expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Friday, 31 March 2017

Wan



Sebelum ni, selalu bayangkan lepas dah abis exam, boleh la berseronok macam kawan-kawan yang lain. Pegi jalan-jalan tengok pemandangan, acah-acah cari keja, siap dah berangan nak pi keja kat station minyak, 7eleven, longwan.. berangan je la kauu dik oiii

Sebab bila dah balik umah tu, mulanya wan masih boleh berjalan pakai tongkat, so macam ada peluang la keja, tapi lepas sebulan macam tu kesihatan wan tak berapa bagus. Ya la, umur pun dah hampir 90 tahun. Lutut sakit balik dan buatkan wan memang tak mau bergerak. Bayangkan dengan berat wan 60-70kg macam tu, hanya aku cikeding dan mak yang uruskan pergerakan wan aku. Nak harapkan tok, memang tak boleh. Tok pun hampir 90 tahun, dah tak berapa larat. tapi syukur tok masih mampu urus diri sendiri dan urus serba sedikit pasal wan aku. 

Berbalik kepada sakit lutut wan aku, lepas aku dan mak pi amik pain killer kat klinik pakar tulang yang rawat wan aku, lutut wan dah tak sakit lepas 2 hari makan pain killer. Tapi wan masih tak mampu jalan guna tongkat pi toilet. Malah nak transfer diri sendiri dari katil pi wheelchair pun tak mampu. Jadinya kehadiran aku di rumah sangatlah penting (over, perasan penting :D) untuk segala urusan wan aku makan, tukar pakaian, mandi sebagainya. sampaikan mak dah beribu kali ulang ayat, "dik ah keja lepas ni macam mana la mak nak urus wan sorang diri" siap berharap lambatkan sikit aku dapat keja -,-' 

Adakala aku macam faham ja perasaan anak derhaka dalam drama-drama melayu yang aku penah tonton kat tv time kecik-kecik dulu. Betapa susahnya menjaga orang tua yang sakit. Sebab tu banyak anak derhaka tu tinggalkan ja parents depa tu taknak jaga. Tapi tak pernah la terlintas kat dalam fikiran aku tak nak jaga langsung wan aku ni. -,- .dan jujur aku cakap, kesabaran memang betul-betul diuji.

Tapi waktu suapkan wan aku makan, pernah la aku terfikir. Suapkan wan aku ni macam suap kat patung ja. Maksudnya wan aku tak memberi apa-apa sumbangan pun lepas makan. Berbeza dengan parents yang jaga anak waktu kecik-kecik, nanti anak-anak tu dah besar, akan bagi sumbangan kat negara, agama, keluarga. Tapi bila aku suap wan, kemudian wan aku makan, pastu wan tidoq, tak buat apa-apa dah, sebab wan aku dah memang kosong dah dalam kepala dia. Dia dah tak dapat bagi sumbangan apa-apa dah lepas tu. 

Mula-mula jaga dulu memang la ada rasa kena balas budi sebab wan aku jaga aku time kecik-kecik. Tapi bila dah lama bersabar dengan perangai wan yang tak mau telan ubat, suka simpan ubat dalam mulut satgi tak telan tersedak pulak, tak mau mandi, bila separuh tenaga angkat wan untuk duduk atas wheelchair tapi wan buat keras tak mau tolong bergerak, selalu lupa apa yang aku cakap hingga aku kena ulang banyak kali, tak ingat anak cucu sendiri sebab dementia, setiap kali makan, wan suka nak terlentang pi belakang sampai aku sendiri dah tak larat nak pegang wan untuk duduk tegak sikit. Benda-benda macam tu yang menyebabkan keikhlasan aku di awalnya bertukar kepada terpaksa. sobs3..

Lama sebenarnya aku fikir, apa sumbangan yang wan aku boleh bagi bila aku jaga wan aku. Hinggala terdetik satu perkataan 'pahala' *(bayangkan mentol kat kepala)*. Tak semena-mena jadi happy, puas hati bila dapat jawapan. Tapi betul la, nak dapat pahala tu tak semuanya senang, adakalanya susah. Contohnya jaga wan aku ni ;p Tapi, aku harap dengan banyak berdoa dan dengan izin Allah lah, aku dan mak aku diberi kesabaran yang tinggi jaga wan aku ni.

Dan betul juga, setiap orang tu ujian dia berbeza dan semestinya kita sebagai hamba Dia takkan terlepas dari sebarang ujian. sebab, ujian tu yang akan mematangkan kita. 

Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? (Al-Ankabut: 2)

Adakalanya orang kata, bekerja sebelum HO ni dapat latih komunikasi kita dengan patient nanti disamping dapat duit tambahan. Tapi aku temui satu hikmah menjaga wan aku sebelum HO, aku betul-betul tengah melatih diri sendiri bercakap dengan patient, betul-betul latih diri sendiri bersabar dengan perangai patient dan berpeluang menghabiskan masa aku dengan keluarga sebelum masa ini nanti dihabiskan menghadap timbunan keja di hospital. Allah itu tahu kelemahan dan kekuatan hambaNya dan Dia takkan pernah jadikan sesuatu keadaan tu sia-sia melainkan ada hikmah yang tersembunyi.

#alwaysbelieveinAllah
#sodbaraa'
#alwayssmilelikeprincess

new chapter of my life

Setelah 6 bulan menyepi. So lets start with this. Assalamualaikum Segala kepujian dan kesyukuran ke hadhrat-Mu ya Allah di atas limpah rahma...