Penat.
Itu yang hampir semua orang rasa bila kena mula balik
study benda yang sama . 6 bulan remedial tu bukan tempoh yang singkat, tapi
sangat lama. kena jumpa balik semua doktor-doktor, kena jumpa balik junior-junior, kena
jmpa balik akak-akak kafe, koop. Dan semestinya semua bertanya, ‘tak abis lagi ke’, ‘apa yang jadi akak exam haritu?’, ‘memang susah nak lepas ke akak’.. benda-benda tu
yang menambahkan penat, perlu berhdapan dengan semua orang untuk cakap ‘ye,
haritu tak lepas exam. Tak susah pun tapi sebab tak baca case yang dapat etc
etc..’ pfftt..
lepas tu hampir setiap minggu tertanya-tanya, betul ke nak teruskan amik
medic ni (lol lol trollollol), macam mana kalau tak lulus jugak remedial ni
tskkk3 T_T.. Frequency persoalan tu bertambah seiring dengan stress belajar n frequency
kena marah dengan lecturer ;P .. Tapi banyak lecturer yang sangat supportive, tak
letih bagi semangat, bagi kata-kata nasihat, ada yang risau bila tengok student
tak capai tahap yang sepatutnya and berterus-terusan nasihat dan tak letih
mengajar. Itu yang buatkan student rasa bersalah utk bermalasan bila lecturer
sangat gigih dan bersungguh-sungguh untuk tolong student.
Ingat lagi, waktu awal-awal dulu, siapa je yang tak stress bila
tengok kawan-kawan yang dah lepas exam post segala macam benda alah kata dah lulus
exam. Cukup la dua tiga kali untuk katakan syukur lulus exam, tak perlu post
berkali-kali beritahu semua penduduk media sosial kata dah pass exam. Waktu tu, walaupun kawan kata apa je
moga tabah, kuat everything etc, tapi bila di fb, whatsapp berlungguk
gambar/kata2 lulus exam… don’t expect kitorang untuk tabah ataupun kuat.. air mata
tu tetap jatuh jugak.. bukan sekali tapi berkali-kali… and maybe that’s why ada
dalam kalangan kitorang sendiri elak untuk jmpa yang lain. Yang tak penah fail
exam memang takkan penah faham how terrible hati dan perasaan kawan-kawan yang tak
lepas ni utk hadapi semula everything yang penah dilalui dulu. Memang takkan penah
faham. Dan begitu jugak aku takkan penah faham betapa sakitnya kawan-kawan aku yang
tak lulus lagi kali ni dan kena amik utk 3rd attempt. Yang aku tau
ianya sangat sakit sebab hanya tinggal 4 orang. Dan hanya 4 orang tu la akan support
each other.
Di awal dulu, bila tgk muka-muka yang kena remedial waktu
perjumpaan dengan dean dan doktor-doktor lain lepas result announcement, rasa
stress sebab tak rapat dengan semua. Kenal hanya sekadar kenal, tak lebih dari
tu. Risau sebab takut saat-saat kritikal remedial takda kawan yang boleh study
sekali, takleh adapt dengan 'kawan baru’ dan banyak lagi risau yang mengganggu
termasuk risau nak berhdapan dengan doktor sebagai remedial student.
Tapi Alhamdulillah sangat. Allah tu betul-betul the best planner.
Dia letakkan seseorang tu betul-betul tepat pada waktunya. We learnt a lots during
that 6 months period and our friendship getter stronger and full of love, food,
cinema, cooking together etc. Nak katanya 6 bulan tu sangat berbaloi. Penuh kualiti. Teringat Mahmud cakap waktu minggu-minggu akhir sebelum exam “aku tak rasa rugi 6 bulan ni” lebih kurang la macam tu. Lepas
tu semua macam perli dia dan dalam masa yang sama aku percaya dalam hati
memasing mengiakan kata-kata Mahmud. Memang kita banyak sangat belajar, dulu ada bnda
tak penah tau tapi 6 bulan tu buatkan kita tau banyak sangat benda dan belajar
proper way untuk jawab dalam long and short case untuk setiap posting.
6 bulan tu
dapat jugak kenal doktor yang aku takut sebelum ni. Takda Dr yang tak baik. Semua
baik. Kalaupun dulu orang cakap drZ tu perli mmg pedas menikam kalbu, tapi aku
suka sisi baik dr yang suka bagi nasihat. Dan kalaupun dulu profN tu garang dan
scary pada mata aku, tapi 6 bulan ni aku nampak sebaliknya. Memang 6 bulan ni
betul-betul membuka mata. (termasukla cita-cita aku selama 5 tahun nak jmpa artis kt
selngor tak penah trcapai, tapi 6 bulan ni bnyk plak trjmpa artis, faezah elai,
ummi naziera, Fattah amin, anak najib-eh tapi dia bkn artis la.. lol lol lol. maafkan
hambaa di atas cita2 yang kolot sekali :p)
|
Siapa sangka aku boleh bawa diri dengan mereka-mereka ni. tak penah terlintas dalam kepala akan harungi susah-senang dengan kawan-kawan ni. dan semstinya makanan menyatukan kami dan juga game UNO yang hampir setiap hari kitorang main lepas habis kelas. |
|
sambutan birthday yang tak penah terlepas. daripada aku yang tak pandai plan buat surprise hingga la aku pun boleh bagi cadangan. |
|
birthday Qis & Nadh. |
|
birthday Ain |
|
tadaaa!!! kebanyakannya gambar ayam sebab nana suka sangat makan ayam... 6 bulan kenalkan aku dengan kawan aku. nana suka ayam tak suka pedas. kak laila tak makan ayam. aten tak makan daging. qis tak suka kacang. noreen tak suka bawang. dayah anti-sayur |
|
nana happy!! tapi kesian nana kita tak sempat tangkap gambar sekali sebab tetiba Prof Nazri nak buat kelas. kalut berterabur semua orang. |
|
birthday Ell, kak Laila, Alia |
|
birthday yang tak sempat disambut |
|
nana yang datang sendiri sejurus abis kelas semata-mata nak minum air mendantah. lepas ni hope nana happy walau kitorng takda sana. nana kena keluar dengan kak laila and alia plak lepas ni :D |
|
ni haa air tu. nana hepi dilayan kakak-kakak kesayangan. hahah |
segala benda yang buatkan hepi dan rapatkan persahabatan takkan dilepaskan. termasukla bergambar dalam igloo dan bergambar bersama pokok krismas :p
|
sushi kegemaran mereka. pertandingan pinggan paling banyak = pertandingan duit sapa terbang melayang paling banyak :p |
|
dave's deli. memang duit bnyak habis untuk makanan. tapi berbaloi sebab dapat makan bersama tu mengeratkan persahabatan. sedar tak sedar berat pun naik selama 6 bulan ni. sepatutnya berat menurun sebab acah-acah study teruk. tapi naik pulak >,< |
|
barbeque lepas abis exam. kenyang sampai kembung perut. heaven sangat sebab 6 bulan tu macam duduk rumah betul-betul. boleh masak, ada peti ais, bising main game UNO tak hengat dunia |
|
barisan GroupD dan barisan study groupmate aku. tiga orang yang sedikit tapi banyak belajar. akak-akak yang sangat baik hati. time aku malas nak pegi library untuk study group, terus call aku.. hahhah.. bagi pinjam discussion notes sebab aku tak dapat join discussion sebab pegi usrah dan tak penah letih ajar aku kalau aku tak faham. |
|
notes yang ditampal-tampal bila malas nak pegi library |
|
notes psychiatry yang kitorng buat supaya menjadi rujukan semua. sebab Sakai adalah subjek yang selalu ditinggalkan makanya biarkan notes ditampal di ruang tamu supaya mudah dilihat. |
|
mak dan ayah kak Qis belanja kitorng makan. banyak duit yang dilaburkan bersamaan banyak lemak yang terkumpul. macehh mak dan ayah Qis. absolute thai is absolutely delicious food. tapi perlu banyak duit. makanan dia mahal ya ampun. |
|
kelas dengan prof Nazri sebelum exam. prof beli banyak ayam KFC smpai boleh buat nasi goreng ayam esok pagi sebab lebihan ayam banyak. lawak prof ni, sebab sebelum tangkap gambar prof sengaja buka plastik KFC tu bagi nampak tulisan KFC nak tunjuk kat student yang tak datang >,< |
|
kata-kata yang aku selalu pegang waktu remedial dulu. setiap orang perjalanan dia berbeza. tak semua sama. kena selalu ingat aturan Allah tu sentiasa terbaik. |
salwani sentiasa doakan yang masih struggle untuk Pro3 exam akan terus kuat, moga Allah beri ketabahan dan kekuatan hati. dipermudahkan urusan sepanjang 6 bulan ni. dikuatkan ingatan, tak mudah putus asa dan moga lulus akhirnya untuk exam akan datang. inshaAllah
all the best semue. C, L, A jgn give up okay. ujian Allah d dunie takkan berhenti. yg lpas pun satu bentuk ujian jugak. life is a test. -M-