expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Friday, 11 August 2017

Wan (tWo)

Dah lama rasanya blog ni tak bertulis. Ingatkan macam nak tutup terus ja blog ni. Macam blog yang aku penah buat zaman lepas SPM. Lepastu masuk university, tutup blog konon nak focus study. At last, tak ingat password tapi gian nak tulis, buat lagi satu blog. Yeah that’s me. Tak boleh hidup kalau tak meluahkan apa ja yang ada dalam hati. Nak bercerita verbally, but I am not the one yang pandai bercakap, nanti semua orang mengantuk. Tapi nak menulis pun tetap sama ja tak pandai jugak pun. Tapi okay la, sebab blog ni macam terbuka ja sentiasa maksudnya blog ni tak sama macam orang. Orang ni ada masa tertentu bila dia rela nak dengar kita merepek takda faedah ataupun benda yang membosankan. Blog ni anytime ja kau boleh bebel kat dia. Tapi, no response la >,< . Tapi at least ada ruang untuk kau bercerita, merepek, marah etc. So that’s okay for me. Jadinya senangla aku simpulkan, blog ni antara bestfriend maya aku.

Bulan 3 lepas aku ada cerita kisah tokwan aku yang ada nyanyuk (since 83+ tahun) dan tak nak makan bagai kan. Dan nak jadikan ceritanya, tok wan aku masuk hospital buat kali pertamanya setelah 85+ tahun hidup. Terlalu amaze dengan wan sebab 1st time admit ward dan terima rawatan kat hospital sedangkan aku waktu sekolah pun dah penah kena inject painkiller rasanya kat bontot. Bawak wan pi hospital mulanya sebab tak sedar diri lepas muntah and demam. Admit hospital sebab nak masukkan air sebab kurang garam dan air  ja mulanya tapi still takleh discharge lepastu sebab dalam hospital pun masih demam and muntah. Last sekali doctor refer ke HSAH sebab suspect intestinal obstruction and xray pun suggest banyak gila stool & per abdomen pun mcm ada mass. Ya la, wan aku dah tak berak hampir seminggu rasanya time tu sedangkan bowel habit wan aku memang slow sejak sihat lagi. Bertambah slow sebab kurang minum air.

Jadi dekat HSAH, doctor tekan perut mcm soft ja. Buat per rectal pun normal ja and stool hujung tanduk >,< . Tapi perut wan aku sakit. Dan dipendekkan cerita lepas buat ultrasound and CT scan semua, doctor finalize wan aku ada gallbladder empyema. Maksudnya ada nanah dalam hempedu tapi bukan sebab ada stone ka apa pun, doctor kata mungkin sebab dah tua (acalculous cholecystitis complicated with gallbladder empyema}. Doktor decide nak buat emergency operation sebab takut perforated sebab katanya macam banyak jugak la nanah tu. Dan akhirnya pada tarikh lahir wan aku, doctor buat minor operation cholecystostomy ja. Cuma drain ja nanah. Doktor tak berani amik risiko untuk buang terus hempedu sebab wan aku dah tua sangat, walaupun wan aku takdak darah tinggi dan kencing manis sebenarnya.

Lepas duduk rumah seminggu ataupun 2 minggu macamtu wan aku masuk balik Hosp Yan sebab jangkitan kuman paru-paru. Kami adik beradik tidur atas lantai hospital waktu bulan puasa sebab kena teman wan. Tapi nasib seminggu sebelum raya dah dapat keluar hospital. Yayy! Happy!.

Waktu raya ramai ahli keluarga mai melawat wan. Memang tak menang tangan nak melayan. Sampaikan sekarang pun masih ada lagi yang mai melawat waktu hujung minggu. The good thing adalah dapatla aku berkenalan sikit dengan keluarga. Tapi dari sisi lainnya kesian wan aku nak tidoq >,< .

Ada masa aku akan tengok wan aku lama-lama lepastu rasa macam tak sangka tahun lepas wan aku masih boleh jalan (on off sebenarnya boleh jalan ni sebab wan aku sakit lutut). Tapi mula tahun ni memang sakit lutut tu semakin teruk. Dan tak sangka wan aku hanya mampu terbaring ja atas katil. Tak sangka wan aku yang gagah hantar aku pi tadika naik basikal dulu, yang selalu beli jajan time aku kecik-kecik dulu, yang ajaq aku baca quran time mula-mula tak kenal satu huruf jawi pun tetiba boleh sakit macam sekarang ni.

...

We can have everything. 
But we own nothing. 
Kita boleh ada segalanya. Duit, harta, mata, akal, tubuh badan, anak-anak. 
Tapi tak semua tu kita punya. 


Sekarang memang kita tengok tokwan kita macam tu. Tak lama nanti masa kita pun akan tiba.
Sebab segala yang kita ada bukan milik kita. 
Tapi milik Dia.
He own everything.


Friday, 31 March 2017

Wan



Sebelum ni, selalu bayangkan lepas dah abis exam, boleh la berseronok macam kawan-kawan yang lain. Pegi jalan-jalan tengok pemandangan, acah-acah cari keja, siap dah berangan nak pi keja kat station minyak, 7eleven, longwan.. berangan je la kauu dik oiii

Sebab bila dah balik umah tu, mulanya wan masih boleh berjalan pakai tongkat, so macam ada peluang la keja, tapi lepas sebulan macam tu kesihatan wan tak berapa bagus. Ya la, umur pun dah hampir 90 tahun. Lutut sakit balik dan buatkan wan memang tak mau bergerak. Bayangkan dengan berat wan 60-70kg macam tu, hanya aku cikeding dan mak yang uruskan pergerakan wan aku. Nak harapkan tok, memang tak boleh. Tok pun hampir 90 tahun, dah tak berapa larat. tapi syukur tok masih mampu urus diri sendiri dan urus serba sedikit pasal wan aku. 

Berbalik kepada sakit lutut wan aku, lepas aku dan mak pi amik pain killer kat klinik pakar tulang yang rawat wan aku, lutut wan dah tak sakit lepas 2 hari makan pain killer. Tapi wan masih tak mampu jalan guna tongkat pi toilet. Malah nak transfer diri sendiri dari katil pi wheelchair pun tak mampu. Jadinya kehadiran aku di rumah sangatlah penting (over, perasan penting :D) untuk segala urusan wan aku makan, tukar pakaian, mandi sebagainya. sampaikan mak dah beribu kali ulang ayat, "dik ah keja lepas ni macam mana la mak nak urus wan sorang diri" siap berharap lambatkan sikit aku dapat keja -,-' 

Adakala aku macam faham ja perasaan anak derhaka dalam drama-drama melayu yang aku penah tonton kat tv time kecik-kecik dulu. Betapa susahnya menjaga orang tua yang sakit. Sebab tu banyak anak derhaka tu tinggalkan ja parents depa tu taknak jaga. Tapi tak pernah la terlintas kat dalam fikiran aku tak nak jaga langsung wan aku ni. -,- .dan jujur aku cakap, kesabaran memang betul-betul diuji.

Tapi waktu suapkan wan aku makan, pernah la aku terfikir. Suapkan wan aku ni macam suap kat patung ja. Maksudnya wan aku tak memberi apa-apa sumbangan pun lepas makan. Berbeza dengan parents yang jaga anak waktu kecik-kecik, nanti anak-anak tu dah besar, akan bagi sumbangan kat negara, agama, keluarga. Tapi bila aku suap wan, kemudian wan aku makan, pastu wan tidoq, tak buat apa-apa dah, sebab wan aku dah memang kosong dah dalam kepala dia. Dia dah tak dapat bagi sumbangan apa-apa dah lepas tu. 

Mula-mula jaga dulu memang la ada rasa kena balas budi sebab wan aku jaga aku time kecik-kecik. Tapi bila dah lama bersabar dengan perangai wan yang tak mau telan ubat, suka simpan ubat dalam mulut satgi tak telan tersedak pulak, tak mau mandi, bila separuh tenaga angkat wan untuk duduk atas wheelchair tapi wan buat keras tak mau tolong bergerak, selalu lupa apa yang aku cakap hingga aku kena ulang banyak kali, tak ingat anak cucu sendiri sebab dementia, setiap kali makan, wan suka nak terlentang pi belakang sampai aku sendiri dah tak larat nak pegang wan untuk duduk tegak sikit. Benda-benda macam tu yang menyebabkan keikhlasan aku di awalnya bertukar kepada terpaksa. sobs3..

Lama sebenarnya aku fikir, apa sumbangan yang wan aku boleh bagi bila aku jaga wan aku. Hinggala terdetik satu perkataan 'pahala' *(bayangkan mentol kat kepala)*. Tak semena-mena jadi happy, puas hati bila dapat jawapan. Tapi betul la, nak dapat pahala tu tak semuanya senang, adakalanya susah. Contohnya jaga wan aku ni ;p Tapi, aku harap dengan banyak berdoa dan dengan izin Allah lah, aku dan mak aku diberi kesabaran yang tinggi jaga wan aku ni.

Dan betul juga, setiap orang tu ujian dia berbeza dan semestinya kita sebagai hamba Dia takkan terlepas dari sebarang ujian. sebab, ujian tu yang akan mematangkan kita. 

Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? (Al-Ankabut: 2)

Adakalanya orang kata, bekerja sebelum HO ni dapat latih komunikasi kita dengan patient nanti disamping dapat duit tambahan. Tapi aku temui satu hikmah menjaga wan aku sebelum HO, aku betul-betul tengah melatih diri sendiri bercakap dengan patient, betul-betul latih diri sendiri bersabar dengan perangai patient dan berpeluang menghabiskan masa aku dengan keluarga sebelum masa ini nanti dihabiskan menghadap timbunan keja di hospital. Allah itu tahu kelemahan dan kekuatan hambaNya dan Dia takkan pernah jadikan sesuatu keadaan tu sia-sia melainkan ada hikmah yang tersembunyi.

#alwaysbelieveinAllah
#sodbaraa'
#alwayssmilelikeprincess

Sunday, 5 February 2017

6 Months Remedial


Penat. 

Itu yang hampir semua orang rasa bila kena mula balik study benda yang sama . 6 bulan remedial tu bukan tempoh yang singkat, tapi sangat lama. kena jumpa balik semua doktor-doktor, kena jumpa balik junior-junior, kena jmpa balik akak-akak kafe, koop. Dan semestinya semua bertanya, ‘tak abis lagi ke’, ‘apa yang jadi akak exam haritu?’, ‘memang susah nak lepas ke akak’.. benda-benda tu yang menambahkan penat, perlu berhdapan dengan semua orang untuk cakap ‘ye, haritu tak lepas exam. Tak susah pun tapi sebab tak baca case yang dapat etc etc..’ pfftt.. 

lepas tu hampir setiap minggu tertanya-tanya, betul ke nak teruskan amik medic ni (lol lol trollollol), macam mana kalau tak lulus jugak remedial ni tskkk3 T_T.. Frequency persoalan tu bertambah seiring dengan stress belajar n frequency kena marah dengan lecturer ;P .. Tapi banyak lecturer yang sangat supportive, tak letih bagi semangat, bagi kata-kata nasihat, ada yang risau bila tengok student tak capai tahap yang sepatutnya and berterus-terusan nasihat dan tak letih mengajar. Itu yang buatkan student rasa bersalah utk bermalasan bila lecturer sangat gigih dan bersungguh-sungguh untuk tolong student.

Ingat lagi, waktu awal-awal dulu, siapa je yang tak stress bila tengok kawan-kawan yang dah lepas exam post segala macam benda alah kata dah lulus exam. Cukup la dua tiga kali untuk katakan syukur lulus exam, tak perlu post berkali-kali beritahu semua penduduk media sosial kata dah pass exam. Waktu tu, walaupun kawan kata apa je moga tabah, kuat everything etc, tapi bila di fb, whatsapp berlungguk gambar/kata2 lulus exam… don’t expect kitorang untuk tabah ataupun kuat.. air mata tu tetap jatuh jugak.. bukan sekali tapi berkali-kali… and maybe that’s why ada dalam kalangan kitorang sendiri elak untuk jmpa yang lain. Yang tak penah fail exam memang takkan penah faham how terrible hati dan perasaan kawan-kawan yang tak lepas ni utk hadapi semula everything yang penah dilalui dulu. Memang takkan penah faham. Dan begitu jugak aku takkan penah faham betapa sakitnya kawan-kawan aku yang tak lulus lagi kali ni dan kena amik utk 3rd attempt. Yang aku tau ianya sangat sakit sebab hanya tinggal 4 orang. Dan hanya 4 orang tu la akan support each other.

Di awal dulu, bila tgk muka-muka yang kena remedial waktu perjumpaan dengan dean dan doktor-doktor lain lepas result announcement, rasa stress sebab tak rapat dengan semua. Kenal hanya sekadar kenal, tak lebih dari tu. Risau sebab takut saat-saat kritikal remedial takda kawan yang boleh study sekali, takleh adapt dengan 'kawan baru’ dan banyak lagi risau yang mengganggu termasuk risau nak berhdapan dengan doktor sebagai remedial student.

Tapi Alhamdulillah sangat. Allah tu betul-betul the best planner. Dia letakkan seseorang tu betul-betul tepat pada waktunya. We learnt a lots during that 6 months period and our friendship getter stronger and full of love, food, cinema, cooking together etc. Nak katanya 6 bulan tu sangat berbaloi. Penuh kualiti. Teringat Mahmud cakap waktu minggu-minggu akhir sebelum exam “aku tak rasa rugi 6 bulan ni” lebih kurang la macam tu. Lepas tu semua macam perli dia dan dalam masa yang sama aku percaya dalam hati memasing mengiakan kata-kata Mahmud. Memang kita banyak sangat belajar, dulu ada bnda tak penah tau tapi 6 bulan tu buatkan kita tau banyak sangat benda dan belajar proper way untuk jawab dalam long and short case untuk setiap posting. 

6 bulan tu dapat jugak kenal doktor yang aku takut sebelum ni. Takda Dr yang tak baik. Semua baik. Kalaupun dulu orang cakap drZ tu perli mmg pedas menikam kalbu, tapi aku suka sisi baik dr yang suka bagi nasihat. Dan kalaupun dulu profN tu garang dan scary pada mata aku, tapi 6 bulan ni aku nampak sebaliknya. Memang 6 bulan ni betul-betul membuka mata. (termasukla cita-cita aku selama 5 tahun nak jmpa artis kt selngor tak penah trcapai, tapi 6 bulan ni bnyk plak trjmpa artis, faezah elai, ummi naziera, Fattah amin, anak najib-eh tapi dia bkn artis la.. lol lol lol. maafkan hambaa di atas cita2 yang kolot sekali :p)

Siapa sangka aku boleh bawa diri dengan mereka-mereka ni. tak penah terlintas dalam kepala akan harungi susah-senang dengan kawan-kawan ni. dan semstinya makanan menyatukan kami dan juga game UNO yang hampir setiap hari kitorang main lepas habis kelas.
sambutan birthday yang tak penah terlepas. daripada aku yang tak pandai plan buat surprise hingga la aku pun boleh bagi cadangan.
birthday Qis & Nadh. 
birthday Ain

 preparation nak sambut birthday nana


tadaaa!!! kebanyakannya gambar ayam sebab nana suka sangat makan ayam... 6 bulan kenalkan aku dengan kawan aku. nana suka ayam tak suka pedas. kak laila tak makan ayam. aten tak makan daging. qis tak suka kacang.  noreen tak suka bawang. dayah anti-sayur


nana happy!! tapi kesian nana kita tak sempat tangkap gambar sekali sebab tetiba Prof Nazri nak buat kelas. kalut berterabur semua orang.


birthday Ell, kak Laila, Alia


birthday yang tak sempat disambut


nana yang datang sendiri sejurus abis kelas semata-mata nak minum air mendantah. lepas ni hope nana happy  walau kitorng takda sana. nana kena keluar dengan kak laila and alia plak lepas ni :D



ni haa air tu. nana hepi dilayan kakak-kakak kesayangan. hahah



 segala benda yang buatkan hepi dan rapatkan persahabatan takkan dilepaskan. termasukla bergambar dalam igloo dan bergambar bersama pokok krismas :p
sushi kegemaran mereka. pertandingan pinggan paling banyak = pertandingan duit sapa terbang melayang paling banyak :p


dave's deli. memang duit bnyak habis untuk makanan. tapi berbaloi sebab dapat makan bersama tu mengeratkan persahabatan. sedar tak sedar berat pun naik selama 6 bulan ni. sepatutnya berat menurun sebab acah-acah study teruk. tapi naik pulak >,<




barbeque lepas abis exam. kenyang sampai kembung perut. heaven sangat sebab 6 bulan tu macam duduk rumah betul-betul. boleh masak, ada peti ais, bising main game UNO tak hengat dunia


barisan GroupD dan barisan study groupmate aku. tiga orang yang sedikit tapi banyak belajar. akak-akak yang sangat baik hati. time aku malas nak pegi library untuk study group, terus call aku.. hahhah.. bagi pinjam discussion notes sebab aku tak dapat join discussion sebab pegi usrah dan tak penah letih ajar aku kalau aku tak faham. 



notes yang ditampal-tampal bila malas nak pegi library



notes psychiatry yang kitorng buat supaya menjadi rujukan semua. sebab Sakai adalah subjek yang selalu ditinggalkan makanya biarkan notes ditampal di ruang tamu supaya mudah dilihat.
  



mak dan ayah kak Qis belanja kitorng makan. banyak duit yang dilaburkan bersamaan banyak lemak yang terkumpul. macehh mak dan ayah Qis. absolute thai is absolutely delicious food. tapi perlu banyak duit. makanan dia mahal ya ampun.



kelas dengan prof Nazri sebelum exam. prof beli banyak ayam KFC smpai boleh buat nasi goreng ayam esok pagi sebab lebihan ayam banyak. lawak prof ni, sebab sebelum tangkap gambar prof sengaja buka plastik KFC tu bagi nampak tulisan KFC nak tunjuk kat student yang tak datang >,<


kata-kata yang aku selalu pegang waktu remedial dulu. setiap orang perjalanan dia berbeza. tak semua sama. kena selalu ingat aturan Allah tu sentiasa terbaik.
 salwani sentiasa doakan yang masih struggle untuk Pro3 exam akan terus kuat, moga Allah beri ketabahan dan kekuatan hati. dipermudahkan urusan sepanjang 6 bulan ni. dikuatkan ingatan, tak mudah putus asa dan moga lulus akhirnya untuk exam akan datang. inshaAllah

all the best semue. C, L, A jgn give up okay. ujian Allah d dunie takkan berhenti. yg lpas pun satu bentuk ujian jugak. life is a test. -M- 





Saturday, 21 January 2017

Asam Pedas Tok


Bahan-bahan:
- ketumbar
- jintan putih
- 2 cili kering
- sedikit belacan
- 3 biji bawang merah
- daun kesum/cenehom
- ubi keledek
- asam keping
- ikan (3@4 ekor)

Cara-cara:
1. rendam dalam air panas rempah, jintan putih, cili kering.. kemudian tumbuk sampai lumat
2. campur belacan dan bawang merah. tumbuk bersama
3. masukkan dalam periuk bahan no (2) + daun cenehom + garam kasar + asam keping
4. masukkan air sampai setengah periuk
5. masak atas api hingga mendidik
6. masukkan ubi keledek, masak smpai setengah empuk
7. kemudian masuk ikan


sebab buku ni penah hilang waktu banjir baru-baru ni.
tak senang duduk sebab buku resepi ni mula ditulis sejak abis form 5.
walaupun tak banyak resepi, tapi bernilai





new chapter of my life

Setelah 6 bulan menyepi. So lets start with this. Assalamualaikum Segala kepujian dan kesyukuran ke hadhrat-Mu ya Allah di atas limpah rahma...