disebabkan memang dah lama tak update blog ni,(entah-entah blog ni pun dah tak sayang kat tuan dia dah), so hari ni tercipta lah sejarah apabila tuan dia kembali menaip sesuatu kat blog ni. taraaaa
tapi takdak apa pun la nak cerita.. huahua.. saja nak bagi tau perkembangan diri yang sebelum ni memang sibuk tahap tak cukup tanah lah nak cari merit. ni semua semata-mata untuk cari peluang nak tinggal kat kolej. kalau tak cukup merit ataupun merit tu macam bawah tanah sangat-sangat la berbanding dengan orng lain, memang la akan ku buat khemah depan UPM sbb takdak tempat tinggal.
okeh, berbalik kepada cerita mencari merit, dalam seminggu lepas cerita ni berlaku... almaklumla sibuk, heheh.. baru nak cari merit berganda-ganda... antara aktiviti yang disertai futsal!!! ya ini memang tak disangka-sangka bahawa kaki ini bukannya kaki bangku... rupanya ini kaki safee sali!!! hahaha.... tapi apakandaya dapat tempat ke4 ja kumpulan saya tu... ada lagi yang kakinya lebih kepada kaka. dapat la 10 merit hahah...
selain itu, turut menjadi AJK benda apatah( haaa tgk!! punya la nak kumpul merit, aktiviti apa pun main aci redah ja masuk!!) jadi AJK ni sngat berbaloi sebab satu hari ja dapat kumpul 8 merit berbanding futsal main smpai 5 game, tapi 10 merit ja.... huhu... tapi takpa, sekurang-kurangnya, dapat la jugak tau diri ni macam safee sali... hehe...
jadi AJK(lagi, bajet hebat, rebut peluang) untuk Simfoni Bidadari Syurga. waahhh.. ini sangat la best... pada mulanya rancang perempuan ja boleh join, tup2 ada la 3 orng lelaki yang join sebab penceramah jemputan tu isteri Imam Muda Hassan, so IM Hassan ni ikut sekali hantar isteri dia, takkan la nak biar ja IM ni terperuk dalam keta, so ajak la 2 orng lagu ahli PMIUPM lelaki teman IM masuk dewan... mcm tak berapa best sangat la perbincangan sbb ada laki.. hahaha..... ok sorry
hmm.. itu la ceritanya betapa sibuknya diriku pada minggu lepas dengan urusan DUNIA... kadang-kadang bila sibuk sangat dengan dunia ni, kita terlupa bahawa bukan dunia sahaja yang kita cari, sebenarnya akhirat yang menanti kita... tapi bukan bermaksud kejar akhirat, tinggal dunia... sepatutnya kejar kedua-duanya.. seimbangkan ia.... tapi nasib baik la ada naqibah yang baik-baik, sbb hujung minggu akak naqibah ada buat usrah... mengingatkan kembali dirini dengan akhirat... cukup ka tak pelaburan aku kat dunia ni untuk akhirat..
ustazah ulfah & IM hassan
ahli panel jemputan bersama AJK simfoni bidadari syurga
* ok setakat tu ja... berjumpa di lain entri..
* jaga iman adik2 ya... heee... pesan akak naqibah sbb mggu ni xdak usrah.. baik akak!!!
* salam :D
2 comments:
=P.... salwa, miscol faiz, i ,ost ur number... or message me...
ok... nanti2 slwani miskol
Post a Comment