expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Sunday, 5 February 2017

6 Months Remedial


Penat. 

Itu yang hampir semua orang rasa bila kena mula balik study benda yang sama . 6 bulan remedial tu bukan tempoh yang singkat, tapi sangat lama. kena jumpa balik semua doktor-doktor, kena jumpa balik junior-junior, kena jmpa balik akak-akak kafe, koop. Dan semestinya semua bertanya, ‘tak abis lagi ke’, ‘apa yang jadi akak exam haritu?’, ‘memang susah nak lepas ke akak’.. benda-benda tu yang menambahkan penat, perlu berhdapan dengan semua orang untuk cakap ‘ye, haritu tak lepas exam. Tak susah pun tapi sebab tak baca case yang dapat etc etc..’ pfftt.. 

lepas tu hampir setiap minggu tertanya-tanya, betul ke nak teruskan amik medic ni (lol lol trollollol), macam mana kalau tak lulus jugak remedial ni tskkk3 T_T.. Frequency persoalan tu bertambah seiring dengan stress belajar n frequency kena marah dengan lecturer ;P .. Tapi banyak lecturer yang sangat supportive, tak letih bagi semangat, bagi kata-kata nasihat, ada yang risau bila tengok student tak capai tahap yang sepatutnya and berterus-terusan nasihat dan tak letih mengajar. Itu yang buatkan student rasa bersalah utk bermalasan bila lecturer sangat gigih dan bersungguh-sungguh untuk tolong student.

Ingat lagi, waktu awal-awal dulu, siapa je yang tak stress bila tengok kawan-kawan yang dah lepas exam post segala macam benda alah kata dah lulus exam. Cukup la dua tiga kali untuk katakan syukur lulus exam, tak perlu post berkali-kali beritahu semua penduduk media sosial kata dah pass exam. Waktu tu, walaupun kawan kata apa je moga tabah, kuat everything etc, tapi bila di fb, whatsapp berlungguk gambar/kata2 lulus exam… don’t expect kitorang untuk tabah ataupun kuat.. air mata tu tetap jatuh jugak.. bukan sekali tapi berkali-kali… and maybe that’s why ada dalam kalangan kitorang sendiri elak untuk jmpa yang lain. Yang tak penah fail exam memang takkan penah faham how terrible hati dan perasaan kawan-kawan yang tak lepas ni utk hadapi semula everything yang penah dilalui dulu. Memang takkan penah faham. Dan begitu jugak aku takkan penah faham betapa sakitnya kawan-kawan aku yang tak lulus lagi kali ni dan kena amik utk 3rd attempt. Yang aku tau ianya sangat sakit sebab hanya tinggal 4 orang. Dan hanya 4 orang tu la akan support each other.

Di awal dulu, bila tgk muka-muka yang kena remedial waktu perjumpaan dengan dean dan doktor-doktor lain lepas result announcement, rasa stress sebab tak rapat dengan semua. Kenal hanya sekadar kenal, tak lebih dari tu. Risau sebab takut saat-saat kritikal remedial takda kawan yang boleh study sekali, takleh adapt dengan 'kawan baru’ dan banyak lagi risau yang mengganggu termasuk risau nak berhdapan dengan doktor sebagai remedial student.

Tapi Alhamdulillah sangat. Allah tu betul-betul the best planner. Dia letakkan seseorang tu betul-betul tepat pada waktunya. We learnt a lots during that 6 months period and our friendship getter stronger and full of love, food, cinema, cooking together etc. Nak katanya 6 bulan tu sangat berbaloi. Penuh kualiti. Teringat Mahmud cakap waktu minggu-minggu akhir sebelum exam “aku tak rasa rugi 6 bulan ni” lebih kurang la macam tu. Lepas tu semua macam perli dia dan dalam masa yang sama aku percaya dalam hati memasing mengiakan kata-kata Mahmud. Memang kita banyak sangat belajar, dulu ada bnda tak penah tau tapi 6 bulan tu buatkan kita tau banyak sangat benda dan belajar proper way untuk jawab dalam long and short case untuk setiap posting. 

6 bulan tu dapat jugak kenal doktor yang aku takut sebelum ni. Takda Dr yang tak baik. Semua baik. Kalaupun dulu orang cakap drZ tu perli mmg pedas menikam kalbu, tapi aku suka sisi baik dr yang suka bagi nasihat. Dan kalaupun dulu profN tu garang dan scary pada mata aku, tapi 6 bulan ni aku nampak sebaliknya. Memang 6 bulan ni betul-betul membuka mata. (termasukla cita-cita aku selama 5 tahun nak jmpa artis kt selngor tak penah trcapai, tapi 6 bulan ni bnyk plak trjmpa artis, faezah elai, ummi naziera, Fattah amin, anak najib-eh tapi dia bkn artis la.. lol lol lol. maafkan hambaa di atas cita2 yang kolot sekali :p)

Siapa sangka aku boleh bawa diri dengan mereka-mereka ni. tak penah terlintas dalam kepala akan harungi susah-senang dengan kawan-kawan ni. dan semstinya makanan menyatukan kami dan juga game UNO yang hampir setiap hari kitorang main lepas habis kelas.
sambutan birthday yang tak penah terlepas. daripada aku yang tak pandai plan buat surprise hingga la aku pun boleh bagi cadangan.
birthday Qis & Nadh. 
birthday Ain

 preparation nak sambut birthday nana


tadaaa!!! kebanyakannya gambar ayam sebab nana suka sangat makan ayam... 6 bulan kenalkan aku dengan kawan aku. nana suka ayam tak suka pedas. kak laila tak makan ayam. aten tak makan daging. qis tak suka kacang.  noreen tak suka bawang. dayah anti-sayur


nana happy!! tapi kesian nana kita tak sempat tangkap gambar sekali sebab tetiba Prof Nazri nak buat kelas. kalut berterabur semua orang.


birthday Ell, kak Laila, Alia


birthday yang tak sempat disambut


nana yang datang sendiri sejurus abis kelas semata-mata nak minum air mendantah. lepas ni hope nana happy  walau kitorng takda sana. nana kena keluar dengan kak laila and alia plak lepas ni :D



ni haa air tu. nana hepi dilayan kakak-kakak kesayangan. hahah



 segala benda yang buatkan hepi dan rapatkan persahabatan takkan dilepaskan. termasukla bergambar dalam igloo dan bergambar bersama pokok krismas :p
sushi kegemaran mereka. pertandingan pinggan paling banyak = pertandingan duit sapa terbang melayang paling banyak :p


dave's deli. memang duit bnyak habis untuk makanan. tapi berbaloi sebab dapat makan bersama tu mengeratkan persahabatan. sedar tak sedar berat pun naik selama 6 bulan ni. sepatutnya berat menurun sebab acah-acah study teruk. tapi naik pulak >,<




barbeque lepas abis exam. kenyang sampai kembung perut. heaven sangat sebab 6 bulan tu macam duduk rumah betul-betul. boleh masak, ada peti ais, bising main game UNO tak hengat dunia


barisan GroupD dan barisan study groupmate aku. tiga orang yang sedikit tapi banyak belajar. akak-akak yang sangat baik hati. time aku malas nak pegi library untuk study group, terus call aku.. hahhah.. bagi pinjam discussion notes sebab aku tak dapat join discussion sebab pegi usrah dan tak penah letih ajar aku kalau aku tak faham. 



notes yang ditampal-tampal bila malas nak pegi library



notes psychiatry yang kitorng buat supaya menjadi rujukan semua. sebab Sakai adalah subjek yang selalu ditinggalkan makanya biarkan notes ditampal di ruang tamu supaya mudah dilihat.
  



mak dan ayah kak Qis belanja kitorng makan. banyak duit yang dilaburkan bersamaan banyak lemak yang terkumpul. macehh mak dan ayah Qis. absolute thai is absolutely delicious food. tapi perlu banyak duit. makanan dia mahal ya ampun.



kelas dengan prof Nazri sebelum exam. prof beli banyak ayam KFC smpai boleh buat nasi goreng ayam esok pagi sebab lebihan ayam banyak. lawak prof ni, sebab sebelum tangkap gambar prof sengaja buka plastik KFC tu bagi nampak tulisan KFC nak tunjuk kat student yang tak datang >,<


kata-kata yang aku selalu pegang waktu remedial dulu. setiap orang perjalanan dia berbeza. tak semua sama. kena selalu ingat aturan Allah tu sentiasa terbaik.
 salwani sentiasa doakan yang masih struggle untuk Pro3 exam akan terus kuat, moga Allah beri ketabahan dan kekuatan hati. dipermudahkan urusan sepanjang 6 bulan ni. dikuatkan ingatan, tak mudah putus asa dan moga lulus akhirnya untuk exam akan datang. inshaAllah

all the best semue. C, L, A jgn give up okay. ujian Allah d dunie takkan berhenti. yg lpas pun satu bentuk ujian jugak. life is a test. -M- 





No comments:

new chapter of my life

Setelah 6 bulan menyepi. So lets start with this. Assalamualaikum Segala kepujian dan kesyukuran ke hadhrat-Mu ya Allah di atas limpah rahma...