expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Wednesday, 8 August 2012

versus

salam Ramadhan.

setiap kali nak tulis apa-apa kat blog, mesti tak tau nak tulis apa. kadang-kadang bazir masa ja hadap laptop ni lama-lama.

ok lah. sekarang ni memang tengah melayang baca novel HLOVATE-versus. padahal sebelum ni dah pernah baca, tapi tak sampai setengah (hik.hik) tu pun masa awal-awal masuk matrik dulu. pastu stop, kononya nak fokus study. acewahhh!!

versus


novel sangat lah best!!(tp, tak habis khatam lagi). sebelum ni ingatkan aA+bB, contengan jalanan tu paling best. baca-baca yang ni, mak aii!!! seriously best!! tak tipu!!

cerita tentang Minn Edina yang berubah ke arah yang lebih lah baik (ayat typical bagi blogger yang asyik cerita tentang versus :p). sebabnya tu adalah wasiat atuk dia sebelum meninggal. atuk dia dah tak nak dia main skateboard dengan dia punya clan dah. mungkin sebab dia perempuan, nampak tak manis. (padahal sebelum ni, memang dia sangat terkenal dengan nama Ed'Sassin!!). dan dia pun kalau nak kata pakai tudung, memang tak lah. tapi berubah atas sebab wasiat atuk dia. pakai baju saiz besar amat n selendang turki.

skateboard versi Hlovate


pastu, masuk Uni. terpaksa jadi mentor kpd Ashraff Omar(AO). budak twinning programme. memang AO ni minat sangat-sangat dengan Ed'Sassin ni dulu-dulu. dan dia tak sangka mentor dia tu Ed'Sassin. AO ni minat Minn, tapi tak dilayan. AO ni pun teruk jugak sebelum ni. solat entah kemana sebab dia pun skaters jugak. AO berubah jadi seorang yang baik. Pada mula berubah sebab Minn, tapi last-last dia tersedar, n berubah keranaNya. Masa ni pun, Minn dah mula suka AO ^^

hinggalah pada satu tahap, Minn rasa dia memang tak sesuai dengan AO sebab AO ni berubah jadi sangatlah baikk!!! sangat! tersedar lepas dia ada baca surah ni dalam Al-Quran [24:26]


A026
(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia.

sambungan selanjutnya, dalam novel VERSUS :)

---------------------------------------------------------



antara isi yang macam best ja dalam novel ni:

-* Insya-Allah. He will lead. Allah dah ketuk pintu hati, jangan sampai nanti Dia merajuk tak nak ketuk pintu hati kita lagi.

-* You'll never reach perfection because there's always room for improvement. Yet, along the way to perfection you'll learn to get better.


-* "Bagi aku, sesiapa yang beriman dengan Allah tu baik".

-* "Apabila buat semua yang Allah suruh dan tinggalkan semua yang Dia larang?"

-* It's in al-Baqarah 208. Maksudnya kalau nak ditafsirkan secara kasar, Allah kata 'masuklah kamu ke dalam Islam secara sepenuhnya dan jangan ikut syaitan kerana dia musuh yang nyata.' Maknanya tak boleh la nak practice Islam tu secara juz'ie. Secara berjuzuk-juzuk. mana yang kita nak buat kita buat. Mana yang rasa tak nak buat kita redah langgar je. Tak jadi la kalau macam tu. Selagi tak embrace Islam tu penuh, tak cukup baik la kiranya".

-* Sungguh...untuk berubah itu bukan mudah. Nak cuba meletakkan gerabak hidup di atas landasan al-Quran dan sunah tu memang payah. Tapi perlu yakin yang Allah tengok usaha, bukan natijah.

-* "doa tu wireless dan coverage dia masuk satu universe"


---------------------------------------------------------


kalau nak diikutkan, banyak sangat lagi ayat-ayat hlovate yang best dalam novel ni.. tapi kalau tulis semua, mcam dah buat cerpen plak nanti :p

novel hlovate memang lah sangat best! mungkin sebab dekat dengan diri sendiri. kalau macam watak utama tu pun umur lebih kurang ja dengan diri. dan hlovate ni kadang-kadang dia pandai menghiperbolakan keadaan bagi nampak menarik!

dan lagi satu sebab kenapa novel hlovate ni best, dia banyak masukkan ilmu agama. bukan sebab nak kata saya ni baik layan novel berkenaan agama, tapi saya suka cara hlovate ni menggunakan novel sebagai bahan untuk sebarkan dakwah. dan mungkin jugak diri sendiri rasa diri ni sangat-sangat perlukan sesuatu untuk mengisi hati ^^

salam.

1 comment:

Anonymous said...

best kan hlovate!tak pernah baca versus sampai hbs lagi.tapi contengan jalanan bestttt!

new chapter of my life

Setelah 6 bulan menyepi. So lets start with this. Assalamualaikum Segala kepujian dan kesyukuran ke hadhrat-Mu ya Allah di atas limpah rahma...