expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Monday, 7 December 2020

Yayy beli kereta dengan gaji sendiri :)

 

Assalamualaikum

Kat sini nak bagitahu yang salwani dah beli keta baruu.. yayyyy!! Sebelum ni dok pakai kereta kembara berumur 21 tahun… tapi dia asyik buat masalah kat tuan dia sampai ada hari hampir accident and most of the time rasa takut nak bawak, dia boleh stop tengah2 jalan time nk melintas huuuu ;( seriously kalau keta tu tak buat masalah memang takkan ditukar sebab kereta kembara tu sangat best, tinggi, boleh redah lumpur ikut suka, parking tak payah kisah ada bonggol ke tak sebab dia tinggi, keta yang menjadi saksi perit jerih zaman houseman, nangis, mengantuk tak kena tempat.. dan sememangnya dah pi bengkel keta banyak kali, sampaikan diorng dh give up cari masalah apa keta tu.. hahah last2 diorng suggest suruh beli kereta baru :D

Lepas dh beli keta baru, MAK AIIII SYOKNYAA drive kereta myvi !!! tapi dia tak tinggi mcm kereta kembara, dia rendah sikit.. so kena banyak hati-hati.. tekan minyak dia mcm aci letak ja, keta tu dh jalan.. takut sis! keekekek

Bila dah ada keta ni dia wujud satu perasaan yang mcm ‘okay akhirnya nampak duit gaji aku ni apa hasilnya’.. kalau tak, tak nampak.. so lepas ni kalau nak p jalan jauh2 dah boleh dah.. kalau tak asyik risau ja keta boleh stop dengan mudah..

noww im a happy perodua user

kenangan dengan kembara <3

Dengan kekasih baru :D







Tuesday, 10 November 2020

Summary of life in november.. Lol

 

Never know that i can adjust the sweetnes of this starbuck drink.. Syrup=sugar if not mistaken.. Lol


.....



This is wire from my car..  A 20 year old car..  Semua terputus wayar dalam tu..  No wonder time drive pun boleh terstop.. Finally kna move on from this kereta.. 



Monday, 2 November 2020

What i feel


Feeling demotivated lately.  Here i am,  putting some motivational quote on my monthly jadual ~~~

Monday, 8 June 2020

Reading



Today i found out reading can keep me calm. 
Selalunya bila esok tu oncall, one day before tu dah start anxious, fikir macam2 benda yang tak berlaku lagi. 
Harini ada ternampak di instagram, one of antidote for anxious is reading a book
So harini aku try praktis.
Yep its true!
Maybe bila kita membaca, kita tenggelam dalam dunia lain, fikiran kita pikirkan benda lain.. Which is deviate from the negative thinking tu..
Okayy lepas ni kena praktis selalu!!
^_^

Sunday, 7 June 2020

My acne journey

Lol
tajuk mengalahkan orang yang ada jerawat berlubang-lubang sedalam kawah bulan ja gaya.. haha

Having a very bad skin condition is very stressful. Tambah-tambah bila orang sekeliling muka licin yakmat, cun2 menjadikan diri sendiri terasa sangat down, low self confident. giteww okay effect dia

zaman university memamg dah banyak jerawat, tambah2 bila hang start pakai sunblock lepastu tak cuci elok2 pakai micellar water,oil cleanser etc.. cuci alakadar ja dgn cleanser biasa.. maka penuh la pimple di dahi, wajah.. sedihh okayyyy... walaupun zaman tu nampak mcm tak kisah ja muka tak cantik, tapi I kisah hokayyy... balik umah, mak, cik, adik keja dok buat concern ja dgn muka awat teruk sgt.. stressful tau

life waktu keja menambahkan teruk lagi kejadian wajah sis... zaman lepas abis university actually dah elok sikit sbb ada masa belajar tentang penjagaan wajah... tapi bila masuk keja, hang tidoq 4 jam ja kadang2 tu... nangis di bucu katil ja ta sempat nk buat rawatan muka sendiri sebab terlalu mengantuk.. zaman ni dimana muka naik banyak sangat jerawat.. ada yg keluar nanah.. dah la stress lagi.. sebab tu la takdak sapa yang tertarik tengok sis ni kut, muka sendiri pun tak jaga.. lol

mula rajin sikit start posting kelima, ortho.. time ni hang dah senior.. boss pecaya hang, keja pun dah pandai buat. so, less stressful.. boss pun baik sangat... time ni mula pi aesthetic clinic utk treatment.. pi klinik drnazelia kat alor setar.. pencuci muka, sunblock dia tak sesuai dengan muka sis sebab membuatkan breakout teruk.. jadi stop sendiri dan teruskan dengan chemical peeling ja.. tapi tak la nak kata berkesan sangat, improve sikit ja... mybe muka tak sesuai dengan ingrediet diorang guna ke apa tak sure la.. sebab orang lain okay je

last2 jumpa dermatologist hosp bahiyah ja terus.. diorang ckp my acne just mild saja.. mybe nmpak macam mild sebab dh pi buat peeling dkt drnazelia and before decide untuk jumpa derm bahiyah tu, memang dah strict kan routine untuk cuci muka... dekat hosp bahiyah, dapat la benzac n tretinon... dapat spot treatment ja sbb mild acne, tak perlu makan antibiotic sbb nanah pun memang dah takda.. lps sapu kedua2 ubat ni setiap malam, memang nmpk sangat keberkesanannya.. rasa menyesal tak pi jumpa derm hospital sendiri time tu

to anyone yang memang struggle dengan kulit muka sendiri, jangan tunggu lama2 sampai muka tu dah teruk okay.. sayangi la kulit muka anda.. muka tu ada satu ja tau.. pegi hospital minta diorang refer dermatology.. 

kita letak satu ja la.. macam hodoh pulak tengok muka sendiri.. tsk3

nampak la kan perubahan tu.. elok sikit.. seronok tau kulit muka macam ni.. rasa mcm orang korea.. HAHAHAHA

sengetkan leher la... sistur tak reti nak rotate.. ni basic ja ni.. 
1. cleanser hada labo
2. toner/lotion hada labo
3. eye roll on garnier
4. acne spot treatment (benzac, tretinon)
5. gel moituriser hada labo
6. sunblock biore
7. micellar water garnier
8. silkygirl face powder aka bedak muka

ni saja2 ja nak tmbah treatment la kononnya .. essence.. hada labo ni memang sangat sesuai dgn muka sis, tapi dua yang atas ni biasa ja la.. tak terukkan muka tapi tak nampak efektif jugak pun.. hahahah


tapi benda paling basic yang semua orang tak patut tinggal adalah minum air secukupnya... air ni akan membekalkan hydration untuk kulit muka dan akan bantu sistem penghadaman usus.. jadi toksin dalam badan pun kurang terkumpul 

sis jugak percaya untuk pemulihan kulit muka, kelembapan kulit muka tu sangat penting.. kalau rasa muka tu kering/oily, kena fokus on moisturize the skin..

-------

okay end of topic

doakan sis mahu kurus dan sihat
berat badan naik 5kg.. dari 45(zaman houseman) ke 50kg (zaman MO)
50kg tu ideal dah sebenarnya, tp sis dpt detect ada lemak yang tak sepatutnya terkumpul di lower abdomen.. jadi doakan sis istiqomah work out okaiii

Friday, 22 May 2020

friends.me.life



akibat along(azmira) post kenangan kt fb. maka kugodek keluaq gmbaq zaman plkn
hampir 10 tahun persahabatan. 
walaupun hanya sebulan saja sebenarnya perkenalan, tak abis pun plkn tu sebab dah dapt surat tawaran melanjutkan pelajaran di matrikulasi

to be honest, i am very selective dgn sapa aku berkawan. 
ataupun mybe sebab introvert jgk yang mmg tak tahu bergaul, diam ja keja.
thus, i have very a small circle of friends
small circle of friends ni ja la yg faham aku, yg boleh terima kependiaman yg kadang kala boleh gila tak kena tempat. lol

setiap tempat aku pi sambung belajaq, kerja or anything, ada kawan yg aku rapat
teringat zaman sekolah, group 'seven of sis'
kitorng cuci stor ka amenda ntah bilik tu jadikan bilik study
hias bilik tu smpai cantik
naik form 4 form 5, circle tu bertambah dgn ila sbb kitorng rapat dgn cikgu seni merangkap ketua warden
walaupun kitong jarang contact, tp bg aku kawan zaman skolah ni memang sentiasa dalam hati

zaman berlalu
semua orang ada famili dan life sendiri
yang dh kawin, kerja, beranak pinak
tinggal la aku ni yg daripada dulu entahla tak faham dengan diri sendiri

kadang,
memang pengalamn, life experience yang create macam mana kita sekarng
whatever or anything yg jadi zaman kecik
tu yang akan create kita sekrang
ada masa bila diri dah biasa dengan keadaan yang kurng
perasaan takut untuk kehilangan benda yg berharga tu menebal
jadi adakalanya lebih baik untuk tak menerima sesuatu yg baru kerana takut akan kehilangan
tak ke? hmm entah

ramadhan dah pun hampir berlabuh
dengan norma baru kehidupan disebabkan coronavirus19
surely setiap orng ada pengalaman dan kenangan masing-masing 
yang baik mahupun yang buruk
moga kta peroleh hikmah disebalik semua yang terjadi

....

i just want to rant
and i have no idea how to end my rant . lol
i just want to rant 

Monday, 6 April 2020

its koh vid 19


a picture during covid-19

pengalaman waktu amik history patient sama ada nak treat as PUI, ILI, SARI ataupun xda kena mengena pun.
kadang-kadang agak stress
penah jumpa yang tak mengaku dia from high risk cluster
ada kawan penah jumpa patient lari balik
tapi alhamdulillah setakat ni daerah yan catat '0' covid-19 kes

kadang-kadang agak stress dengan yang dtg cuma kata sesak nafas, no fever, cough, travelling
claimed ada contact +ve covid pt, but after traced, that positive patient not even in IK list
even nama pun tak wujud
vitals sign tip top cun, patient can speak in full sentence, can play fon, even can drive himself to hospital.. hahhah
but what i learnt from this situation during this covid phase is,
jangan marah that patient.
yes, kita dah penat, ward kena jaga, klu ada suspect pui kita akan dipanggil, agak annoyed kadang-kadang bila jmpa patient macam ni
tapi what they need is explanation, reassurance to keep them calm
sebab sapa tak cuak kan, virus baru
we are the frontliner yang boleh consider agak knowledgeable compare to non-medical punya orang pun cuak, inikan pulak yang memang tak tau apa-apa
instead of marah diorang sebab asking for something not relate to them,
why not thank them sebab at least depa ambik 1st step untuk jumpa dr

and during this covid-19 phase
a little help dengan beli kuih-kuih makcik/pakcik yang jual kat tepi jalan pun bagus
sebab movement restriction sememangnya menjejaskan pendapatan penjual-penjual
yang mana dengan hasil jualan tu saja yang akan menampung kehdupan mereka pada masa sekarang dan hari mendatang

itu saja coretan kenangan buat diri








Tuesday, 17 March 2020

Rangkuman awal 2020

to be honest, sejak dah lama kerja ni, otak betul-betul jem. kosong idea untuk tulis apa untuk tinggalkan kenangan dalam blog bersawang ni. selalu bila bosan, akan baca-baca balik kenangan dalam blog ni. pastu malu sebab tulis entahapahapa ikut suka hati. lol


***

dah habis HO akhir bulan tahun lepas. then float as MO kt ED hsb. sempat la kena satu mortality case walaupun baru ja start jadi MO. heh kenangan present case mortality tu lain macam.

***

penempatan semula MO. call JKN kedah. request untuk minta hosp yang dekat dengan rumah. Alhamdulillah dapat. tapi district hospital la which is tahap susah dia tu boleh tahan. everything hang kena pikir sendiri. which one to prioritise, which one more urgent, which one need referral, which one need to discuss, which one can allow discharge. kat district hang la ho dan hang la mo. round dengan specialist kalau kena marah tadah la telinga. nak belajaq maka buat cara nak belajaq dan kena tabah la kan giteww.

tapi good side dia dekat dengan rumah. stress ja, home is everything di mana ketenangan tu ada.. hahah.. pastu hang ada masa boleh solat awal sikit. tak da la macam sebelum ni solat di hujung-hujung tanduk, patient tak ramai macam tertiary centre, ada good senior yang helpful (siap mai tolong tgk ramai-ramai time petang patient mana boleh discharge, hoi mana nk cari mo maam ni), ada procedure yg sebelum ni hang noob tapi senior ajaq --> mcm tukaq trachy mask yg sesimple alam lol.. duduk district ni hang belajaq balik mcm mana manage patient medical, simple paeds case, simple o&g case. alhamdulillah setakat ni rasa macam life is good walaupun kadang kala rindu tu masih ada kt edhsb hahah

***

covid-19

virus yang tetiba megganas . very contagious. senang gila spread. tak pasti apa Allah nak tunjuk. tapi we should learn something sbb apa yang jadi tu bersebab and for us to think and learn. 
a very very small tiny virus yang kita tak nampak pun, tapi kita pecaya dia ada, sebab kita nampak orang yang tetiba sihat jadi sakit. dan sebabkan tu, kita pun takut 
dan mcm tu juga rasanya Allah tu nak ajarkan kita untuk takut pada Dia . kita tak nampak pun Allah, tapi kenapa kita tak takut Dia mcm kita takut si covid ni. something yang kita perlu fikir and muhasabah balik. 

okay thats all.
sambung tagging


Saturday, 7 March 2020

Your day


How are your days?
I’m sure some days are painful
On days like that, I’ll be by your side
So just lean on me

So I can hold you warmly
Even when the season with cold winds come

My love is only you
I’ll be the one to be your umbrella when it rains
So whenever we met
We can overcome even the hard days

When sadness comes to you
I will listen to your story

So I can hold you warmly
Even when the season with cold winds come

My love is only you
I’ll be the one to be your umbrella when it rains
So whenever we met
We can overcome even the hard days

I know how hard it’s been
I couldn’t tell you before but now I will

I’m happy because you’re here
I can’t express my love for you with any words
So whenever we met
We can overcome even the hard days

Your day- Gummy



Saturday, 8 February 2020

hai 2020!




28 years old this year.
old at age, but still im not mature enough to be at that age
phewww

a lot of things happened in 2019 and early this year 2020
i believe whether it was good or bad thing, it is for me
for me to be better
a better as a person
a better as a doctor
a better as a daughter

floating in ed after finishing houseman
i dont know whether a good choice or not (not my 1st choice actually, 1st is ORL lol)
they said power la dduk ed
but i think it is more to 'i need to change myself'
from always be at comfort zone to somewhere i can challenge myself

okay thats all as intro for 2020
pray for me
:)

new chapter of my life

Setelah 6 bulan menyepi. So lets start with this. Assalamualaikum Segala kepujian dan kesyukuran ke hadhrat-Mu ya Allah di atas limpah rahma...