dan bilamana telah lama tak jumpa famili sebulan pun, diri dah mula homesick.. inikan pula ramadhan sebelas bulan tak ketemu.. bukan rindu ka? mulanya memang tak. tapi akhir-akhir nanti memang rasa sangat sedih kan sebab dah nak abis. lepastu time syawal rasa macam tak sabar ja, ramadhan cepat sikit datang and then berharap sangat dapat jumpa ramdhan lagi..
well, nak diceritakan sebelum ni salwani memang tak rasa gembiranya macam orang lain nak sambut puasa.. bila naqibah tanya apa yang best waktu bulan puasa? selamba badak ja tanpa rasa bersalah cakap bazarr!! hahhaa.... smpai naqibah ckap, "haihh, kena psiko budak ni sikit ni".... yeahh, tu sebab nak tunjuk salwani ni memang rasa biasa ja.... ish2... salwani salwani.... dan tema tadabbur al-quran time tu pun memang surah al-baqarah.. salah satu surah yang menyatakan kita wajib berpuasa... kak adlin pun cerita la pasal ayat ni lebih kurang macam ni:
nak kata kat sini, ramadhan tu adalah satu bulan tarbiyah, di mana setiap orang pada waktu tu mesti usaha sebaik mungkin memperbaiki diri supaya memperoleh taqwa.
so, kat sini apa maksud taqwa? taqwa ni kalau yang femesnya orang cakap adalah keadaan sikap kita yang diibaratkan sangat berhati-hati ketika melalui jalan yang berduri. secara logiknya bila kita melalui jalan berduri, kita akan cuba mengelak sebaik mungkin duri-duri tu daripada terkena kita dan berharap semua yang baik-baik ja kan. begitulah taqwa, di mana kita berusaha sebaik mungkin membuat kebaikan dan kalau boleh tak nak langsung melakukan perkara-perkara yang ditegah Allah. sebabnya bila duri tu terkena badan kita, tentulah akan berdarah, manakala bila kemungkaran dalam diri kita, dah tentu iman akan terganggu.
mengikut kata-kata abul 'ala maududi,lebih kurang macam ni, tak dikatakan bila dengan berpuasa anda pasti menjadi orang yang soleh dan bertaqwa, sebab hasil puasa tu sendiri tertakluk pada pengertian dan niat orang tersebut. maksudnya sesiapa yang memahami tujuan berpuasa(bertaqwa) dan dia pun cuba sedaya upaya mencapai tujuan puasanya tu, pasti akan menjadi orang yang soleh dan bertaqwa. tapi, bagi orang yang cuma tahu tapi takda action, jangan diimpikan untuk meperolehnya. begitulah...
jadinya macam mana nak memperoleh taqwa tu? caranya adalah dengan membuat apa sahaja kebaikan dan meninggalkan benda yang dilarang. dan di dalam al-quran pun banyak disebut bagaimana sifat orang yang bertaqwa tu. 2nd juzuk pun dah ada sebut:
- beriman yang gaib
- melaksanakan solat
- menginfaq
- beriman kpd al-quran dan kitab2 sebelumnya
- meyakini adanya khirat
dalam surah lainnya al-imran
- menginfaq
- menahan amarah
- memaafkan kesalahan orang
- segera bertaubat jika melakukan kesalahan
dan banyak lagi. carilah. al-quran tu kan guidance from Allah swt. kita takkan tahu apa contents al-quran tu kalau kita tak tengok makna dia kan. jadinya sambil-sambil baca al-quran bulan puasa tu, hayati-hayati lah jugak makna dia ^^ . mana tau tersentap, pastu terus jatuh hati...
dan dikatakan, bulan ni kan bulan tarbiyah kan.. bulan universiti... maksudnya dalam bulan ni kita dididik dan mendidik untuk menjadi yang terbaik... manakala untuk bulan selepasnya pula bulan kita di alam pekerjaan, penuh dugaan... nak lihat kita apply tak apa yang dah kita didik diri kita dalam bulan ramadhan tu... tapi jangan la risau andaikata perubahan kita tu cuma sedikit. sebabnya yang penting ada perubahan dan amal bertambah sikit kan? dan ingat, waktu bulan-bulan yang syaitannya tak diikat ni lah kita sangat memerlukan peringatan buat diri sendiri supaya dapat kekalkan tarbiyah tu... dan disini lah gunanya sahabat-sahabat yang baik dan baiah yang soleh, yang sentiasa mengingatkan kita, almaklumlah imannya manusia tu turun dan naik... *ok cakap macam senang kan* hadoiii... but, lets practice hokeyyhh ^___^
Dan jangan lupa fight our nafs! Jangan bila syaitan dirantai, kita yang menanamkan syaitan dalam diri...
Tengok!! Sebenarnya syaitan dgn nafsu tu bestfriend! Gambar dalam frame tu bukti.. ish3 |
okeyhh... sampai sini saja. ingatkan nak cerita banyak lagi. tapi ni tengok macam dah terpanjang dari yang dijangka. so, stop sini dulu.. insyaAllah, ada masa nak share lagi apa yang diperoleh, difahami, dibaca :))
Happy Ramadhan kareem everyone! moga beroleh ketaqwaan
No comments:
Post a Comment