Minggu ni rasa sangat letih. sebab lambat cari case untuk case write up. macam group sebelum ni, kalau 4th cwu dr amilia memang akan bagi nak case apa, tapi kali ni bila mesej dr, dr tak reply apa-apa2 pun kena hantar bila cwu and nak kena pilih case macam mana. so dengan selambanya salwani tak pegi clerk mana-mana patient pun sebab enjoy dekat labour room.. haha.. hari khamis tu baru sedar yang groupmate dah nak hantar cwu dan salwani satu case pun tadak.. dengan terkedek-kedeknya, pegi cari case cepat-cepat and doa supaya patient tak tidur and takda pelawat sebab time tu waktu melawat... rezekinya ada patient! yayy!
-----------------
bla..bla..bla..bla...
Madam x: mak dengan ayah dah lama bercerai.
sejak 1990.
lepastu ayah masuk Islam.
Me: Oh yaaa? woow? *teruja!*
Madam x: saya sayang sama ayah. dia selalu datang melawat .
dia sangat baik
emak tak selalu.
Me: akak nak tengok gambar ayah akak yang akak kata bawak tadi.
*dengan kekuatan*
akak tak nak masuk Islam ke? hehehe
Madam x: heheh.. susah la saya nak masuk itu Islam.
saya dah kahwin. suami kuat hindu
Me: ooo... alaaaaa...
Madam x: ada anak lagi. susah la nak tukar
Me: huhuu... tapi kan, mana tau kalau akak masuk, anak-anak pun ikut masuk Islam
*hahah.. time ni tak fikir apa dah, cuma terfikir kisah-kisah keislaman sesebuah negara waktu dulu-dulu ja yang mana, kalau pemerintah peluk Islam, rakyat bawahan pun turut terikut*
Madam x: *sambil senyum-senyum*
Me: ayah meninggal sebab apa akak?
Madam x: sakit jantung orang kata. tu laaa..
kalau la ayah tak merokok, mesti hidup lagi..
*sambil belek-belek gambar ayah dengan penuh kasih sayang*
Me: *dalam hati time ni, nak ja cakap, kalau akak masuk Islam, mesti nanti akak akan jumpa ayah kat syurga. huaaa.. tp terpaksa tak teruskan sebab takut pateint rasa tak selesa.*
ni first time sembang macam ni dengan patient. sebab rasa macam ni adalah satu peluang..... mungkin ada hikmah kenapa salwani baru nk clerk patient lambat.....
patient ni tersangatlah baik... dalam raut wajah dia, nampak la mesti dia berminat dengan Islam, tambah-tambah ayah dia sendiri Islam dan dia memang sangat sayang ayah dia... tapi disebabkan keluarga, terasa macam benda tu satu pengahalang dan berbelah bahagi... saya doakan akak dan famili akak sangat-sangat untuk terbuka hati memeluk Islam ^^....
even terasa macam terseksa sangat buat cwu lambat-lambat, tapi terasa sangatlah puas!
even terasa macam terseksa sangat buat cwu lambat-lambat, tapi terasa sangatlah puas!
Maka karena itu serulah (mereka kepada agama ini) dan tetaplah sebagai mana diperintahkan kepadamu dan janganlah mengikuti hawa nafsu mereka dan katakanlah : "Aku beriman kepada semua Kitab yang diturunkan Allah dan aku diperintahkan supaya berlaku adil di antara kamu. Allah-lah Tuhan kami dan Tuhan kamu. Bagi kami amal-amal kami dan bagi kamu amal-amal kamu. Tidak ada pertengkaran antara kami dan kamu, Allah mengumpulkan antara kita dan kepada-Nyalah kembali (kita) " [Asy-Syura:15]sesungguhnya, sunnah yang paling agung yang Rasulullah s.a.w. lakukan adalah berdakwah kepada manusia kepada Allah. dan benda ni juga merupakan apa yang sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w. lakukan setelah masuk Islam.
sunnah teragung. sunnah yang simple pun tak terikut inikan lagi yang teragung, terhebat ni kan.. haha.. tapi, why not kita cuba kann.... oh yeahh