expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Thursday, 29 November 2012

kasih padamu


Kasih PadaMu

Rasulullah dalam sirahmu..
ku temu tulus dan cinta
demi ummahMu berkorban jiwa
sehingga hujung nyawa...

kau di utus atas nama kebenaran
dengan fasih lidah beri pnjelasan
sabar dalam apa jua keadaan
tak goyah dengan ranjau tegangan

walau diri bisa menakluki tahta
tetap rendah hati penuh dgn sederhana
segalanya demi Lillahi Taala
azimat yg berharga

Rasulullah dgn hikmahmu
terpancar syiar agama
mengubah gelap menjadi terang
menghapus jahiliyah...

Rasulullah Engkau tinggalkan
semangat juang tertinggi
membina satu aqidah
membangun hikmah....

masa tgh study td, tiba2 trdengar lagu ni kat ikim.. hati yang time tu tgh gundah gulana terus rasa tersentuh, tenang ja dengar lagu ni... lagu tentang Rasulullah.... lagu Hafiz Hamidun.. tp lagu ni baru ada kt ikim ja... 

Sunday, 25 November 2012

orang hebat

salam.



tiba tiba teringat ustaz cakap,
kita hidup untuk ke syurga, target kita syurga
orang-orang orang yang masuk syurga tu adalah orang-orang yang hebat!!
macam khalifah abu bakar, khalifah uthman, muhammad al fateh, salahuddin al-ayubi,
siti khadijah, siti fatimah etc.

aku pun nak jgk masuk syurga T_T

------------------------------------

ohh.. esok assessment... epid!! go! go! go!


Saturday, 24 November 2012

Friday, 16 November 2012

Palestine


aku nak lihat warna ceria pada wajah mereka.
tetapi gagal.
lagi sekali mereka diseksa.
begitu kejam.

tiadakah secebis rasa hati wahai zionis??? tiadakah???!!!
setiap kali itu juga air mata menitis
melihat saudara seIslam memperjuang agama
anak yang masih kecil dilumuri darah.
bermati-matian.

tetapi apa yang kita buat??
tidur diulit mimpi! gembira menonton tv bersama famili!!
mereka di sana?
tiada tidur buat mereka..
bila-bila masa ajal menimpa, famili entah ke mana.

sedarlah diri!!!!! bangun!!!
A Palestinian father carrying his 11 month martyr old baby, who was murdered by the Israeli airstrikes last night.

Kayseri -Turkey



Xnak RepeatTGK israel, membangga-bangga dgn tindakan mereka membunuh seorg perjuang islam n membunuh rkyt palestin, siap post dlm fb n youtube dgn tndakn mereka... bersempena maal hjrh thn nie cube kte pakat2 buat perubahan , selain drpd doa for gaza , kte set tnggi2 ckit cthnya drma wang kt NGO2, sedarkn msyrkt,mmbr, oranisasi kt kolej mahupun kt universiti akn kepentngn isu nie atau set lg tnggi trgt slps dh abis kt universiti nk k palestin tlng org kt sne n mati syhid..... Ayuh rakan2 let hjrh ke arah kebaikan moga2 kte berjaya dlm usah kte utk berubah.... Salam n tqLike ·  ·  · 3 hours ago
Seen by 52
Farhana Mu'mininHariz ZudAyu Abdullah and 2 otherslike this.Xnak Repeat tmbhn utk bdk 15th batch muslim n non muslim... lps graduate , jngn mimpi nk penuh kn cite2 nk kaya je.. cube tulis dlm hty nie , "lps grd klau ad rezeki aq nk brhkmt d palestin, x mmpu menangkt senjata pun xpa , tp aq mampu merawat org yg cedera n menguruskn jenzh para syuhada"
3 hours ago · Edited · Like · 1


post seorang rakan di page 15th batch of UPM med doc

aku mengharapkan makin ramai yang sedar... dan sedar-sedar aku ini harapnya bukan hangat-hangat tahi ayam.


---------------------------------------------------------------

apa yang boleh kita lakukan?
  • boikot barangan Israel!! sedikit demi sedikit..
  • doa untuk mereka!!! beri keselamatan buat rakyat Palestine, laknat Zionis!!!!

------------------------------------------------------------------


aku mahu lihat mereka senyum kembali :)






























Wednesday, 14 November 2012

Hijrah 1434

Salam.

Satu Muharram Detik Permulaan
Perkiraan Tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi dan Umat Islam
Dari Kota Makkah ke Kota Madinah
Atas Keyakinan dan Iman Yang Teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar Bersatu
Rela Berkorban Harta dan Nyawa
Demi Menegakkan Islam Tercinta
 ------------------------------------------------------------------------------

Penghijrahan Ke Madinah
Tekanan daripada orang-orang kafir terhadap perjuangan Rasulullah semakin hebat selepas pemergian isteri dan bapa saudara baginda. Maka Rasulullah mengambil keputusan untuk berhijrah ke Madinah berikutan ancaman daripada kafir Quraisy untuk membunuh baginda.
Rasulullah disambut dengan meriahnya oleh para penduduk Madinah. Penduduk Mekah digelar kaum Muhajirin manakala penduduk-penduduk Madinah dipanggil golongan Ansar. Seruan baginda diterima baik oleh kebanyakan para penduduk Madinah dan sebuah negara Islam didirikan di bawah pimpinan Rasulullas s.a.w sendiri. [sumber]
------------------------------------------------------------------------------

Baru mendengar Ikim tadi.. DJ Rohani cakap satu benda yang jarang diceritakan kepada kita waktu penghijrahan Rasulullah ke Madinah..... kan bila sampainya Rasulullah ke Madinah, kita diceritakan penduduk Madinah menyambut kehadiran Rasulullah dengan sangat meriah... tapi bagaimanakah penduduk Madinah mengenali bahawa itu adalah Rasulullah???   -__-?  aiiyokkk tak tahu!!!

DJ Rohani cakap, waktu penghijrahan tu, Saidina Abu Bakar pun ikut sekali... masa dah sampai kat Madinah, masa tu suasana kat sana agak panas.. lalu Saidina Abu Bakar mengeluarkan serbannya, lalu memayungkan Rasulullah dengan serban tersebut... maka ketahuilah penduduk Madinah bahawa yang dipayung itu ialah Rasulullah... ooo... baru tahu... 

----------------------------------------------------------------------------------

Tajuk di IKIM:   TOPIK PAGI | Antara Tahun Baru Hijrah dan Tahun Baru Masihi: Apa perbezaan, iktibar dan hikmahnya?
(29 Zulhijjah / 14 November)


Pendamba Biskut kalau tahun baru masihi disambut dengan konsert...kalau tahun baru hijrah disambut dengan doa, ceramah dan zikir...kalau tahun baru masihi...azam baru banyak berkaitan dunia...tapi kalau tahun baru masihi...banyak azam baru berkaitan akhirat...(^_^)


Azizah Aling Oh... panjang skop soalan ini. Meskipun begitu, barangkali ini bezanya:

Tahun Masihi dikira berdasarkan perkiraan putaran matahari, manakala Tahun Hijri dikira berdasarkan kiraan putaran bulan. Kiraan berdasarkan matahari boleh menentukan tarikh berlakunya perbezaan musim, manakala peredaran bulan menentukan tarikh bermulanya ibadat bagi umat Islam.

Iktibar:

Tahun Hijrah ini besar maknanya buat umat Islam. Masakan tidak, ia permulaan kepada perkembangan syiar Islam sehingga kita juga bisa menikmatinya saat ini. Sayyidina Umar Al-Khattab adalah individu yang bertanggungjawab menetapkan tahun Hijrah ini ketika beliau memegang jawatan khalifah iaitu pada tahun ke-17 hijrah


Pendamba Biskut Dari Aisyah ra. Ia berkata: Nabi SAW bersabda: “Tidak ada
hijrah lagi setelah dibukanya kota Makkah, tetapi yang ada
adalah jihad (berjuang di jalan Allah) dan niat untuk selalu
berbuat baik. Oleh karena itu, jika kalian dipanggil untuk
berjuang, maka berangkatlah!” (HR. Bukhari dan Muslim)


Jinggo Al Kapoor Bravo org akan ingat umur berdasarkan tahun masihi tapi tak guna tahun hijrah..itulah perbezaannya..


-----------------------------------------------------------------------

Salam Maal Hijrah  :)




Sunday, 4 November 2012

Layakkah?

salam.

kadang-kadang saya terfikir:

kita panggil seseorang tu chef jika dia memang pandai bab-bab masak memasak, bagilah segala bagai rempah ratus, rumpai laut.... dia akan tau jugak nak masak jadi makanan yang sedap. Itulah CHEF!

kita gelar seseorang tu cikgu bila dia menggunakan pengetahuan yang ada untuk mengajar, murid-murid yang belajar cikgu mengajar. itulah GURU!

kita gelar sesorang tu computer programmer bila dia memang tau segala bagai cara nak programkan komputer.. tahu segala bagai tentang komputer.. hack orang pun hebat. itulah COMP PROGRAMMER!

kita panggil seseorang tu doktor bila dia memang tau tentang anatomi , patologi segala bagai dalam badan.. tak kira lah badan manusia ataupun haiwan. itulah DOKTOR!

kita kenal seseorang tu dengan sahabat baik apabila dia memang rapat dengan kita, selalu ambil tahu susah senang kita. nasihat menasihati.. itulah SAHABAT DUNIA AKHIRAT!

kita gelar seseorang tu dengan panggilan ibu bila dia mempunyai dan melahirkan anak dan punyai tanggungjawab mendidik anak. itulah IBU!

kita gelar seseorang tu dengan berbagai-bagai panggilan bila kita memang tahu dia arif bab tu, dia praktik apa yang dia tahu....

TETAPI, apa yang saya sedang fikirkan, layakkah seseorang tu digelar Islam apabila perkara yang disuruh oleh Allah ditinggalkan, yang dilarang oleh Allah disukai???




new chapter of my life

Setelah 6 bulan menyepi. So lets start with this. Assalamualaikum Segala kepujian dan kesyukuran ke hadhrat-Mu ya Allah di atas limpah rahma...