expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Saturday, 10 December 2016

DrZ

Habis present case, habis buat examination depan dr, aku dibawa masuk ke bilik untuk teruskan discussion.

Dengan slumber badak, senang ja kaki kiri ni angkat nak mulakan bersila. Dengan harapan dr tak nampak sebab dilindung meja.

DrZ : eh, farah. Kaki angkat ke mana tu?

Me: eh, minta maaf dr. Saya dah nervous sangat ni memang dah tak perasan gerak langkah sendiri. Saya nervous la dr. *dengan malunya, turunkan kaki secara sopan*

DrZ: mana boleh macam tu. Nanti waktu exam jangan buat macam ni. Selawat banyak- banyak.

Habis discuss pasal case. Terus buat luahan perasaan.

Me: dr nampak saya nervous tak? Saya memang ada masalah nervous la dr. Time pro haritu pun saya ada panick attack yang teruk.

DrZ: takdelah *dengan yakin*. Betul ni saya jujur tak nampak farah nervous.

Me: hmm hmm.. *sambil conteng-conteng kertas*

DrZ: selawat banyak-banyak farah. Dalam sehari, cuba selawat 10 kali. Sekali kita selawat, 10 kali Rasulullah selawat kat kita. Jadi dalam satu hari dah dapat 100 kali selawat. Ni kurang selawat la ni.

Me: (angguk-angguk tanda faham). .

DrZ: *hati-hati atur bicara bila lihat aku belum-belum yakin* okay farah. Macam ni. Siapa yang bagi anxiety tu? Allah kan? Dan siapa yang berkuasa letak anxiety tu pada waktu atau pada tempat tu? Allah kan? Siapa yang benarkan anxiety tu ada pada Farah dan pada pro exam lepas? Allah kan? Jadi doa banyak-banyak supaya Dia tak bagi kita rasa anxiety waktu hari exam nanti. Okay eh farah?

Me: (angguk lagi tanda setuju, faham dan betul-betul yakin)

Kadang-kadang perlu diingatkan banyak kali, Dia tu berkuasa atas segala sesuatu. Terkadang kita hanya nampak satu cara untuk selesaikan masalah, tapi bila kita ingat Allah tu berkuasa, Dia bukakkan keyakinan untuk kita nampak pelbagai lagi cara untuk selesaikan masalah. Dan bila kita rasa kekuasaan Allah itulah segalanya, pergantungan kepada Dia tu dirasakan semakin kuat. Dan itu yang membuatkan kita semakin dekat padaNya. InshaAllah.

new chapter of my life

Setelah 6 bulan menyepi. So lets start with this. Assalamualaikum Segala kepujian dan kesyukuran ke hadhrat-Mu ya Allah di atas limpah rahma...