Sunday, 27 April 2014
Kita dalam lena
ni dari facebook.
dan bawah tu ada yg reply
" the time will come when all muslim around the globe unite in the name of Allah and you will be perish forever"
dalam hati cakap : yup, betul!!
tapi ada suara lain yang tegur : betul! tapi kau tak buat apa. hanya menunggu saat kemenangan! bilanya akan tiba?
Sunday, 13 April 2014
Semester 1 Tahun 3
Alhamdulillah berakhir semester 1 tahun ni. Banyak sebenarnya yang aku pelajari. Tapi perkara yang memberi impak adalah hari-hari terakhir semester. Waktu exam. sangat.
Long case dapat DKA, seriously sangat tak jangka. DAN TAK BACA! ==' mengharapkan penah baca waktu sebelum pro exam 1, pernah dengar Sha explain DKA kat aku waktu ward round, pastu penah baca sikit sebelum exam teori. baca just nak tahu basic things about DKA ja. x lebih dan x kurang. physio malas ambik tau. pfftt ==' .. tup tup dapat . menangis tak berlagu waktu nak tanya patient tu, nak buat PE lagi. Lepas habis ambik history terus aku dibawa ke bilik untuk jumpa doktor. sampai-sampai tempat tu, orang yang sebelum aku baru ja keluar dari bilik sambil buat muka sedih dan masam.. pastu cakap "dr bahariah"!!
time tu jantung rasa macam melompat jatuh bawah. serious! apa ja yang aku ada untuk tunjuk kat dr ilmu aku. sikit! mesti dr sedih. supervisor sendiri kut :(
***
***
Keesokan harinya waktu tengah landing atas katil sambil baca buku, aku terperasan satu nota yang aku lekat dekat dinding. baru aku perasan, tu nota physio DKA!!! dan barula aku faham, kenapa Allah takdirkan aku dapat patient DKA. selama ni aku ambil sambil lewa ja dengan nota tu. dulu ja aku ingat. sekarang aku lupa. walaupun nota tu aku nampak ja malam-malam tapi tak pernah teliti. betapa teruknya.
Situasi aku tu dapat aku kaitkan dengan kehidupan seharian kita. umpamanya al-quran itu tersisip kemas ja kat rak. Tapi, tak pernah disentuh apalagi dibuka. ataupun kita selalu ja baca al-quran yang ada tafsir tu, tapi, tak pernah tengok maksud ayat dia apa... kalut nak kejar masa belajar, masa main... sampai tak teliti maksud ayat tu... ini selalu jugak jadi kat aku, bilamana dah terlalu mengejar masa ataupun mengantuk, membuatkan aku kurang hayati maksud ayat yang dibaca...nanti bila akhir zaman barulah nak menyesal, kenapa aku tak belajar al-quran ni betul-betul... time tu baru merasa malu pada Allah bilamana Al-Quran itu sentiasa terletak namun tak pernah dibuka apatah lagi dihayati maksudnya, dan akhirnya tak pernah tau apa cerita di dalamnya. malu!
************
sehari sebelum keluar result exam, aku tertarik dengan satu surah ni dan memang time tu pun memang kebetulan akan baca page tu.. maksud ayat dia aku kurang faham... ada something yang membuatkan aku tertanya-tanyaa.... begini:
"Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan, Dan kamu melihat manusia masuk agama Allah dengan berbondong-bondong. Maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penerima taubat". (QS an-Nashr: 1-3).
dari sudut pandangan aku yang memang tak tau apa-apa ni, memang aku rasa pelik. Bagi aku, kenapa pulak tetiba kena mohon ampun, taubat bagai lepas Islam menang, manusia masuk agama Allah dengan ramai... ok, kira bertasbih memuji tu macam sesuai la kan, tapi aku kurang paham bab kena bertaubat tu... salah apa pulak...... ya la, aku memang tak tau.. takleh fikir time tu.. pastu aku pun biarkan ja la persoalan aku tu dengan tutup al-quran... tapi hati masih penuh tanda tanya...
then, aku tak tau kenapa, waktu asar macam tu, tetiba rasa macam nak buka buku rujukan, Khowathir Qur'aniyah... mungkin rasa berdebar sebab esok tu result keluar. mungkin. so, nak tenangkan hati mungkin.. mulanya aku teliti penjelasan surah at-tin, sebab nak tau cerita disebaliknya(macam unik ja kan ambik nama buah tin)... lepastu, mungkin takdir, dipertemukan dengan penjelasan surah an-nashr yang aku keliru tu... mari aku tuliskan balik penjelasan dia. mashaAllah, sangat menjawab persoalan aku.
"Apa korelasi istighfar dalam surat ini dengan kemenangan Islam dan kejayaan kaum muslimin? terkadang orang yang menang terjangkiti rasa kagum pada diri sendiri dan terlihat sombong, sebagaimana yang sering dijumpai pada para pemimpin di sepanjang masa. Oleh kerana itu, kemenangan harus disambut dengan pujian atas nikmat, agar selalu teringat pada pemberian-Nya. Selain itu, mohon ampun dari kelengahan mensyukuri Dzat yang memberi nikmat. Dua hal yaitu syukur dan istghfar, tidak hanya menjaga amal dari kesia-siaan, tetapi juga menjaga hati setiap hamba dari kesombongan dan keangkuhan"
Terus rasa al-Quran tu sangatlah cantik isinya.... banyak yang kalau tak diteroka, takkan difahami dek akal yang malas nak berfikir macam diri sendiri ni... huhuh... kena pulak dengan esoknya result pro 2 waktu tu... terus terasa macam tu nasihat direct Allah kat aku... Allahuu.. cantik susunannya....
******
yeah! esok aku akan pulang ke kedah. doakan perjalanan selamat sampai jumpa famili :)
mohon maaf semua andai ada salah silap ^^
Al-Quran, a love letter from Allah S.W.T |
Subscribe to:
Posts (Atom)
new chapter of my life
Setelah 6 bulan menyepi. So lets start with this. Assalamualaikum Segala kepujian dan kesyukuran ke hadhrat-Mu ya Allah di atas limpah rahma...
-
Habis present case, habis buat examination depan dr, aku dibawa masuk ke bilik untuk teruskan discussion. Dengan slumber badak, senang ja k...
-
Minta maaf enty ni mungkin agak panjang. Mohon bersabar :) Lama aku fikir perlu atau tidak post tajuk ni. Tapi bila memikirkan aku perl...
-
"A few things must present for women to get pregnant. Okay, first?"-dr sharil "Ovulation" "Next" "...