masih kemas

minuman hati ^^

board yg sentiasa berselerak :D getah pun gantung -.-'


another minuman hati ^^

popliteal fossa, leg... muscle kt leg tu aku tgk macam sama jenih ja... hahaha.... 

muscles belakang paha.....

taraaa!!! carpal tunnel :D

febrile episode.... pyogen, hypothalamus, reset temp bla... bla.... blaa

kachinggg!!! circle of willis, 4th ventricle

study dgn roomate utk ospe.... amekkaww, nota smpai masuk bawah katil!!
hahaha.... over kan!!! :P

aku disedarkan bila aku mesej miza, aku cakap aku ni tak pandai and perlu ka untuk aku tukar course... tapi bertalu-talu mesej miza sampai kat aku.... nasihat macam2.... miza ingatkan aku waktu kami sembang-sembang kat kafe lepas abis exam pakej 9... waktu tu, aku dan kawan-kawan ada sembang, sebenarnya orng-orang yang kena resit ni sangat untung... sebabnya---> Allah sayang sangat kat orang tu .... uuu, aku suka ^^

ehsan

dan sebenarnya beruntunglah orang yang ditimpa ujian tu, sebab Allah masih lagi pandang dan cinta kita.... nak ka Alllah tak pandang, tak peduli kita langsung? takdak ujian , maka kita akan hidup senang!! perrghhh!!! tapi, takkan tu yang kita nakkan? tak dipeduli Allah??? oh nooooo!!!! tq :D

ehsan

jadi minggu sebelum resit exam tu, aku ada remedial class... dan semestinya aku akan pi... aku suka kut class yg ada sikit2 orang ni.... class pharmaco yg sebelom ni aku sangat tak suka pun boleh jadi mcm aku nampak bintang-bintang berkerlipan tau!!! dan yang paling penting, resit exam kali ni lah aku paling suka??? heheheh... sebab, aku tak study sorang-sorang... aku pi study dgn budak2 budak umah hawa... share2 tips sikit bila tau cmna nak ingt certain2 nerve, muscle, fibres bagai... syok oooo!!! lagi mudah ingt sebenrnya bila kita cakap and explain apa yang kita tau.... plus bila kita lupa @ salah faham, kwn yang paham akan perbetul kesalahan kita tu....

pastu masa pi kelas physio kalau tak silap, dr rafidah... dia ada ckap, mungkin kami-kami yang kena resit ni kena tukar cara study yang betul.... mostly kami-kami ni suka study sendiri-sendiri... termasuklah aku!! ya aku!!! 

dr ckp, kita ada 5 senses.. tengok, dengaq, rasa, sentuh, bau... 

ehsan

bila kita study sorng2, yang kita boleh buat cuma guna 'sight' ja.. kita kena guna semaksimum yang mungkin 5 senses yg ada kat kita... jadi, dr cakap, apa kita tgk, paham tu, kita kena cuba cakap dan dengaqkan pada diri kita... salah satunya cakap balik lps baca.... satu lagi, cakap kat orang apa yg kita baca dan paham... hmmm... klu yng smell tu susah sikit la kut... bau nota aku semua sama ja :P

huhuhu.... aku boleh kongsi ja.... tapi aku pun tak pandai... tapi insyaAllah aku akan  try mcm dr ckp...  
yg ada 6 senses plak??? hhohohohohho... takuuuttnyeeww..

oklah... nak enjoy 4 hari cuti yang ada ni sblom startnya kelas n sblom keluarnya result!!!!

salam kawan-kawan :D

Saturday, 2 March 2013

1 sem, menangis

salam.


Ehsan


"Akhi, saya tahu it's easier said than done. Dan berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Saya faham sangat tu. Tapi... Apa-apa pon keputusannya nanti, saya harap anda dapat redha dan bersabar dengannya. Keputusan baik pon satu ujian, keputusan yang tak berapa nak baik pon satu ujian juga. Dan samalah, keputusan yang baik tu satu nikmat, keputusan yang tak berapa nak baik tu satu nikmat juga; kalau kita ni hambaNya yang bersyukur dan melihat setiap sesuatu tu adalah tarbiyah dari Dia.

Saya harap sangat anda dapat jadi manusia yang Nabi SAW sebut dalam sebuah hadith:

"Hairan sungguh urusan orang mukmin itu, semua urusannya baik belaka; perkara ini tidak akan didapati dalam diri seseorang kecuali pada orang mukmin. Iaitu apabila dia mendapat kebahagiaan dia bersyukur dan bersyukur itu baik baginya. Apabila ia ditimpa musibah dia bersabar, dan bersabar itu adalah hal yang baik baginya."
[Riwayat Imam Ahmad]

Senyum.

Dan akhi, Allah berfirman dalam al-Quran:



"Diperintahkan kamu berperang, sedangkan ianya sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi sesuatu yang kamu benci itu sangat baik bagi kamu (sementara) yang kamu sukai mungkin tidak baik bagi kamu. Dan Allah mengetahui tetapi kamu tidak mengetahui."
[al-Baqarah, 2:216]
Senyum lagi.

Insha-Allah, apa-apa keputusannya, saya yakin itulah yang terbaik untuk anda. Dan ia juga terbaik untuk Islam, dakwah dan tarbiyah ini. Saya harap anda juga punya keyakinan dan perasaan yang sama.

_copy paste from angelwearsgucci_

-----------------------------------------------------

"Beruntunglah jiwa yang tetap gagah mensyukuri Allah SWT walau apa jua ujian menimpa, sebagaimana Anas r.a meriwayatkan sebuah hadis berbunyi : 

'Sesungguhnya besarnya pahala tergantung pada besarnya ujian. Jika Allah mencintai suatu kaum maka Allah akan mengujinya dengan cubaan. Barang siapa yang redha atas cubaan tersebut maka dia mendapat keredhaan Allah dan barang siapa yang berkeluh-resah (marah) maka ia mendapat murka Allah SWT'"

-post yang menggambarkan situasi aku skrng ni.
-congratz to my 1st year buddies, Muhammad.. to Nurul Adha pulak, goodluck nnt... buat yg terbaik! 
-thanks to mak, ila, najwa, miza, yana, kak qila, kak su sbb banyak bgi kata2 semngat :)

new chapter of my life

Setelah 6 bulan menyepi. So lets start with this. Assalamualaikum Segala kepujian dan kesyukuran ke hadhrat-Mu ya Allah di atas limpah rahma...