expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Sunday, 23 September 2012

Tahun 1

Salam.



Kali ni aku akan ceritakan kisah-kisah hidup sepanjang Tahun1. pahit manisnya pengalaman, sakit dan peritnya menghadap exam, indahnya hidup bersama kawan-kawan.. cheewaahhh ayattt!!! :D 365 hari mengharungi hidup sebagai pelajar tahun 1 banyak pengalaman, bertimbun kisah. ^^

apabila tengkorak menjadi bahan gurauan

mengantuk dalam kelas, ponteng scl bila smpai bab pharmaco(keh3, diam!), main futsal, bola tampaq, badminton, bola keranjang... aktif gilakkk!!(padahal semua tu main sekali ja.. hak3),

  outing sorang-sorang bila sampai boring tahap tak boleh cakap, menangis SIKIT bila dah banyak kali fail assessment, bagi ikan makan roti basi(tapi kat sini xdak kura-kura macam kat kmpp), masak untuk sahur, bergosip(hak3.. tapi jarang yak!! tambah dosa gitu!!:D),

sembang-sembang dengan kawan nak kawin dengan sapa(hak2.. xleh blah.. bab agama pun tunggang langgang lagi, berangan ja la kau joyah!!) dann banyakk lagii!!!..

hohoho.. itulah hidup aku kat UPM tu setahun... bila smpai nak final sem pulak, konon macam rajin study, maka berlambak lah nota-nota atas meja, sekeliling katil... tidoq pun bersama nota tau!! kalau tidoq atas katil dengan badan  lurus, maka nota-nota ku itu akan berada dari kepala sampailah ke kaki ku... betapa rajinnya aku membaca.... haha... itulah akibatnya bila waktu assessment malas sangat nak sentuh nota, maka tak terbaca lah ia...


jadi, jangan lah jadi macam daku ini... setiap hari bukak fb tengok orang update status merapu!!, bukak blog orang konon nak cari ilmu( heh simpan waktu hujung mggu ja lah), tidoq memanjang(kononya nak fokus dalam DK, boleh blah!!).. ayatku sangat menikam kalbu diri sendiri nampaknya.... berdarah hati (heh memg hati ada darah la)...

pbl sem2 dengan frof zarida

ngok ngek jugak hidup aku kat uni ni... ting tong ja x terurus masa!! aku perlu berubah!!! yeah!! (ayat belasah sebab tak tau nak ending macam mana utk post ni.. huahuahua)


--------------------------------------------------

mari berkongsi hadis:)

    Hadis 1 Imam Nawawi:
     Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.
selamat berfikir-fikir ^^






2 comments:

FATIHAH AB KHALEK said...

salamualaikum kak wani..huhu..akak yg mne..ingt mse main basket uh..gelap xcm muka akak..da sebulan xknl lg kak farah salwani yg mne..hihihi..sori2..

salwani :) said...

hahaha... lawak la fatehah ni... semalam ada ja kita jmpa dalam bas.. waktu tu bas berhenti kolej canselor...

new chapter of my life

Setelah 6 bulan menyepi. So lets start with this. Assalamualaikum Segala kepujian dan kesyukuran ke hadhrat-Mu ya Allah di atas limpah rahma...