expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Saturday, 23 May 2015

Ajak Islam

Minggu ni rasa sangat letih. sebab lambat cari case untuk case write up. macam group sebelum ni, kalau 4th cwu dr amilia memang akan bagi nak case apa, tapi kali ni bila mesej dr, dr tak reply apa-apa2 pun kena hantar bila cwu and nak kena pilih case macam mana. so dengan selambanya salwani tak pegi clerk mana-mana patient pun sebab enjoy dekat labour room.. haha.. hari khamis tu baru sedar yang groupmate dah nak hantar cwu dan salwani satu case pun tadak.. dengan terkedek-kedeknya, pegi cari case cepat-cepat and doa supaya patient tak tidur and takda pelawat sebab time tu waktu melawat... rezekinya ada patient! yayy! 

-----------------

bla..bla..bla..bla...

Madam x: mak dengan ayah dah lama bercerai.
                  sejak 1990.
                 lepastu ayah masuk Islam.

Me: Oh yaaa? woow? *teruja!*  

Madam x: saya sayang sama ayah. dia selalu datang melawat . 
                 dia sangat baik
                 emak tak selalu.

Me: akak nak tengok gambar ayah akak yang akak kata bawak tadi.
        *dengan kekuatan*
        akak tak nak masuk Islam ke? hehehe

Madam x: heheh.. susah la saya nak masuk itu Islam. 
                 saya dah kahwin. suami kuat hindu

Me: ooo... alaaaaa... 

Madam x: ada anak lagi. susah la nak tukar

Me: huhuu... tapi kan, mana tau kalau akak masuk, anak-anak pun ikut masuk Islam
       *hahah.. time ni tak fikir apa dah, cuma terfikir kisah-kisah keislaman sesebuah negara               waktu dulu-dulu ja yang mana, kalau pemerintah peluk Islam, rakyat bawahan pun turut          terikut*

Madam x: *sambil senyum-senyum*

Me: ayah meninggal sebab apa akak?

Madam x: sakit jantung orang kata. tu laaa.. 
                  kalau la ayah tak merokok, mesti hidup lagi..
                 *sambil belek-belek gambar ayah dengan penuh kasih sayang*

Me: *dalam hati time ni, nak ja cakap, kalau akak masuk Islam, mesti nanti akak akan jumpa             ayah kat syurga. huaaa.. tp terpaksa tak teruskan sebab takut pateint rasa tak selesa.*

ni first time sembang macam ni dengan patient. sebab rasa macam ni adalah satu peluang..... mungkin ada hikmah kenapa salwani baru nk clerk patient lambat.....

patient ni tersangatlah baik... dalam raut wajah dia, nampak la mesti dia berminat dengan Islam, tambah-tambah ayah dia sendiri Islam dan dia memang sangat sayang ayah dia... tapi disebabkan keluarga, terasa macam benda tu satu pengahalang dan berbelah bahagi... saya doakan akak dan famili akak sangat-sangat untuk terbuka hati memeluk Islam ^^.... 

even terasa macam terseksa sangat buat cwu lambat-lambat, tapi terasa sangatlah puas! 

Maka karena itu serulah (mereka kepada agama ini) dan tetaplah sebagai mana diperintahkan kepadamu dan janganlah mengikuti hawa nafsu mereka dan katakanlah : "Aku beriman kepada semua Kitab yang diturunkan Allah dan aku diperintahkan supaya berlaku adil di antara kamu. Allah-lah Tuhan kami dan Tuhan kamu. Bagi kami amal-amal kami dan bagi kamu amal-amal kamu. Tidak ada pertengkaran antara kami dan kamu, Allah mengumpulkan antara kita dan kepada-Nyalah kembali (kita) " [Asy-Syura:15]
sesungguhnya, sunnah yang paling agung yang Rasulullah s.a.w. lakukan adalah berdakwah kepada manusia kepada Allah. dan benda ni juga merupakan apa yang sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w. lakukan setelah masuk Islam. 


sunnah teragung. sunnah yang simple pun tak terikut inikan lagi yang teragung, terhebat ni kan.. haha.. tapi, why not kita cuba kann.... oh yeahh





Sunday, 10 May 2015

Usia

"Manusia yang hidupnya untuk dirinya sendiri, usianya amatlah pendek.

Bermula dari hari kelahirannya dan tamat ketika maut.

Akan tetapi, bagi mereka yang hidupnya untuk perjuangan,
usianya panjang, sepanjang perjuangan itu.

Bermula dari hari diciptakan Adam,
dan berakhirnya ketika Dia memusnahkan alam."
-Sayyid Qutb-

Sunday, 3 May 2015

Hilang respect

salwani sangat respect sesiapa ja yang sangat suka membaca buku.

tadi terjumpa seorang lelaki berkopiah baca buku kat kedai kopitiam amendantah. 

sangat kagum, orang ramai kat dalam pasaraya tu bising-bising, dia relax ja baca buku. 

dalam bebrapa minit, ternampak seakan-akan asap kat arah lelaki tu

angkat kepala dari makan, tengok dia

okay betul, rokok! pegang rokok!

habis satu, satu lagi.

hilang respect!

sorry.

Friday, 17 April 2015

WANITA DAN PENGARUHNYA TERHADAP LELAKI

Umat Islam atau lelaki muslim tidak akan menganggap bahawa punca kejatuhan lelaki kesemuanya bermula dari wanita. Walaupun wanita itu memang mempunyai pengaruhi yang kuat ke atas lelaki, seperti mana pengaruh lelaki terhadap wanita, namun kejatuhan lelaki atau wanita dari kelemahan diri sendiri yang kadang-kala dieksploitasi oleh pasangannya.

Muslihat Wanita

Namun masa yang sama, al-Quran juga menyatakan kehebatan ‘usikan’ wanita atau lebih jelas ‘muslihat’ mereka jika mereka bermaksud ingin melakukan ‘perancangan halus’. Wanita jika kena gaya memang boleh menjadikan lelaki ‘mengidaminya’ angau dan terpengaruh atas segala kehendaknya.

Perancangan atau ‘plot’ wanita begitu hebat sehingga al-Quran merakamkan ungkapan yang ditujukan kepada isteri Menteri Mesir (riwayat Israiliyyat konon menamakannya Zulaikha) dalam kisah Yusuf: “Ini adalah perancangan kamu (kaum wanita), dan sesungguhnya perancangan kamu (kaum wanita) itu hebat”. (Surah Yusuf: 28).

Perkataan Arab yang al-Quran gunakan dalam dalam ayat berkenaan ialah Kaid yang bermaksud perancangan yang mempunyai unsur licik dan muslihat. Sebab itu Louay Fatoohi dalam bukunya The Prophet Joseph menterjemahkan perkataan Kaid sebagai scheme yang bermaksud tindakan yang licik dan perancangan sulit yang kadang-kala membabitkan tipu daya. Kata beliau: “..this word, which I have translated as scheme means guile and plotting that could involve lies, as in this case”. (ms 86. Kuala Lumpur: Islamic Book Trust).

Maka, atas kelicikan itu, ramai lelaki yang tewas. Wanita ada kuasa ‘licin’ dan licik. Walaupun Nabi Yusuf tidak tewas, tetapi ramai lelaki selain nabi yang tewas dengan ‘kaid’ atau perancangan halus dan ‘sulit’ wanita. Senjata rahsia wanita pada tubuh, bahasanya dan jelingannya. Walaupun bukan semua mereka ada kelebihan itu, namun bagi yang berkelebihan jika perangkapnya mengena, sukar untuk lelaki terlepas daripadanya, kecuali mereka yang memenangkan takwanya atau godaan atau kaid tersebut.

Nabi s.a.w pernah bersabda: “Aku tidak tinggal cubaan yang lebih hebat ke atas lelaki lebih dari wanita” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Sabda baginda juga: “Sesungguhnya dunia itu manis lagi hijau dan Allah menjadikan kalian berketurunan di atasnya. Allah melihat apa yang kalian perbuat. Takutlah kamu kepada (fitnah) dunia dan takutlah kamu kepada (fitnah) wanita, karena sesungguhnya awal fitnah yang menimpa Bani Israil dari wanitanya” (Riwayat Muslim).

Maka, tidak hairan berapa ramai pemimpin yang gagah, tetapi ditewaskan oleh wanita idamannya, atau isteri kesayangannya. Betapa banyak reputasi pemimpin dirosakkan disebabkan isteri mereka, sehingga rakyat membenci seseorang pemimpin kerana gelagat isterinya.

Dalam negara tertentu, kerenah wanita yang memakai gelaran ‘first lady’ boleh menghancurkan kerjaya dan masa depan politik seorang pemimpin negara. Demikian kerenah isteri pemimpin di pelbagai peringkat. Maka, tidak hairanlah jika Elena Ceausescu, isteri bekas diktator Romania Nocolae Ceausescu dihukum mati mati bersama suaminya oleh rakyat Romania disebabkan peranannya dalam pemborosan harta negara dan kezaliman kuasa. Maka, jika suami tidak berperanan sebagai pembimbing dan pengawal yang soleh terhadap isteri mereka maka pelbagai kemungkinan boleh berlaku atas kemahiran wanita dalam perancangan atau kaid mereka.

Perhiasan Terindah

Namun wanita itu apabila solehah, mereka kadang-kala lebih baik daripada lelaki. Kehidupan yang buruk seseorang lelaki boleh diubah dengan kehalusan budi dan nilai yang ada pada seorang wanita. Nama baik seorang lelaki bertambah indah dengan kebaikan isterinya. Wanita benar-benar hiasan kehidupan lelaki.

Lelaki tanpa wanita adalah lelaki yang cacat tabiatnya. Allah menjadikan wanita pasangan lelaki. Mereka tempat lelaki bermanja dan mendambakan perasaan kelakian. Nabi s.a.w bersabda: “Dunia perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan dunia ialah wanita yang solehah” (Riwayat Muslim).

Ada harta tiada wanita dalam kehidupan tiada ertinya. Ada rupa, tiada wanita tiada maknanya. Namun, wanita bagaimana yang lelaki perlukan dalam hidupnya dalam mengharungi bahtera kehidupan? Ya, wanita solehah yang membahagiakan suami, menjaga nama baik dirinya dan suaminya.

Sabda Nabi s.a.w: “Sebaik-baik wanita dia mengembirakan suami apabila engkau melihat kepadanya, mentaatinya apabila menyuruhnya, tidak menyanggahi suami dalam diri dan hartanya” (Riwayat al-Nasai, Ahmad dan al-Hakim, dinilai hasan).

Sabda Nabi s.a.w juga: “Tiga dari kebahagiaan: “Wanita yang apabila engkau melihatnya, ia mengkagumkan engkau, apabila engkau tiada bersamanya dia menjaga dirinya dan harta engkau” (Riwayat al-Hakim dalam al-Mustadrak, dinilai hasan).

Untuk menjadikan wanita itu berfungsi dengan baik, suaminya juga hendaklah baik. Jika tidak, kebaikan wanita akan hilang pada padangan suami yang songsang, seperti mana hilangnya kebaikan Asiah di mata firaun yang zalim. Suami yang baik juga, tidak akan dapat dilihat kemuliaannya di mata isteri yang jahat seperti isteri Nabi Nuh dan isteri Nabi Lut a.s.

PETIKAN DARI FACEBOOK DR MAZA.COM

hati-hati duhai diri. jangan dirimu menjadi fitnah.

Monday, 23 February 2015

Solat

Periksa solatmu
Betulkan solatmu
Jaga tertib
Usaha khusyuk
Rendahkan dirimu

Sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan keji dan mungkar [al-ankabut:45]

sepatutnya...

Saturday, 31 January 2015

Tarbiyah

Umar ibn Khattab RA knew what was most worthy and most valuable. And he wanted to give the sahabah a lesson. So they were sitting in a room, and he said:

"Taman-nau! Make a wish!"

One of the sahabah said: "I wish that this room would be filled with gold..so I can spend it in the path of Allah."

And Umar said: "Taman-nau! Make a wish!"

Another sahabah said that, "I wish that this room would be filled with jewels and gems..so that I can spend it in the path of Allah."

He said, "Make a wish!"

"O amirul mu'minin, we don't know what to say. You want to fill this room with what?"

Umar ibn Khattab said: "MY wish, is that Allah 'azza wa jall fills this room, with the likes of Abu 'Ubaidah Amr ibn Al-Jarrah (in another narration Abu 'Ubaidah and Muaz ibn Jabal), so that I can send them in the path of Allah." Umar (radiyaAllahu 'anhu) is telling us and telling them that your human resources are more important than your financial resources. Theyre more important than your brick and moor. They are more important than everything you have. It is your human resources that counts.

Rasulullah SAW when he passed away, he didn't leave behind any glamourous buildings. The masjid of Madina was mud and clay. The floor was merely sand. The roof were palm leaves, and it would drip water on them when it rained. Rasulullah SAW did not pave any roads. He did not establish a financial network or business. He did not leave behind even books!

All that Rasulullah SAW left behind was alQuran. And he left it behind, not in mushafs, not in books, but he left it behind engraved in the hearts of the sahabah radiyallahu 'anhum. That was the product that Rasulullah SAW left behind. That was the effort of the da'wah of Rasulullah SAW. He left behind, the Sahabah. And every blessings that we enjoy today is because of that.

The religion did not spread much in the time of Rasulullah SAW, no. It spreads in the time of Abu Bakr and Umar (radiyaAllahu 'anhuma). In the time of Khilafah Bani Umayyah and Banu 'Abbas. Rasulullah has the Sahabah that were with him. In Madina, or Makkah, their number were not many; a hundred plusplus. These are the ones who started off with him in Makkah. But every one of these men, you could just throw them anywhere in the world and leave them. Alone! And they'd take care of the religion.

Umar ibn Khattab RA is saying, "I want such men; like Abu 'Ubaydah and Muaz ibn Jabal RA so that i can send them out, fi sabiliLLAH"

So tarbiyah is the most important thing. It is more important than your buildings, more important than the institutions. The most important thing, is the Tarbiyyah! And that, is how Islam will carry on.

[Lecture from Imam Anwar al-Awlaki on the life and times of Ummar ibn al-Khattab radiyallahu 'anhu.]

Wednesday, 21 January 2015

Burung

Geli hati melihat sang burung
Hilang sedih fikir nasib posting psychiatry

Untung sang burung
Diberi makanan oleh si chinese
Meminta berulang kali tak pernah tak diberi
Bertambah untung si niqab turut memberi kek
Heh. Untung kan

Hebatnya sang burung
Menggunakan dua kakinya sepenuhnya
Itulah juga kaki menampung badan
Itu juga lah tangan untuk makan
Heyy hebat kau burung

Terima kasih sang burung.
Disebabkan kau, aku terhibur
Disebabkan kau aku perlu belajar bersyukur
Terima kasih sang burung!

new chapter of my life

Setelah 6 bulan menyepi. So lets start with this. Assalamualaikum Segala kepujian dan kesyukuran ke hadhrat-Mu ya Allah di atas limpah rahma...