expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Sunday, 29 June 2014

Ramadhan

dan bilamana telah lama tak jumpa famili sebulan pun, diri dah mula homesick.. inikan pula ramadhan sebelas bulan tak ketemu.. bukan rindu ka? mulanya memang tak. tapi akhir-akhir nanti memang rasa sangat sedih kan sebab dah nak abis. lepastu time syawal rasa macam tak sabar ja, ramadhan cepat sikit datang and then berharap sangat dapat jumpa ramdhan lagi..

well, nak diceritakan sebelum ni salwani memang tak rasa gembiranya macam orang lain nak sambut puasa.. bila naqibah tanya apa yang best waktu bulan puasa? selamba badak ja tanpa rasa bersalah cakap bazarr!! hahhaa.... smpai naqibah ckap, "haihh, kena psiko budak ni sikit ni".... yeahh, tu sebab nak tunjuk salwani ni memang rasa biasa ja.... ish2... salwani salwani.... dan tema tadabbur al-quran time tu pun memang surah al-baqarah.. salah satu surah yang menyatakan kita wajib berpuasa... kak adlin pun cerita la pasal ayat ni lebih kurang macam ni: 


nak kata kat sini, ramadhan tu adalah satu bulan tarbiyah, di mana setiap orang pada waktu tu mesti usaha sebaik mungkin memperbaiki diri supaya memperoleh taqwa. 

so, kat sini apa maksud taqwa? taqwa ni kalau yang femesnya orang cakap adalah keadaan sikap kita yang diibaratkan sangat berhati-hati ketika melalui jalan yang berduri. secara logiknya bila kita melalui jalan berduri, kita akan cuba mengelak sebaik mungkin duri-duri tu daripada terkena kita dan berharap semua yang baik-baik ja kan. begitulah taqwa, di mana kita berusaha sebaik mungkin membuat kebaikan dan kalau boleh tak nak langsung melakukan perkara-perkara yang ditegah Allah. sebabnya bila duri tu terkena badan kita, tentulah akan berdarah, manakala bila kemungkaran dalam diri kita, dah tentu iman akan terganggu.

mengikut kata-kata abul 'ala maududi,lebih kurang macam ni, tak dikatakan bila dengan berpuasa anda pasti menjadi orang yang soleh dan bertaqwa, sebab hasil puasa tu sendiri tertakluk pada pengertian dan niat orang tersebut. maksudnya sesiapa yang memahami tujuan berpuasa(bertaqwa) dan dia pun cuba sedaya upaya mencapai tujuan puasanya tu, pasti akan menjadi orang yang soleh dan bertaqwa. tapi, bagi orang yang cuma tahu tapi takda action, jangan diimpikan untuk meperolehnya. begitulah...

jadinya macam mana nak memperoleh taqwa tu? caranya adalah dengan membuat apa sahaja kebaikan dan meninggalkan benda yang dilarang. dan di dalam al-quran pun banyak disebut bagaimana sifat orang yang bertaqwa tu. 2nd juzuk pun dah ada sebut: 
  • beriman yang gaib
  • melaksanakan solat
  • menginfaq
  • beriman kpd al-quran dan kitab2 sebelumnya
  • meyakini adanya khirat
dalam surah lainnya al-imran
  • menginfaq
  • menahan amarah
  • memaafkan kesalahan orang
  • segera bertaubat jika melakukan kesalahan
dan banyak lagi. carilah. al-quran tu kan guidance from Allah swt. kita takkan tahu apa contents al-quran tu kalau kita tak tengok makna dia kan. jadinya sambil-sambil baca al-quran bulan puasa tu, hayati-hayati lah jugak makna dia ^^ . mana tau tersentap, pastu terus jatuh hati... 

dan dikatakan, bulan ni kan bulan tarbiyah kan.. bulan universiti... maksudnya dalam bulan ni kita dididik dan mendidik untuk menjadi yang terbaik... manakala untuk bulan selepasnya pula bulan kita di alam pekerjaan, penuh dugaan... nak lihat kita apply tak apa yang dah kita didik diri kita dalam bulan ramadhan tu... tapi jangan la risau andaikata perubahan kita tu cuma sedikit. sebabnya yang penting ada perubahan dan amal bertambah sikit kan? dan ingat, waktu bulan-bulan yang syaitannya tak diikat ni lah kita sangat memerlukan peringatan buat diri sendiri supaya dapat kekalkan tarbiyah tu... dan disini lah gunanya sahabat-sahabat yang baik dan baiah yang soleh, yang sentiasa mengingatkan kita, almaklumlah imannya manusia tu turun dan naik... *ok cakap macam senang kan* hadoiii... but, lets practice hokeyyhh ^___^

Dan jangan lupa fight our nafs! Jangan bila syaitan dirantai, kita yang menanamkan syaitan dalam diri...


Tengok!! Sebenarnya syaitan dgn nafsu tu bestfriend!
Gambar dalam frame tu bukti.. ish3

okeyhh... sampai sini saja. ingatkan nak cerita banyak lagi. tapi ni tengok macam dah terpanjang dari yang dijangka. so, stop sini dulu.. insyaAllah, ada masa nak share lagi apa yang diperoleh, difahami, dibaca :))

Happy Ramadhan kareem everyone! moga beroleh ketaqwaan




Sunday, 1 June 2014

Please read.. I need ur advice

Kita tertanya tanya bilakah Islam akan mencapai kemenangan.... Sini nak share sikit kata-kata seorang ukhti.... For me, Islam kalau nak menang mestilah time tu penganutnya sangat-sangat hard core... Maknanya, bukan calang calang orang lah penganut Islam time tu... Tengok sendiri Allah beri kemenangan pada sultan muhammad alfateh, bukan saja pemimpin yang baik.... Tapi rakyat pun mantap!!! Zaman kita ni? Rasa-rasanya layak tak mecapai kemenangan? Sana sini kes rompak, pukul anak, rogol, dengan hiburan lagi... Layak kah kita? Zaman sultan al fateh tu baru konstantinopel... Ni yang saya sedang cakap ni, dunia ni.... Layakkah Islam tu menang zaman sekarang....? Dunia tu sangat besar ya, bkn sekecik konstantinopel... For sure lah rakyat n pemimpin dia sangat-sangat hebat kalau Islam ni nak menang atas dunia... Kita ni tak kikis lagi kàrat-karat dalam diri kita... Bagi saya sendirilah, kenapa negara kita tak dilanda peperangan macam palestin, syria etc? Knapa? Semua sibuk nak pergi berjihad kat sana, nak berperang kat sana... Sebab kita sendiri tak habis lagi berjihad dengan diri kita sendiri, tak mampu melawan nafsu sendiri..... Kita masih sayangkan dunia ni, jihad nak lawan dari bukak facebook, blog, drama, movie pun tak mampu... Nafsu tidur pun tak mampu tahan.... Inikan bila Allah bagi peperangan... Rasa-rasanya mampukah kita? Saya nak kita tepuk dada tanya diri.. Betulkah kita mampu?

Yeahh i know that i'm a a bit harsh in this post, tapi ni sebab dah terpaksa.... Sebab diri sendiri pun dah tak mampu nak lawan nafsu suka sangat tidur n suka sangat buka facebookkkk..... Any suggestions untuk kita sama-sama berubah?

*and please betulkan if apa yang saya cakap/faham salah. Thanks

new chapter of my life

Setelah 6 bulan menyepi. So lets start with this. Assalamualaikum Segala kepujian dan kesyukuran ke hadhrat-Mu ya Allah di atas limpah rahma...