expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Saturday, 20 December 2014

Everything begins with tarbiyah

Everything begins with Tarbiyyah: http://youtu.be/QpNce3XQtyg

First time tengok video ni waktu daurah tarbiyah dzatiyyah. Second time semalam waktu mabit.

Sangat mendalam dan terkesan.

Nak kata kat sini, zaman sahabat dulu tu tarbiyah diri sendiri tu sangaat lah kuat.... Iman tu utuh... Hinggakan bila kita campak saja peribadi seakan abu ubaidah kat pulau yang takda orang Islam sekali pun, khalifah umar yakin, islam kat situ akan tersebar! Sebab orang-orang macam tu akan live as a practicing muslim dan akan sebarkan Islam.

Lain dengan kita sekarang. Campak kat tempat yang ada orang Islam pun, belum tentu lagi kita yang ditarbiyah ni akan kekal macam baik ja kan. Balik rumah pun tengok tv mengalahkan beruk first time dapat bunga.

Sunday, 7 December 2014

Quote 1

"Andai fasa individu muslim sahaja sudah menguji, apatah lagi fasa seterusnya." Ummu Afeera


Saturday, 6 December 2014

Psychiatry. Kisah. Pengajaran

Salam.
Sekarang ni salwani tengah dalam posting psychiatry, dan baru seminggu belajar. Secara general nya best tapi kena tau banyak sanngaatt bendaa... banyak term yang first time dengar..
Baru-baru ni dapat clerk satu patient yang ada schizo. Schizo ni salah satu ciri2 dia patient akan dengar suara orang yg bercakap-cakap dengan or tentang dia...
So nak dikisahkan seorang patient ni kisah dia sangat tragis la.. sangatlah social... bak kata dia "cakapla apa pun, minum arak, clubbing, merokok, mencuri, dadah, semua saya penah buat" ... "tapi saya bersyukur sebab saya pun dapat merasa bertaubat dan buat baik, saya penah rasa semua, Alhamdulillah"... waktu first dia dengar suara orang cakap2 tu, waktu dia baru habis clubbing, suruh dia taubat, suruh dia solat etc...
Dan sekarang ni sebab benda2 tu asyik cakap kat dia macam tu, waktu kami clerk patient tu, dia pun nasihat kat kami yang benda sama... bukan tu ja, dia cakap kita kena buat solat sunat sebelum dan selepas solat fardhu jugak, nasihat suruh tahajjud, nasihat suruh solat dhuha... dan bila macam tu, aku merasakn yang dia ni lagi baik dari aku....
Sampaikan salwani rasa simpati sangat sebab tak tau dosa2 yang dia buat sebelum ni macam mana, dia sempat tak bertaubat sungguh2? Kalau dia bertaubat dalam keadaan tgh sakit, adakah dikira taubat dia... benda2 macam ni bermain dalam fikiran bila clerk patient yg ada history mcm ni... kadang2 timbul persoalan kenapa ada orang yang diberikan nasib macam ni? Sedih.. bertambah sedih bila fikir sekarang ni dia dah jadi bertambah baik tapi tak tau adakah dosa yang sebelum ni diampunkan...
Dan yaaa aku tau yang semua benda yang terjadi ni untuk menjadikan pengajaran untuk kita yang masih terleka ni... tapi macam mana dengan kita, teguran dan nasihat Allah tu direct depan mata, melalui pesakit, bukan melalui pembacaan semata... persoalannya adakah kita masih leka dengan dunia? Tepuk lah hati salwani. Tanya diri.. sementara Allah benarkan kita dalam keadaan consciouss, alert n in good mental state ni, bertaubat lah semampu, buatlah kebaikan.. sebab aku sendiri tak tau, apa masa depan yang Allah letak untuk aku, sebab penyakit tu boleh macam2 keadaan...

Wednesday, 3 December 2014

Harta



sibuk mengejar harta hingga lupa diri ni akan berakhir ke kubur juga.
sibuk mengejar harta bagaikan harta itu yang dapat dibawa masuk ke dalam kubur.
bagaikan harta itu yang dapat membeli syurga.

tak dinafikan kemajuan dan kemodenan dan kemewahan dunia ni boleh membuatkan kita terleka.
kenaikan harga barang membuatkan kita sibuk mengumpul harta.
manakan ada yang sanggup hidup derita.
dan adakalanya tekanan hidup tak berharta membuatkan ada yang sanggup memilih jalan yang salah dengan mencuri dan menipu ketika berjual beli.
salah siapa? mungkin salah kita yang berharta. mungkin.

perlu diingat satu benda. harta itu adalah satu bentuk ujian.
kesenangan itu satu ujian.

".... kehidupan dunia hanyalah kesenangan yang memperdaya." [3:185]
"Kamu pasti akan diuji dengan hartamu dan dirimu...." [3:186]

new chapter of my life

Setelah 6 bulan menyepi. So lets start with this. Assalamualaikum Segala kepujian dan kesyukuran ke hadhrat-Mu ya Allah di atas limpah rahma...